Madu Dan Lebah-Tingkatan 1
SAJAK | MAKSUD |
Di pohon sana pada dahan pohon tualang lihatlah lebah-lebah sudah membuat sarang serangga yang cergas sentiasa hidup sepakat sikap yang terpuji. | Pada dahan sebatang pokok, lebah sedang membuat sarang. Lebah ialah sejenis serangga yang cergas dan sentiasa hidup bermuafakat. Sikap ini ialah sikap yang terpuji bagi lebah. |
Ada ratu ada pekerja berkumpul dan bekerjasama madu manisnya penawar penyakit manusia. | Dalam keluarga lebah ada ratu atau pekerja. Walaubagaimanapun, semua lebah hidup berkumpul dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Madu yang dihasilkan oleh lebah sangat manis dan menjadi penawar kepada penyakit manusia. |
Lebah-lebah pada dahan pohon tualang kau membuat aku sedar harus selalu berusaha dan meniggalkan jasa seperti madumu yang istimewa | Penyajak membuat kesimpulan bahawa lebah-lebah yang ada pada dahan pokok memberi kesedaran tentang kepentingan usaha. Selain itu, manusia perlu berbuat jasa dalam hidup seperti lebah yang berjasa melalui madunya yang istimewa. |
Tema
Sikap dan jasa lebah dimana lebah mempunyai pelbagai sikap terpuji seperti rajin dan bekerjasama, di samping berjasa kepada manusia. Lantaran itu, kita perlu mencontohi lebah yang mengamalkan kehidupan bermasyarakat dan berjasa kepada hidupan lain.
Persoalan
1. 2. 3. 4. | Kerajinan sejenis serangga Permuafakatan dalam kehidupan Jasa sejenis serangga Hidup bersatu padu tanpa mengira kedudukan |
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa | Contoh |
1. Pengulangan | · Pengulangan perkataan ada ‘ada ratu ada pekerja’ · Pengulangan frasa ‘ pada dahan pohon tualang’ |
2. Sinkof (penggunaan singkatan kata) | Seperti madumu yang istimewa. |
Unsur Bunyi
1. Asonansi (pengulangan huruf vokal) | Ada ratu ada pekerja Ø dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 7 kali |
2. Aliterasi | Serangga yang cergas Ø dalam baris sajak di atas, konsonan “g” diulang sebanyak 4 kali |
Nilai Murni
Bekerjasama
Bukti: berkumpul dan bekerjasama
Kerajinan
Bukti: lihatlah lebah-lebah sudah membuat sarang
Bersatu padu
Bukti: sentiasa hidup sepakat
Berjasa
Bukti: penawar penyakit manusia
Pengajaran
1. Kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
2. Kita perlu bersikap rajin demi mencapai kesempurnaan dalam hidup.
3. Kita akan menikmati kejayaan jika menjadikan sikap bersatu padu sebgai amalan kehidupan.
4. Sebagai manusia yang berhati murni, kita perlu berjasa kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan.
Comments
Post a Comment