Skema Pemarkahan PT3 2015 Kegiatan Ekonomi Negara Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3 Nota Penting: Kegiatan Ekonomi adalah tajuk umum. Pilih tajuk yang spesifik mengenai kegiatan ekonomi di kawasan tempat kajian atau tempat tinggal anda. Contoh jika anda tinggal di tanah perancangan FELDA, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk. Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015 Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian anda. Dinasihatkan memilih tajuk “Kegiatan Ekonomi” berdasarkan ekonomi yang dijalankan penduduk di kawasan tempat tinggal anda. Contoh Kegiatan Ekonomi: Sektor Perindustrian Sektor Perikanan Sektor Perlombongan Sektor Pertanian Sektor Pembalakan Sektor Perkhidmatan Sektor Perniagaan Sektor Penternakan Tajuk: Kegiatan Ekonomi penduduk di Felda Jengka Pahang Objektif kajian: Objektif utama adalah untuk mengkaji latar belakang kegiat...