Oren-Tingkatan 1(2015)




Cerpen: Oren


Karya: Saifullizan Yahaya




SINOPSIS


Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.


TEMA


Kasih sayang kepada binatang.


Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.


PERSOALAN


i.      Hubungan baik antara manusia dan haiwan


Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut


ii.    Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.


iii.   Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.


PLOT


i.      Permulaan/Eksposisi


Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan Oren telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga




ii.    Perkembangan


Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah. Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku.




iii.   Klimaks


 Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda apabila cuaca pada hujung pertengahan Disember yang selalu menurunkan hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren.




iv.   Peleraian


Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar kejadian tersebut


TEKNIK PENCERITAAN


i.      Pemerian


Contoh:  Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan ibu Oren.


ii.    Dialog


Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.


iii.   Monolog


Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren menghilangkan diri selama empat hari.


iv.   Monolog Dalaman


Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang dilanggarnya itu adalah ibu Oren.


v.    Imbas Kembali


Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke rumah mereka.


vi.   Imbas Muka


Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua yang sudah tumbang.


WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama


Ayah


i.      Seorang ayah yang penyayang


ii.    Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu


iii.   Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren


iv.   Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan Oren


v.    Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren


vi.   Menangisi kematian Oren


Watak Sampingan


1.    Oren


i.      Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren


ii.    Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya


iii.   Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas Kelabu makan


iv.   Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebih-lebihkan Kelabu




2.    Kelabu


i.      Salah seekor daripada kucing belaan ayah


ii.    Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu


iii.   Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya


iv.   Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya


v.    Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah


LATAR


Latar Masa


i.      Kehilangan Oren selama empat hari


ii.    Sudah seminggu hujan turun


iii.   Setiap malam


iv.   Hujung pertengahan Disember


v.    Makan malam


vi.   Dua hari yang lalu


Latar Tempat/ Ruang


i.      Rumah – ayah membawa Oren pulang ke rumah


ii.    Halaman – Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah


iii.   Taman permainan – tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis


iv.   Dapur – ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu


v.    Ruang tamu – setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah


vi.   Tepi longkang – tempat Oren membuang najisnya 


Latar Masyarakat


i.      Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing – ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing


ii.    Masyarakat yang bertanggungjawab – ayah yang melanggar ibu Oren telah bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara


iii.   Masyarakat yang pemurah – ayah dan anak-anaknya menjaga kucing peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu


Gaya Bahasa


i.      Simile – seperti ada yang membersihkannya


ii.    Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu


iii.   Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu


iv.   Sinkof – tika (ketika)


Nilai


i.      Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka


ii.    Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya


iii.   Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya


Pengajaran


i.      Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.


ii.    Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain,


iii.   Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.


Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays