Sains Bab6-Tingkatan 3

Mineral adalah unsur atau sebatian yang wujud secara semula jadi di dalam kerak bumi. Sebagai contohnya, emas dan perak yang dijumpai dalam bentuk mineral. Ini dinamakan unsur semula jadi. Ada juga sebatian yang dijumpai dalam bentuk mineral, seperti karbonat dan silikat. Ini kita namakan sebatian semula jadi.
Kepelbagaian Mineral Dalam Kerak Bumi


Sifat Mineral
1) Kekerasan
Ada sesetengah mineral yang sangat keras sehingga boleh digunakan sebagai batu pengasah pisau. Dan ada juga mineral yang lembut sehingga boleh dicalarkan dengan hanya menggunakan kuku.


2) Keterlarutan Dalam Air
Ada mineral yang larut, dan ada mineral yang tidak larut. Contoh mineral yang larut adalah seperti magnesium oksida dan kalsium sulfida.


3) Kesan Haba Terhadap Mineral
Jika dipanaskan, oksida logam tidak mengurai untuk membentuk bahan baru. Tetapi karbonat logam akan mengurai kepada oksida logam dan karbon dioksida jika dipanaskan.


Silikon merupakan mineral kedua yang paling banyak dalam kerak Bumi. Tetapi silikon tidak wujud dalam bentuk semula jadi sebagai unsur. Silikon akan bergabung dengan unsur lain bagi membentuk sebatian mineral. Antara contoh sebatian mineral yang berkait dengan silikon adalah SILIKA dan SILIKAT.

SILIKA
Silika adalah silikon dioksida, iaitu gabungan antara silikon dan oksigen.
Eg : pasir, batu pasir, batu api, kuarza
SILIKA
Kuarza



SILIKAT
Silikat adalah sebatian yang terhasil daripada silikon, oksigen dan logam tertentu.
Eg : tanah liat, asbestos, mika, feldspar, gneis, jed dan zamrud
Feldspar

Asbestos

Gneis

Ciri-Ciri Silika dan Silikat
Sebatian silikon ini adalah sangat STABIL kerana 
1. Tidak larut dalam air
2. Tidak terurai bila dipanaskan
3. Tidak bertindakbalas dengan asid hidroklorik

Kegunaan Sebatian Silikon
1. Pembuatan cip elektronik
2. Pembuatan kaca
3. Pembuatan gentian optik
4. Pembuatan seramik (tembikar dan porselin)

Kalsium karbonat adalah sebatian yang terdiri daripada kalsium, karbon dan oksigen. Kalsium karbonat wujud secara semula jadi dalam bentuk batu kapur, marmar, kapur, kalsit, terumbu karang dan cangkerang keras haiwan laut.
sebatian kalsium : kalsium karbonat

Sifat-Sifat Kalsium Karbonat
1. Tindakbalas dengan asid cair
Akan menghasilkan garam, karbon dioksida dan air

2. Tindakbalas apabila dipanaskan
Akan menghasilkan karbon dioksida dan kalsium oksida (kapur tohor)




*Kalsium oksida berpadu dengan air menghasilkan kalsium hidroksida (kapur mati)
*Kalsium hidroksida larut dalam air berlebihan membentuk larutan kalsium hidroksida (air kapur)


Kegunaan Sebatian Kalsium
1. Membuat jubin (keras, tahan haba, tidak larut dalam air)
2. Antasid untuk melegakan sakit gastrik
3. Meneutralkan tanah yang berasid
4. Menyediakan simen dan cat kapur dalam pembinaan bangunan

arang batu dan kayu kayan. Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu dibentuk daripada sisa tumbuhan dan haiwan mati yang tertanam berjuta tahun dahulu.

Lihat pembentukan bahan api fosil seperti di bawah

Pembentukan arang batu

Pembentukan petroleum


Video animasi proses pembentukan arang batu





Video animasi proses pembentukan gas asli dan petroleum


 Penyulingan Berperingkat Petroleum
Petroleum ialah satu campuran hidrokarbon, iaitu bahan kimia yang terdiri daripada unsur hidrogen dan karbon. 

Berikut adalah proses penyulingan berperingkat dalam menara penyulingan di loji penapisan minyak dan kegunaan pecahan petroleum yang berbeza.


Jika julat takat didih pecahan petroleum itu meningkat, warna nya menjadi semakin gelap, kelikatan meningkat, kebolehan untuk terbakar berkurang dan jelaga pembakaran meningkat.


Kaedah Berkesan Dalam Penggunaan Sumber Bahan Api Semula Jadi
1. Menggunakan peralatan gas dan elektrik yang menjimatkan tenaga
2. Mengurangkan pembaziran tenaga
3. Menggunakan kenderaan yang menjimatkan bahan api yang lebih efisien
4. Menggalakkan perkongsian kenderaan
5. Mengitar semula dan menggunakan semula bahan
6. Menggunakan sumber tenaga diperbaharui

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays

Gaya Bahasa