KH(Bab6,teras)-Tingkatan 1


Nota KHB Tingkatan Satu: Teras ( Bab 6 : Tanaman Hiasan )

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

TINGKATAN 1

BAB 6 ( TANAMAN HIASAN )



6.1 PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG

·         Bahagian : batang, dahan @ ranting

·         Contoh pokok : Bougainvillea sp ( bunga kertas )

      Hibiscus rosa sinensis ( bunga raya )

      Ixora javanica ( siantan )

      Codiaeum sp ( pudding )





Langkah penyediaan :
i. Tapis ketiga-tiga medium berasingan
ii. Sukat medium mengikut nisbah
iii. Gaul ketiga-tiga bahan

iv. Masukkan medium ke dalam bekas semaian sehingga 2.5cm dari bibir bekas semaian. Letak di tempat redup.






      2. Jenis keratan batang
     

Jenis keratan
Kaedah penyediaan
Keratan kayu lembut ( keratan hijau )
  • Bahagian pucuk yang masih berwarna hijau & mudah patah apabila dilentur
Daun tidak dibuang
Keratan kayu sederhana keras
( keratan hijau – perang )
  • Bahagian dahan yang baru matang, diantara kayu lembut & kayu keras
Daun bawah dibuang
Keratan kayu keras ( keratan perang )
  • Bahagian batang yang telah matang.
  • Sesuai disemai terus ke dalam beg politena
Semua daun dibuang





3. Memilih pokok hiasan yang boleh dibiakkan melalui keratan batang
·         Dari pokok induk yang sihat & baik
·         Bebas dari penyakit & haiwan perosak
·         Diameter 1 cm – 1.5 cm
Contoh tumbuhan :
·         Keratan kayu lembut : Jejari hantu ( Alternanthera elliptica )
·         Keratan kayu sederhana keras : Bunga raya ( Hibiscus rosa sinensis )

·         Keratan kayu keras : Angsana ( Pterocarpus indicus )





4. Menyedia & menyemai keratan batang
·         Semai dengan segera
·         Guna hormon pengakaran untuk menggalakkan pertumbuhan akar
Langkah kerja :
i. Sediakan keratin batang ( 10 cm – 15 cm )
ii. Celup hormone pengakaran
iii. Buat lubang ( 2 cm – 3 cm dalam ) dengan mencucuk kayu.
iv. Masukkan keratan batang ke dalam lubang, padatlkan kelilingnya.

v. Siram, letak tempat teduh.


5. Menjaga keratan batang
·         Siram, buang rumpai. Elakkan gerakan kerana akan merosakkan akar yang baru tumbuh.


6.2 PENANAMAN ANAK POKOK

      1. Menyediakan medium penanaman
·         Kaedah penyediaan medium pemasuan J.I.P ( John Innes Potting Compost )
Tanah loam : Bahan organic : Pasir sungai
       7           :         3             :        2      @

        3          :         2             :        1

          2. Mengubah anak pokok ke dalam beg politena
    ·         Proses memindahkan anak pokokdari bekas semaian ke medium penanaman
    ·         Perlu menjalani proses pengerasan ( mengurangkan siraman serta mendedahkan anak pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur ) untuk mengurangkan renjatan.
    ·         Langkah : i.   Isi medium ke dalam beg politena ( ¾ penuh )
    ii.  Gali anak pokok beserta tanah di sekeliling anak pokok
    iii. Masukkan anak pokok ke dalam beg politena. Tambah medium dan padatkan sekelilingnya.


    6.3 PENJAGAAN ANAK POKOK

          1. Merumput
    Mengelakkan persaingan untuk mendapatkan nutrient, air, cahaya & ruang
    Memusnahkan tempat tinggal & pembiakan perosak serta agen penyakit

          2. Menggembur tanah
    Memudahkan akar menembusi medium & membaiki pengudaraan tanah
    Memudahkan penyerapan air & nutrient

          3. Membaja
    Dilakukan selepas 2 – 4 minggu  mengubah
    Pokok hiasan memerlukan baja sebatian mengandungi unsur nitrogen ( N ), fosforus ( P ) & kalium ( K )
    Pokok berbunga perlu lebih  P & K
    Kekerapan membaja : 2 -3 minggu sekali
    Boleh juga guna baja organik yang cukup reput

          4. Menyiram
    Membekalkan air kepada tanaman melalui medium
    Perlu siram sekurang-kurangnya sekali sehari
    Elakkan menyiram pada waktu panas terik


    x

    Comments

    Popular posts from this blog

    Sains Bab 4-Tingkatan 3

    Simple Essays

    Gaya Bahasa