Pantun Dua Kerat-Tingkatan 1(2015)
PANTUN DUA KERAT ( Nasihat ) Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi. Ikan siakap ikan senohong, Banyak cakap banyak bohong. Pecah kaca pecah gelas, Sudah dibaca harap balas. Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa. Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Kumbang jarak kumbang jagung, Berani buat berani tanggung. Tunggu durian Teluk Emas, Siapa kemudian kena kemas. Buah cempedak dalam gantang, Siapa hendak dia datang. Periuk belanga pasu kuali, Busuk nama menipu mencuri. Saya kata ituk, awak kata ayam, Sudah kena jentik baru nak diam. Maksud Pantun: Rangkap 1 - Keinginan untuk mendapatkan sesuatu pemberian sekiranya tiada halangan. Rangkap 2 - Orang yang banyak berkata-kata akan melakukan lebih banyak kesilapan. Rangkap 3 - Balasan yang diharapkan daripada penerima surat melalui surat yang diutus. Rangkap 4 - Orang yang tidak berusaha tidak akan memperoleh apa-apa. Rangkap 5 - Pemikiran yang cerdas membuatkan seseorang leb...