KH(Bab4,teras)-Tingkatan 3

KHB Tingkatan Tiga : Teras ( Bab 4: Tempat Kediaman )
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN TIGA
TERAS : BAB 4 .TEMPAT KEDIAMAN

Objektif :

  1. Ruang tempat kediaman
i.                    Menerangkan erti tempat kediaman
ii.                   Menyenaraikan jenis ruang tempat kediaman
iii.                  Mengenalpasti fungsi ruang
  1. Keselesaan tempat kediaman
i.                     Mengenalpasti faktor keselesaan tempat kediaman

Pengertian – tempat kediaman

  • Tempat tinggal yang boleh memberi perlindungan dan keselamatan bagi sesebuah keluarga.

Contoh tempat kediaman :
* Minta pelajar senaraikan ( sumbangsaran )
-         pangsapuri, teres, banglo dsb.

Jenis ruang dan fungsi. ( rujuk m/s 58 )

  • Minta pelajar senaraikan ruang-ruang yang ada di rumah masing-masing. Kategorikan ruang tersebut mengikut jenis.

1.      Sosial : Tempat untuk berehat dan berinteraksi antara ahli keluarga, membaca akhbar,menonton,  melayan tetamu, berbual, berbincang dan menjamu selera.
Cth : Bilik istirehat, ruang tamu, ruang makan.

2.      Kerja : Untuk melakukan aktiviti penyediaan dan penyimpanan makanan, menyimpan barang, melakukan kerja pembersihan dan penyelenggaraan serta meletak kereta.
Cth : Dapur, stor, garaj, tempat dobi

3.      Persendirian : Tempat berehat dan menyimpan wardrobe, membersih dan mengemas diri.
Cth : Bilik tidur, bilik mandi, tandas


Faktor keselesaan tempat kediaman

  1. Pengudaraan
  2. Pencahayaan
  3. Skema warna
  4. Lantai dan penutup lantai
  5. Alatan dan kelengkapan
  6. Keselamatan

  1. Pengudaraan
    • Tingkap, kekisi, pintu
    • kipas, penyaman udara
  1. Pencahayaan
2 sumber : i. cahaya matahari
                  ii. cahaya lampu  : 3 jenis
·        Pencahayaan am
-     Menerangi keseluruhan ruang tanpa apa-apa halangan
       Cth : pendarflour, mentol

·        Pencahayaan terus/langsung
-    Memancar ke satu arah tertentu sahaja
      Cth ; Lampu meja

·        Pencahayaan tidak langsung
-    Hasil drp pembalikan cahaya iaitu cahaya
      lampu yang memancar ke siling @ dinding
      dan dibalik ke ruang sekitarnya.
      Cth : lampu hiasan

  1. Skema warna
i.                     Warna lembut : - suasana sejuk, tenang, harmonis
        - Ruang kecil kelihatan lebih luas
        - Siling rendah kelihatan tinggi
       Cth : biru muda, hijau muda, merah jambu

ii.                   Warna terang : - suasana ceria dan cerah
                                    - ruang kecil kelihatan luas
                                    - siling rendah kelihatan tinggi
                                     Cth : kuning, merah, jingga

iii.                  Warna gelap  : - suasana tenang dan redup
      - ruang besar kelihatan kecil
      - siling tinggi kelihatan rendah
       Cth : biru tua, ungu tua
  1. Lantai dan penutup lantai
Ciri-ciri lantai yang baik :
i.                     Tahan lasak
ii.                   Tidak licin
iii.                  Rata
iv.                 Cantik
v.                   Mudah dibersihkan
Jenis-jenis lantai :
i.                     Simen : kaki 5, serambi, anjung, stor
ii.                   Mozek : dapur, bilik mandi
iii.                  Terazo : ruang tamu
iv.                 Marmar : ruang tamu

Penutup lantai :
·        Permaidani
·        Linoleum ( tikar getah )
·        Tikar
·        Vinil

  1. Alatan dan kelengkapan
·        Mesti berfungsi, cantik dan selamat
·        Sesuai dengan fungsi dan saiz ruang

  1. Keselamatan
·        Susunatur tidak menghalang pergerakan
·        Alat elektrik dan tajam : simpan dengan selamat
·        Jenis lantai sesuai : elak kemalangan
·        Alat pemadam api
·        Peti kecemasan

Rumusan :
  1. erti tempat kediaman
  2. jenis ruang : sosial, kerja, persendirian
  3. fungsi setiap ruang
  4. faktor keselesaan tempat kediaman :
i.                    pengudaraan
ii.                   pencahayaan
iii.                  skema warna
iv.                  lantai dan penutup lantai
v.                  alatan dan kelengkapan
vi.                 keselamatan


BAB 4 : TEMPAT KEDIAMAN

Objektif :

c. penjagaan tempat kediaman
i. mengenal pasti pembersihan
ii. mengenalpasti alat dan agen pencuci
iii. memilih dan mengguna agen pencuci yang sesuai
iv. membersih, mengemas dan menghias ruang tempat kediaman
d. susun atur alatan dan kelengkapan
i. menyenaraikan faktor yang perlu diambilkira semasa menyusun atur alatan dan kelengkapan  di ruang dapur



































Pembersihan tempat kediaman

jenis
keterangan
contoh
Pembersihan harian
·        Setiap hari
·        Kerja ringan & ringkas
·        Masa yang singkat
·        Menyapu
·        Mencuci pakaian
·        Membuang sampah
·        Menyusun  buku /majalah/surat
                           khabar
Pembersihan mingguan
·        Biasanya hujung minggu
·        Masa lebih lama
·        Pembahagian tugas antara ahli keluarga
·        Mengelap tingkap & perabot
·        Membersih bilik mandi & tandas
·        Menvakum
·        Mengemop
Pembersihan berkala
·        masa tertentu spt   cuti/perayaan
·        gotong-royong ahli keluarga
·        menukar langsir
·        membersih kipas
·        mengemas &   membersih stor


Alat dan agen pencuci

alat pencuci
Agen pencuci
a.       penyapu
i.          penyapu rami
ii.         penyapu lidi
iii.        penyalu buluh

b.      berus
i.         berus dawai
ii.        berus sabut
iii.       berus plastic
iv.       berus tandas
v.        berus siling
c.       mop
d.      vakum
e.       penadah sampah
a.       sabun
b.      detergen : cth - dinamo
c.       bahan peluntur
d.      pembasmi kuman


Memilih dan menggunakan agen pencuci

i.                    Sesuai dengan jenis permukaan, tahap kekotoran dan mesra alam.
ii.                   Patuhi peraturan penggunaan.
iii.                  Simpan di tempat selamat.

Membersih, mengemas dan menghias ruang tempat kediaman
Menbersih
1.      matikan suis kipas
2.      tutup @ simpan makanan
3.      guna alat dan agen yang sesuai
4.      bersihkan bahagian atas dahulu : sawang, kipas & hiasan dinding
5.      diikuti bahagian bawah : menyapu,menvakum, mengelap tingkap, mengemop
6.      lap alatan & kelengkapan dgn air suam bersabun

Mengemas
1.      buka semua tingkap dan pintu
2.      susun buku, surat khabar, majalah dan alatan
3.      mengelap & menggilap alatan dan kelengkapan
4.      jemur permaidani

Menghias
1.      hiasan sesuai dgn keperluan, kegunaan dan saiz ruang
2.      susunatur perabot ikut kreativiti
3.      hiasan tambahan ( bunga, hiasan dinding,cermin dinding & bingkai gambar ) sesuai dgn saiz &
         fungsi ruang
4.      pemilihan lampu sangat penting
5.      warna hiasan sesuai dengan skema warna ruang
Faktor yang perlu diambilkira semasa menyusun atur alatan dan kelengkapan

1.      saiz ruang
i.            alatan & kelengkapan padan dengan saiz ruang

2.      saiz perabot
i.            saiz perabot sesuai dengan saiz ruang
ii.           perabot tidak terlalu banyak
iii.          perabot besar & tinggi disusun rapat ke dinding di bahagian belakang manakala perabot kecil &
             rendah di bahagian hadapan

3.      skema warna
i.            warna dinding, siling, alatan dan kelengkapan, fabrik langsir, sofa dan alas meja mesti
              sesuai

4.      keceriaan
i.             gabungan warna ruang, alatan & kelengkapan serta susunan mewujudkan keceriaan
ii.            warna & corak permaidani, sofa, gubahan bunga menambah keceriaan

5.      keselamatan
i.             susunan tidak menghalang laluan & pergerakan untuk elakkan kemalangan.
ii.            Alatan berbahaya disimpan dgn selamat

6.      kumpulan ahli keluarga
i.                     susunatur ambil kira kumpulan tertentu : bayi, kanak2, orang tua & orang kurang upaya.

Susun atur alatan & kelengkapan di ruang dapur

aktiviti
penerangan
Meja kerja
  • berhampiran sink & dapur
  • ketinggian sesuai
Peti sejuk
  • jauh daripada dapur
  • berdekatan meja kerja
Sink
  • di tepi tingkap untuk pencahayaan & pengudaraan baik
dapur
  • ketinggian sesuai
  • jauh daripada bahan mudah terbakar
  • berhampiran meja kerja


Bentuk-bentuk ruang dapur :
i.                    L
ii.                   I
iii.                  H
iv.                 U


  • Rujuk m/s 69 teks

    Comments

    Popular posts from this blog

    Sains Bab 4-Tingkatan 3

    Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

    Simple Essays