Sejarah Bab1,2 Tingkatan 3


BAB 1:
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
1.1 PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU
  • Memerintah selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945)
  • Pemerintahan bercorak tentera
KEDATANGAN JEPUN
  • Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
  • Melancarkan Pemulihan Meiji
  • Menekankan pemodenan Jepun dan perindustrian
  • Mencontohi negara Barat
  • Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri
  • Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905
  • Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun
Faktor Perluasan Kuasa Jepun
i. Faktor Masalah Ekonomi Jepun
  • Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang
  • Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
  • Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri
ii. Faktor Sekatan Ekonomi
  • Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
  • China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
  • Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
  • Serangan diketuai Jeneral Tojo
  • Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
  • Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
  • Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara
Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu
i. Melalui Propaganda
  • Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”
  • Slogan berunsur anti-penjajah Barat
  • Banyak menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur
  • Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia
ii.Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
  • Strategi yang sangat berkesan
  • Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British
Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
i. Melalui Kawasan Utara di Thailand
  • Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941
  • Tentera terus mara ke Jitra, Kedah
  • Tentera berpecah dua
  • Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
  • Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat
ii. Melalui Kawasan Kota Bharu
  • Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
  • Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur
iii. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
  • Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
  • Berpecah kepada dua pasukan
  • Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
  • Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
  • Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar
  • Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah
Cara Kemaraan Tentera Jepun
i. Menggunakan kapal terbang perang
  • Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
  • Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun
ii.Menggunakan kereta kebal penggempur
  • Berjaya memaksa tentera British berundur
  • Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan
iii. Menggunakan bot
  • Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai
iv. Menggunakan basikal
  • Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
  • Basikal mudah untuk melalui jalan sempit
Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu
i. Jepun menguasai Tanah Melayu
  • Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
  • Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
  • Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura
  • Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan
ii. Banyak berlaku kemusnahan
  • Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
  • British gunakan taktik “bumi hangus”
  • British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan
  • Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi
  • Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan  Muzium Selangor
  • Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan
iii. Jepun gagal menguasai bahan mentah Tanah Melayu
  • Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara
iv. Kelemahan tentera British di Tanah Melayu
  • Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun
  • Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura
  • British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah
  • Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu
i. Perancangan awal perang
  • Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
  • Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan
ii. Kelengkapan perang tentera Jepun
  • Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
  • Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu
iii. Semangat tentera Jepun
  • Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
  • Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
  • Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
iv. Taktik serangan Jepun
  • Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
  • Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura
v. Kelemahan tentera British
  • Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
  • Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
  • Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
  • Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura
vi. Pakatan Jepun-Thailand
  • Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
  • Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand
vii. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
  • KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
  • KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
  • KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun
DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
a. Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
  • pemerintahan bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
  • Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)
  • Singapura dikenalisebagai Syonan (Cahaya Selatan)
  • Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu
  • Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah
i. Pentadbiran Pusat
  • Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat
  • Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura
  • Dibantu oleh Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat
  • Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara
  • Diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching
ii. Pentadbiran Wilayah
  • Di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri
  • Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah
  • Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama
  • Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri)
  • Sabah kepada dua wilayah (Jesselton & Sandakan)
  • Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah
  • Diperingkat daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British
  • Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan
b. Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
  • Jepun perkenalkan pelbagai dasar
  • Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan
  • Kebajikan penduduk tidak dijaga
  • Penduduk tiada hak bersuara
  • Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu
  • Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi kebaikan kepada penduduk
  • Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British
  • Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial
i. Politik
  • Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri
  • Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja
  • Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British
  • Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun
  • Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah
ii. Ekonomi
  • Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan
  • Mata wang Jepun diperkenalkan
  • Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan
  • Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian
  • Layanan istimewa diberikan kepada  kaisha (syarikat Jepun)
iii. Sosial
  • Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China
  • Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun
  • Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah
  • Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah
  • Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia
  • Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun
  • Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan
  • Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
  • Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China_Jepun
  • Orang India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India
Contoh Dasar Penjepunan
  • Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan
  • Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan Shokai
  • Budaya Jepun diiklankan dalam  akhbar
  • Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jepun  Kimigayo
REAKSI PENDUDUK
  • Pelbagai reaksi penduduk tempatan seperti orang Melayu, India & Cina
i. Reaksi Orang Melayu
Reaksi Peringkat Awal
  • Sebahagian besar tidak menentang
  • Mereka mengalu-alukan kedatangan Jepun
  • Terpengaruh dengan slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
  • Orang Melayu diberi layanan baik oleh tentera Jepun
  • KMM pimpinan Ibrahim Haji Yaacob mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
  • Tujuan supaya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan
Reaksi Selepas Jepun Menguasai Tanah Melayu
  • Sokongan orang Melayu tidak kekal lama
  • Jepun memerintah secara tentera
  • Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat
  • Slogan Jepun hanya muslihat untuk menguasai Tanah Melayu
  • Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti dijanjikan
  • Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
  • Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand sebagai balasan kerjasama
  • Di peringkat awal Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu
  • KMM dibubarkan oleh Jepun
  • Tentera Jepun mula kejam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap pesalah
ii. Reaksi Orang Cina
  • Banyak dipengaruhi Perang China-Jepun 1937
  • Terlibat dengan gerakan anti-Jepun
  • Mereka memulaukan barangan Jepun & memungut derma untuk membantu Negara China
  • Pemuda Cina ramai yang balik ke China menyertai perang menentang Jepun
  • Kesannya – apabila Jepun menguasai Tanah Melayu orang Cina dilayan kasar & dibunuh tentera Jepun
  • Ada juga orang Cina menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan & keselamatan nyawa mereka
iii. Reaksi Orang India
  • Mendapat layanan baik daripada Jepun
  • Tujuan Jepun untuk mendapat kerjasama orang India mengusir British di India
  • Orang India diseru bersatu padu untuk tujuan tersebut
  • Jepun berjaya mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya berpaling tadah & bekerjasama dengan Jepun
  • Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India & menubuhkan Liga Kemerdekaan India hasil dorongan Jepun
Reaksi Penduduk Terhadap Dasar Kejam Jepun di Tanah Melayu
  • Muncul gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
  • Bergerak secara gerila untuk menentang Jepun
  • Mendapat kerjasama daripada tentera Bersekutu khususnya British
Gerakan Anti-Jepun di Tanah Melayu
i. Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)
  • Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
  • Bekerjasama dengan British untuk mendapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan & senjata
  • Menggunakan taktik perang gerila
ii. Force 136
  • Ditubuhkan tentera Bersekutu di Pahang, Johor & Kedah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu
  • Anggotanya mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka
  • Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu
iii. Askar Melayu Setia (AMS)
  • Melancarkan perang gerila
  • Bekerjasama & mendapat bantuan daripada Force 136
iv. Pasukan Wataniah Pahang
  • Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar) sebagai Pemerintah Kehormat
  • Diketuai oleh Yeop Mahidin
  • Berhubungan baik dengan pasukan Force 136
v. Gerila Kinabalu
  • Pimpinan Albert Kwok
  • Melancarkan pemberontakan Double Tenth tetapi gagal
vi. Pasukan Gerila Datu Mustapha
  • Menjalankan penentangan di Kudat
vii. Pasukan Gerila di Sandakan
  • Menjalankan penentangan di Sandakan
viii. Penentangan di Pesisir Pantai Sarawak
  • Menjalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun
Jepun di Ambang Kekalahan
  • Tahun 1945 tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah diri
  • Jepun enggan
  • Pada 9 Ogos 1945 tentera Bersekutu menggugurkan bom atom di di Hiroshima & Nagasaki
  • 15 Ogos 1945 Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat
  • Jeneral Seishiro Itagaki iaitu ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri kepada tentera Bersekutu di Majlis Perbandaran Singapura
  • Tentera Bersekutu diwakili Laksamana Louis Mountbatten
  • Pada 10 September 1945  pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37 di wilayah Borneo Masao Baba menyerah kalah di Surender Point, Labuan
1.2 KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU
KESAN POLITIK
i. Berjaya Mempengaruhi Penduduk Tempatan
  • Kejayaan Jepun dalam Perang Dunia II menewaskan kuasa barat memberi keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada penjajah
  • Menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
  • Slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk menolak penjajah Barat
ii. Orang Melayu Terlibat Dalam Pentadbiran Awam
  • Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) di Singapura, Pulau Pinang & Melaka
  • Tujuan melatih pegawai awam
  • Jepun melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran
  • Contoh;
a. Orang tempatan diberi peluang menjadi Pegawai Daerah iaitu Abang Haji Openg (Kuching) & Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman (Hulu Perak)
b. Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel PETA (Pembela Tanah Air) iaitu pertubuhan separa tentera & diberi latihan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu
c. Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan & Adat Istiadat Melayu
d. Dato’ Onn Jaafar dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor & juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
  • Peluang menjawat jawatan tinggi tidak pernah diberi semasa pentadbiran British
iii. Jepun Tidak Menepati Janji
  • Dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan
  • Di Tanah Melayu kegiatan politik diawasi Jepun
  • Kebebasan bersuara disekat
  • Akhbar-akhbar yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun
  • Hanya pertubuhan pro-Jepun sahaja dibenarkan aktif
  • KMM yang banyak membantu Jepun juga diharamkan pada tahun 1942
  • Pertubuhan politik dibenarkan bergiat semula apabila Jepun menerima tekanan tentera Bersekutu
  • Segala dasar Jepun mula longgar
  • Contoh;
a. Tanah Melayu dijanjikan akan merdeka bersama Indonesia
b. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan bertujuan mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia
  • Kesan – konsep Melayu Raya yang diperjuangkan KMM semakin kukuh
iv. Kebangkitan Semangat Kebangsaan
  • Semangat kebangsaan semakin bersemarak
  • Semangat kebangsaan rakyat berbeza mengikut kaum & berpaksi kepada Negara asal
  • Contoh;
a. semangat kemerdekaan orang India untuk memerdekakan Negara India
b. semangat kebangsaan orang Cina lebih bersifat anti-Jepun
  • Kesan;
a  Parti Komunis Malaya (PKM) semakin berpengaruh apabila mendapat bantuan daripada pasukan Force 136
b. PKM menubuhkan MPAJA dikenali dengan nama “Bintang Tiga” melambangkan tiga kaum utama tetapi sebahagian besar anggotanya kaum Cina
KESAN EKONOMI
i. Rancangan Ekonomi Jepun gagal
  • Rancangan mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” gagal kerana Jepun lebih tumpukan kepada peperangan
  • Kesan;
a. Ekonomi Tanah Melayu merosot
b. Gaji pegawai kerajaan dikurangkan
c. Kadar pengangguran meningkat
  • Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi kuasa Bersekutu
  • Kesan;
a. Hasil bijih timah & getah tidak dapat dieksport ke Barat
b. Beras tidak dapat diimport dari Thailand & Burma
c. Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam Bersekutu menyebabkan bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun
ii. Ekonomi Hanya Menguntungkan Jepun
  • Dasar ekonomi Jepun tidak menguntungkan penduduk
  • Amalan rasuah, menyorok barang & pasaran gelap berlaku di merata tempat
  • Mata wang Jepun dikenali sebagai “wang pokok pisang” dicetak tanpa kawalan & nilainya rendah
  • Kesan – berlaku inflasi kerana terlalu banyak wang tetapi barang kurang
iii. Penduduk Sengsara & Menderita
  • Bekalan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian & ubat sukar diperoleh
  • Jika adapun harganya melambung tinggi
iv. Catuan Bekalan Makanan
  • Bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan
  • Kad catuan diberikan bagi memastikan tiada keluarga mendapat bekalan lebih daripada yang ditetapkan
  • Contoh – setiap keluarga dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan
  • Kesan;
a. Kadar ini tidak mencukupi bagi sebuah keluarga besar
b. Ubi kayu & keledek menjadi makanan utama menggantikan nasi
c. Ramai penduduk Bandar berpindah ke luar Bandar untuk mencari kehidupan lebih baik
vi. Banyak Ciptaan Baru Muncul
  • Keperitan hidup menjadikan penduduk tempatan lebih kreatif
  • Banyak ciptaan baru muncul berasaskan bahan tempatan
  • Contoh;
a. Kasut getah daripada getah keping dihasilkan
b. Kain daripada benang nanas dihasilkan
vii. Perkembangan Perusahaan Tradisional & Industri Baru
  • Perusahaan tradisional digiatkan semula seperti menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa & rokok daun
  • Ubat-ubatan menjadi semakin penting
  • Muncul banyak industri baru berasaskan sumber tempatan yang diusahakan syarikat Jepun
  • Contoh;
a. Lori & kereta berkuasa wap menggunakan arang batu
b. Bahan api daripada susu getah
c. Tayar tanpa tiup daripada getah padat
d. Tali kapal daripada sabut kelapa
e. Kelambu & kain daripada benang daun nanas
f.  Kertas daripada buluh, daun getah & lalang
g. Peralatan berasaskan kulit haiwan & logam
  • Industri yang tidak ekonomik & kekurangan bahan mentah semakin pupus
KESAN SOSIAL
i. Penduduk Sengsara & Takut
  • Penduduk dikenakan perintah berkurung & sekatan perjalanan
  • Penduduk saling mencurigai satu sama lain kerana bimbang dianggap anti-Jepun
  • Ramai menjadi tali barut Jepun
  • Ramai menjadi mangsa kekejaman Jepun
  • Kempeitai sentiasa mengintip sesiapa sahaja yang dianggap bersalah
  • Prinsip kempeitai adalah “seksa dulu kemudian siasat”
  • Hukuman dera & hukuman mati dikenakan di khalayak ramai
ii. Penduduk Menjadi Buruh Paksa
  • Sebagai buruh paksa penduduk tidak diberi gaji
  • Mereka hanya diberi makanan sekadar untuk hidup
  • Ramai penduduk Tanah Melayu menjadi buruh paksa membina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma sepanjang 724 km
  • Seramai 70 ribu penduduk terlibat & satu pertiga daripadanya terkorban
  • Surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh tentera Jepun kepada sesiapa yang tidak hadir bekerja
iii. Tiada Kemudahan Kesihatan
  • Kemudahan kesihatan terjejas teruk kerana peperangan
  • Wabak penyakit merebak terutama penyakit beri-beri disebabkan kekurangan zat makanan
  • Bekalan ubat sukar diperoleh kerana tidak dapat diimport
  • Keadaan semakin teruk apabila tentera Jepun merampas ubat-ubatan di pasaran untuk kegunaan mereka sendiri
—————————————————–
SEJARAH TINGKATAN TIGA
BAB 2
MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
  • Malayan Union (MU)) diperkenalkan tahun 1946
  • Ia membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu
  • Orang Melayu menentang MU yang dianggap cuba menjajah Tanah Melayu & menghapusklan ketuanan Melayu
  • Ketuanan Melayu bermaksud semangat cinta akan apa saja berkaitan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, budaya & adat istiadat
  • Tentangan ini melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948
2.1 TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN
  • Jepun kalah tahun 1945
  • Tanah Melayu dikuasai Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari
  • PKM banyak melakukan keganasan
  • Tanah Melayu menjadi  huru-hara
  • Keadaan diselamatkan oleh Pentadbiran Tentera British (PTM) atau British Military Administration (BMA)
  • BMA – merupakan pentadbiran bercorak tentera oleh British sebelum Malayan Union diperkenalkan
Keganasan 14 Hari
  • Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah
  • Berlaku “kekosongan Politik” kerana tiada kuasa yang memerintah
  • Kekosongan politik – suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah
  • PKM mengambil kesempatan untuk menguasai keadaan Tanah Melayu
  • Tanah Melayu dikuasai oleh cawangan tentera PKM iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari
  • Tentera MPAJA dikenali sebagai “Bintang Tiga”
  • MPAJA telah menguasai – bandar, daerah2 penting, balai polis & pejabat pentadbiran kerajaan
  • MPAJA juga menjalankan;
    • Undang2 sendiri seperti – menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun
    • Mengenakan cukai kepala, cukai harta & cukai tanah
  • Antara  keganasan MPAJA;
    • Menculik & menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun
    • Menghukum penduduk yang menganiayai orang Cina
    • Merampas harta benda orang kampung
    • Membunuh sesiapa yang dianggap bersalah
  • Contoh keganasan;
  • Di Batu Pahat – PKM membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun
  • Pegawai Daerah yang cuba berunding juga dibunuh
  • Di Jelebu, Negeri Sembilan – PKM mencemarkan masjid & surau
  • Di Kampung Bakor & Sungai Manik, Perak – PKM membakar rumah2 yang berpenghuni di waktu malam
    • Kesan keganasan;
    • Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM orang Cina
    • Penduduk Melayu bangkit menentang PKM
    • Berlaku huru-hara di bebarapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu
    • Contoh – di Batu Pahat & Muar – orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat
      • Berjaya dihalang oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn Jaafar
      • Ketegangan kaum ini berjaya diatasi oleh Pentadbiran Tentera British
Pentadbiran Tentera British
  • PTB – merupakan pentadbiran tentera yang diperkenalkan British pada September 1945
  • Diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam – Sir Ralph Hone
  • Tujuan PTB – melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan
  • Antara kejayaan PTB:
  • Menghapuskan kuasa PKM selama 14 hari di Tanah Melayu
  • Memujuk PKM & MPAJA serah senjata
  • Kawal & hentikan pergaduhan kaum
  • Wujudkan keamanan & tegakkan undang2
    • Kesan;
    • Berjaya mengamankan Tanah Melayu
    • British perkenalkan Malayan Union
2.2 MALAYAN UNION (MU)
  • Diisytiharkan British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur
  • Gabenor pertama – Sir Edward Gent
  • MU menggantikan PTB di Tanah Melayu
  • Malayan Union merupakan;
  • Usaha British mengukuhkan pengaruh politik & ekonominya di Tanah Melayu
  • Penjajahan secara mutlak oleh British
Tujuan Penubuhan MU
  • Mengurangkan & mengawal kuasa politik orang Melayu
  • Menjimatkan perbelanjaan British – NNS, NNMB & NNMTB
  • Menjamin terus penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
  • Memastikan sumbangan golongan imigran tidak terjejas sebagai sumber tenaga kerja, pelabur & pengembang ekonomi Tanah Melayu
  • Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu & Asia Tenggara
  • Mewujudkan suatu pentadbiran cekap & seragam
  • Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
  • Membentuk satu bangsa Malayan Union
Ciri-Ciri Malayan Union
  • MU berjaya mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungankepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota
  • Negeri naungan – negeri yang dilindungi oleh British & raja2 Melayu masih menjadi ketua negeri
  • Tanah Jajahan Mahkota – negeri yang diperintah oleh British secara langsung & berada di bawah Parlimen British iaitu Melaka & Pulau Pinang
  • MU mewujudkan satu pentadbiran bersifat ‘kesatuan’
  • Ciri-ciri utama;
    • NNMB, NNMTB & NNS digabungkan menjadi satu unit politik
    • Dibentuk Majlis Eksekutif & Majlis Undangan Malayan Union
    • Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
    • Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan MU
    • Raja2 menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu) yang hanya membincangkan soal agama Islam & adat istiadat Melayu
    • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
    • Parlimen British menjadi pemutus undang2 MU
Bentuk Pentadbiran Malayan Union
  • Parlimen British – pemutus undang2 MU
  • Gabenor MU –  dilantik Raja England
  • Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif, Majlis Undangan & Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu
  • Pesuruhjaya Negeri – sebagai ketua pentadbir  setiap negeri
2.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION
  • Terdapat pelbagai reaksi (tindak balas)
  • Ada yang menyokong & ada yang menentang
i. Golongan Yang Menyokong MU:
  • Disokong sekumpulan kecil orang Melayu yang radikal & golongan imigran
  • Antara golongan radikal Melayu;
  • PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Malaya
  • PKMM ditubuhkan Oktober 1945 oleh PKM di Ipoh & Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM
  • API – Angkatan Pemuda Insaf
  • AWAS – Angkatan Wanita Sedar
  • BATAS – Barisan Tani Malaya
    • Alasan sokongan;
    • MU akan menyatukan sistem pentadbiran Tanah Melayu
    • Mu melahirkan pentadbiran baru & tidak berasaskan kuasa raja & pembesar Melayu
    • Menyokong kerakyatan terbuka
    • Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
    • Percaya dengan janji British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
      • Antara golongan yang menyokong pendirian radikal Melayu;
      • PKM
      • MDU (Malayan Democratic Union) – parti politik yang berpusat di Singapura & ahlinya terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris
      • AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) – merupakan gabungan golongan imigran diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock
        • Alasan sokongan;
        • MU menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja
        • MDU mencadangkan Singapura dimasukkan ke dalam MU
ii. Golongan Yang Menentang MU:
  • Ditentang kebanyakan peribumi Tanah Melayu
Sebab-Sebab Penentangan
  • Penghapusan kedaulatan & kuasa raja2 Melayu – hanya menjadi ahli Majlis Raja2 Melayu, hilang takhta & maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa gabenor British
  • Tamadun orang Melayu terhakis – sistem beraja, bahasa Melayu, tulisan Jawi, Ketuanan Melayu tercabar & orang Melayu akan hilang tanah air
  • Kerakyatan yang terlalu liberal – jus soli mengancam status quo orang Melayu & jumlah orang Melayu terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah
  • Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja2 Melayu – turun takhta & tidak diberi masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
Cara Penentangan Terhadap MU
  • Dalam 3 bentuk – secara individu, melalui akhbar & secara kolektif
i. Secara Individu:
  • Peranan Dato’ Onn Jaafar
  • Pada 23 Januari 1946 beliau menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu
  • Tujuan – menyeru orang Melayu mengadakan kongres & menubuhkan U.M.O (United Malays Organization)
  • Raja2 Melayu membantah MU – menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima MU
  • Kesan – bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran raja2 Melayu supaya berganding bahu menentang MU
  • Sokongan – tindakan orang Melayu disokong bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld & Sir Cecil Clementi
  • Mereka menentang cadangan MU secara terbuka dalam akhbar The Times di London
ii. Melalui Akhbar:
  • Menyuarakan bantahan melalui akhbar Majlis, Utusan Melayu & Warta Negara
  • Akhbar Majlis – akhbar pertama menyeru orang Melayu menentang Mu
  • Utusan Melayu – pada 12 Oktober 1945 menyeru raja2 Melayu berfikir jika MU tidak ditentang
  • Warta Negara – pada 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang MU
iii. Secara Kolektif (Beramai-Ramai):
  • Penentangan lebih berbentuk penyertaan masyarakat iaitu secara demonstrasi, menubuhkan persatuan2 Melayu, menubuhkan Kongres Melayu 1946 & mengadakan rapat umum
a. Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman
  • Contoh demonstrasi;
  • Di Alor Setar – seramai 50 000 orang
  • Di Kota Bharu – seramai 10 000 orang
  • Di Johor Bharu – orang ramai berkumpul di hadapan Masjid  Sultan Abu Bakar
    • Tujuan demonstrasi;
    • Membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja2 Melayu
    • Membantah MU yang akan menghapuskan kedaulatan negeri2 Melayu & kedudukan orang Melayu sebagai anak negeri
      • Contoh slogan yang digunakan;
      • “Tanah Melayu Hak Melayu, Malayan Union Tidak Dikehendaki”
      • “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”
b. Menubuhkan persatuan2 Melayu
  • banyak persatuan Melayu ditubuhkan & dihidupkan semula
  • tujuan – menentang Mu secara berorganisasi
  • contoh – Persatuan Melayu Terengganu & Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor
  • persatuan2 menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
  • mereka menolak sama sekali pentadbiran MU
  • contoh – Telegram Islamic Voice of Malaya, Pulau Pinang
c. Menubuhkan Kongres Melayu 1946
  • Kongres Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
  • Dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  • Dirasmikan oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Hishamuddin Alam Shah & menderma sebanyak $500
  • Pengerusi Kongres Melayu yang pertama – Dato’ Onn Jaafar
  • Hasil kongres – bersetuju menubuhkan United Malays National Organization(UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
  • Mendapat sambutan hebat
  • Orang ramai membawa sepanduk patriotik menentang MU
  • Tampil berucap – wakil kaum Ibu iaitu Che Maznah & wakil kanak2
  • Kata2 “Wahai bapa2 kami, peliharalah hak2 kami sementara kami besar” menjadi pendorong & penguat semangat perjuangan
  • Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946
  • Tujuan – membantah pengisytiharan MU yang akan diadakan pada 1 April 1946
  • Dihadiri 9 wakil persatuan2 negeri Melayu
  • Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur
  • Memutuskan 3 perkara penting;
(i) Meminta raja2 Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
(ii)     Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran MU memulaukan pelantikan itu
(iii) Menuntut orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok
d. Mengadakan rapat umum
  • Diadakan semasa lawatan L.D. Gammans & David Rees Williams (ahli Parlimen British) di setiap bandar pada Mei 1946
  • Tujuan lawatan untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar2 menentang MU
  • Orang Melayu berkumpul di Singapura, Johor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar & George Town
  • Orang Melayu membawa sepanduk yang mengutuk MU & Sir Harold MacMichael
Peranan Kaum Wanita / Kaum Ibu Dalam Menentang Pelaksanaan MU
  • Memainkan peranan penting menyokong penuh perjuangan UMNO menentang MU
  • Antaranya;
    • Halimahton Majid – pemimpin Kaum Ibu UMNO, Rembau berucap dalam perhimpunan kaum ibu membantah MU
    • Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid – Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama – telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak & bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong Kongres Melayu 1946
    • Cikgu Zahara Abdullah – berucap menentang MU di Batu Pahat
    • Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus menentang MU
    • Peranan kaum ibu ini telah mendapat pujian daripada Dato’ Onn Jaafar
2.4 PENUBUHAN UMNO
  • Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu
  • Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafar
Tujuan Penubuhan UMNO
  • Menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
  • Tujuan penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
  • Contoh perubahan;
i. Tahun 1946;
  • Menentang Malayan Union
  • Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  • Mewujudkan satu organisasi nasional
  • Menjaga kepentingan politik & ketuanan Melayu
  • Memajukan pendidikan orang Melayu
  • Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan
ii. Tahun 1949;
  • Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik & pentadbiran) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
  • Menjalankan ikhtiar & langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
  • Memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan & ikhtisas (berkaitan ekonomi)
  • Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
  • Mula menuntut kemerdekaan
Perjuangan Tokoh UMNO
  • Tokoh2 UMNO terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun 1949
  • Antaranya;
i. Dato’ Onn Jaafar
  • Yang Dipertua UMNO pertama (1946-1951)
  • Merupakan pengasas UMNO
  • Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England
  • Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor & wartawan yang terkenal
  • Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
  • Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
  • Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
  • Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Sumbangan terbesar – menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu & berjaya menumbangkan MU
  • Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu terhadap MU
  • Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
  • Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
  • Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan
ii. Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905-1959)
  • Nama sebenar – Abdul Wahab bin Abdul Aziz
  • Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama
  • Berpendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak & Inner Temple, England
  • Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – tujuan menyokong Kongres Melayu menggagalkan MU
  • Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953
iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)
  • Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat & Ketua UMNO Kelantan
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu & Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak
  • Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
  • Beliau menjadi peguam yang bertauliah
  • Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1948-1955
iv. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) – 1895-1973
  • Dianggap seorang intelektual Melayu
  • Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
  • Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
  • Dato’ Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
  • Beliau juga mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan” atau national ke dalam United Malays Organization(UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO)
Perjuangan & Perkembangan UMNO
  • Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial & pendidikan
  • Sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  • UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO
  • Perjuangan utama UMNO ialah;
    • Menumbangkan MU
    • Menyatupadukan orang Melayu
    • Memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’
    • Menghapuskan semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
    • Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
    • Memajukan pendidikan orang Melayu
    • Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu
  • Beberapa mesyuarat agung diadakan di bandar2 besar
  • Contoh;
    • Jun 1946 – di Kota Bharu, Kelantan
    • Tahun 1948 – di Pulau Pinang & dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
    • Biasanya mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja2 Melayu setempat
    • Menunjukkan perjuangan UMNO direstui
  • Tahun 1946 – Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
  • Tujuan – sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak
  • Piagam ini mempunyai 5 bab
  • Tahun 1949 – Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah parti politik yang kukuh
Lambang UMNO
  • Menjadi identiti UMNO, antaranya;
(i) Logo UMNO – dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR
(ii) Cogan kata – “HIDUP MELAYU” – dicipta oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO
  • Cogan kata ini sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn Jaafar sendiri
  • Bulan Mac 1950 – cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub
(iii) Bendera UMNO – terdiri drpd warna merah, putih, kuning & hijau
  • Merah – keberanian
  • Putih – kesucian & keikhlasan
  • Kuning – lambang raja
  • Hijau – keris hijau lambang agama Islam & tamadun Melayu
  • Pemilihan bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
  • Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
  • Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang 27 Julai 1947
2.5 PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
  • Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
  • Tujuan – menggantikan MU
  • Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu
Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM
i. Rundingan Menolak Pelaksanaan MU
  • Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
  • Tujuan – menolak MU
  • Mei 1946 – raja2 Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
  • Tujuan – menyampaikan pandangan menolak MU
  • Jun 1946 – rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
  • Kesan;
    • British mengadakan rundingan rasmi dengan raja2 Melayu & UMNO
    • Raja2 Melayu & UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan terhadap MU secara rasmi
ii. Rundingan Menubuhkan PTM
  • Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
  • Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
  • Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
  • Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;
  1. Raja2 Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur MU
  2. Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  3. c. Mereka menolak kerakyatan jus soli
  4. Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
  5. Mendesak raja2 Melayu menjadi ketua negeri2 Melayu
  • Kesan rundingan;
    • British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
    • British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
    • Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2 UMNO sentiasa berunding menyedarkan British
    • British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi (proses membebaskan negeri yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB
    • Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948
    • Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk & majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala Lumpur
Ciri-Ciri Utama PTM 1948
  • Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan
  • Majlis Raja2 Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
  • Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu & diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
  • Syarat kerakyatan diperketatkan
  • Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri2 Melayu kecuali Singapura
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan & dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif & Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan
Perbezaan Antara Pentadbiran PTM Dengan MU:
PTM
Perbezaan
MU
PTB,
Raja2 Melayu
Ketua
Pentadbiran
Gabenor
British
Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan & Majlis Raja2 Melayu
Kuasa
Peringkat
Pusat
Parlimen British
Sultan, Menteri Besar & Majlis Mesyuarat Negeri
Kuasa
Peringkat
Negeri
Pesuruhjaya Negeri2 & Majlis Mesyuarat Negeri
Sultan negeri
Ketua Agama & Adat
Gabenor British
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Bahasa
Pentadbiran
Bahasa Inggeris
Perbezaan Kerakyatan PTM Dengan MU:

PTM
Cara Mendapatkan Kerakyatan
MU
  • Jus soliterbuka kepadaRakyat Raja &Rakyat British
  • Pemohon yang lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British

Secara kuatkuasa undang-undang
  • Jus soli bagi mereka yang lahir di MU, Singapura & tanah jajahan British yang lain
  • Pemohon yang berusia 21 tahun, tiada rekod jenayah & bersetuju taat setia kepada PTM
  • Mereka yang berusia 21 tahun &telah tinggal selama 8 tahun daripada 12 tahundi TM serta boleh bertutus Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Secara permohonan
  • Pemohon yang tinggal selama 5 tahun daripada 7 tahun dari tarikh permohonan
  • Anak angkat pemohon yang telah menjadi rakyat MU

Comments

Popular posts from this blog

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays

Gaya Bahasa