Kunci Bahasa-Tingkatan 1(2015)




Kunci Bahasa


(Abdul Hadi Yusof)


MAKSUD SAJAK


Rangkap


Maksud


1.


Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.


2.


Bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun berlaku perubahan masa.


3.


Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematk sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan.


4.


Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.


5.


Bahasa digunakan untuk berkomunikasi


6.


Bahasa didapati begitu indah apabila lahir daripada ungkapan-ungkapan dan susunan kata  serta bahasa yang puitis.


TEMA


Bahasa dan peranannya dalam masyarakat.  Bahasa penuh dengan keindahan dan digunakan untuk berkomunikasi


PERSOALAN


Bahasa yang bermaruah.  Bahasa perlu digunakan sebaiknya bagi mengelakkan orang lain terguris hatinya.

Bahasa akan terus berkembang jika digunakan berterusan oleh masyarakat dan tidak akan hilang ditelan zaman.
Bahasa klasik atau tradisional tidak akan luntur dan sering digunakan untuk menyampaikan nasihat, kiasan dan sebagai alat komunikasi.
Bahasa membuka jalan kepada ikatan silaturahim yang baik jika digunakan secara berhemah.
BENTUK

Terikat

Terdapat enam rangkap
Semua rangkap mempunyai dua baris dan rimanya aa.
GAYA BAHASA

Pengulangan kata

Contoh:  bahasa dan tidak

Bahasa Arab

Contoh:  ukhwah dan ummah

Metafora

Contoh:  jambatan ukhwah

Asonansi - pengulangan vokal i

                Contoh :  tidak berbilur bahasa di lidah

Aliterasi - pengulangan konsonan b

                Contoh :  bahasa berbuah

NILAI


Bersopan santun

Contoh: bahasa bermaruah/bahasa berbudi.

Pemurah

Contoh: tidak lokek pada ummah

PENGAJARAN


Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata-kata agar tidak menguris hati orang lain.

Contoh:  Bahasa bermaruah

               tidak berbilur bahasa di lidah


Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.

Contoh:  Bahasa bersejarah

               tidak luput bahasa bertingkah


Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays