Surat Untuk Ina-Tingkatan 1


Sinopsis

Zali memberitahu keinginannya mengenali pengawas bernama Zalina dengan lebih lanjut. Jais mencadangkan agar Zali menulis sepucuk surat tanpa meletakkan nama dan dalam surat itu dinyatakan ingin berkenalan dan bersahabat. Badar memberitahu agar Zali menyatakan keinginannya berbincang tentang pelajaran. Jais terus mencadangkan agar meletakkan surat itu di dalam meja Zalina, kemudian melihat reaksi pengawas itu. Apabila Zalina muncul, Badar mengusik tetapi tidak dilayan oleh Zalina.
Zali telah meletakkan surat di dalam meja Zalina. Kini dia sedang menanti reaksi daripada Zalina. Tiba-tiba Zalina mengajak Fatimah bertemu Cikgu Halil. Zali mengingatkan Badar supaya jangan mengaku dan Badar pula yakin Zalina tidak berani memberitahu hal itu kepada guru.
Apabila Cikgu Halil masuk, guru itu meminta semua murid mengeluarkan buku latihan dan karangan. Daripada pengecamannya, Cikgu Halil mendapati tulisan Zali mirip tulisan dalam surat yang diberikan oleh Zalina kepadanya. Setelah didesak, akhirnya Zali mengaku. Cikgu Halil tidak mengambil tindakan terhadap Zali kerana Zalina telah memaafkan kesalahan Zali.
Nilai murni

Nilai murni daripada cerpen ialah saling memaafkan, contohnya Zalina memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat kepadanya kerana dia tidak mahu memanjang-manjangkan kisah tersebut.
Selain itu rasional, contohnya Cikgu Halil mengambil tindakan yang tepat dengan mengesan tulisan penulis surat menerusi buku latihan dan karangan.
Akhir sekali kejujuran, contohnya Zali akhirnya mengakui dia yang menulis surat kepada Zalina.
Pengajaran

Pengajaran daripada cerpen ialah kita perlu menyerahkan kepada guru untuk menyelesaikan masalah berkaitan disiplin, contohnya Zalina menyerahkan surat yang diterimanya kepada Cikgu Halil untuk guru itu mengambil tindakan.
Selain itu kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain, contohnya Zalina memaafkan kesalahan Zali yang menulis surat kepadanya.

Akhir sekali kita wajar memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah, contoh yang ditunjukkan oleh Zali, Jais dan Badar yang suka berborak kosong janganlah diikuti.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays