Sains Bab10-Tingkatan 3

Perkembangan Dalam Bidang Astronomi
Astronomi (astronomy) adalah kajian saintifik mengenai alam semesta (universe)
yang merangkumi planet, matahari, bulan, komet, bintang, galaksi dan lain-lain dari segi sejarah, pergerakan,
lokasi dan komposisi kimia.
Ahli-ahli astronomi yang terawal kebanyakannya adalah orang-orang Mesir purba.
Dengan memerhatikan Sirius, bintang paling cerah di langit, mereka menetapkan bahawa dalam setahun
mempunyai 365 hari dan mereka juga boleh meramal dengan tepat kejadian air pasang surut di Sungai Nil.
Ahli astronomi Cina yang dikenali sebagai Shih Shen telah menyediakan satu katalog bintang yang
dipercayai sebagai katalog tertua.
Aristotle, Phythagoras dan Ptolemy adalah ahli astronomi terkenal.
Aristotle (384–322 SM) adalah seorang pendita Yahudi. Dia bersama-sama dengan rakannya,
Eudoxus, mempercayai bahawa Bumi adalah pusat bagi alam semesta.
Phythagoras (580–500 SM) menyatakan bahawa bumi adalah berbentuk bulat (spherical-shaped)
dan bukannya rata. Bagi beliau, bumi kelihatan rata kerana ianya adalah luas. Beliau juga turut menyatakan
bahawa orbit planet-planet yang bergerak mengelilingi matahari adalah bulat.
Claudius Ptolemy (100–170 SM) atau Claudius Ptolemaeus, membentangkan satu teori yang
terkenal berdasarkan pandangan Aristotle bahawa bumi adalah pusat bagi alam semesta dan objek-objek l
ain berputar mengelilinginya.
Model alam semesta yang dibentangkan oleh Ptolemy telah diterima pakai sebagai benar tanpa sebarang
bantahan selama lebih kurang 1300 tahun.
Walau bagaimanapun, pada abad/kurun ke-16, Nicholas Copernicus (1473–1543) yang dikenali sebagai
 ‘bapa astronomi moden’ (the father of modern astronomy) menyatakan bahawa bumi berputar pada
paksinya sambil mengelilingi matahari.
Copernicus juga turut menyatakan bahawa planet-planet berputar dalam orbit mereka sendiri, sambil
mengelilingi matahari yang merupakan pusat alam semesta. 
Copernicus juga boleh meramalkan kedudukan planet dengan tepat dengan menggunakan pengiraan
matematik (mathematical calculation).
Johannes Kepler (1571–1630) telah berjaya membuktikan bahawa orbit bagi planet-planet sebenarnya
 adalah berbentuk elips (elliptical) dan bukannya bulat (not circular).  Beliau juga mengemukakan
tiga hukum yang berkaitan dengan pergerakan planet-planet yang mengelilingi matahari.
Galileo Galilei (1546–1642) dari Itali adalah ahli astronomi yang pertama yang membuat
pemerhatian tentang alam semesta, dengan menggunakan teleskop (telescope) ciptaannya sendiri
untuk menjalankan kajian astronomi. Galileo membuat kesimpulan bahawa galaksi bima sakti
(galaxy milky way) adalah terdiri daripada berjuta-juta bintang.

 Perkembangan Penerokaan Angkasa Lepas


hal12
Roket telah digunakan sejak dahulu lagi tetapi tidak digunakan untuk tujuan
meneroka angkasa lepas sehingga ahli astronomi mencadangkan penggunaan roket untuk ke angkasa lepas.
  • Orang Cina telah menggunakan roket bahan api dalam peperangan sejak 800 tahun dahulu.
  • Roket yang sempurna kemudiannya dicipta oleh orang Jerman dalam perang dunia kedua.
  • Teknik ini kemudiannya telah digunakan oleh ahli sains Amerika Syarikat dan Russia
    untuk melancarkan roket ke angkasa lepas.
Sejak itu persaingan penerokaan angkasa lepas yang hebat telah berlaku di antar kedua – dua
negara iaitu Amerika Syarikat dan Russia. Roket – roket yang awal tidak membawa manusia dan
dipandu melalui kawalan di Bumi. Penerokaan angkasa lepas bermula dengan menetapkan satelit
buatan manusia di angkasa Bumi. Ini diikuti oleh penghantaran prob – prob ke Bulan dan
planet – planet yang berdekatan dengan Bumi. Binatang dan manusia kemudiannya dihantar
ke angkasa bersama kapal angkasa. Angkasawan – angkasawan kemudiannya telah berjaya
terbang di angkasa dan mendarat di Bulan.
Kapal angkasa ulang – alik (space shuttle) iaitu kapal angkasa yang boleh
digunakan berualng kali telah dicipta oleh Amerika Syarikat dan telah dilancarkan untuk
menjimatkan kos pelancaran.
  • Teleskop Angkasa Hubble mampu mencerap objek yang berada
    jauh dari sistem suria kita. Teleskop ini sentiasa memberikan imej objek yang baru sehingga sekarang.
  • ISS (International Space Station) yang dijangka siap pada tahun 2006
    merupakan sebuah stesen yang boleh menampung kehidupan manusia di luar atmosfera Bumi.
    Stesen ini dilengkapi dengan kemudahan asas, sebuah penjana elektrik dan makmal angkasa.
    Saiznya lebih kurang sebuah padang bola sepak apabila siap. Stesen ini mengorbit Bumi setiap
    90 minit dengan kelajuan 27 000 kilometer per jam (27 000 km/j) dan ketinggian sebanyak 400
    kilometer dari atmosfera Bumi.

Comments

Popular posts from this blog

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays

Gaya Bahasa