Geografi (contoh tugasan PT3)






contoh-soalan
Skema Pemarkahan PT3 2015 Kegiatan Ekonomi Negara
jadual-rasmi
Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3
Nota Penting: Kegiatan Ekonomi adalah tajuk umum. Pilih tajuk yang spesifik mengenai kegiatan ekonomi di kawasan tempat kajian atau tempat tinggal anda. Contoh jika anda tinggal di tanah perancangan FELDA, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk.
Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015
Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian anda. Dinasihatkan memilih tajuk “Kegiatan Ekonomi” berdasarkan ekonomi yang dijalankan penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Contoh Kegiatan Ekonomi:
  • Sektor Perindustrian
  • Sektor Perikanan
  • Sektor Perlombongan
  • Sektor Pertanian
  • Sektor Pembalakan
  • Sektor Perkhidmatan
  • Sektor Perniagaan
  • Sektor Penternakan
Tajuk: Kegiatan Ekonomi penduduk di Felda Jengka Pahang
Objektif kajian: Objektif utama adalah untuk mengkaji latar belakang kegiatan ekonomi penduduk di Felda Jengka Pahang.
Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual
1. Konsep dan takrifan Kegiatan Ekonomi
Definisi Kegiatan Ekonomi : Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti penduduk yang menjana pendapatan dalam kehidupan seharian. Kegiatan ekonomi boleh dibahagikan kepada beberapa sektor antara adalah Pembalakan, Pertanian, Perkhidmatan, Perindustrian mahupun Perlombongan. Di Malaysia, kegiatan ekonomi utama boleh dikategorikan kepada tiga antaranya adalah sektor sekunder, tertier dan Primer. Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara.
2. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang (Berdasarkan tajuk anda)
Penduduk sekitar Felda Jengka Pahang menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit. Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.
2.1 Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan dikawasan kajian anda.
contoh
2.1.2 Contoh Borang Soal Selidik
borang-rasmi
2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk (Di kawasan tempat tinggal anda)
Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto adalah lebih baik.
Tajuk Grafik: Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa Sawit
Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan tombak sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.
Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label
penombak
3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk
Sila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap isi penting haruslah disertakan huraian dan contoh.
3.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk
  • Berniaga secara kecil-kecilan (Contoh: Restoran, Kedai Runcit)
  • Bercucuk tanam pokok tambahan selain dari Kelapa Sawit (Contoh: Sayuran boleh dijual)
  • Membuat Perniagaan Online (Contoh: Jual tudung atau Baju)
Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.
4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Dikawasan Anda
  • Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)
  • Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay dan Pelancongan)
  • Sektor Perindustrian ( Kilang buat sabun daripada kelapa sawit)
Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.

5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di Felda Jengka Pahang terutamanya dalam bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Disamping itu, pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).
6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays