Sajak Diari Lama-Tingkatan 1
SAJAK | MAKSUD |
Di halaman diari ini aku amati selembar tulisan tentang perjuangan – bertitis air mata mengalir namun tak sederas darah yang tertumpah. | Penyajak menyelak diari lama dan membaca tulisan tentang perjuangan para pejuang terdahulu untuk mempertahankan tanah air walaupun terpaksa menitiskan darah. Perjuangan mereka disertai air mata tetapi tidak sederas darah yang mengalir dari tubuh mereka. |
Di naungan panji yang megah kutegakkan cinta dan kasih sayang anak bertuah bumi merdeka pada semarak ulang tahun diulit riang bersalut hiba Dataran Merdeka menyambut suka gagah perbarisan anak-anak Malaysia menghayun langkah menongkah persada riang di naungan nusa, makmur setiap ketika sampai bila-bila. | Penyajak menyatakan perasaan cintanya akan tanah air. Generasi kini hidup dalam keadaan yang sempurna setelah negara mencapai kemerdekaan. Setiap kali ulang tahun kemerdekaan Negara diadakan, generasi sekarang menyambutnya di Dataran Merdeka dengan mengadakan perbarisan. Mereka bukan sahaja berasa gembira dan bangga malahan turut bersemangat untuk menyambutnya. Penyajak berharap agar generasi kini akan hidup dalam kemakmuran sampai bila-bila. |
Tema
Cinta akan tanah air yang digambarkan oleh generasi terdahulu dengan berjuang walaupun terpaksa menitiskan darah demi mencapai kemerdekaan. Generasi kini pula menyambut ulag tahun kemerdekaan Negara sebagai tanda cinta mereka akan tanah air.
Persoalan
1. 2. 3. | Perjuangan mencapai kemerdekaan Sambutan ulang tahun kemerdekaan Kemakmuran negara |
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa | Contoh |
1. Personifikasi | Dataran Merdeka menyambut suka |
2. Sinkof (penggunaan singkatan kata) | namun tak sederas darah yang tertumpah |
Unsur Bunyi
1. Asonansi (pengulangan huruf vokal) | gagah perbarisan anak-anak Malaysia Ø dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 11 kali |
2. Aliterasi | kutegakkan cinta dan kasih sayang Ø dalam baris sajak di atas, konsonan “n” diulang sebanyak 4 kali |
Nilai Murni
Cinta akan tanah air
Bukti: tentang perjuangan – bertitis air mata mengalir
Kesyukuran
Bukti: kutegakkan cinta dan kasih sayang
Pengajaran
1. Kita perlulah menghargai kemerdekaan yang kita kecapi demi kesejahteraan hidup kita.
2. Kita mestilah sanggup berjuang demi mempertahankan negara daripada sebarang anasir yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat dan negara.
3. Kita perlu bersedia untuk melakukan pengorbanan demi negara yang tercinta.
4. Kita perlu menghargai dan mengenang jasa para pejuang negara yang telah berjuang untuk memerdekakan negara daripada cengkaman penjajah.
5. Semangat cinta akan tanah air perlu disemai dalam diri generasi muda melalui penyertaan mereka dalam sambutan hari kemerdekaan.
:l
ReplyDelete