Pantun Maksud Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. Kalau semua orang (dalam kumpulan / organisasi / masyarakat) sepakat, seia sekata, maka sebarang tugas yang mungkin bersifat berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah untuk disempurnakan. Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. Pesanan sangat jelas ditujukan buat gadis muda remaja supaya sentiasa menjaga maruah diri. Seseorang gadis yang berakhlak luhur dan mulia tidak akan mudah diperdaya atau cepat lemah terhadap godaan. Maka, gadis tidak harus cepat leka dengan pujian atau lemas dengan pujuk rayu (gula-gula muslihat lelaki hidung belang, mata keranjang) hanya kerana seronok didampingi, walhal risiko keselamatan diri sangat tinggi (mangsa serangan seksual, pembunuhan). Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga...
Comments
Post a Comment