Gaya Bahasa
JENIS-JENIS GAYA BAHASA 1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan. 2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya. 3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak). 4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat. 5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api. 6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksu...