Posts

Showing posts with the label Komsas

Quiz Komsas-Tingkatan Tiga

JOM JAWAB QUIZ

Gaya Bahasa

JENIS-JENIS GAYA BAHASA 1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan. 2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya. 3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak). 4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat. 5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api. 6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksu...

Ringkasan Novel Tingkatan 123

This is an embedded Microsoft Office document, powered by Office Online .

Pantun Dua Kerat-Tingkatan 1(2015)

PANTUN DUA KERAT ( Nasihat ) Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi. Ikan siakap ikan senohong, Banyak cakap banyak bohong. Pecah kaca pecah gelas, Sudah dibaca harap balas. Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Kumbang jarak kumbang jagung, Berani buat berani tanggung. Tunggu durian Teluk Emas, Siapa kemudian kena kemas. Buah cempedak dalam gantang, Siapa hendak dia datang. Periuk belanga pasu kuali, Busuk nama menipu mencuri. Saya kata ituk, awak kata ayam, Sudah kena jentik baru nak diam. Maksud Pantun: Rangkap 1  - Keinginan untuk mendapatkan sesuatu pemberian sekiranya tiada halangan. Rangkap 2  - Orang yang banyak berkata-kata akan melakukan lebih banyak kesilapan. Rangkap 3  - Balasan yang diharapkan daripada penerima surat melalui surat yang diutus. Rangkap 4  - Orang yang tidak berusaha tidak akan memperoleh apa-apa. Rangkap 5  - Pemikiran yang cerdas membuatkan seseorang leb...

Drama Hadiah-Tingkatan 1(2015)

Hadiah (Aripin Said) SINOPSIS Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati tidak dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara. PEMIKIRAN Kegigihan menuntut ilmu. Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama sekolah. PERSOALAN i.      Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan. Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan. ii.    Gigih meneruskan pelajaran.  Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya. iii. ...

Pohon Buluh-Tingkatan 1(2015)

SYAIR Pohon Buluh ( Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh ) MAKSUD Rangkap Maksud 1 Menggambarkan sebuah menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tidak bertangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh. 2 Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncaknya dan kebanyakkannya sama saiz dan darjat. 3 Jika diperhatikan, jelas kelihatan, buluh hidup dalam satu rumpun yang menggambarkan kesatuan yang kuat tanpa mengira saiz. 4 Keadaan di dalam dan di luar buluh adalah licin. Bahagian dalam batang, gelap umpama malam, boleh menakung air tanpa tumpah. TEMA Bertemakan kemegahan pohon buluh yang tumbuh dengan subur. PERSOALAN 1.     Keteguhan rumpun buluh menyatakan kesatuan antara pepohonnya. Contoh :-                ( rangkap 3 )          Besar kecil ikat binanya       ...

Asal Padi-Tingkatan 1(2015)

    SINOPSIS Mengisahkan kehidupan dua orang anak yatim piatu yang masih kecil dan telah ditinggalkan oleh kedua orang tuanya. Mereka hidup melarat kerana segala harta peninggalan orang tuanya dicuri orang. Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan dan dijaga oleh mereka siang dan malam. Anak sulung sudah besar, namun cacat, kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang. Pada suatu hari Si Bongsu melihat ke kolam dan mendapati ada tujuh wanita sedang mandi dan bersiap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu itu ingin mengikut wanita itu ke kayangan. Apabila sampai di kayangan, ke tujuh wanita itu menghilangkan diri dan Si Bongsu telah melihat sebuah dusun berkilau seperti emas. Namun setelah diberitahu oleh penjaga dusun itu, emas itu sebenarnya padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi tetapi tidak dibenarkan oleh penjaga dusun itu, tetapi hanya dibenarkan merasa makanan tersebut. Setelah merasa keenakkan makanan tersebut, Si Bongsu telah...

Aku-Tingkatan 1(2015)

Aku (Rosli  K. Matari) MAKSUD SAJAK Rangkap Maksud 1 Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini. 2 Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam. 3 Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia  pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. 4 Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya. 5 Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin. 6 Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ. 7 Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja dicipta. TEMA Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar.  Pembaca dipupuk untuk menghayati dan menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan. PERSOALAN Pemeliharaan alam sekitar.  Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikma...

Kita Umpama Sehelai Daun-Tingkatan 1(2015)

Puisi moden empat rangkap dengan 64 patah perkataan ini dimuatkan pada muka surat 11 antologi "Kuingin Berterima Kasih'. Nukiln SMahadzir ini ditulis pada tahun 2007. Kata 'umpama' dalam judul sajak menunjukkan unsur perlambangan (metafora). Tema sajak:  Amalan yang baik dalam kehidupan (rujuk teks antologi, muka surat 9) Perbincangan rangkap demi rangkap Rangkap 1            kita umpama sehelai daun           bertunas segar di hujung ranting           lalu melebar dan merimbun           tempat bercanda unggas meriang           di bawah redup bebayang mentari Penyajak menegaskan bahawa kita sebagai insan tidak ubah seperti daun yang bergantung kepada banyak pihak lain demi kelangsungan hidup. Daun hanya boleh tumbuh dengan menumpang ranting, lalu menjadi besar dan berkembang.  Dalam masa yang sama nikmat yang sedang dikecapi hend...