Drama Hadiah-Tingkatan 1(2015)




Hadiah

(Aripin Said)


SINOPSIS




Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah kewangan. Hayati tidak dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke kampung. Mereka hanya bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil daripada Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara.




PEMIKIRAN


Kegigihan menuntut ilmu.


Buktinya, Hayati terpaksa pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama sekolah.




PERSOALAN


i.      Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.


Contoh: Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan.




ii.    Gigih meneruskan pelajaran. 


Contoh: Hayati tetap berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya.




iii.   Berusaha untuk menyelesaikan masalah. 


Contoh: Pak Mail menceritakan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada penghulu.


PLOT


Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.




i.      Permulaan


Contoh: Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama.




ii.    Perkembangan


Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru besarnya tentang masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji akan membantunya.  Pak Mail juga memaklumkan bahawa dia telah meminta pertolongan daripada penghulu.




iii.   Klimaks


Penghulu dan wakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan Akhbar semasa bertugas mempertahankan negara.




iv.   Peleraian


Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya.




TEKNIK PENCERITAAN


i.              Imbas Kembali


Contoh:  Hayati sentiasa teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir tiga bulan lamanya.




ii.            Dialog


Contoh: Perbualan antara Fauziah dan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran asrama Hayati.




iii.           Imbas Muka


Contoh:  Hayati ingin menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung.




iv.           Pemerian


Contoh:  Pak Musa menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail.




WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama


Hayati


i.              Gadis yang berusia 15 tahun. 


ii.            Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.


iii.           Gigih berusaha


Contoh: Hayati menceritakan masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada guru besar.


iv.           Tabah.


Contoh: Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya.


v.            Penyayang.


Contoh: Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila dia pulang ke kampung.


vi.           Mementingkan pelajaran


Contoh: Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan pelajarannya.




Watak Sampingan




1.    Fauziah


i.      Ibu kepada Hayati.


ii.    Tabah.


Contoh: Tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.


iii.   Penyayang.


Contoh: Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.




2.    Pak Mail


i.      Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.


ii.    Tabah.


Contoh: Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.


iii.   Bertanggungjawab.


Contoh: seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah yang tercinta.


iv.   Penyayang.


Contoh:  seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.




3.    Datuk Penghulu


i.      Bertanggungjawab.


Contoh:  seorang yang bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak Mail.


ii.    Amanah.


Contoh:  seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.




4.    Encik Musa


i.      Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas


ii.    Amanah


Contoh: Amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek penghargaan kepada keluarga Pak Mail di atas sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah air.




LATAR


Latar Masa


i.              Pagi


Contoh: Pak Mail menemui datuk penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya.


ii.            Petang :


Contoh: Hayati pulang ke kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail.




Latar Tempat


i.                      Rumah Pak Mail


Contoh: Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000.




ii.                    Pejabat guru besar


Contoh:  Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada guru besar.


iii.                   Asrama sekolah


Contoh:  Tempat Hayati tinggal semasa belajar di sekolah tersebut.




iv.                   Perbatasan negara


Contoh:  Tempat Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.




Latar Masyarakat




i.                      Masyarakat kampung


Contoh: Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.




ii.                    Masyarakat yang berusaha gigih.


Contoh: Pak Mail berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati.




iii.                   Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.


Contoh: Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.




iv.                   Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.


Contoh: Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha.




GAYA BAHASA


i.              Bahasa istana


Contoh: bonda, anakanda, nenda dan adinda




ii.            Kata ganda


Contoh: sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga




iii.           Sinkof


Contoh: mak, tuk, nak, dah


iv.           Simpulan bahasa


Contoh: minta diri


v.            Bahasa Arab


Contoh:  assalamualaikum, waalaikumusalam.




NILAI


      i.        Nilai kasih sayang.


Contoh:  Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.




    ii.        Nilai ketabahan


Contoh:  Fauziah tabah menerima kematian suaminya.




   iii.        Nilai kegigihan.


Contoh: Hayati gigih berusaha mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya.




   iv.        Nilai bekerjasama.


Contoh: Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.


PENGAJARAN


      i.        Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.


Contoh:  Hayati berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah kewangan.




    ii.        Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara.


Contoh:  Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara. 






   iii.        Kita hendaklah percaya kepada Tuhan


Contoh:  Pak Mail percaya bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam kesusasahan.




   iv.        Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.


Contoh:  Guru besar berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays