Agama Islam-Tingkatan 2

Tajuk 1 –  Hidayah Sumber Kebahagiaan.

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat  8.

Terjemahan ayat: 8.  (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)".

1.         Hidayah dari segi bahasa ialah petunjuk. Pada istilah syarak ialah petunjuk Allah    SWT ke arah kebenaran.

2.         Rahmat dari segi bahasa ialah belas kasihan. Pada istilah syarak ialah kebaikan       yang Allah SWT kurniakan kepada hamba Nya.

3.         Antara rahmat Allah SWT ialah:

(a)    tubuh badan yang sihat;
(b)   akal yang cerdas;
(c)    hati yang bersih;
(d)   jiwa yang bersih.

4.         Cara memperoleh hidatah Allah SWT:
           
(a)    bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT;
(b)   mempertingkatkan ibadat kepada Allah SWT;
(c)    memelihara hubungan baik sesame manusia;
(d)   melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar.

5.         Kelebihan orang yang memperolehi hidayat:

(a)    sentiasa patuh pada perintah Allah SWT;
(b)   jiwa dan perasaan sentiasa tenang;
(c)    menjadi contoh dan teladan kepada orang lain.
6.         Ciri-ciri orang yang memperoleh hidayah:

(a)    sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup;
(b)   berpandangan jauh dan berfikiran terbuka;
(c)    mudah melakukan kebaikan.

7.         Akibat tidak memperoleh hidayah:

(a)    mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara;
(b)   jiwa dan perasaan sentiasa gelisah;
(c)    susah menerima sesuatu kebenaran.

8.         Perkara yang menghalang seseorang mendapat hidayah:

(a)    meninggalkan ibadat-ibadat fardu seperti solat lima waktu;
(b)   melakukan maksiat kepada Allah SWT seperti minum arak;
(c)    memiliki sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak dan sebagainya.

9.       Pengajaran Ayat:

(a)    hidayah adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hamba Nya;
(b)   kita hendaklah berusaha mendapatkan hidayah Allah SWT;
(c)    orang yang mendapat hidayah akan memperoleh kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat.

Tajuk 2 –  Ilmu Penyuluh Kehidupan.

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat  18.

Maksudnya: 18.  Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

1.         Ilmu dari segi bahasa bermaksud pengetahuan, manakala menurut syarak ialah   
            pengetahuan yang sebenar terhadap sesuatu perkara.

2.         Hukum menuntut ilmu menurut Islam adalah wajib.

3.         Kelebihan orang yang berilmu:
           
(a)    diiktiraf dan dimuliakan oleh Allah SWT dalam kehidupan;
(b)   dihormati dan dikasihi oleh masyarakat;
(c)    memperoleh kebahgiaan hidup di dunia dan akhirat.

4.         Ciri-ciri orang yang berilmu:

(a)    beramal dengan ilmu yang dimiliki;
(b)   melakukan sesuatu pekerjaan dengan ikhlas;
(c)    memiliki keyakinan diri yang tinggi;
(d)   bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

5.         Peranan ilmu kepada individu:

(a)    dapat mengetahui tentang keesaan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT melalui pelbagai ciptaan Ny;
(b)   dapat melaksanakan ibadat kepada Allah SWT dengan sempurna;
(c)    memberi keyakinan dalam setiap tindakan yang dilakukan.
6.         Peranan ilmu kepada masyarakat:

(a)    mewujudkan masyarakat prihatin dan bertanggungjawab;
(b)   melahirkan masyarakat yang berdaya saing dan berwawasan;
(c)    melahirkan masyarakat yang berpendirian teguh dalam sesuatu keputusan yang dibuat.

7.         Peranan ilmu kepada negara:

(a)    dapat membina kemajuan negara;
(b)   menjadikan negara dihormati dan disegani oleh negara luar;
(c)    menjadikan negara mampu bersaing dengan negara-negara lain.

8.         Pengajaran ayat:

(a)    ilmu pengetahuan sangat penting kepada umat Islam;
(b)   menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim;
(c)    manusia dapat mencapai kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat dengan menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah.

Tajuk 3 –  Menginsafi Kekuasaan Allah SWT.

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat  26.

Maksudnya: 26.  Katakanlah: "Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

1.         Antara bukti kekuasaan Allah SWT ialah:

(a)    memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya;
(b)   menghilangkan kuasa pemerintahan daripada siapa yang dikehendaki Nya;
(c)    memuliakan seseorang yang dikehendaki Nya atau menjadikan seseorang itu hina.

2.         Sebab-sebab kemuliaan seseorang:

(a)    beriman dan bertakwa kepada Allah SWT;
(b)   melakukan kebaikan sesama manusai;
(c)    berakhlak mulia dalam kehidupan;
(d)   berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT di samping berusaha dengan bersungguh-sungguh;
(e)    berusaha dengan bersungguh ke arah  kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

3.         Sebab-sebab kehinaan seseorang:

(a)    tidak melakukan perintah Allah SWT seperti solat fardu;
(b)   melakukan larangan Allah SWT seperti minum arak;
(c)    malas berusaha dan tidak mahu berubah ke arah kebaikan.

4.         Cara menghargai nikmat Allah SWT:

(a)    membelanjakan harta untuk menyara hidup keluarga;
(b)   menggunakan nikmat untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan;
(c)    menggunakan nikmat dengan berhemah.

5.         Akibat tidak menghargai nikmat Allah SWT:

(a)    terhadap individu,

-          menjadi manusia yang tidak berguna;
-          mendapat kemurkaan Allah SWT;
-          jiwa tidak tenang.

(b)   terhadap masyarakat dan negara,

-          masyarakat hidup berpecah belah dan porak peranda;
-          negara akan hancur dan musnah.

(c)    terhadap alam sekitar,

-          berlaku pelbagai pencemaran alam;
-          sumber alam akan rosak dan pupus.

6.         Pengajaran ayat:

(a)    Allah SWT berkuasa ke atas semua makhluk ciptaan Nya;
(b)   kita hendaklah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT;
(c)    kita hendaklah menghindari diri daripada bersikap takbur dan sombong dengan kuasa yang diberikan oleh Allah kerana kuasa itu hanyalah sementara saja;
(d)   kita hendaklah berusaha untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Tajuk: 4 – Menghargai Sunnatullah

Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 27.

Maksudnya: 27.  Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)".

1.         Sunnatullah ialah cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SAW ke atas 
            semua makhluk.

2.         Proses kejadian siang dan malam;

(a)    siang dan malam terjadi disebabkan bumi berputar di atas paksinya;
(b)   bumi mengambil masa selama 24 jam untuk membuat sekali putaran;
(c)    semasa berputar, kawasan yang mendapat cahaya matahari akan menjadi siang manakala kawasan yang tidak mendapat cahaya matahari akan mengalami malam.

3.         Hikmat kejadian siang dan malam:

(a)    manusia dapat mencari rezeki pada waktu siang;
(b)   manusia dapat menjalankan kegiatan harian dengan sempurna;
(c)    manusia dapat berehat pada waktu malam;
(d)   manusia dapat beribadat dengan khusyuk pada waktu malam.

4.         Proses kejadian manusia:

(a)    bermula daripada percantuman air mani lelaki dengan ovum perempuan;
(b)   proses persenyawaan air mani dan ovum akan membentuk segumpal darah (alaqah) dalam masa 40 hari;
(c)    segumpal darah tersebut kemudiannya menjadi seketul daging (mudghah);
(d)   daging tersebut akan membentuk beberapa tulang (izam);
(e)    selepas itu, tulang-tulang itu dibalut dengan daging . maka terbentuklah lembaga yang lengkap;
(f)    akhir sekali lembaga tersebut akan ditiupkan roh.

5.         Dunia merupakan jambatan menuju akhirat. Ini menunjukkan kehidupan di dunia
            tidak kekal. Manusia akan dihidupkan semula di akhirat setelah mati. Oleh itu
            setiap manusia hendaklah berusaha mencari bekalan semasa hidup di dunia untuk
            berjaya di akhirat.


6.         Cara-cara untuk berjaya di akhirat:

            (a) menghargai nikmat Allah SWT dengan bersyukur;
            (b) banyak melakukan amal soleh dan kebajikan;
            (c) meninggalkan segala larangan Allah SWT;
            (d) memberi sumbangan masa dan tenaga ke arah kemajuan bangsa dan negara.

7.         Pengajaran ayat:

(a)    kejadian manusia, siang dan malam menjadi bukti kekuasaan Allah SWT.
(b)   Semua makhluk di ala mini adalah tertakluk dengan sunnatullah;
(c)    Setiap manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah SWT dan mereka hendaklah berusaha untuk mendapatkannya;
(d)   Matlamat kehidupan manusia adalah untuk mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Tajuk: 5 – Perpaduan Asas Kesejahteraan

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 103.

Maksudnya: 103.  Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

1.         Perpaduan bermaksud persaudaraan dan penyatuan yang menjadi satu prinsip bagi 
            menyatupadukan masyarakat.

2.         Perpaduan dalam Islam adalah berasaskan akidah Islam iaitu keimanan kepada   
            Allah SWT dan rasul serta hubungan baik dengan orang bukan Islam.

3.         Hak dan ciri-ciri persaudaraan dalam Islam:

(a)    saling kenal-mengenal, hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain;
(b)   sentiasa bersangka baik terhadap seseorang;
(c)    menghulurkan bantuan kepada saudaranya yang memerlukan pertolongan;
(d)   berlapang dada dan memaafkan kesalahan yang dilakukan seseorang;
(e)    menjalinkan persaudaraan dengan ikhlas kerana Allah SWT.

4.         Hikmat bersatu padu:

(a)    wujud keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat dan negara;
(b)   lahir masyarakat yang harmoni dan sejahtera;
(c)    pembangunan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna;
(d)   umat Islam akan dihormati dan disegani oleh masyarakat bukan Islam;
(e)    kehidupan masyarakat akan memperoleh rahmat dan keberkatan Allah SWT.

5.         Keburukan perpecahan:

(a)    umat Islam menjadi lemah dan mundur dalam semua aspek kehidupan;
(b)   umat Islam bercakaran dan bermusuhan sesame sendiri;
(c)    umat Islam akan dipandang hina dan tidak dihormati oleh orang bukan Islam;
(d)   memberi peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menindas dan menzalimi orang Islam;
(e)    kestabilan negara dan perkembangan ekonomi akan terjejas.

6.         Pengajaran ayat:

(a)    perpaduan yang kukuh merupakan pemangkin kepada kecermerlangan umat Islam;
(b)   perpecahan dan permusuhan merugikan sesebiah bangsa dan negara;
(c)    Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan;
(d)   akidah Islam merupakan asas perpaduan dalam Islam.

Tajuk: 6 – Dakwah Tanggungjawab Bersama

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 110.

Maksudnya: 110.  Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

1.         Dakwah dari segi istilah ialah menyeru manusia supaya beriman dan beribadat  
            kepada Allah SWT dengan melakukan perkara yang diperintah dan meninggalkan         
            perkara yang dilarang.

2.         Setiap Muslim wajib berdakwah mengikut kemampuan masing-masing.

3.         Cara-cara berdakwah:

(a)    menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran;
(b)   berdakwah dengan cara berhikmah atau bijaksana;
(c)    berdakwah dengan cara memberi pengajaran yang baik;
(d)   berdakwah dengan cara perdebatan dan perbahasan yang berkesan.

4.         Peranan pendakwah dalam masyarakat:

(a)    menyampaikan serta menjelaskan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat;
(b)   membantu mengatasi masalah social yang berlaku dalam masyarakat;
(c)    membendung perbuatan bidaah, khurafat, syirik dan sebagainya yang boleh merosakkan iman.
5.         Ciri-ciri orang mukmin:

(a)    memiliki akidah yang mantap terhadap Allah SWT;
(b)   melakukan sesuatu perkara berdasarkan syariat;
(c)    memelihara hubungan dengan Allah SWT dan menjalinkan hubungan dengan manusia;
(d)   berilmu pengetahuan dalam bidang ilmu fardu ain dan fardu kifayah;
(e)    berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.

6.         Ciri-ciri orang fasik:

(a)    suka melakukan maksiat kepada Allah SWT;
(b)   melakukan sesuatu perkara menurut hawa nafsu.

7.         Umat Islam digelar khairul ummah yang bermaksud sebaik-baik ummah kerana 
            mereka beriman kepada Allah SWT dan ditugaskan untuk menyeru manusia kepada 
            kebaikan dan mencegah kemungkaran.

8.         Antara ciri-ciri khairul ummah ialah:

(a)    berdaya saing iaitu mempunyai kekuatan untuk menguasai pelbagai ilmu di samping meningkatkan kualiti hidup;
(b)   memiliki jati diri, iaitu mempunyai keperibadian yang berdasarkan ajaran Islam.

9.       Pengajaran ayat:

(a)    setiap umat Islam bertanggungjawab menjalankan dakwah;

(b)   umat Islam adalah peneraju ke arah kemajuan dan kesejahteraan dunia.
Tajuk: 7 – Segera Bertaubat dan Beristighfar

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran, ayat: 133 – 136

 Maksudnya: 133.  Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, 134.  (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. 135.  Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri. 136.  Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.

1.         Orang bertakwa ialah orang yang melaksanakan perintah Allah SWT dan
            meninggalkan segala larangan Nya.

2.         Sifat-sifat orang bertakwa:

(a)    membelanjakan harta pada jalan Allah SWT sama ada ketika senang atau susah;
(b)   dapat mengawal diri ketika marah;
(c)    memaafkan kesalahan orang lain;
(d)   segera bertaubat kepada Allah SWT apabila melakukan dosa.

3.         Cara-cara menghilangkan marah

(a)    mengucapkan ta’awwuz;
(b)   mengambil wuduk;
(c)    duduk sekiranya berdiri.

4.         Cara-cara bertaubat:

(a)    bertaubat dengan ikhlas dan jujur;
(b)   menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan;
(c)    meninggalkan perbuatan dosa yang dilakukan;
(d)   berazam tidak akan mengulangi dosa yang pernah dilakukan.

5.         Kesan taubat kepada individu:

(a)    meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b)   memberikan ketenangan kepada jiwa.
6.         Kesan taubat kepada masyarakat:

(a)    lahir masyarakat yang sejahtera;
(b)   hak masyarakat akan terpelihara.

7.         Ganjaran kepada orang yang bertaubat:

(a)    mendapat keampunan dan keredaan Allah SWT;
(b)   dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT.

8.         Pengajaran ayat:

(a)    orang yang bertakwa sentiasa membelanjakan harta sama ada ketika susah atau senang;
(b)   kita hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Tajuk: 8 – Mencontohi Dakwah rasulullah SAW

Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran ayat: 159

Maksudnya: 159.  Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

1.         Dakwah ialah menyeru manusia beriman kepada Allah SWT dengan melakukan     
            segala perintah Nya dan menjauhi segala larangan Nya.

2.         Setiap pendakwah mestilah mencontohi sifat-sifat Rasulullah SAW dalam berdakwah.

3.         Sifat-sifat yang perlu ada dalam berdakwah ialah:

(a)    lemah lembut, iaitu berbicara dengan baik dan sopan serta tidak menyinggung perasaan orang lain;
(b)   pemaaf, iaitu memaafkan kesalahan orang yang tidak menerima dakwah yang disampaikan;
(c)    memohon keampunan untuk orang lain;
(d)   mesyuarat, iaitu mengadakan perbincangan sebelum membuat sesuatu keputusan;
(e)    bertawakal, iaitu berserah kepada Allah SWT setelah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.

4.         Kebaikan mesyuarat:

(a)    keputusan yang diambil dipersetujui bersama;
(b)   mengelakkan berlakunya pertelikahan yang akan membawa kepada pepecahan sesama manusia;
(c)    melahirkan manusia yang menjaga kepentingan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.

5.         Hikmat tawakal:

(a)    mengelakkan seseorang daripada berputus asa apabila sesuatu yang dilakukan tidak berjaya;
(b)   seseorang itu dapat berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan;
(c)    melahirkan insan yang bersabar dalam melaksanakan sesuatu di samping berdoa kepada Allah SWT;
(d)   melahirkan insan yang merendah diri apabila mendapat sesuatu kejayaan.

6.         Pengajaran ayat:

(a)    setiap pendakwah mestilah mencontoh sifat-sifat Rasulullah SAW dalam berdakwah;
(b)   kita hendaklah bersikap lemah lembut dengan orang bukan Islam untuk menarik minat mereka pada Islam;
(c)    bermesyuarat amat penting dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan orang ramai;


(d)   umat Islam hendaklah bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Pendidikan Islam:   Tingkatan 2:     Hadis

Tajuk 9 –  Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama

عن أبي سعيد الخدريرضى الله عنه قال : سمعت رسول اللهصلى الله عليه وسلميقول : من رأى منكممنكرا فليغيره بيده فاءنلم يستطع فبلسانه فاءنلم يستطع فبقلبه وذلكاضعف الايمان. رواه مسلم .

Maksudnya: Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.

1.         Kemungkaran bermaksud setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam       sama ada kesalahan kepada Allah SWT, manusia atau alam sekitar.

2.         Cara-cara mencegah kemungkaran berdasarkan hadis di atas ialah:

(a)    mencegah dengan tangan, iaitu mengubah dengan bidang kuasa yang ada seperti bapa bertanggungjawab terhadap anaknya;
(b)   mencegah dengan lidah, iaitu sekiranya seseorang itu tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangannya, maka dia hendaklah mencegah dengan lisan, iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan;
(c)    mengubah dengan hati, iaitu membenci kemungkaran yang berlaku. Cara ini merupakan selemah-lemah iman.

3.         Kesan tidak mengikut prinsip dakwah yang betul:

(a)    dakwah Islam tidak akan berjaya;
(b)   maruah umat Islam akan tercemar.

4.         Hikmat mencegah kemungkaran:

(a)    melahirkan individu yang berakhlak cemerlang dalam kehidupan;
(b)   melahirkan masyarakat yang bersatu padu prihatin dan bertanggungjawab.

5.         Pengajaran hadis:

(a)    mencegah kemungkaran adalah kewajipan setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing;
(b)   mencegah kemungkaran akan menjamin kehidupan yang sejahtera.




Tajuk: 10 – Sedekah Pemangkin Kesejahteraan

عن أبي هريرة رضيالله عنه قال: قالرسول الله صلى اللهعليه وسلم: كل سلامىمن الناس عليه صدقةكل يوم تطلع فيهالشمس تعدل بين الاثنينصدقة وتعين الرجل فيدابته فتحمله عليها أوترفع له عليها متاعهصدقة والكلمة الطيبة صدقةوبكل خطوة تمشيها الىالصلاة صدقة وتميط الأذىعن الطريق صدقة. رواهالبخاري ومسـلم.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.

1.         Sedekah ialah memberi sesuatu yang bernilai kepada seseorang.

2.         Antara amalan sedekah yang terdapat dalam hadis:

(a)    melakukan keadilan antara dua orang yang berselisih faham;
(b)   membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang untuknya;
(c)    mengucapkan perkataan yang baik;
(d)   membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan seperti membuang duri atau ranting kayu yang menghalang perjalanan.

3.         Adab-adab bersedekah:

(a)    memberikan sesuatu dengan ikhlas, iaitu tanpa mengharapkan balasan;
(b)   sesuatu barang yang disedekahkan itu adalah dari sumber yang halal;
(c)    tidak mengungkit sedekah yang diberikan kepada seseorang.

4.         Kesan amalan sedekah kepada pemberi sedekah:

(a)    menjadi seorang yang pemurah;
(b)   membersihkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil.

5.         Kesan amalan sedekah kepada penerima sedekah:

(a)    dapat menikmati nikmat pemberian Allah SWT;
(b)   memberi semangat untuk mempertingkatkan taraf hidup;
(c)    memberi motivasi untuk berdikari dan berusaha mempertingkatkan taraf hidup.



6.         Hikmat sedekah terhadap individu:

(a)    mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT;
(b)   dihormati dan dikasihi oleh manusia;
(c)    jasanya akan dikenang.

7.         Hikmat sedekah terhadap masyarakat:

(a)    melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang;
(b)   meringankan beban masyarakat yang ditimpa musibah seperti mangsa banjir.

8.         Pengajaran hadis:

(a)    sedekah merupakan ibadat yang digalakkan dalam Islam;
(b)   setiap amalan yang memberi manfaat kepada orang lain dikira sebagai sedekah jika dilakukan dengan ikhlas.
Pendidikan Islam
Tingkatan 2                                                                                                     Akidah

Tajuk 11 – Beriman Kepada Al Asmaul Husna

1.         Al Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah SWT yang indah.

2.         Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Allah SWT mempunyai 99 nama yang indah.

3.         Sebab-sebab wajib beriman dengan Al Asmaul Husna:

(a)    meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b)   mendekatkan diri kepada Allah SWT;
(c)    memudahkan seseorang memohon sesuatu kepada Allah SWT dengan menyebut nama-nama Nya yang sesuai dengan permohonan.

4.         Kesan beriman dengan Al Asmaul Husna:

(a)    membudayakan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dalam kehidupan;
(b)   insaf dengan kelemahan dan kekurangan diri;
(c)    lahir individu yang rajin, tekun dan beramal soleh.

11.1 – Al Wahid: Allah SWT Maha Esa

1.         Allah SWT bersifat Al Wahid yang bermaksud Maha Esa.

2.         Maha Esa Allah SWT meliputi pada zat, sifat dan perbuatan (af’al).

3.         Maha Esa Allah SWT pada zat bermaksud Allah SWT memerintah dan mentadbir             alam ini secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa.

4.         Maha Esa Allah SWT pada sifat bermaksud Allah SWT  bersifat dengan sifat-       sifat kesempurnaan yang berbeza dengan sifat makhluk yang bersifat lemah.

5.         Maha Esa Allah SWT pada perbuatan pula bermaksud perbuatan Allah SWT          tidak menyerupai perbuatan makhluk.

6.         Kesan beriman dengan sifat Al Wahid pada akidah:

(a)    bebas daripada amalan syirik dan khurafat;
(b)   reda dengan ketentuan Allah SWT;
(c)    yakin dengan pembalasan Allah SWT di akhirat.




7.         Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap ibadat:

(a)    melakukan perintah Allah SWT dengan ikhlas;
(b)   melakukan pekerjaan hanya untuk mendapat keredaan Allah SWT.

8.         Kesan beriman dengan sifat Al Wahid terhadap akhlak:

(a)    sentiasa berdisiplin dalam kehidupan;
(b)   sentiasa menghormati keluarga dan masyarakat.

9.         Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al Wahid:

(a)    melakukan sesuatu ibadat bukan kerana Allah SWT;
(b)   melakukan perkara syirik kepada Allah SWT;
(c)    melaksanakan undang-undang dan peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

11.2 – Ar Rahman: Allah SWT Maha Pemurah

1.         Allah SWT bersifat Ar Rahman yang bermaksud Allah SWT Maha Pemurah.

2.         Bukti-bukti Allah SWT bersifat Ar Rahman:

(a)    kurniaan rezeki yang melimpah ruah kepada semua makhluk;
(b)   tubuh badan yang sihat dalam menjalani kehidupan.

3.         Kesan beriman dengan Ar Rahman:

(a)    lahir individu yang bersifat pemurah kepada orang lain;
(b)   sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kurniaan Nya;
(c)    sentiasa merendah diri walaupun memiliki kekayaan kerana yakin semuanya adalah kurniaan Allah SWT.

4.         Perbezaan antara pemurah Allah SWT dengan pemurah manusia:

(a)    sifat pemurah Allah SWT:

·         tidak terbatas kerana kekayaan Allah SWT adalah mutlak;
·         memberi sesuatu tanpa mendapat manfaat, tetapi untuk menguji keimanan manusia.

(b)   sifat pemurah manusia:

·         terbatas kerana manusia tidak memiliki kekayaan yang mutlak;
·         memberikan sesuatu untuk mendapatkan manfaat atau ganjaran.

5.         Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Ar Rahman:

(a)    kedekut atau bakhil kepada orang miskin;
(b)   bersifat kejam terhadap makhluk Allah SWT;
(c)    percaya kekayaan adalah hasil usaha diri sendiri, bukannya daripada Allah SWT.

11.3 – Ar Rahim: Allah SWT Maha Penyayang

1.         Allah SWT bersifat Ar Rahim yang bermaksud Maha Penyayang.

2.         Tanda-tanda Allah SWT bersifat Ar Rahim:

(a)    Allah SWT mengurniakan akal fikiran kepada manusia;
(b)   Allah SWT menganugerahkan kepada manusia tubuh badan yang sihat supaya dapat beribadat dengan sempurna;
(c)    Allah SWT memberi rezeki kepada manusia daripada makanan dan minuman yang pelbagai jenis untuk menjalani kehidupan yang selesa.

3.         Kesan beriman dengan sifat Ar Rahim:

(a)    bersyukur kepada Allah SWT dengan bertasbih, bertahmid dan takbir atas nikmat yang dikurniakan;
(b)   menggunakan nikmat Allah SWT pada jalan kebaikan;
(c)    mempertingkatkan ibadat dan amal kebajikan kepada Allah SWT.

4.         Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar Rahim:

(a)    bersifat bakhil kepada orang miskin;
(b)   suka bergaduh dan bersifat bengis terhadap orang lain;
(c)    menganiaya binatang dan merosakkan tumbuh-tumbuhan.

5.         Perbezaan antara sifat Ar Rahman dengan Ar Rahim:

(a)    sifat Ar Rahman:

·         untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam;
·         untuk nikmat di dunia saja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan sebagainya.

(b)   sifat Ar Rahim:

·         khusus untuk orang yang beriman saja;
·         untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat Islam, iman, pahala, syurga dan sebagainya.

11.4 – Al Hakim: Allah SWT Maha Bijaksana

1.         Allah SWT bersifat Al Hakim yang bermaksud Allah SWT Maha Bijaksana.

2.         Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Hakim:

(a)    cap jari manusia yang berlainan antara individu dengan individu yang lain;
(b)   kejadian tanam-tanaman yang beraneka jenis dan rasa;
(c)    kejadian binatang yang pelbagai bentuk dan rupa.

3.         Kesan beriman pada Al Hakim:

(a)    bersyukur dengan kejadian Allah SWT yang sempurna;
(b)   bijak menguruskan sesuatu kerja yang diamanahkan;
(c)    menggunakan akal fikiran untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara.

4.         Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan konsep Al Hakim:

(a)    menggunakan akal untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan;
(b)   tidak berusaha untuk membuat perubahan kea rah kemajuan diri;
(c)    banyak berkhayal dan berangan-angan daripada berusaha.

11.5 – Al Alim: Allah SWT Maha Mengetahui

1.         Allah SWT bersifat Al Alim yang bermaksud Maham Mengetahui.

2.         Perbezaan antara ilmu Allah SWT dengan ilmu manusia:

(a)    Ilmu Allah SWT:

·         ilmu Allah SWT meliputi semua perkara sama ada di langit atau di bumi;
·         Allah SWT mengetahui perkara yang nyata dan perkara yang ghaib;

(b)   ilmu manusia:

·         ilmu manusia adalah terbatas, iaitu mereka mengetahui perkara yang berlaku di sekeliling mereka saja;
·         manusia hanya mengetahui perkara yang nyata saja serta tidak mampu menjangkau perkara yang ghaib seperti alam barzakh.

3.         Kesan beriman pada sifat Al Alim:

(a)    melahirkan individu yang amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu perkara;
(b)   melahirkan ilmuan yang merendah diri kepada Allah SWT;
(c)    melahirkan individu yang berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin untuk menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan di akhirat.

4.         Amalan yang bertentangan dengan sifat Al Alim:

(a)    tidak berminat untuk belajar;
(b)   bersifat sombong dan takbur apabila memiliki ilmu:
(c)    memandang ringan terhadap dosa yang dilakukan;
(d)   tidak suka memberi sumbangan ilmu yang dimiliki kepada orang lain.

11.6 – Al Adl: Allah SWT Maha Adil

1.         Allah SWT bersifat Al Adl yang bermaksud Maha Adil.

2.         Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Adl:

(a)    kejadian manusia yang memiliki tubuh badan yang sempurna serta akal fikiran yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil;
(b)   Allah SWT memberi rezeki kepada seseorang berdasarkan usaha;
(c)    Allah SWT menghisab semua amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia.

3.         Ciri-ciri orang yang adil:

(a)    menggunakan nikmat pancaindera dengan cara yang terbaik;
(b)   membuat sesuatu keputusan dengan menyiasat dan mendengar keterangan terlebih dahulu;
(c)    memberi hak orang lain tanpa memilih kedudukan atau pangkat.

4.         Kesan melaksanakan keadilan:

(a)    mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT dalam hidup;
(b)   perpaduan dan semangat kerjasama dapat diwujudkan dalam masyarakat;
(c)    lahir pakar-pakar yang berdaya saing dalam pelbagai bidang kemahiran.

5.         Akibat tidak berlaku adil:

(a)    mendapat kemurkaan Allah SWT serta jauh daripada rahmat Nya;
(b)   berlaku perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat;
(c)    keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terhakis.

Tajuk: 12 – Kesan Beriman Kepada Allah SWT

1.         Tauhid ialah mengesakan Allah SWT iaitu tidak meyamakan Allah SWT dengan    makhluk Nya sama ada dari segi zat, sifat dan perbuatan Nya.

2.         Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah             dan tauhid Asma’ Wassifa.

3.         Tauhid Rububiyyah bermaksud yakin dan percaya bahawa hanya Allah SWT saja yang mencipta, mentadbir, memiliki, memelihara dan memerintah seluruh alam.

4.         Tauhid Uluhiyyah bermaksud meyakini bahawa hanya Allah SWT saja yang           berhak disembah, dipatuhi, diminta pertolongan, digeruni dan dicintai.

5.         Tauhid Asma’ Wasifat pula bermaksud yakin dan percaya bahawa Allah SWT       saja yang memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna serta            mensucikan Allah SWT daripada segala sifat yang boleh menyerupai makhluk.

6.         Kesan beriman dengan tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah:

(a)    kesan terhadap individu:

·         melakukan amal ibadat dan kebajikan untuk mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat;
·         mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

(b)   kesan terhadap masyarakat:

·         bebas daripada perkara maksiat;
·         jauh daripada perkara khurafat dan tahyul.

(c)    kesan terhadap negara:

·         negara berada dalam keadaan aman dan makmur;
·         negara dihormati dan disegani oleh negara-negara luar.

Tajuk: 13 – Beriman Kepada Malaikat

13.1 – Keunikan Malaikat

1.         Beriman kepada malaikat bermaksud percaya bahawa Allah SWT telah mencipta   sejenis makhluk daripada cahaya yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan sentiasa           taat dan patuh pada perintah Allah SWT.

2.         Keistimewaan malaikat:

(a)    dicipta daripada cahaya;
(b)   makhluk yang bersayap;
(c)    boleh menjelma dengan rupa lelaki;
(d)   sentiasa beribadat kepada Allah SWT.

3.         Sifat-sifat malaikat:

(a)    tidak mempunyai jantina;
(b)   tidak berkahwin;
(c)    tidak makan, minum dan tidur;
(d)   tidak dapat dilihat oleh makhluk.

4.         Kesan beriman kepada malaikat terhadap individu:

(a)    berhati-hati dalam setiap tindakan;
(b)   mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat.

5.         Kesan beriman kepada malaikat terhadap masyarakat:

(a)    berwaspada dalam melakukan sesuatu tindakan;
(b)   tekun melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan.

6.         Kesan beriman kepada malaikat terhadap negara:

(a)    jabatan kerajaan berjalan dengan baik dan teratur;
(b)   negara akan berkembang maju;
(c)    organisasi kerajaan akan lebih telus dan berdisiplin.

13.2 – Tugas-Tugas Malaikat

1.         Nama dan tugas malaikat yang wajib diketahui:

(a)    Jibrail – menyampaikan wahyu kepada nabi dan rasul;
(b)   Mikail – menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki;
(c)    Israfil – meniup sangkakala pada hari kiamat;
(d)   Izrail – mengambil nyawa makhluk;
(e)    Munkar – menyoal orang mati dalam kubur;
(f)    Nakir – menyoal orang mati dalam kubur;
(g)   Ridhuan – menjaga pintu syurga;
(h)   Malik – menjaga pintu neraka;
(i)     Rakib – mencatat amalan baik setiap manusia;
(j)     Atid – mencatat amalan buruk manusia.

2.         Tugas umum malaikat:

(a)    mendoakan orang mukmin yang beribadat;
(b)   menyelenggara proses kejadian manusia dalam rahim ibu;
(c)    membantu tentera Islam menentang musuh.



3.         Perbezaan tugas antara malaikat dengan manusia:

(a)    tugas malaikat:

·         melaksanakan tugas tanpa ganjaran pahala;
·         sentiasa melakukan ibadat kepada Allah SWT dan tidak diperintahkan untuk memakmurkan kehidupan dunia.

(b)   tugas manusia:

·         melaksanakan tugas dan mendapat ganjaran pahala;
·         di samping melakukan ibadat kepada Allah SWT, manusia diwajibkan memakmurkan dunia.

13.3 – Kesan Beriman Kepada Malaikat

1.         Kesan beriman kepada malaikat dari aspek perkataan, perbuatan, hati dan   pemikiran seseorang:

(a)    aspek perkataan:

·         bercakap sesuatu perkara yang baik;
·         berzikir, bertasbih dan membaca al Quran;
·         mengajak orang lain melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

(b)   aspek perbuatan:

·         sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah SWT;
·         hormat dan patuh pada ibu bapa, guru dan pemimpin;
·         istiqamah dalam beribadat kepada Allah SWT.


1.         Puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan           perkara-perkara lain yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga matahari           terbenam disertai dengan niat.

2.         Rukun-rukun puasa:

(a)    niat berpuasa:
(b)   menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga matahari terbenam.

3.         Syarat wajib puasa:

(a)    Islam
(b)   baligh;
(c)    berakal;
(d)   bebas daripada uzur syar’ie.

4.         Syarat sah puasa ialah:

(a)    Islam;
(b)   berakal;
(c)    mumaiyiz;
(d)   niat pada waktu malam;
(e)    suci daripada haid dan nifas.

5.         Perkara yang membatalkan puasa:

(a)    makan dan minum dengan sengaja;
(b)   memasukkan sesuatu ke dalam rongga;
(c)    keluar haid.

6.         Perkara sunat puasa:

(a)    segera berbuka puasa apabila masuk waktu;
(b)   berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan yang manis;
(c)    bersahur.

7.         Perkara makruh puasa:

(a)    merasai makanan dengan lidah;
(b)   berkumur-kumur secara berlebihan.

8.         Hikmat berpuasa:

(a)    melatih diri supaya bersifat sabar, jujur dan ikhlas;
(b)   menimbulkan keinsafan dan belas kasihan kepada orang miskin;
(c)    memberikan kerehatan kepada sistem penghadaman.

9.         Akibat terhadap orang yang tidak berpuasa:

(a)    dibenci dan dimurkai oleh Allah SWT;
(b)   jiwa dan perasaan sentiasa gelisah;
(c)    hidup tidak mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.

16.2 – Golongan yang Harus Berbuka Puasa

1.         Golongan yang harus berbuka puasa:

(a)    orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh;
(b)   orang tua yang tidak mampu berpuasa;
(c)    orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
(d)   perempuan mengandung yang bimbangkan kesihatannya atau anak kandungannya.

2.         Qada puasa bermaksud mengerjakan semula puasa yang tidak sah, yang tertinggal            atau sengaja ditinggalkan pada hari lain.

3.         Fidyah puasa bermaksud memberikan secupak makanan kepada fakir miskin bagi   setiap hari puasa yang ditinggalkan.

4.         Kifarat puasa pula bermaksud denda yang dikenakan kepada suami kerana            melakukan persetubuhan dengan sengaja pada siang hari dalam bulan Ramadhan.

5.         Hikmat diharuskan berbuka puasa:

(a)    memberi kemudahan dan kelonggaran kepada mereka yang tidak dapat mengerjakan ibadat puasa;
(b)   dapat menjalani kehidupan berlandaskan hokum-hukum syarak;
(c)    dapat memberi semangat atau motivasi untuk terus mengerjakan ibadat puasa.

Tajuk: 17 – Menghayati Bulan Ramadan

1.         Ramadan dari segi bahasa bererti panas terik, manakala dari segi istilah syarak        pula, Ramadan bererti bulan rahmat yang diwajibkan berpuasa.

2.         Antara keistimewaan bulan Ramadan ialah:

(a)    Allah SWT menurunkan al Quran pada malam Lailatulqadar;
(b)   bulan khusus bagi umat Islam mengerjakan ibadat puasa, solat Tarawih, bersahur dan sebagainya.

3.         Kelebihan orang yang berpuasa pada bulan Ramadan:

(a)    mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT;
(b)   doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT;
(c)    dosa-dosa yang lalu akan diampunkan oleh Allah SWT.

4.         Amalan utama dalam bulan Ramadan:

(a)    menunaikan solat Tarawih. Antara fadilat solat Tarawih ialah:

·         Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa yang lalu;
·         melatih diri untuk tekun beribadat;
·         tubuh badan menjadi sihat.

(b)   membaca dan bertadarus al Quran. Antara fadilah membaca al Quran ialah:

·         memberi ketenangan jiwa;
·         dapat menyembuhkan penyakit;
·         mendapat syafaat al Quran pada hari akhirat.

(c)    memberi sedekah. Antara fadilat memberi sedekah ialah:

·         memperoleh pahala yang berlipat kali ganda;
·         menampung kecacatan yang terdapat pada ibadat puasa;
·         jauh daripada bala dan bencana;
·         mendapat rahmat dan keredaan Allah SWT.

Tajuk: 18 – Zakat Fitrah

1.         Zakat fitrah menurut istilah syarak bermaksud mengeluarkan makanan asasi bagi   sesebuah negara tertentu dengan kadar yang tertentu dan diberikan kepada     golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

2.         Syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah:

(a)    beragama Islam;
(b)   mempunyai kelebihan harta untuk keperluan diri dan ahli keluarga pada malam dan siang hari raya;
(c)    hidup pada akhir bulan Ramadan dan awal bulan Syawal.

3.         Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kilogram makanan   asasi sesebuah negara.

4.         Hukum dan waktu mengeluarkan zakat fitrah:

(a)    harus – sepanjang bulan Ramadan;
(b)   wajib – bermula setelah terbenam matahari pada akhir Ramadan;
(c)    sunat – bermula dari masuk waktu solat Subuh sehingga solat Hari Raya;
(d)   makruh – selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari 1 Syawal;
(e)    haram – setelah terbenam matahari pada 1 Syawal.

5.         Antara golongan yang berhak menerima zakat fitrah:

(a)    orang fakir;
(b)   orang miskin;
(c)    amil, iaitu orang yang menguruskan pungutan zakat;
(d)   mualaf, iaitu orang yang baru memeluk Islam.

6.         Hikmat zakat fitrah terhadap individu:

(a)    melahirkan individu yang penyayang kepada sesama manusia;
(b)   menjauhkan sifat bakhil dalam diri seseorang.

7.         Hikmat zakat fitrah kepada masyarakat:

(a)    melahirkan masyarakat Islam yang penyayang;
(b)   melahirkan masyarakat yang tolong menolong serta belas kasihan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

8.         Akibat tidak mengeluarkan zakat:

(a)    ibadat puasa yang dilakukan tidak mendapat kesempurnaan;
(b)   lahir individu yang bersifat bakhil dan tamak;
(c)    mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT.

Pendidikan Islam: Tingkatan 2:  Adab dan Akhlak Islamiah

Tajuk: 26 – Nikmat dan Musibah Ujian Kehidupan

1.         Nikmat ialah semua bentuk kesenangan keselesaan dan kemudahan yang diterima oleh seseorang.

2.         Antara contoh nikmat ialah kesihatan tubuh badan, tempat tinggal yang selesa dan            sebagainya.

3.         Musibah pula ialah semua bentuk kesusahan, kesulitan dan keperitan yang dihadapi oleh seseorang.

4.         Antara contoh musibah ialah kesakitan, kematian orang yang disayangi, dan          sebagainya.

5.         Allah SWT mengurniakan nikmat atau musibah bertujuan untuk menguji     keimanan hamba Nya.

6.         Adab menerima nikmat:

(a)    bersyukur apabila mendapat nikmat Allah SWT;
(b)   menggunakan nikmat pada jalan kebaikan;
(c)    sentiasa mentaati segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangan Nya.

7.         Adab menerima musibah:

(a)    beristighfar kepada Allah SWT dengan mengucapkan “innalillahi waina ilahi raajiuun”
(b)   sabar dan tabah menghadapi ujian Allah SWT;
(c)    tidak berputus asa, sebaliknya berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bersungguh-sungguh.

8.         Akibat tidak bersyukur:

(a)    tidak mendapat keberkatan dalam hidup;
(b)   nikmat yang dimiliki akan ditarik balik oleh Allah SWT;
(c)    mendapat azab yang pedih di akhirat kelak.

9.         Kelebihan beradab ketika ditimpa musibah:

(a)    mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT dengan diberikan nikmat yang melimpah ruah;
(b)   mendapat keampunan Allah SWT;
(c)    mendapat penghormatan dan sanjungan masyarakat.
Tajuk: 27 – Menghayati Adab Berjiran

1.         Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita iaitu di kanan, di        kiri, di depan , di belakang, di tingkat atas dan di tingkat bawah yang meliputi 40      buah rumah dari setiap penjuru.

2.         Islam telah membahagikan jiran kepada tiga jenis iaitu:

(a)    jiran Muslim yang mempunyai hubungan kekeluargaan;
(b)   jiran Muslim yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan;
(c)    jiran bukan Islam.

3.         Cara beradab kepada jiran:

(a)    menziarahi jiran pada masa yang sesuai seperti hujung minggu;
(b)   menghormati dan bersangka baik terhadap jiran;
(c)    membantu jiran ketika mereka memerlukan pertolongan.

4.         Akibat tidak beradab kepada jiran:

(a)    kehidupan akan jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah SWT;
(b)   keharmonian hidup bermasyarakat akan terjejas;
(c)    seseorang itu akan terpinggir daripada masyarakat;
(d)   sukar mendapat pertolongan ketika menghadapi kesusahan.

5.         Hikmat beradab kepada jiran:

(a)    kehidupan dalam keadaan aman dan damai;
(b)   kemungkaran dalam masyarakat dapat dicegah dengan lebih berkesan;
(c)    setiap orang mendapat kehidupan yang selesa kerana mendapat pembelaan.


Tajuk: 28 – Menjaga Maruah Diri

1.         Maruah ialah budi pekerti mulia dan tindak tanduk serta tingkah laku yang baik    berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

2.         Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah:

(a)    untuk mendapat keredaan Allah SWT;
(b)   untuk memelihara maruah diri dan keluarga;
(c)    supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

3.         Cara menjaga maruah diri dari segi berpakaian:

(a)    memakai pakaian yang menuntut aurat, iaitu tidak ketat dan tidak jarang;
(b)   memakai pakaian yang kemas, bersih dan sopan;
(c)    tidak memakai pakaian yang mempunyai lambang yang tidak sopan atau haram seperti lambang salib dan jenama arak.

4.         Cara menjaga maruah diri dari segi pergaulan:

(a)    memberi salam apabila bertemu dengan saudara seagama;
(b)   menjaga batas-batas pergaulan yang dibenarkan oleh syarak;
(c)    hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

5.         Cara menjaga maruah diri dari segi percakapan:

(a)    bercakap dengan menggunakan bahasa yang baik dan sopan;
(b)   bercakap benar dalam percakapan seharian;
(c)    tidak menghina orang lain ketika bercakap.

6.         Akibat tidak menjaga maruah diri:

(a)    maruah diri dan keluarga akan tercemar;
(b)   dipandang hina dan dibenci oleh orang lain;
(c)    mendorong kepada berlakunya maksiat dan jenayah seperti rogol, zina dan sebagainya.

7.         Hikmat menjaga maruah diri:

(a)    mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT;
(b)   kehormatan diri akan terpelihara;
(c)    terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang tidak diingini;
(d)   melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu.


Tajuk: 29 – Menjana Keharmonian Hidup

1.         Sebab-sebab kita perlu beradab terhadap orang Islam dan bukan Islam ialah:

(a)    untuk menjamin keharmonian hidup;
(b)   untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera;
(c)    untuk menjamin kestabilan dan keamanan negara.

2.         Sebagai Muslim yang beriman, kita mestilah beradab ketika bergaul dengan            saudara seagama dan juga orang bukan Islam.

3.         Adab terhadap orang Islam dan orang bukan Islam:

(a)    memberi salam kepada orang Islam dan salam sejahtera kepada orang bukan Islam;
(b)   bertoleransi dalam sesuatu perkara;
(c)     hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.

4.         Sebab dituntut beradab terhadab orang bukan Islam:

(a)    dapat menarik minat orang bukan Islam terhadap ajaran Islam;
(b)   supaya dakwah Islam dapat diterima oleh mereka;
(c)    supaya mereka tidak memusuhi Islam walaupun tidak menerima Islam.

5.         Akibat tidak beradab kepada orang bukan Islam:

(a)    masyarakat bukan Islam akan bersikap buruk sangka terhadap Islam;
(b)   dakwah Islam tidak akan berkembang luas;
(c)    perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terjejas.

6.         Langkah mengekalkan adab terhadap orang bukan Islam berdasarkan syariat:

(a)    membudayakan amalan ziarah-menziarahi;
(b)   mengadakan majlis-majlis yang melibatkan semua masyarakat seperti hari keluarga;
(c)    mengadakan sambutan hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan;
(d)   perancangan penempatan yang lebih tersusun.


Tajuk: 30 – Memelihara Kesucian Masjid dan Surau

1.         Adab-adab ketika masuk ke dalam masjid atau surau:

(a)    menanggalkan kasut atau alas kaki;
(b)   masuk dengan mendahulukan kaki kanan;
(c)    membaca doa ketika masuk;
(d)   mengucapkan salam kepada orang yang berada dalam masjid.

2.         Adab-adab semasa berada di dalam masjid atau surau:

(a)    menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid;
(b)   berniat iktikaf di dalam masjid;
(c)    melakukan ibadat-ibadat tertentu seperti membaca al-Quran dan berzikir.

3.         Adab-adab ketika keluar masjid:

(a)    keluar dengan mendahulukan kaki kiri;
(b)   membaca doa;
(c)    memberi salam kepada orang yang berada di dalam masjid;


4.         Peranan masjid:

(a)    pusat ibadat bagi umat Islam;
(b)   pusat pendidikan untuk mempelajari ilmu pengetahuan;
(c)    pusat pembangunan keluarga dan masyarakat;
(d)   pusat persinggahan dan khidmat musafir.

5.         Kelebihan menjaga adab di masjid dan surau:

(a)    mendapat ganjaran pahala dan rahmat Allah SWT;
(b)   dapat melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan khusyuk;
(c)    mewujudkan suasana tenang di dalam masjid dan surau.

6.         Amalan negatif di masjid dan surau:

(a)    membuat kotor seperti membuang bekas makanan dan minuman di dalam masjid;
(b)   tidak menutup aurat;
(c)    bergurau dalam masjid.

7.         Akibat tidak beradab di masjid dan surau:

(a)    mendapat dosa dan kemurkaan Allah SWT;
(b)   menjatuhkan imej Islam di mata orang bukan Islam;
(c)    lahir individu yang tidak menghormati masjid sebagai tempat ibadat dan rumah Allah SWT.


Tajuk: 31 – Memelihara Kesucian Mashaf

1.         Adab terhadap mashaf al-Quran:

(a)    mengambil wuduk;
(b)   meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi untuk memuliakannya;
(c)    mashaf al-Quran yang rosak mestilah dibakar dan abunya di tanam di tempat yang sesuai atau dialirkan ke sungai.

2.         Tujuan beradab terhadap mashaf al-Quran:

(a)    untuk mendapatkan keberkatan dan keredaan Allah SWT;
(b)   untuk mendapat ganjaran pahala;
(c)    untuk mengelakkan penghinaan terhadap al-Quran.




3.         Perkara yang menyalahi adab terhadap mashaf al-Quran:

(a)    meletak atau menyimpan mashaf al-Quran di tempat yang rendah seperti di atas lantai;
(b)   memegang mashaf al-Quran dalam keadaan berhadas kecil atau hadas besar;
(c)    mengoyak halaman mashaf al-Quran;
(d)   menulis ayat al-Quran di tempat yang terdedah kepada penghinaan seperti kasut, dinding tandas dan sebagainy.

4.         Adab mencipta dan menjual seni khat:

(a)    penjual dan pembeli mestilah orang Islam;
(b)   pencipta khat mestilah teliti ketika menulis supaya tidak tersilap huruf, tertinggal titik, baris dan sebagainya;
(c)    melatakkan bahan-bahan khat di tempat yang tinggi dan baik.


Tajuk: 32 – Doa Penyeri Kehidupan

1.         Doa ialah memohon sesuatu kepada Allah SWT sama ada untuk memohon             kebaikan atau untuk menolak sesuatu kejahatan.

2.         Antara kepentingan doa:

(a)    memantapkan iman, menenangkan jiwa dan meningkatkan keimanan;
(b)   merapatkan hubungan antara hamba dengan Allah SWT;
(c)    mendorong seseorang untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan.

3.         Adab-adab berdoa:

(a)    suci daripada hadas kecil dan hadas besar;
(b)   memakai pakaian bersih dan menutup aurat;
(c)    mengangkat kedua-dua tapak tangan;
(d)   memulakan doa dengan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

4.         Waktu yang mustajab untuk berdoa:

(a)    pada satu pertiga malam iaitu kira-kira pukul 3 pagi;
(b)   pada hari dan malam Jumaat;
(c)    pada waktu di antara dua khutbah Jumaat.

5.         Tempat yang mustajab untuk berdoa:

(a)    di depan Kaabah;
(b)   di Padang Arafah;
(c)    di dalam masjid.

6.         Doa yang diterima oleh Allah SWT:

(a)    doa ibu bapa terhadap anak-anak;
(b)   doa pemimpin yang adil;
(c)    doa orang yang dizalimi.

7.         Doa-doa yang ditolak oleh Allah SWT:

(a)    doa orang yang melakukan maksiat;
(b)   doa orang yang makan dan minum dari sumber yang haram;
(c)    doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyuk.

8.         Langkah untuk membiasakan diri berdoa:

(a)    sentiasa mengingati Allah SWT di waktu senang dan susah;
(b)   berkawan dengan orang yang memiliki akhlak yang baik;
(c)    yakin dengan pertolongan Allah SWT.

9.         Akibat tidak mengamalkan doa:

(a)    tidak mendapat pertolongan daripada Allah SWT;
(b)   lahir manusia yang sombong dan takbur kepada Allah SWT;
(c)    mudah berputus asa apabila gagal dalam sesuatu kerja;
(d)   menjadi manusia yang sombong dan takbur kepada Allah SWT apabila memperoleh kejayaan.


Tajuk: 33 – Wawasan Beribadat

1.         Ibadat bermaksud mengabdikan diri kepada Allah SWT, dengan melakukan           segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya.

2.         Sebab-sebab perlu beradab ketika beribadat:

(a)    supaya ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT;
(b)   supaya mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT;
(c)    untuk melahirkan individu yang memiliki peribadi yang unggul.







3.         Perbezaan antara ibadat dengan adapt iaitu:

(a)    ibadat:

·         ditentukan oleh syarak;
·         bersumberkan al-Quran dan hadis;
·         tidak boleh diubahsuai mengikut kehendak semasa.

(b)   adat:

·         ditentukan oleh adat;
·         bersumberkan perbuatan kebiasaan yang dilakukan sejak turun temurun;
·         berubah-ubah mengikut budaya sesebuah masyarakat.

4.         Adab ketika beribadat:

(a)    memakai pakaian yang bersih dan kemas;
(b)   melakukan ibadat dengan hati yang khusyuk;
(c)    melakukan ibadat mengikut cara yang ditetapkan oleh syarak.

5.         Hikmat beradab ketika beribadat:

(a)    meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b)   dikasihi dan diberkati oleh Allah SWT;
(c)    hati dalam keadaan tenang dan tenteram;
(d)   melahirkan masyarakat yang perihatin dan bertanggungjawab.

6.         Akibat meninggalkan adab beribadat:

(a)    ibadat yang dilakukan tidak sempurna;
(b)   ibadat yang dilakukan tidak memberikan kesan positif terhadap peribadi seseorang;
(c)    jauh daripada rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Tajuk 19 –  Saidina Umar bin Al-Khattab RA Pentadbir Yang Ulung

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama penuh beliau ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza;
(b)   beliau berketurunan Bani Adi, Quraisy.
(c)    Dilahirkan di Mekah pada 584 Masihi, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW;
(d)   memeluk Islam ketika berumur 33 tahun;
(e)    mendapat gelaran Al-Faruq yang bermaksud pemisah antara yang hak dengan yang batil;
(f)    dilantik menjadi khalifah yang kedua pada hari Selasa, 22 Jamadilakhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 23 Ogos 634 Masihi;
(g)   beliau wafat pada bulan Zulhijjah tahun ke 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun;
(h)   beliau telah dibunuh oleh Fairuz (Abu Lukluk) iaitu hamba majusi yang berbangsa Parsi.

2.         Sifat-sifat peribadi:

(a)    beliau seorang yang taat pada perintah Allah SWT;
(b)   beliau seorang yang berani. Buktinya ketika memeluk Islam, beliau mengisytiharkan keislamannya kepada umum;
(c)    beliau seorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.

3.         Sumbangan dalam bidang pentadbiran:

(a)    mengemaskinikan Majlis Syura sebagai suatu badan yang penting dalam pentadbiran negara;
(b)   mengasaskan Jabatan Cukai dan Harta, Jabatan Ketenteraan dan Jabatan Persuratan;
(c)    mengasaskan Undang-undang Hisbah, iaitu undang-undang dan peraturan di pasar seperti adab berjual beli, pengawasan timbangan dan sebagainya.

4.         Sumbangan dalam bidang dakwah:

(a)    mengembangkan penyebaran dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Mesir, Rom dan Parsi;
(b)   melantik gabenor di wilayah tersebut untuk melancarkan pentadbiran dan penyebaran dakwah Islam;
(c)    menghantar ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah Islam.

5.         Sumbangan dalam pembangunan negara:

(a)    mengemaskini Baitulmal sebagai institusi kewangan negara;
(b)   mendirikan masjid dan rumah persingahan untuk kemudahan para musafir;
(c)    membina sekolah-sekolah untuk pendidikan anak-anak;
(d)   meneroka kawasan-kawasan baru untuk pertanian dan saliran air.
Tajuk: 20 – Saidina Usman bin Affan RA Korporat Yang Dermawan

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar beliau ialah Usman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyah;
(b)   beliau berketurunan Bani Umaiyah;
(c)    dilahirkan di Mekah pada tahun 576 Masihi iaitu enam tahun selepas tahun Gajah;
(d)   mendapat gelaran zunnurain yang bermaksud yang mempunyai dua cahaya kerana beliau memperisterikan dua puteri Rasulullah SAW;
(e)    dilantik menjadi khalifah yang ketiga pada tahun ke 23 Hijrah bersamaan 644 Masihi;
(f)    beliau wafat pada 18 Zulhijjah tahun ke 35 Hijrah;
(g)   beliau dibunuh oleh pemberontak.

16.1 – Ibadat Puasa

2.         Sifat-sifat peribadi:

(a)    beliau seorang yang taat kepada Allah SWT dan rasul;
(b)   seorang yang pemalu dan lemah lembut;
(c)    seorang yang zuhud dan dermawan.

3.         Bukti sifat dermawan Saidina Usman:

(a)    menafkahkan hartanya sebanyak 300 ekor unta dan 10 ribu dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam Perang Tabuk;
(b)   memerdekakan hamba pada setiap hari Jumaat;
(c)    membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi.

4.         Faktor semangat jihad Saidina Usman:

(a)    keimanan yang teguh terhadap Allah SWT;
(b)   beliau sangat sayang dan cintakan Islam;
(c)    mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah;
(d)   minat yang tinggi untuk berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.

5.         Sumbangan Saidina Usman dalam bidang politik:

(a)    menjadi utusan Rasulullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah;
(b)   menubuhkan angkatan tentera laut untuk mengawasi perairan negara.

6.         Sumbangan dalam bidang ekonomi:

(a)    menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan Islam;
(b)   mempertingkatkan ekonomi rakyat.


7.         Sumbangan Saidina Usman dalam bidang sosial:

(a)    memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan;
(b)   berjaya mewujudkan masyarakat yang harmoni hasil sifat beliau yang lemah lembut.

8.         Sumbangan Saidina Usman dalam bidang dakwah:

(a)    membuka kawasan-kawasan baru untuk mengembangkan dakwah Islam;
(b)   mengumpul dan membukukan al-Quran yang melahirkan naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Usamani.


Tajuk: 21 – Saidina Ali bin Abu Talib RA Pemuda Yang Berani

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar beliau ialah Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib;
(b)   berketurunan Bani Hasyim;
(c)    dilahirkan di Mekah pada tahun 601 Masihi, iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi SAW menjadi rasul;
(d)   dilantik menjadi khalifah pada tahun 35 Hijrah dan memerintah negara selama empat tahun;
(e)    wafat pada 17 Ramadan tahun 40 Hijrah ketika berusia 63 tahun;
(f)    beliau telah dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di Bandar Kufah ketika dalam perjalanan ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh.

2.         Sifat peribadi:

(a)    taat dan patuh pada perintah Allah SWT sejak kecil lagi;
(b)   seorang pemuda yang gagah dan berani;
(c)    berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

3.         Keistimewaan Saidina Ali:

(a)    merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau memeluk Islam ketika berusia 10 tahun. Beliau tidak pernah melakukan perbuatan keji masyarakat jahiliah seperti menyembah berhala. Oleh sebab itu, beliau terkenal dengan panggilan Karramallahu Wajhah yang bermaksud Allah SWT memuliakan wajahnya;
(b)   sepupu dan menantu Rasulullah SAW;
(c)    salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga;




(d)   pemuda yang berani. Buktinya ialah:

·         beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah SAW kecuali Perang Tabuk. Beliau menggunakan pedangnya yang bernama Zulfaqar;
·         diberi amanah untuk membawa panji (bendera) dalam perang Khaibar dan beberapa peperangan yang lain.

4.         Jasa dan pengorbanan Saidina Ali:

(a)    menjadi penulis wahyu;
(b)   jurutulis Perjanjian Hudaibiah;
(c)    menjadi hakim di Yaman.

5.         Pada zaman pemerintahan Saidina Ali, berlaku beberapa peperangan yang berpunca daripada perancangan jahat orang-orang munafik yang diketuai oleh           Abdullah bin Saba.


Tajuk: 22 – Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib RA Pahlawan Terbilang

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf;
(b)   berasal daripada keturunan Bani Hasyim, iaitu golongan bangsawan yang dihormati;
(c)    dilahirkan di Mekah pada tahun 570 Masihi, iaitu tahun yang sama dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW;
(d)   beliau adalah bapa saudara nabi;
(e)    hobi beliau ialah memanah dan berburu;
(f)    beliau digelar Asadullah (singa Allah) kerana keberaniannya;
(g)   beliau gugur syahid pada tahun ketiga Hijrah dalam perang Uhud setelah dibunuh oleh Wahsyi. Rasulullah amat sedih. Baginda telah mengurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada (penghulu sekelian orang yang mati syahid);
(h)   jenazahnya telah dimakamkan di makam Syuhada berdekatan Bukit Uhud.

2.         Kisah pengislaman Saidina Hamzah:

(a)    pada suatu hari, Abu Jahal telah menghina Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan di Bukit Safa;
(b)   kejadian itu menyebabkan Saidina Hamzah amat marah;
(c)    beliau terus mencari Abu Jahal dan berjumpa Abu Jahal sedang duduk bersama pemimpin Quraisy di Masjidil Haram;
(d)   beliau terus memukul Abu Jahal dengan busur panah sehingga kepada Abu Jahal cedera dan berdarah;
(e)    selepas itu beliau mengistiharkan pengislamannya.

3.         Sifat peribadi:

(a)    seorang yang pantas bertindak;
(b)   seorang pahlawan yang gagah perkasa dan berani. Antara bukti keberaniannya ialah:

·         memukul Abu Jahal yang menghina dan mengejek nabi;
·         menyahut cabaran dua orang tentera musyrikin untuk berlawan dengannya dalam Perang Badar;

(c)    seorang yang gigih tabah dan cekal hati dalam menjalani kehidupan.

4.         Sumbangan Saidina Hamzah:

(a)    melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW daripada ancaman musuh Islam;
(b)   menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW;
(c)    sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa untuk menegakkan agama Islam.


Tajuk: 23 – Saidina Abu Hurairah RA Perawi Hadis

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhr Ad-Dausi Al-Yamani. Namanya sebelum Islam ialah Abdu Syams;
(b)   dilahirkan di Dus negeri Yaman, 19 tahun sebelum Hijrah;
(c)    menjadi anak yatim sejak kecil lagi;
(d)   menjadi ahli Suffah, iaitu sahabat-sahabat nabi yang fakir dan miskin di tepi Masjid Nabawi;
(e)    wafat pada tahun 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun;
(f)    mendapat gelaran Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW.

2.         Sifat peribadi:

(a)    sangat menghormati ibu bapa. Buktinya beliau sangat mengasihi ibunya walaupun dia tidak memeluk Islam. Hasil doa Rasulullah SAW, ibunya telah memeluk Islam;
(b)   beliau amat mengasihi binatang. Beliau digelar Abu Hurairah yang bererti bapa kucing kerana beliau sukakan kucing;
(c)    sabar dan tabah menghadapi kesusahan hidup. Beliau tidak meminta-minta dalam keadaan lapar.

3.         Beliau merupakan seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis            walaupun hanya tiga tahun bersama Rasulullah SAW.

4.         Beliau telah berjaya meriwayatkan sebanyak 5374 hadis.

5.         Seramai 800 orang murid telah datang mempelajari hadis daripada beliau.

6.         Faktor kejayaan beliau dalam periwayatan hadis:

(a)    berkat doa Rasulullah SAW supaya beliau mudah menghafaz hadis;
(b)   beliau rajin menghadiri majlis-majlis ilmu bersama para sahabat;
(c)    ketekunan beliau menyebarkan hadis yang diriwayatkannya kepada orang ramai.


Tajuk: 24 – Saidina Abdul Rahman bin Auf RA Ahli Perniagaan Berwawasan

1.         Riwayat hidup:

(a)    nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Auf bin Abdu Auf bin Al-Harith;
(b)   berasal daripada keturunan Bani Zuhrah;
(c)    dilahirkan di Mekah pada tahun 580 Masihi iaitu sepuluh tahun selepas Tahun Gajah;
(d)   memeluk Islam melalui Saidina Abu Bakar As-Siddiq;
(e)    dilantik menjadi pengerusi Majlis Syura semasa pemilihan khalifah yang ketiga;
(f)    wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan 654 Masihi ketika berusia 74 tahun.

2.         Sifat peribadi:

(a)    taat kepada perintah Allah SWT;
(b)   pintar dalam perniagaan;
(c)    zuhud dan dermawan.

3.         Keistimewaan Saidina Abdul Rahman:

(a)    salah seorang daripada sepuluh sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga;
(b)   seorang jutawan yang kuat berusaha dan suka menderma;
(c)    menjadi salah seorang calon bagi jawatan khalifah.

4.         Sumbangan Saidina Abdul Rahman:

(a)    menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW untuk menegakkan Islam;
(b)   menyumbangkan 200 tahil emas, 1500 ekor unta dan 500 kuda perang untuk Perang Tabuk;
(c)    menderma sebanyak 400 dinar emas setiap seorang kepada 100 orang tentera Islam yang menyertai Perang Badar.

5.         Faktor kejayaan Saidina Abdul Rahman sebagai ahli perniagaan:

(a)    bersyukur kepada Allah SWT;
(b)   usaha yang gigih dan berterusan;
(c)    berniaga barangan yang halal;
(d)   jujur dalam perniagaan.


Tajuk: 25 – Kepimpinan Rasulullah SAW Di Madinah

25.1 – Pembinaan Masjid

1.         Rasulullah SAW merupakan pengasas negara Islam yang pertama di Madinah.

2.         Baginda telah meletakkan asas yang kukuh dalam pembangunan negara. Asas-       asas tersebut ialah:

(a)    pembinaan masjid;
(b)   mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.

3.         Masjid yang pertama didirikan dalam Islam ialah Masjid Quba’.

4.         Masjid ini terletak di Quba’ iaitu kira-kira 10 kilometer dari Madinah.

5.         Masjid ini di asaskan oleh Rasulullah SAW pada 8 Rabiulawal ketika baginda        dalam perjalanan hijrah ke Madinah.

6.         Pada zaman Rasulullah SAW, masjid dibina daripada batu, tiangnya daripada        batang-batang pokok kurma, atapnya daripada pelepah-pelapah kurma dan            lantainya pula ditabur dengan pasir.

7.         Peranan masjid dalam Islam:

(a)    sebagai pusat ibadat, iaitu tempat untuk melakukan ibadat secara berjemaah seperti solat fardu;
(b)   sebagai pusat kemasyarakatan seperti mengadakan program gotong royong, malis akad nikah dan sebagainya;
(c)    sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.





25.2 – Persaudaraan Antara Muhajirin dengan Ansar

1.         Muhajirin ialah pengikut Rasulullah SAW yang berhijrah dari Mekah ke      Madinah.

2.         Ansar ialah penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan membantu      perjuangan Rasulullah SAW di Madinah. Golongan Ansar terdiri daripada kaum    Aus dan Khazraj.

3.         Rasulullah SAW telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansar         dengan cara memperkenalkan saudara angkat.

4.         Antara pengorbanan golongan Muhajirin ialah:

(a)    sanggup meninggalkan keluarga, harta dan tanah air untuk berhijrah bersama Rasulullah SAW;
(b)   sanggup mengharungi penderitaan dan bergadai nyawa semasa dalam perjalanan hijrah.

5.         Antara pengorbanan golongan Ansar ialah:

(a)    sanggup memberikan bantuan tenaga, harta, dan tempat tinggal kepada Muhajirin;
(b)   sanggup menawarkan isteri dan anak-anak untuk dikahwini kepada Muhajirin.

6.         Asas persaudaraan dalam Islam:

(a)    ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT dan rasul;
(b)   mengutamakan kepentingan agama daripada kepentingan diri sendiri;
(c)    mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh.

7.         Kepentingan persaudaraan dalam Islam:

(a)    melahirkan perasaan kasih sayang dan silatulrahim dalam kehidupan;
(b)   mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni;
(c)    meringankan sesuatu perkara melalui semangat kerjasama dan gotong royong.

8.         Langkah-langkah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan   agama:

(a)    mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan;
(b)   hormat menghormati antara satu dengan yang lain;
(c)    berkerjasama dan bantu membantu dalam perkara kebaikan.

9.         Faktor yang membawa pepecahan dalam masyarakat Islam:

(a)    kurang didikan agama serta tidak men          ghayati ajaran al-Quran dan hadis;
(b)   tidak bertolak ansur dalam sesuatu perkara;
(c)    pentingkan diri sendiri, hasad dengki dan sombong.

Comments

Popular posts from this blog

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Simple Essays