Aku-Tingkatan 1(2015)




Aku
(Rosli  K. Matari)
MAKSUD SAJAK
Rangkap
Maksud
1
Penulis mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.
2
Penulis menyusuri sepanjang pantai sambil membayangkan bahawa dirinya itu Nabi Adam.
3
Digambarkan bahawa hari tersebut merupakan hari wujudnya nabi Adam iaitu manusia  pertama yang dicipta oleh Tuhan. Baginda buat pertama kalinya dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.
4
Baginda tidak pernah mendengar deruan ombak sebelum kewujudannya.
5
Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.
6
Baginda juga tidak pernah mengenali dan mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ.
7
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja dicipta.
TEMA
Kewujudan diri dan menghayati alam sekitar.  Pembaca dipupuk untuk menghayati dan menikmati alam sekitar yang memberi ketenangan jiwa serta menyedari kewujudan Tuhan.
PERSOALAN
  1. Pemeliharaan alam sekitar.  Alam sekitar perlu dipelihara agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
  2. Kepercayaan kepada Tuhan. Manusia pertama dicipta ialah nabi Adam.
  3. Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tuhan menciptakan dunia untuk manusia menggunakannya sebaik mungkin.
BENTUK
i.          Bebas
ii.          Terdapat tujuh rangkap
iii.         Baris-baris ayat dan rima akhir
  • Rangkap 1 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
  • Rangkap 2 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
  • Rangkap 3 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
  • Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb
  • Rangkap 5 terdapat 3 baris.  Rima akhir abc
  • Rangkap 6 terdapat 3 baris.  Rima akhir aab
  • Rangkap 7 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb
GAYA BAHASA
  • Sinkope
Contoh:  kecuali diriku
  • Kata ganda
Contoh:  bertiup di mana-mana
  • Imej alam
Contoh:  laut, langit, pohon, angin, ombak.
  • Asonansi-perulangan vokal a
Contoh: kerana aku baru ada
  • Aliterasi-perulangan konsonan l
Contoh:  laut, langit dan pohon
NILAI
  • Percaya kepada Tuhan.
Contoh:  aku percaya Kau Pencipta.
  • Kesyukuran
Contoh: Aku bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di dunia.
  • Keinsafan:
Contoh: Adam insaf akan kebesaran dan kekuasaanTuhan
PENGAJARAN
  • Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
  • Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara keasliannya.
  • Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays