Pantun Nasihat-Tingkatan 2

Pantun
Maksud
Gaharu, cengal, giam,
      Tak tahu, tak kenal, diam. 
Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata.
Jika ada padi berhampalah,
       Jika ada hati berasalah.
Orang yang berasa akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara.
Sakit pandan tak tahukan duri,
        Sakit badan tak tahukan diri.  
Orang yang tidak  insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya.
Dengar cakap enggang makan buah belolok,
       Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah.
Ada beras taruh dalam padi,
        Ada ingat taruh dalam hati.
Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang.
Mahal imam, murahlah khatib,
        Mahal demam, murahlah sakit.
Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvGMYy6cOe1Wqq1sK8vpJr2ILYbGmsdrxbtRauKWAyK7flLbezBXGeSQcqrMgpuT8q94TNao3wH6nvszyGbgYMQu4X-7vuPyoQU039ob24jqBGeveYyZ3xJbEZekgT736BuhVOkjAgmyuC/s200/1.png
Diam itu emas, sedangkan berkata-kata itu perak.

Tema:Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi
segala cabaran dalam kehidupan.

Persoalan:
·         Suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya.
·         Perasaan yang mudah tersentuh.
·         Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Bentuk:
·         Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.
·         Pantun ini merupakan pantun dua kerat yang terdiri daripada
sebaris pembayang dan sebaris maksud.
·         Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap.
·         Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris.
·         Rima pantun ialah ’aa’ tetapi baris akhir sekali berbeza kerana mempunyai
rima akhir ’ab’.


Gaya Bahasa
Contoh
Repitasi
Tak tahu, tak kenal, diam.  (R1,B2)
Sinkope
Sakit pandan tak tahukan duri. (R3,B1)
Anafora
Jika ada padi berhampalah,
                     Jika ada hati berasalah. (R2)
Responsi
Ada beras taruh dalam padi,
                    Ada ingat taruh dalam hati. (R4)


Unsur Bunyi
Contoh
Asonansi
Mahal imam, murahlah khatib, (R6,B1)
Aliterasi
Mahal demammurahlah sakit. (R6,B2)

Nilai:
·         Rasional: Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah
difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya.
·         Keinsafan: Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi
kesilapan yang telah dilakukan.
·         Merendah diri: Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.

Pengajaran:
·         Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara.
·         Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain.
·         Kita janganlah terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang.

·         Kita mestilah beringat sebelum mendapat kesusahan.





Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays