KH(Bab5,teras)-Tingkatan 2

TANAMAN HIASAN
  1. Pemasuan Semula
    1. Kelebihan menanam tanaman dalam pasu
      1. Tanaman mudah dialihkan
      2. Tidak memerlukan kawasan yang luas
      3. Boleh disusun dengan susunan yang menarik
    2. Kekurangan menanam tanaman dalam pasu
      1. Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja
      2. untuk tanaman jangka masa singkat sahaja
      3. perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur
    3. Sebab-sebab pemasuan semula
      1. Pasu retak atau pecah
      2. Pasu terlalu padat dengan akar tanaman
      3. Tanaman terlalu besar atau terlalu merimbun
      4. Tanaman tidak lagi subur akibat kekurangan nutrien
      5. Tanaman kurang segar dan berpenyakit

      Pasu retak hendaklah ditukar

      Tanaman hiasan terlalu merimbun

      Akar keluar daripada lubang saliran
    4. Menyediakan Medium Pemasuan
      1. Medium memasu terdiri dari i. Tanah loam ii. Bahan Organik iii. Pasir Sungai
      2. Nisbah medium memasu J.I.P. (John Innes Potting Compost) ialah
        Tanah LoamBahan OrganikPasir Sungai
        321
      3. Semua bahan medium hendaklah ditapis agar menjadi lebih halus dan tidak mengandungi bahan asing.
      4. Sukat bahan medium dengan nisbah 3:2:1 atau 7:3:2

        Tanah Loam + Bahan organik + Pasir sungai
        Campuran medium memasu
      5. Baja fosfat dan batu kapur boleh dicampurkan untuk membaik struktur dan tekstur tanah
        serta mengurangkan keasidan tanah
      6. Gaulkan sehingga rata
    5. Alatan Pemasuan Semula
      Baldi

      Baldi

      Penapis
      Baldi

      Skop

      Penyiram

      Sekateur

      Sudip Tangan
  2. Memilih Pasu
    1. Pasu boleh dibeli atau menggunakan semula pasu sedia ada
    2. Di pasaran terdapat beberapa jenis pasu

      Pasu tanah liat

      Pasu plastik

      Pasu seramik
    3. Pasu boleh didapati dalam pelbagai saiz , kecil, besar leper dan gantung
  3. Menyediakan Pasu
    1. Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut
    2. Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal
    3. Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air
    4. Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman untuk membunuh bakteria
    5. Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk menggelakkan medium keluar ketika menyiram

       

      Lubang saliran

      Menutup lubang saliran

       
  4. Langkah-langkah Pemasuan Semula
    1. Lembabkan medium tanaman

      Medium disiram untuk melembabkannya
    2. Pangkas / buangkan akar yang terkeluar daripada lubang saliran
    3. Pegang pangkal pokok dan tarik keluar tanaman daripada pasu
    4. Jika tidak berjaya , tunggingkan pasu dan ketuk perlahan-lahan
    5. Apabila telah keluar ,pangkas /buang dahan-dahan yang tidak diperlukan
    6. Buang 1/3 daripada medium yang lama

      Buang medium dengan sudip tangan
    7. Gunakan pasu baru yang lebih besar atau basuh dan bersihkan pasu.
    8. Masukan medium baru 1/3 dalam pasu.
    9. Masukan tanaman hiasan tersebut

      Masukan tanaman hiasan ke dalam pasu yang disediakan
    10. Tambahkan medium sehingga 2.5 cm daripada bibir pasu.
    11. Tekan permukaan medium sekeliling tanaman dengan tangan
    12. Siram dan letakkan ditempat yang teduh

    Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu
  5. Penjagaan tanaman
     1. Menyiram

    Menyiram
    • Penyiraman dilakukan pagi dan petang
    • Gunakan alat penyiram yang mempunyai muncung halus
    • air siraman akan melarutkan nutrien dan membantu proses fotosintisis
    2. Membaja

    Membaja
    • Membaja akan membolehkan pokok terus hidup dan subur
    • Gunakan baja organik atau baja kimia
    3. Merumput

    Merumput
    • Merumput bermaksud membuang rumput rumpai
    • Rumput rumpai adalah tumbuhan yang tidak diperlukan oleh tanaman di dalam pasu
    • Rumput rumpai adalah pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien , air dan ruang
    • Rumput rumpai boleh dibuang dengan menggunakan tangan atau serampangan tangan
    4. Mengembur

    Mengembur
    • Menggembur bermaksud aktiviti meloggarkan medium
    • medium yang telah digembur dan loggar akan
      1. Memudahkan air mengalir
      2. Memudahkan akar menembusi medium
      3. Membaiki pengudaraan
     5. Mengawal serangan musuh
  1. Musuh tanaman hiasan adalah seperti serangga perosak, siput babi dan penyakit
  2. Serangga perosak dikawal dengan menyembur tanaman dengan racun serangga
  3. Siput babi dikawal dengan umpan beracun
6. Memberi sungkupan
  1. Sungkupan ialah bahan-bahan seperti rumput dan daun kering yang digunakan untuk menutup
    permukaan medium
  2. Sungkupan dapat mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan kepadatan tanah, dan mengurangkan
    rumpai
7. Memangkas dan mengutil
  1. Memangkas ialah memotong bahagian pokok dengan alat yang sesuai
  2. Memangkas dilakukan untuk membuang dahan atau ranting yang mati dan berpenyakit, menggalakan
    percambahan baru dan mendapat bentuk tertentu

Comments

Popular posts from this blog

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays

Gaya Bahasa