Sains Bab8-Tingkatan 2
















Pelbagai sistem sokongan

Manusia dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka yang unik.

Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma itu untuk bergerak dengan lebih lancar dan cekap (efficiently).

Sistem sokongan pada manusia dan haiwan terdiri daripada tisu rangka(skeletal tissue) yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium (calcium).

Rangka (skeleton) adalah suatu struktur yang keras dan kekal dalam haiwan multisel. Sistem rangka (skeletal system) bertindak sebagai sistem sokongan yang penting kepada haiwan.

Sistem sokongan terbahagi kepada tiga jenis:
  1. Rangka dalam.
  2. Rangka luar.
  3. Rangka hidrostatik (hydrostatic skeleton).


Endoskeleton

Endoskeleton ialah struktur sokongan yang berada di dalam badan vertebrata (vertebrates).

Fungsi endoskeleton adalah:
  • Menyokong berat badan.
  • Memberikan bentuk kepada badan.
  • Melindungi organ dalaman badan.
  • Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.
  • Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan.




Eksoskeleton

Eksoskeleton ialah struktur keras yang meliputi bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates).

Fungsi eksoskeleton adalah:
  • Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan.
  • Melindungi tisu badan yang lembut daripada kecederaan.
  • Mengelakkan badan daripada kekeringan.
  • Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan membenarkan pergerakan.




Rangka hidrostatik

Rangka hidrostatik mengandungi cecair yang disimpan di bawah tekanan, di dalam rongga badan yang tertutup haiwan invertebrata.

Fungsi rangka hidrostatik adalah:
  • Mengekalkan dan mengawal bentuk badan.
  • Membenarkan pergerakan.


Bagi tumbuhan pula terdapat lebih banyak struktur yang membantu untuk memberikan sokongan kepada  tumbuhan tersebut. Untuk tumbuhan di darat, struktur seperti akar banir (buttress roots), akar sokong (prop roots), akar jangkang (stilt roots), akar mencengkam (clasping roots), akar aerial (aerial roots). Selain daripada akar, batang dan struktur tambahan lain pada tumbuhan juga boleh menyokong tumbuhan untuk hidup. Sebagai contohnya, sulur paut (tendrils), batang berlilit (twining stem), duri (thorn dan prickles). Manakala bagi tumbuhan akuatik, sokongan pada tumbuhan adalah dalam bentuk kantung udara (air sacs) dan juga kesegahan sel (cell turgidity).

akar banir buttress roots

akar jangkang stilt roots

akar sokong prop roots

akar mencengkam clasping roots

akar aerial roots

batang berlilit twining stem

sulur paut tendrils

thorn duri

prickles duri

kesegahan sel cell turgididty



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Gaya Bahasa

Simple Essays