Agama Islam-Tingkatan 3

1 –  Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT

Ayat Hafazan dan Ayat Pemahaman: Ayat 23 Surah al-A’raaf.

ŸMaksudnya: Keduanya (Adam dan Hawa) berkata: "Wahai Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi (23).

  1. Pengertian kalimah:


  1. Zalim bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya atau melakukan perkara-perkara yang melampaui batas syarak.
  2. Jenis-jenis zalim:

(i)                 Zalim kepada diri sendiri seperti melakukan syirik, tidak solat, mencuri, berzina dan lain-lain.
(ii)               Zalim kepada manusia seperti membuli kawan, merosakkan harta benda awam dan lain-lain.
(iii)             Zalim terhadap alam sekitar seperti membuang sampah merata-rata, mencemarkan sungai dan sebagainya.

  1. Keampunan Allah SWT bermaksud penghapusan dosa oleh Allah kepada hamba Nya yang berdosa dan memohon taubat kepada Nya.
  2. Langkah-langkah untuk mendapatkan keampunan Allah SWT;

(i)                 Mengaku kesalahan yang dilakukan.
(ii)               Menyesal atas kesalahan yang dilakukan.
(iii)             Tidak berputus asa.
(iv)             Bertaubat kepada Allah SWT.

  1. Rahmat Allah SWT ialah belas kasihan yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepada orang yang dikehendaki Nya.



  1. Cara-cara mendapatkan rahmat Allah SWT;

(i)                 Berlaku adil terhadap orang lain.
(ii)               Melaksanakan ibadat dengan ikhlas.
(iii)             Berkasih sayang sesama keluarga.

Tajuk 2 –  Memohon Keampunan dan Rahmat Allah SWT

Ayat Pemahaman: Ayat 57 – 58 Surah al-A’raaf.

Maksudnya: Dan Allah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu Telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu, Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti Itulah kami membangkitkan orang-orang yang Telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran (57). Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya Hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur (58).

  1. Pengertian kalimah;


  1. Allah SWT berkuasa menghidupkan semula manusia selepas mati selepas berlakunya peristiwa kiamat.
  2. Bukti Allah SWT berkuasa membangkitkan manusia selepas mati;

(i)                 Angin pembawa berita gembira yang membawa awam.
(ii)               Kejadian awan dan hujan melalui proses kitar air semulajadi.
(iii)             Tanah yang tandus dan gersang menjadi subur apabila disirami air.


  1. Proses kejadian hujan:

(i)                 Air di permukaan bumi akan tersejat oleh sinaran matahari.
(ii)               Air yang tersejat menjadi wap dan naik ke atmosfera.
(iii)             Wap air akan berkumpul dan membentuk awan.
(iv)             Apabila awan menjadi sejuk dan berat ia akan gugur menjadi hujan.

  1. Bersyukur ialah menyatakan rasa terima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan.
  2. Ciri-ciri orang yang bersyukur:

(i)                 Ikhlas dalam beribadat kepada Allah SWT.
(ii)               Sabar apabila mendapat musibah.
(iii)             Reda walaupun mendapat nikmat yang sedikit.

  1. Antara cara-cara bersyukur ialah;

(i)                 Dengan hati, iaitu reda dengan segala pemberian Allah SWT.
(ii)               Dengan lidah iaitu membanyakkan berzikir kepada Allah SWT.
(iii)             Dengan amalan iaitu memanfaatkan nikmat ke arah kebaikan.

Tajuk 3 –  Memanfaatkan Anugerah Allah SWT

Ayat Pemahaman: Ayat 179 Surah al-A’raaf.

ôMaksudnya: Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai (179)

  1. Pengertian kalimah;

  1. Empat nikmat kurniaan Allah SWT dan fungsinya;

Mata
Melihat perkara-perkara kebaikan dan kekuasaan Allah SWT melalui alam ciptaan Nya.
Telinga
Mendengar perkara-perkara yang baik seperti mendengar ayat-ayat al-Quran dan nasihat.
Hati
Memahami ayat-ayat al-Quran.
Akal
Berfikir tentang perkara kebaikan

  1. Contoh penyalahgunaan pancaindera;

(i)                 Mata – melihat perkara yang diharamkan seperti melihat gambar lucah.
(ii)               Telinga – mendengar perkara haram seperti umpatan, fitnah dan sebagainya.
(iii)             Akal – berfikir untuk melakukan perkara mungkar.
(iv)             Hati – lalai mengingati Allah SWT.

  1. Akibat penyalahgunaan nikmat Allah SWT;

(i)                 Mudah terpengaruh perkara maksiat.
(ii)               Susah menerima kebenaran.
(iii)             Hati menjadi keras.
(iv)             Bertindak mengikut hawa nafsu.

  1. Perbezaan penggunaan pancaindera antara manusia dengan binatang;

(i)                 manusia

-          Dipertanggungjawabkan atas segala penggunaan pancaindera.
-          Dapat berfikir dan memahami sesuatu.
-          Dapat merubah untuk memajukan diri.

(ii)               binatang

-          Tidak dipertanggungjawabkan atas penggunaan pancaindera.
-          Tidak dapat berfikir dan hanya mampu melihat dan mendengar.
-          Cara hidupnya tidak berubah.

  1. Ciri-ciri ahli syurga;

(i)                 Menjadikan syariat Allah SWT sebagai panduan hidup.
(ii)               Yakin terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
(iii)             Sentiasa mengingati Allah SWT.

  1. Ciri-ciri ahli neraka;

(i)                 Mengenepikan syariat Allah SWT dalam kehidupan.
(ii)               Tidak yakin akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
(iii)             Lalai mengingati Allah SWT dan lebih mengagungkan makhluk.





Tajuk 4 –  Mengingati Allah SWT Menenangkan Hati

Ayat Pemahaman: Ayat 205 - 206 Surah al-A’raaf.

Maksudnya: Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai(205). Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan Hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud (206).

  1. Pengertian kalimah;

  1. Zikir ialah mengingati Allah SWT untuk mendekatkan diri kepada Nya.
  2. Umat Islam digalakkan supaya banyak berzikir bagi menenangkan jiwa dan mendapat keredaan Allah SWT.
  3. Jenis-jenis zikir;

Basmalah
بسم ألله الرحمن الرحيم
Tasbih
سبحان الله
Tahmid
الحمد لله
Takbir
الله اكبر
Tahlil
لأ اله الا الله
Istighfar
استغفر الله العظيم
Hauqalah
ولا حول ولا قوة الا با لله

  1. Adab-adab berzikir;

(i)                 Berzikir dengan ikhlas.
(ii)               Khusyuk.
(iii)             Merendah diri kepada Allah SWT.
(iv)             Memahami ungkapan zikir.

  1. Peranan zikir;

(i)                 Meningkatkan keimana dan ketakwaan.
(ii)               Melembutkan hati.
(iii)             Membantu disiplin diri.
(iv)             Melindungi diri daripada maksiat.

  1. Faktor penghalang manusia mengingati Allah SWT.

(i)                 Leka dengan hiburan.
(ii)               Wujud perasaan sombong dalam diri.
(iii)             Terlalu mengejar kemewahan hidup.
(iv)             Terpengaruh dengan hasutan syaitan.

  1. Langkah-langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT;

(i)                 Menyempurnakan ibadat-ibadat wajib.
(ii)               Memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat.
(iii)             Mendampingi orang-orang soleh.

  1. Perbezaan antara ibadat manusia dengan ibadat malaikat;

(i)                 Ibadat manusia bertambah dan berkurang manakala ibadat malaikat tidak bertambah dan berkurang.
(ii)               Kosentrasi manusia berubah-ubah ketika beribadat tetapi kosentrasi malaikat tetap dan tidak berubah.

Tajuk 5 –  Menunaikan Kewajipan Solat Jumaat

Ayat Hafazan dan Ayat Pemahaman: Ayat 9 – 11 Surah al-Jumu’ah.

Maksudnya: Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui (9). Apabila Telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung (10). Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki (11)




  1. Pengertian kalimah;

  1. Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat dalam waktu Zuhur.
  2. Perintah Allah SWT yang terdapat di dalam ayat di atas;

(i)                 Segera menunaikan solat Jumaat.
(ii)               Sentiasa mengingati Allah SWT.
(iii)             Meninggalkan urusan jual beli setelah masuk waktu solat Jumaat.
(iv)             Mencari kurniaan Allah SWT di muka bumi.

  1. Sebab dituntut segera menunaikan solat Jumaat;

(i)                 Dapat pahala saf depan.
(ii)               Dapat mendengar nasihat melalui khutbah.
(iii)             Dapat berzikir dan melakukan amalan sunat.
(iv)             Dapat beriktikaf dalam masjid.

  1. Hikmah tuntutan bekerja selepas solat Jumaat;

(i)                 Membuktikan bahawa Islam tidak mengabaikan urusan dunia.
(ii)               Untuk keseimbangan dunia dan akhirat.
(iii)             Lebih bersemangat bekerja selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
(iv)             Menunjukkan Islam menyuruh umatnya melakukan keseimbangan antara tuntutan dunia dengan tuntutan akhirat.

  1. Kepentingan solat Jumaat dalam pembangunan umat;

(i)                 Mengeratkan hubungan silatulrahim.
(ii)               Para jemaah akan mendapat teguran dan nasihat.
(iii)             Gejala sosial dapat dibanteras.
(iv)             Membentuk akhlak mulia dan berdisiplin.
(v)               Mendidik umat Islam supaya mencintai dan mendekati masjid.


Tajuk 6 –  Amalan Mukmin Cemerlang

عن أبى مالك الحارث بن عاصم الأشعري رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الطهور شطرالأيمان والحمد لله تملأ الميزان وسبحان الله والحمد لله تملان أو تملأ ما بين السماء والأرض والصلاة نور والصدقة برهان والصبر ضياء والقران حجة لك أو عليك كل النا س يغدو فباءـع نفسه فمعتقها أو موبقها(رواه مسلم)

Maksudnya: Daripada Abu Malik Al-Haris bin ‘Asim Al-Asy’ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: bersuci itu sebahagian daripada iman, alhamdulillah memenuhi timbangan, subhanallah dan alhadulillah memenuhi ruang antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu bukti dan sabar itu sinaran, al-Quran itu hujah untuk engkau atau terhadap engkau, semua orang mempertaruhkan dirinya (antara dua pertaruhan) sama ada memerdekakannya atau membinasakannya.

  1. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya melakukan amalan sunat bagi menampung amalan fardu.
  2. Antara amalan sunat yang terdapat dalam hadis ialah;

(i)                 Wuduk.
(ii)               Tahmid.
(iii)             Tasbih.
(iv)             Solat.
(v)               Sedekah.
(vi)             Membaca al-Quran.

3.      Maksud potongan hadis  والقرأن حجة لك  ialah al-Quran akan menjadi pembela terhadap orang yang melakukan amalan yang sesuai dengan tuntutan al-Quran.
4.      Antara amalan yang mendapat pembelaan al-Quran ialah;

(i)                 Yakin bahawa al-Quran ialah pandua hidup.
(ii)               Membaca al-Quran dengan bertajwid dan beradab.
(iii)             Memuliakan al-Quran.
(iv)             Beramal dengan tuntutan yang terkandung dalam al-Quran.
(v)               Memahami maksud ayat yang dibaca.



5.      Maksud potongan hadis حجة عليك  ialah al-Quran akan mendakwa orang yang tidak melaksanaan tanggungjawab terhadap al-Quran pada hari akhirat.
6.      Antara amalan yang menyebabkan pendakwaan al-Quran ialah;

(i)                 Tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
(ii)               Tidak berusaha untuk menyakini al-Quran.
(iii)             Tidak mahu memahami maksud ayat-ayat al-Quran.
(iv)             Mengingkari hukum yang terdapat dalam al-Quran.
(v)               Menghina al-Quran.
7.      Akhlak mulia kepada Allah SWT:

(i)                 Melakukan ibadat fardu dan sunat.
(ii)               Rela berkorban harta, masa dan tenaga demi keredaan Allah SWT.
(iii)             Reda segala ketentuan Allah SWT.
(iv)             Malu melakukan larangan Allah SWT.

8.      Akhlak mulia kepada manusia;

(i)                 Melakukan kebaikan kepada semua manusia.
(ii)               Sentiasa memuliakan orang lain.
(iii)             Berkerjasama dan bertolak ansur melakukan kebaikan.
(iv)             Saling menghormati antara satu dengan yang lain.

Tajuk 7 –  Ihsan Terhadap Binatang

عن أبي يعلى شداد بن أوس رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ان الله كتب الاحسان على كل شيء فاذا قتلتم فأحسنو القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته (رواه مسلم)

Maksudnya: Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan.

  1. Ihsan terhadap binatang bermaksud membuat kebaikan seperti bertimbang rasa dan tidak menganiaya ketika menyembelih binatang.
  2. Antara kepentingan ihsan terhadap binatang;

(i)                 Mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah SWT.
(ii)               Melahirkan masyarakat yang penyayang.
(iii)             Memelihara habitat binatang daripada kemusnahan.

  1. Perlakuan ihsan ketika menyembelih dan membunuh;

(i)                 Menyembelih dengan menggunakan pisau yang tajam dan melakukan sembelihan dengan cepat.
(ii)               Tidak menyembelih binatang yang sedang bunting.
(iii)             Tidak membunuh dengan cara yang kejam seperti membakar.
(iv)             Tidak menyeksa sebelum membunuh.

  1. Antara bentuk penganiayaan terhadap binatang;

(i)                 Memelihara binatang dalam sangkar.
(ii)               Menyabung atau melaga binatang.
(iii)             Merendam dalam air sehingga lemas
(iv)             Memusnahkan habitat binatang.
(v)               Memukul atau menyeksa binatang.

  1. Binatang-binatang yang harus dibunuh;

(i)                 Binatang buas dan ganas.
(ii)               Binatang yang merbahaya dan beracun.
(iii)             Burung yang menyambar mangsa dengan kuku.
(iv)             Binatang perosak, kotor dan memudaratkan.

Beriman Kepada Rasul

Tajuk 8.1 –  Ketaatan Kepada Rasul

  1. Nabi ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya sendiri dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain.
  2. Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah SWT diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain.
  3. Nabi mempunyai bilangan yang ramai tetapi bilangan nabi dan rasul yang wajib diketahui seramai 25 orang.
  4. Tugas-tugas rasul;

(i)                 Menyampaikan wahyu Allah SWT kepada manusia.
(ii)               Mengajar manusia cara beribadat kepada Allah SWT.
(iii)             Membimbing manusia mengenal Allah SWT.
(iv)             Untuk menjadi teladan kepada umat manusia.

  1. Seorang rasul adalah merupakan pemimpin dalam sebuah negara, pemimpin keluarga dan masyarakat.
  2. Setiap orang Islam wajib mentaati perintah rasul kerana taat kepada rasul adalah merupakan ketaatan kepada Allah SWT.

Tajuk 8.2 –  Rasul-Rasul yang Wajib Diketahui

  1. Setiap orang Islam wajib beriman kepada 25 orang rasul. Tidak boleh beriman hanya sebahagiannya sahaja.
  2. Nama-nama rasul yang wajib diketahui ialah; Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakob, Yusuf, Ayub, Zulkifli, Syuib, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasak, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad SAW.
  3. Rasul Uluazmi bererti mereka yang cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar menempuh pelbagai rintangan dan cabaran dalam menyampaikan dakwah.
  4. Antara 25 orang rasul, hanya lima orang sahaja yang diberi gelaran Ululazmi iaitu;

(i)                 Nabi Ibrahim AS – Baginda diuji oleh Allah SWT dengan perintah menyembelih putera kesayangannya iaitu Nabi Ismail. Baginda juga menghadapi tentangan daripada kaumnya.
(ii)               Nabi Nuh AS – Berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun tetapi hanya beberapa orang sahaja yang beriman.
(iii)             Nabi Musa AS – Baginda hampir dibunuh oleh Firaun yang kejam serta pengikut-pengikutnya.
(iv)             Nabi Isa AS – Tabah mengahdapi tentangan dan ancaman bunuh daripada kaumnya.
(v)               Nabi Muhammad SAW – Baginda tabah menghadapi tentangan dan cabaran daripada kaumnya hingga tahap ingin membunuh baginda.

Tajuk 8.3 –  Sifat-Sifat Rasul

  1. Rasul-rasul mempunyai sifat yang terpuji untuk dicontoh dan diteladani oleh umat manusia.
  2. Sifat-sifat wajib bagi rasul adalah seperti berikut;

(i)                 Siddiq – benar.
(ii)               Amanah – jujur.
(iii)             Tabligh – menyampaikan.
(iv)             Fatonah – bijaksana.

  1. Kepentingan mencontoh sifat wajib bagi rasul ialah;

(i)                 Menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu tindakan.
(ii)               Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
(iii)             Maksiat dapat dicegah.
(iv)             Menjadi seorang yang rajin berusaha.

  1. Sifat mustahil bagi rasul ialah;

(i)                 Kizbun – dusta.
(ii)               Khianat – pecah amanah.
(iii)             Kitman – menyembunyikan.
(iv)             Baladah – bodoh.

  1. Sifat harus bagi rasul ialah sifat yang ada pada manusia biasa seperti makan, tidur, berkahwin dan sebagainya.

Tajuk 8.4 –  Kesan Beriman Kepada Rasul

  1. Kita hendaklah mencontohi para rasul sebagai bukti cinta kita kepada
            Allah SWT.
  1. Antara sebab kita perlu mencontohi para rasul;

(i)                 Para rasul menyampaikan perkara yang benar.
(ii)               Para rasul adalah manusia pilihan Allah SWT.
(iii)             Mereka menjadi contoh yang terbaik bagi manusia.
(iv)             Bukti keyakinan kita kepada Allah SWT.

  1. Kesan berima kepada rasul;

(i)                 Terhadap individu – mendapat hidayat daripada Allah SAW dan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii)               Terhadap keluarga – membina keluarga bahagia dan melahirkan ahli keluarga kuat beribadat.
(iii)             Terhadap masyarakat – patuh dan taat kepada Allah SWT, rasul dan pemimpin serta mengutamakan perpaduan dan persaudaraan Islam.
(iv)             Terhadap negara – menegakkan hukum dan perundangan Islam dan sistem ekonomi akan bebas daripada sumber-sumber haram.

  1. Menolak sunnah rasul adalah satu kesalahan besar dan neraka adalah balasannya.
  2. Antara akibat menolak sunnah rasul ialah;

(i)                 Hidup dalam kesesatan.
(ii)               Jauh daripada hidayah dan rahmat Allah SWT.
(iii)             Keluarga dan masyarakat porak peranda.
(iv)             Berlaku pepecahan dan pergaduhan dalam masyarakat.
(v)               Maksiat berleluasa dalam masyarakat.

Tajuk 8.5 –  Ismah Rasul

1.      Ismah rasul bermaksud para rasul terpelihara daripada melakukan maksiat, dosa dan perkara yang mencemarkan maruah sebagai seorang rasul.
2.      Hikmah rasul bersifat maksum;

(i)                 Menjadi contoh teladan kepada manusia.
(ii)               Memberi keyakinan kepada manusia tentang risalah yang dibawa.
(iii)             Menjamin kewibawaan nabi dan rasul.
(iv)             Menolak hujah orang yang ingkar ajaran rasul.

3.      Mukzijat ialah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah SWT kepada nabi dan rasul.
4.      Tujuan mukjizat dikurniakan kepada nabi dan rasul;

(i)                 Bukti kekuasaan Allah SWT.
(ii)               Bukti kebenaran risalah yang dibawa.
(iii)             Melemahkan musuh-musuh Allah SWT.
(iv)             Menjawab soalan dan menyahut cabaran.

  1. Jenis mukjizat;

(i)                 Mukjizat maknawi ialah mukjizat yang dapat diketahui dengan kekuatan akal fikiran seperti al-Quran.
(ii)               Mukjizat hissi ialah mukjizat yang dapat dilihat dan dirasa dengan pancaindera seperti mukjizat Nabi Muhammad SAW yang pernah membelah bulan, tongkat Nabi Musa menjadi ular dan sebagainya.

Beriman Pada Hari Akhirat

Tajuk 9.1 –  Kematian dan Alam Barzakh Satu Kepastian

1.      Mati ialah perpisahan roh daripada jasad.
2.      Barzakh dari segi bahasa bermaksud pemisah. Menurut istilah syarak barzakh bermaksud suatu kehidupan antara kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat.
3.      Keadaan di alam barzakh bergantung kepada amalan semasa di dunia.


4.      Amalan untuk menghadapi mati;

(i)                 Bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.
(ii)               Melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan Allah SWT.
(iii)             Sentiasa berbuat kebaikan dan kebajikan.
(iv)             Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

5.      Keadaan di alam barzakh;

(i)                 Mendapat nikmat dan ketenangan bagi orang mukmin.
(ii)               Mendapat azab dan sengsara bagi orang fasik dan kafir.

6.      Hikmat mengingati mati;

(i)                 Sentiasa istiqamah dalam beribadat.
(ii)               Mendorong diri melakukan kebaikan dan menjauhi maksiat.
(iii)             Mencegah kemungkaran dalam masyarakat.
(iv)             Bebas daripada penyalahgunaan kuasa.

Tajuk 9.2 –  Hari Kiamat Satu Kebenaran

1.      Setiap orang Islam wajib beriman dengan hari kiamat kerana ia adalah salah satu daripada rukun iman.
2.      Kiamat dari segi bahasa bermaksud kebangkitan, menurut istilah syarak, kiamat ialah hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan manusia dibangkitkan semula.
3.      Nama lain bagi kiamat ialah;

(i)                 Hari perhintungan.
(ii)               Hari pembalasan.
(iii)             Peristiwa yang pasti berlaku.
(iv)             Hari yang mengemparkan.

4.      Tanda-tanda kecil kiamat;

(i)                 Anak derhaka kepada ibu bapa.
(ii)               Banyak pergaduhan dan peperangan.
(iii)             Banyak berlaku gempa bumi dan bencana alam.
(iv)             Kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki.

5.      Tanda-tanda besar kiamat;

(i)                 Muncul Imam Mahdi menegakkan syariat Islam.
(ii)               Keluar Dajjal yang menyesatkaan manusia.
(iii)             Turun Nabi Isa AS.
(iv)             Keluar Yajuj dan Makjuj.
(v)               Keluar binatang bumi (Dabbatul Ard).
(vi)             Matahari terbit dari ufuk barat.

7.      Hikmat Allah SWT mengadakan hari kiamat;

(i)                 Memberi pengadilan terhadap perbuatan baik atau jahat.
(ii)               Kehidupan manusia mempunyai matlamat untuk kebahgiaan yang abadi.
(iii)             Segera bertaubat kepada Allah SWT.
(iv)             Beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.

Tajuk 9.3 –  Pahala Pendorong Amalan Kebaikan

1.      Pahala ialah ganjaran baik yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba Nya yang melakukan kebaikan.
2.      Hikmat ganjaran pahala;

(i)                 Pendorong kepada rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
(ii)               Sebagai dorongan untuk melakukan kebaikan.
(iii)             Melahirkan masyarakat yang bertakwa kepada Allah SWT.
(iv)             Melahirkan individu yang berakhlak mulia dalam kehidupan.

3.      Langkah-langkah meningkatkan pahala;

(i)                 Melakukan amalan dengan ikhlas kerana Allah SWT.
(ii)               Menghadiri majlis-majlis ilmu.
(iii)             Berdampingan dengan teman yang suka melakukan kebaikan.
(iv)             Beriltizam melakukan kebaikan dengan bersungguh-sungguh.

Tajuk 9.4 –  Dosa Jambatan Ke Neraka

  1. Dosa ialah balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba Nya yang melanggar perintah Nya.
  2. Pembahagian dosa;

(i)                 Dosa kecil – perbuatan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya di dunia.
(ii)               Dosa besar – perbuatan maksiat yang ditentukan hukumannya di dunia oleh al-Quran atau hadis dan diberi ancaman azab di akhirat.

  1. Cara-cara menghapuskan dosa besar;

(i)                 Bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha.
(ii)               Rela menjalani hukuman di dunia yang setimpal berdasarkan syariat Islam.
(iii)             Banyak beristighfar kepada Allah SWT.

  1. Cara-cara menghapuskan dosa kecil;

(i)                 Sentiasa melakukan kebajikan.
(ii)               Menunaikan ibadat fardu.
(iii)             Banyak melakukan amalan sunat.
(iv)             Banyak beristighfar kepada Allah SWT.

  1. Langkah-langkah menjauhi dosa;

(i)                 Memperbanyakkan amalan sunat kepada Allah SWT.
(ii)               Menjauhi tempat-tempat maksiat.
(iii)             Menghadiri majlis-majlis agama.
(iv)             Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.

  1. Hikmat pembalasan dosa;

(i)                 Sebagai balasan atas perbuatan maksiat yang dilakukan.
(ii)               Bukti keadilan Allah SWT kepada manusia.
(iii)             Supaya manusia takut melakukan kejahatan.
(iv)             Membersihkan diri daripada dosa, orang beriman sebelum dimasukkan ke dalam syurga.
(v)               Berwaspada sebelum melakukan sesuatu perkara.

Tajuk 9.5 –  Perhimpunan Di Mahsyar

1.      Masyar dari segi bahasa bermaksud tempat berhimpun.
2.      Menurut istilah syarak ialah tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah dibangkitkan daripada kubur.
3.      Hikmat Allah SWT mengadakan mahsyar;

            (i)         Yakin terhadap keadilan Allah SWT.
            (ii)        Sentiasa memuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan yang ada.
            (iii)       Yakin bahawa amalan soleh boleh menyelamatkan seseorang daripada                               kesengsaraan di Padang mahsyar.

4.      Syafaat ialah permohonan kepada Allah SWT oleh anbiak dan solehin untuk umat dan orang yang diizinkan mendapat syafaatnya.
5.      Jenis-jenis syafaat;

            (i)         Syafaat Uzma iaitu syafaat Nabi Muhammad SAW untuk                                                   mempercepatkan hisab amalan manusia.
            (ii)        Syafaat untuk memasukkan orang soleh ke dalam syurga tanpa hisab.
            (iii)       Syafaat untuk meningkatkan darjat seseorang dalam syurga.
            (iv)       Syafaat untuk membebaskan orang beriman daripada api neraka.
            (v)        Syafaat untuk mengeluarkan orang beriman yang ‘asi dari api neraka dan                           dimasukkan ke dalam syurga.

6.      Golongan yang layak mendapat syafaat;

(i)                 Orang yang melazimkan diri membaca al-Quran.
(ii)               Orang yang sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
(iii)             Orang yang berdampingan dengan ulama.
(iv)             Orang yang mati syahid.
(v)               Orang yang menziarahi baginda semasa hidup atau menziarahi makam baginda

       7.    Hikmat syafaat;

(i)                 Mendorong kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.
(ii)               Umat Islam akan memuliakan ulama dan orang soleh.
(iii)             Bukti kasih sayang nabi dan rahmat Allah SWT kepada manusia.
(iv)             Membuktikan bahawa manusia memerlukan pertolongan.

Tajuk 9.6 –  Al-Hisab Perhintungan Yang Adil

1.           Al-Hisab ialah perhintungan amalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat.
2.           Al-Hisab adalah sebagai bukti keadilan Allah SWT.
3.           Proses pelaksanaan al-Hisab;

(i)                    Allah SWT akan menghitung amalan manusia sama ada kecil atau besar.
(ii)                  Semua amalan manusia akan ditayangkan kecuali dosa yang telah diampunkan oleh Allah SWT.
(iii)                Semua manusia akan diberi buku catatan.
(iv)                Ada manusia yang dihisab dengan cara yang mudah dan ada yang dihisab dengan cara yang susah.

4.           Hikmat al-Hisab;

(i)                 Berwaspada melakukan sesuatu dalam kehidupan.
(ii)               Takut melakukan dosa kerana semua perbuatan akan dihisab.
(iii)             Bukti keagungan dan kekuasaan Allah SWT.
(iv)             Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.

5.           Kepentingan beriman dengan al-Hisab;

(i)                 Sebagai motivasi ke arah melakukan amalan soleh.
(ii)               Mendorong manusia menjauhi kezaliman.
(iii)             Melahirkan masyarakat yang sentiasa bersaing untuk melakukan kebaikan.

Tajuk 9.7 –  Al-Mizan Neraca Keadilan

1.           Al-Mizan bermaksud neraca atau pemimbang.
2.           Pelaksanaan al-Mizan adalah untui menentukan tempat seseorang sama ada di syurga atau di neraka.
3.           Kepentingan beriman dengan al-Mizan;

(i)                    Rajin dan istiqamah melakukan amalan soleh.
(ii)                  Memantapkan akidah seseorang Islam.
(iii)                Bukti keadilan Allah SWT.
(iv)                Berlaku adil dan tegas dalam tindakan.

4.           Hikmat beriman dengan al-Mizan;

(i)                    Membuktikan keadilan Allah SWT yang mutlak.
(ii)                  Mendorong manusia melakukan amalan soleh.
(iii)                Mencegah manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran.
(iv)                Melahirkan manusia bersifat adil dan tegas pendirian.
(v)                  Membentuk sifat takut pada balasan buruk di hari akhirat.

5.           Perbezaaan antara al-Mizan dengan pertimbangan di dunia.

(i)                    Al-Mizan; menyeluruh, adil dan telus. Tiada pengaruh emosi dan diskriminasi. Tetap dan tegas. Berdasarkan zahir dan batin.
(ii)                  Pertimbangan di dunia; terbatas dan tidak terjamin ketepatannya. Wujud pengaruhemosi dan diskriminasi. Boleh berubah-ubah. Berdasarkan zahir sahaja.

Tajuk 9.8–  Titian As-Sirat

1.           As-Sirat dari segi bahasa bererti jalan, menurut syarak as-Sirat ialah titian yang merentang di atas neraka menuju ke syurga.
2.           Orang yang beriman akan berjaya melalui titian as-Sirat.
3.           Kepentingan beriman kepada as-Sirat;

(i)                    Melengkapkan kepercayaan terhadap rukun iman.
(ii)                  Melahirkan individu muslim yang baik.
(iii)                Amalan yang dilakukan bertepatan dengan syariat Allah SWT.
(iv)                Memperbanyakkan amalan agar mudah melalui titian as-Sirat.

4.           Amalan-amalan memudahkan melintasi as-Sirat;

(i)                    Beristiqamah melakukan kebaikan.
(ii)                  Mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan oleh Allah SWT.
(iii)                Memelihara diri supaya tidak tergelincir dari landasan Islam.

5.           Hikmat beriman dengan as-Sirat;

(i)                    Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii)                  Bukti kekuasaan dan keadilan Allah SWT.
(iii)                Memberi keinsafan kepada manusia supaya menjauhi larangan Allah SWT.
(iv)                Supaya manusia sentiasa beramal soleh.

Tajuk 9.9 – Syurga Ganjaran Kebaikan

1.           Syurga ialah suatu tempat yang dipenuhi dengan nikmat yang disediakan oleh Allah SWT untuk hamba Nya yang beriman dan beramal soleh.
2.           Kepentingan beriman dengan syurga;

(i)                 Melengkapkan rukun iman dan kebenaran akidah.
(ii)               Menggalakkan manusia melakukan kebaikan.
(iii)             Menyakinkan bahawa kebaikan akan diberi ganjaran baik di akhirat.

3.           Nama-nama syurga;

(i)                 Jannatun Adn.
(ii)               Jannatun Makwa.
(iii)             Jannatun Firdaus.
(iv)             Darus Salam.
(v)               Darul Khulud.
(vi)             Maqam Amin.

4.           Bukti kewujudan syurga;

(i)                 Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi menerangkan tentang syurga.
(ii)               Rasulullah SAW telah melihat syurga ketika Israk dan Mikraj.
(iii)             Nabi Adam dan Hawa pernah tinggal di dalam syurga.

5.           Hikmat Allah SWT mengadakan syurga;

(i)                 Bukti kebesaran dan rahmat Allah SWT kepada hamba Nya.
(ii)               Memberi kesedaran kepada manusia bahawa nikmat dunia amat sedikit dibandingkan dengan nikmat syurga.
(iii)             Mengingatkan manusia bahawa setiap pengorbanan di dunia akan diberi ganjaran istimewa di akhirat.
(iv)             Menjadi motivasi kepada manusia untuk patuh pada perintah Allah SWT dan melakukan amal kebajikan.

Tajuk 9.10 – Neraka Balasan Kejahatan

1.           Neraka ialah tempat balasan seksa yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang kafir dan orang Islam yang melakukan dosa.
2.           Kepentingan beriman kepada neraka;

(i)                 Melengkapkan rukun iman dan memastikan kebenaran akidah.
(ii)               Menghalang manusia melakukan maksiat.
(iii)             Menambah keyakinan bahawa setiap kejahatan akan diberikan balasan.

3.           Nama-nama neraka;

(i)                 Saqar.
(ii)               Sair.
(iii)             Laza.
(iv)             Jahannam.
(v)               Hutamah.
(vi)             Hawiyah.
(vii)           Jahim

4.           Bukti kewujudan neraka;

(i)                 Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis menceritakan tentang neraka.
(ii)               Rasulullah SAW pernah melihat neraka semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
(iii)             Tentera bergajah telah dimusnahkan dengan batu sijjil dari neraka.

5.      Keperitan azab neraka;

(i)                 Api neraka tersangat panas dan kepanasannya akan bertambah setiap hari.
(ii)               Wajah penghuni neraka cacat dan hodoh dibakar api neraka.
(iii)             Makanannya daripada buah zaqum yang berduri dan minuman terdiri daripada air danur, kotoran darah dan nanah penghuni neraka.

6.           Kesan beriman kepada neraka;

(i)                 Menambah keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT.
(ii)               Menginsafkan orang yang berdosa agar segera bertaubat.
(iii)             Menimbulkan kesedaran untuk meninggalkan kemungkaran.

7.           Hikmat diadakan neraka;

(i)                 Balasan kepada orang yang mengingkari kewujudan Allah SWT.
(ii)               Janji Allah SWT kepada orang yang ingkar pada perintah Nya.
(iii)             Bukti-bukti keadilan Allah SWT.
(iv)             Menunjukkan Allah SWT berkuasa melakukan apa-apa yang dikehendaki Nya.

Tajuk 9.11 –  Persediaan Menghadapi Hari Akhirat

1.           Hari akhirat ialah alam yang kekal abadi sesudah hari kiamat.
2.           Kepentingan membuat persediaan menghadapi hari akhirat;

(i)                 Supaya manusia mencukupkan bekalan hari akhirat.
(ii)               Agar manusia mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT.
(iii)             Sebagai ingatan kepada manusia bahawa segala amalan di dunia mendapat pembalasan di akhirat.

3.           Faktor-faktor untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat;

(i)                 Di dunia
     
-               Istiqamah dalam setiap pekerjaan yang baik.
-               Rajin dan berakhlak mulia.
-               Berakhlak mulia.
-               Suka menolong orang.

(i)                 Di akhirat;

-               Berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
-               Menyempurnakan ibadat-ibadat wajib.
-               Memperbanyakkan amalan sunat.

4.           Perkara amar makruf yang boleh dilakukan di sekolah;

(i)                    Menjaga harta benda sekolah.
(ii)                  Mematuhi disiplin.
(iii)                Menjaga kebersihan.
(iv)                Membantu guru.



5.           Contoh nahi mungkar yang boleh dilaksanakan di sekolah;

(i)                 Menasihat rakan yang ponteng sekolah.
(ii)               Mencegah perbuatan meniru dalam peperiksaan.
(iii)             Menghindarkan diri daripada merosakkan harta sekolah.

Tajuk 9.12 –  Kesan Beriman Pada Hari Akhirat

1.           Beriman pada hari akhirat merupakan keimanan pada perkara ghaib atau sam’iyyat.
2.           Kesan beriman pada hari akhirat;

(i)                 Terhadap individu:

-               Menunaikan ibadat dengan khusyuk.
-               Bercakap dengan percakapan yang baik.
-               Bersikap adil.

(ii)               Terhadap keluarga:

-               Berkasih sayang antara sesama keluarga.
-               Mewujudkan suasana ibadat dalam rumah.
-               Membentuk institusi keluarga yang menjadi contoh dalam masyarakat.

(iii)             Terhadap masyarakat:

-               Masyarakat hidup aman dan tenteram.
-               Bersikap mengutamakan orang lain.
-               Berkerjasama meningkatkan kualiti hidup.

3.           Ciri-ciri orang yang beriman pada hari akhirat;

(i)                 Melakukan perkara yang bermanfaat dan sentiasa menambah amal ibadat dan kebajikan.
(ii)               Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
(iii)             Berakhlak mulia.
(iv)             Menambahkan ilmu pengetahuan.

4.           Langkah meningkatkan iman pada hari akhirat;

(i)                 Rajin menuntut ilmu.
(ii)               Berzikir dan bertahlil.
(iii)             Mengambil iktibar daripada bencana alam yang berlaku.
(iv)             Menyelidik dan mengkaji al-Quran.
(v)               Mengadakan program yang berunsurkan dakwah.

Tajuk 10 –  Beriman Pada Qadak dan Qadar

1.           Qadak ialah ketentuan Allah SWT sejak azali terhadap makhluk.
2.           Qadar ialah pelaksanaan sesuatu ketentuan Allah SWT terhadap makhluk Nya.
3.           Jenis-jenis qadak;

(i)                 Qadak mubram iaitu sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan tidak berubah seperti maut dan kelahiran.
(ii)               Qadak muallaq iaitu ketentuan Allah SWT terhadap sesuatu yang sesuai dengan usaha dan ikhtiar manusia.

4.           Ikhtiar ialah usaha manusia untuk melakukan sesuatu mengikut kehendaknya bagi mencapai matlamat.
5.           Tawakal ialah berserah kepada Allah SWT setelah berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.
6.           Hikmat beriman pada qadak dan qadar;

(i)                 Memantapkan akidah seseorang.
(ii)               Melahirkan sifat berani dan tetap pendirian.
(iii)             Sabar dan reda dengan takdir Allah SWT.
(iv)             Berusaha melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
(v)               Berdoa kepada Allah SWT.


Tajuk 11 –  Solat Ketika Sakit

  1. Solat ketika sakit bermaksud menunaikan solat mengikut keupayaan kerana sakit yang menghalang daripada menunaikan solat secara biasa.
  2. Kaifiat solat ketika sakit;

(i)                 Solat secara duduk:

-          Duduk seperti duduk iftirasy.
-          Rukuk dengan menundukkan sedikit kepala bertentangan dengan tepat sujud.
-          Sujud seperti biasa.

(ii)               Solat secara baring mengiring:

-          Baring mengiring atas rusuk kanan.
-          Muka dan dada menghadap kiblat.
-          Rukuk dan sujud guna isyarat kepala.

(iii)             Solat secara baring menelentang:

-          Baring menelentang kaki menghala ke kiblat.
-          Kepala ditinggikan sedikit agar muka menghadap kiblat.
-          Rukuk dan sujud menggunakan isyarat kepala.

  1. Jika tidak mampu menggunakan cara solat tersebut, solat boleh dilakukan dengan menggunakan isyarat kelopak mata ataupun jika tidak mampu hendaklah diingat segala pergerakan solat dalam hati.
  2. Hikmat rukhsah solat ketika sakit;

(i)                 Membuktikan bahawa Islam agama yang mudah.
(ii)               Umat Islam boleh menunaikan solat walau dalam apa keadaan sekalipun.
(iii)             Membuktikan bahawa Allah SWT sayangkan hamba Nya.


Tajuk 12 –  Solat Aidilfitri dan Aidiladha

1.                  Solat Aidilfitri ialah solat sunat yang dilakukan sempena menyambut hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.
2.                  Solat Aidiladha ialah solat sunat yang dilakukan sempena menyambut hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah.
3.                  Hari Raya Aidilfitri juga dikenali juga hari Raya Puasa manakala hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai hari Raya Haji atau hari Raya Korban.
4.                  Hukum mengerjakan kedua-dua solat ini ialah sunat muakkad.
5.                  Cara menunaikan solat sunat Hari Raya;

(i)                 Takbiratulihram beserta niat.
(ii)               Pada rakaat pertama;

-          Membaca niat.
-          Membaca doa iftitah.
-          Takbir sebanyak 7 kali dan membaca tasbih.
-          Membaca surah al-Fatihah.
-          Rukuk dan sujud seperti solat biasa.

(iii)             Pada rakaat kedua;

-          Takbir lima kali dan membaca tasbih.
-          Membaca surah al-Fatihah.
-          Rukuk dan sujud seperti solat biasa.
-          Membaca tahiyat akhir dan memberi salam.
-          Selepas memberi salam, imam akan membaca khutbah.

6.                  Hikmat solat Hari Raya;

(i)                 Tanda kesyukuran atas nikmat yang diberi.
(ii)               Dapat memuji kebesaran Allah SWT.
(iii)             Perhimpunan yang besar bagi seluruh umat Islam.
(iv)             Sebagai lambang perpaduan umat Islam.

7.                  Kepentingan takbir hari raya;

(i)                 Melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.
(ii)               Meningkatkan syiar Islam.
(iii)             Mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT.
(iv)             Memantapkan semangat perjuangan Islam.

Tajuk 13 –  Solat Sunat Hajat

  1. Solat sunat Hajat ialah solat yang ditunaikan untuk memohon sesuatu hajat kepada Allah SWT sama ada untuk mendapat sesuatu kebaikan atau menolak sesuatu keburukan.
  2. Solat Hajat dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali waktu yang dilarang.
  3. Solat Hajat lebih afdal dilakukan pada waktu satu pertiga malam.
  4. Cara menunaikan solat Hajat;

(i)                 Pada rakaat pertama:

-          Takbiratulihram beserta niat.
-          Membaca doa iftitah.
-          Membaca surah al-Fatihah.
-          Membaca surah al-Kafirun sama ada sekali, tiga kali, lima kali atau tujuh kali.
-          Rukuk iktidal dan sujud seperti biasa.

(ii)               Pada rakaat kedua:

-          Membaca al-Fatihah.
-          Membaca surah al-Ikhlas sama ada sekali, tiga kali, lima kali atau tujuh kali.
-          Rukuk, iktidal dan sujud seperti solat biasa.
-          Membaca tahiyat akhir dan salam.

(iv)             Selepas memberi salam:

-          Membaca puji-pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi.
-          Berdoa apa yang dihajatkan.
-          Akhiri doa dengan berselawat ke atas Nabi SAW.

  1. Hikmat solat Hajat;

(i)                 Memberi ketenangan jiwa.
(ii)               Setiap permohonan akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
(iii)             Ikhlas menerima sesuatu daripada Allah SWT.
(iv)             Mengelakkan seseorang daripada berputus asa.

  1. Tindakan selepas hajat dimakbulkan;

(i)                 Bersyukur dengan memuji Allah SWT.
(ii)               Menggunakan anugerah Allah SWT ke arah kebaikan.
(iii)             Bersikap merendah diri.
(iv)             Istiqamah melakukan solat Hajat.

Tajuk 14 –  Solat Sunat Tahajud

  1. Solat Tahajud ialah solat sunat yang dilakukan setelah terjaga daripada tidur pada waktu malam walaupun tidur hanya sekejap.
  2. Waktu solat Tahajud ialah antara waktu Isyak hingga Subuh. Lebih afdal ialah satu jam sebelum Subuh.
  3. Bilangan rakaat tidak ditentukan tetapi paling kurang ialah dua rakaat satu salam.
  4. Cara menunaikan solat Tahajud;

(i)                 Takbiratulihram beserta niat.
(ii)               Pada rakaat pertama:

-          Membaca surah al-Fatihah.
-          Membaca surah al-Kafirun.
-          Rukuk, iktidal dan sujud seperti solat biasa.

(iii)             Pada rakaat kedua:

-          Membaca surah al-Fatihah.
-          Membaca surah al-Ikhlas.
-          Rukuk, iktidal dan sujud seperti solat biasa.
-          Membaca tahiyat akhir dan memberi salam.
-          Berdoa kepada Allah SWT.


  1. Hikmah solat sunat Tahajud;

(i)                 Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
(ii)               Memberikan ketenangan jiwa.
(iii)             Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
(iv)             Mendisiplinkan diri seseorang.

Tajuk 15 –  Pengurusan Jenazah Satu Kefarduan

  1. Perkara yang wajib disempurnakan oleh orang hidup terhadap jenazah;

(i)                 Memandikan.
(ii)               Mengapankan.
(iii)             Menyembahyangkan.
(iv)             Mengebumikan.

  1. Hukum menguruskan jenazah adalah fardu kifayah.
  2. Memandikan jenazah ialah meratakan air ke seluruh badan jenazah untuk menghilangkan najis dan mengangkat hadas.
  3. Tujuan memandikan jenazah ialah membersihkan najis, kotoran dan hadas.
  4. Cara memandikan jenazah;

(i)                 Bersihkan najis pada badan.
(ii)               Ratakan air ke seluruh badan hingga bersih.
(iii)             Mewudukkan jenazah seperti wuduk solat.

  1. Air untuk memandikan jenazah hendaklah dicampur dengan daun bidara dan kapur barus supaya berbau harum dan sebagai bahan pengawet untuk mengeraskan tubuh jenazah dan supaya tidak cepat busuk.
  2. Mengapankan jenazah ialah menutup seluruh tubuh jenazah sebagai menjaga maruah dan kehormatan.
  3. Cara mengapankan jenazah;

(i)                 Jenazah lelaki dikapankan dengan tiga lapis kain putih dan jenazah perempuan dikapankan lima lapis kain putih yang ditaburkan haruman.
(ii)               Merenjiskan sedikit bau-bauan atau wangian pada kain kapan.
(iii)             Jenazah lelaki harus dipakaikan baju dan serban manakala jenazah perempuan harus dipakaikan telekung.

  1. Seseorang yang meninggal dunia semasa ihram hendaklah dikapankan dengan pakaian ihram. Kepalanya tidak ditutup dan tidak boleh ditaburkan dengan haruman.
  2. Hikmat mengapankan jenazah;

(i)                 Memelihara kemuliaan jenazah.
(ii)               Memberi keinsafan bahawa manusia adalah sama di sisi Allah SWT kecuali orang yang bertakwa.

  1. Tujuan solat Jenazah ialah untuk memohon keampuan dan keredaan serta rahmat Allah SWT untuk jenazah.

  1. Syarat-syarat sah solat Jenazah;

(i)                 Jenazah telah dimandikan dan suci daripada hadas.
(ii)               Jenazah telah dikapankan.
(iii)             Mengadap kiblat.
(iv)             Jenazah berada di hadapan orang yang solat kecuali solat Ghaib.

  1. Rukun solat Jenazah;

(i)                 Niat.
(ii)               Berdiri bagi yang berkuasa.
(iii)             Empat kali takbir termasuk takbiratul ihram.
(iv)             Membaca surah al-Fatihah.
(v)               Berselawat ke atas Nabi.
(vi)             Mendoakan si mati.
(vii)           Memberi salam.

  1. Cara mengebumikan jenazah;

(i)                 Kubur digali dengan kedalaman yang sesuai agar tidak berbau dan tidak boleh dikorek oleh binatang buas.
(ii)               Jenazah dimasukan ke dalam liang lahad dengan baik dan berhati-hati.
(iii)             Kedudukan jenazah hendaklah secara mengiring di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat.
(iv)             Tanah kubur ditinggikan sejengkal.

  1. Tujuan mengebumikan jenazah ialah;

(i)                 Supaya bau mayat tidak menganggu ketenteraman orang ramai.
(ii)               Supaya mayat tidak dimakan oleh binatang buas.

  1. Hikmat mengebumikan jenazah;

(i)                 Agar tidak dimakan oleh binatang buas.
(ii)               Memuliakan jenazah orang Islam.

Tajuk 16 –  Zakat Harta

  1. Zakat dari segi bahasa bererti suci, bersih, subur dan berkat.
  2. Zakat menurut istilah syarak ialah mengeluarkan harta yang tertentu, dengan kadar tertentu, diberikan kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
  3. Syarat wajib zakat harta;

(i)                 Islam.
(ii)               Merdeka.
(iii)             Sempurna milik.
(iv)             Cukup haul.
(v)               Cukup nisab.



  1. Harta-harta yang diwajibkan zakat;

(i)                 Binatang ternakan seperti lembu, kambing, kerbau, biri-biri dan unta.
(ii)               Biji-bijian dan buah-buahan seperti tamar, padi, gandum dan lain-lain.
(iii)             Emas dan perak.
(iv)             Wang ringgit.
(v)               Harta perniagaan.
(vi)             Harta rikaz dan bahan galian.

  1. Hikmat mengeluarkan zakat harta;

(i)                 Mendidik manusia berakhlak mulia.
(ii)               Membersihkan dan menyuburkan harta.
(iii)             Memupuk perasaan kasih sayang antara orang miskin dengan orang kaya.

  1. Kepentingan zakat kepada umat Islam;

(i)                 Memajukan umat Islam dalam pelbagai bidang.
(ii)               Membantu umat Islam yang ditimpa bencana.
(iii)             Membangunkan projek ekonomi untuk umat Islam.

  1. Jadual berikut menunjukkan perbezaan antara zakat, sedekah dan cukai pendapatan:

Perkara
Zakat
Sedekah
Cukai
Hukum
Wajib
Sunat
Harus
Kadar
Ditetapkan oleh syarak
Mengikut kemampuan
Ditetapkan oleh kerajaan
Jenis harta
Ditentukan oleh syarak
Sebarang harta yang halal
Harta atau pendapatan
Masa
Sekali dalam setahun
Bila-bila masa
Sekali dalam tahun Masihi
Penggunaan
Asnaf yang lapan
Terbuka
Semua rakyat

  1. Baitulmal ialah sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab terhadap harta benda orang Islam.
  2. Tujuan penubuhan Baitulmal;

(i)                 Melaksanakan urusan kewangan umat Islam.
(ii)               Mengatasi masalah kemiskinan di kalangan orang Islam.
(iii)             Supaya harta orang Islam bertambah dan ekonomi umat Islam berkembang.

  1. Peranan Baitumal;

(i)                 Memungut zakat fitrah dan zakat harta.
(ii)               Menguruskan harta benda orang Islam seperti wasiat, wakaf dan lain-lain.
(iii)             Membelanjakan harta zakat untuk meningkatkan ekonomi umat Islam.
(iv)             Menggunakan harta zakat untuk memajukan masyarakat Islam.

(v)               Mengagihkan harta zakat kepada golongan yang layak.



20 –  Adab Dalam Hubungan Sosial

Tajuk: 20.1: Adab Menerima dan Melayan Tetamu

  1. Tetamu ialah sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke rumah kita sama ada dijemput atau tidak dijemput.
  2. Tujuan melayan tetamu dengan baik ialah;

(i)                 Mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam.
(ii)               Merapatkan hubungan kekeluargaan.
(iii)             Mewujudkan suasana yang harmoni.
(iv)             Mengelakkan pergaduhan dan persengketaan.

  1. Cara beradab terhadap tetamu;

(i)                 Melayan tetamu dengan baik dan mesra.
(ii)               Menerima kedatangan tetamu dengan ikhlas.
(iii)             Menyediakan makanan dan minuman sekadar perlu.
(iv)             Menunjukkan muka yang manis.

  1. Kelebihan melayan tetamu;

(i)                 Mendapat pahala dan ganjaran baik pada hari akhirat.
(ii)               Disayangi Allah SWT dan orang lain.
(iii)             Dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.
(iv)             Diberkati dan diredai oleh Allah SWT.


  1. Akibat tidak beradab terhadap tetamu;

(i)                 Tidak akan dihormati dan dipandang mulia oleh orang ramai.
(ii)               Sukar mendapat kawan.
(iii)             Hubungan silatulrahim akan terputus.
(iv)             Dipulau dan disisih oleh masyarakat.

  1. Adab sebagai tetamu;

(i)                 Berkunjung mengikut masa yang sesuai.
(ii)               Memberi salam sebelum masuk ke rumah.
(iii)             Makan makanan yang disediakan apabila dijemput.
(iv)             Tidak memandang liar pada peralatan dalam rumah.

Tajuk: 20.2: Adab Menjalankan Tugas

  1. Bekerja adalah tuntutan dan tanggungjawab manusia di muka bumi.
  2. Adab ketika menjalankan tugas;

(i)                 Memulakan setiap pekerjaan dengan Bismillahirrahmanirrahim.
(ii)               Menyelesaikan tugas pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
(iii)             Berpakaian menutup aurat dan sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan.
(iv)             Saling bekerjasama antara pekerja.
(v)               Sentiasa mematuhi arahan ketua.

  1. Sikap yang tidak baik semasa bertugas;

(i)                 Tidak menyiapkan tugas mengikut masa yang telah ditetapkan.
(ii)               Mementingkan diri sendiri.
(iii)             Tiada kerjasama dengan rakan setugas.
(iv)             Malas berusaha.

  1. Ciri-ciri pekerja yang baik;

(i)                 Menganggap pekerjaan sebagai satu ibadat.
(ii)               Bersungguh-sungguh dan tekun dalam menjalankan tugas.
(iii)             Amanah, jujur dan bertanggungjawab.
(iv)             Tidak meninggalkan ibadat wajib.

  1. Kelebihan beradab semasa bertugas;

(i)                 Kerja yang dilakukan mendapat berkat daripada Allah SWT.
(ii)               Rezeki yang diperolehi adalah halal dan berkat.
(iii)             Hasil kerja mendapat faedah yang berpanjangan.
(iv)             Mengeratkan hubungan silatulrahim sesama pekerja.

  1. Akibat tidak bertanggungjawab semasa bertugas;

(i)                 Kerja yang diamanahkan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
(ii)               Tidak dapat mencapai matlamat sesuatu program.
(iii)             Hilang kepercayaan orang lain terhadap organisasi.
(iv)             Menimbulkan pergaduhan dan perselisihan faham.
(v)               Negara akan mundur.

Tajuk: 20.3: Adab Bercakap Dalam Majlis

  1. Majlis adalah perkataan Arab yang bermaksud tempat duduk atau tempat berhimpun.
  2. Majlis terbahagi kepada dua iaitu majlis yang baik seperti majlis ilmu, majlis zikir dan sebagainya.
  3. Majlis kedua ialah majlis yang buruk seperti konsert, muzik rock, pesta liar dan yang seumpama dengannya.
  4. Adab dalam majlis;

(i)                 Bercakap dengan suara yang lemah lembut.
(ii)               Bercakap hanya perkara yang berfaedah dan bermanfaat.
(iii)             Menghormati orang lain.
(iv)             Tidak menyinggung perasaan orang lain.
(v)               Memandang muka orang yang mendengar ketika bercakap.


  1. Kelebihan beradab dalam majlis;

(i)                 Matlamat yang dikehendaki akan tercapai.
(ii)               Dihormati dan dipandang mulia orang lain.
(iii)             Mendapat keredaan Allah SWT.
(iv)             Maklumat yang disampaikan jelas dan berkesan.

  1. Kesan tidak beradab dalam majlis;

(i)                 Matlamat tidak akan tercapai.
(ii)               Suasana yang tegang akan timbul dalam majlis.
(iii)             Dibenci dan dihina oleh orang lain.
(iv)             Mudah menimbulkan fitnah dan prangsangka buruk.

  1. Kelebihan bercakap benar;

(i)                 Mendapat kepercayaan masyarakat.
(ii)               Kehidupan tenang dan tenteram.
(iii)             Terhindar daripada dosa.
(iv)             Mendapat keampuan dan keredaan Allah SWT.

Tajuk: 21: Adab Terhadap Ibu Bapa

  1. Ibu bapa ialah insan yang melahirkan, membesarkan, mendidik, menyediakan segala keperluan dan menyayangi kita kecil hingga dewasa.
  2. Cara beradab kepada ibu bapa;

(i)                 Semasa mereka masih hidup:

-          Memberi layanan yang baik kepada mereka.
-          Merawat mereka ketika sakit.
-          Memberi bantuan kewangan yang mencukupi kepada mereka.
-          Menziarahi mereka sekiranya mereka tinggal di tempat yang berasingan.

(ii)               Setelah mereka meninggal dunia:

-          Memohon keampunan kepada mereka.
-          Menghormati sahabat-sahabat mereka.
-          Menyempurnakan janji mereka.
-          Menyelesaikan hutang mereka sekiranya mereka berhutang.

  1. Akibat tidak beradab kepada ibu bapa;

(i)                 Mendapat azab neraka.
(ii)               Segala amal ibadat dan kebajikan menjadi sia-sia.
(iii)             Tidak diberkati oleh Allah SWT.
(iv)             Sering mengalami kesusahan dalam hidup.
(v)               Allah SWT akan menyegerakan balasan di dunia di samping balasan azab di akhirat.

  1. Kelebihan berbakti kepada dua ibu bapa;

(i)                 Allah SWT akan mempermudahkan urusan hidup.
(ii)               Hidup diberkati oleh Allah SWT.
(iii)             Dipandang mulia dan dihormati orang ramai.
(iv)             Akan mendapat kebahgiaan di dunia dan di akhirat.

Tajuk: 22: Adab Berpidato

  1. Pidato ialah ucapan yang disampaikan oleh seseorang di khalayak ramai.
  2. Format pidato ialah;

(i)                 Mukadimah iaitu pembukaan kepada pidato.
(ii)               Isi iaitu bahagian yang sangat penting kepada sesebuah pidato.
(iii)             Penutup iaitu kesimpulan bagi setiap isi.

  1. Tujuan pidato;

(i)                 Supaya orang Islam menjadi berani.
(ii)               Melahirkan umat Islam yang berdaya maju.
(iii)             Supaya digeruni oleh umat yang lain.

  1. Adab berpidato;

(i)                 Dimulai dan diakhiri dengan ucapan salam.
(ii)               Bahasa yang digunakan sesuai.
(iii)             Tidak menyentuh peribadi seseorang.
(iv)             Gaya yang ditunjukkan tidak keterlaluan.
(v)               Pakaian yang dipakai adalah sesuai dengan majlis.

  1. Kesan yang timbul jika tidak beradab ketika berpidato;

(i)                 Menimbulkan suasana yang hingar-bingar.
(ii)               Dibenci oleh pendengar.
(iii)             Para hadirin tidak akan memahami apa yang disampaikan.
(iv)             Boleh mencemarkan maruah diri sendiri dan orang lain.

  1. Ciri-ciri pemidato yang baik;

(i)                 Mengetahui dan memahami tajuk yang hendak disampaikan.
(ii)               Mempunyai suara yang baik dan jelas.
(iii)             Tidak menyentuh perasaan orang lain.
(iv)             Tidak memandang rendah kepada orang lain.

  1. Perkara yang perlu dielakkan semasa berpidato;

(i)                 Menghina peribadi seseorang.
(ii)               Memandang rendah terhadap orang lain.
(iii)             Bersikap sombong dan memuji diri sendiri.


Keunggulan Perjuangan Tokoh-Tokoh

Tajuk 17.1 –  Saidatina Fatimah az-Zahra’ Puteri Rasulullah SAW

  1. Biodata;

            (i)         Nama                           : Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW.
            (ii)        Keturunan                   : Quraisy.
            (iii)       Tarikh Lahir                : 20 Jamadilakhir/605 Masihi.
            (iv)       Tempat Lahir               : Mekah.
            (v)        Gelaran                        : az-Zahra’
            (vi)       Nama Suami                : Ali bin Abi Talib.
            (vii)      Nama Anak                 : Hasan, Husin dan Zainab.
            (viii)     Tarikh Wafat               : 4 Jamadilawal tahun 11 Hijrah.
            (ix)       Umur Wafat                : 28 tahun.
            (x)        Tempat dimaqamkan   : al-Baqi’, Madinah.

  1. Sifat peribadi;

(i)                 Mempunyai budi pekerti mulia kerana sejak kecil diasuh dengan akhlak mulia oleh Rasulullah SAW.
(ii)               Seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup.
(iii)             Seorang yang taat kepada agama dan suami.
(iv)             Seorang yang pemurah dan bertanggungjawab.
(v)               Mempunyai semangat jihad yang tinggi.

  1. Sumbangan Saidatina Fatimah;

(i)                 Saidatina Fatimah RA membantu Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam.
(ii)               Beliau merawat luka dan menteteramkan perasaan bapanya yang dihina oleh orang kafir.
(iii)             Beliau merupakan pendorong kepada perjuangan suami dan bapanya.

  1. Contoh teladan peribadi Saidatina Fatimah;

(i)                 Puteri Rasulullah SAW yang sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam.
(ii)               Memiliki akhlak mulia yang harus diteladani oleh kaum Muslimat.
(iii)             Beliau lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri.
(iv)             Pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar.




Tajuk 17.2 –  Saidatina Aisyah Ilmuan Wanita Terunggul

  1. Biodata;

            (i)         Nama                           : Aisyah binti Abu Bakar.
            (ii)        Nama Bapa                 : Abu Bakar bin Abu Quhafah.
            (iii)       Tarikh Lahir                : Lapan tahun sebelum Hijrah/614 Masihi.
            (iv)       Tempat Lahir               : Mekah.
            (v)        Gelaran                        : Humaira’.
            (vi)       Nama Suami                : Muhammad bin Abdullah Rasulullah).
            (vii)      Tarikh Kahwin            : Bulan Syawal tahun ke 10 kenabian.
            (viii)     Tarikh Wafat               : 17 Ramadan tahun 58 Hijrah.
            (ix)       Umur Wafat                : 67 tahun.
            (x)        Tempat Wafat             : Madinah.
            (xi)       Tempat dimaqamkan   : al-Baqi’, Madinah.

  1. Sifat peribadi;

(i)                 Beliau mempunyai budi pekerti yang mulia.
(ii)               Seseorang yang bijak dan pintar serta memiliki ingatan yang kuat.
(iii)             Menguasai berbagai-bagai bidang ilmu.
(iv)             Isteri yang setia dan bertanggungjawab terhadap rumah tangga, suami dan masyarakat.
(v)               Mempunyai keimanan yang teguh.
(vi)             Beliau seorang yang berani dan gigih dalam perjuangan.

  1. Sumbangan;

(i)                 Menjadi tempat rujukan dan guru bagi seluruh umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW.
(ii)               Menjadikan rumahnya sebagai pusat untuk menyebarkan agama Islam.
(iii)             Menghafaz dan meriwayatkan hadis sebanyak 2210 dalam pelbagai bidang.

  1. Faktor keunggulan jati diri Saidatina Aisyah;

(i)                 Keimanan dan akidah yang kukuh.
(ii)               Mendampingi Rasulullah SAW setelah menjadi isteri baginda.
(iii)             Ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam.
(iv)             Memelihara maruah diri.

Tajuk 17.3 –  Saidina Khalid bin Al-Walid Perwira Perkasa

  1. Biodata;

            (i)         Nama                           : Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah.
            (ii)        Keturunan                   : Bani Makhzum.
            (iii)       Tarikh Lahir                : 592 Masihi.
            (iv)       Tempat Lahir               : Mekah.
            (v)        Gelaran                        : Saifullah (Pedang Allah)
            (vi)       Tarikh Keislaman        : Bulan Safar tahun ke 8 Hijrah.
            (vii)      Kerjaya                        : Panglima Tentera.
            (viii)     Tarikh Wafat               : Tahun ke 21 Hijrah.
            (ix)       Umur Wafat                : 60 tahun.
            (x)        Tempat dimaqamkan   : Hims, Syria.

  1. Sifat peribadi;

(i)                 Seorang panglima yang gagah, berani, tangkas bermain senjata dan handal dalam peperangan.
(ii)               Tegas pendirian dan bijak menyusun strategi.
(iii)             Memiliki semangat juang yang tinggi.
(iv)             Ikhlas berjuang dan bercita-cita untuk mati syahid pada jalan Allah SWT.
(v)               Seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka.

  1. Sumbangan;

(i)                 Seorang panglima yang banyak berjasa dalam perjuangan menentang musuh Islam.
(ii)               Ketua pasukan bersenjata dalam peristiwa pembebasan Mekah.
(iii)             Menghapuskan golongan murtad semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar.
(iv)             Ditugaskan untuk menghapuskan nabi palsu yang diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab.
(v)               Menyertai Perang Hunain, Perang Taif, Perang Yarmuk dan lain-lain.

Kepimpinan Rasulullah Di Madinah

Tajuk 18.1 –  Piagam Madinah

1.                  Piagam Madinah ialah suatu perlembagaan Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan.
2.                  Isi kandungan Piagam Madinah;

(i)                 Semua penduduk Madinah mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara.
(ii)               Mengakui kewujudan Muhajirin dan Ansar sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap Allah SWT, rasul dan umat Islam.
(iii)             Mengakui kewujudan Yahudi dan musyrikin di Madinah.
(iv)             Setiap kaum bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.
(v)               Semua kaum mesti memelihara keselamatan Madinah.
(vi)             Setiap kaum dilarang menzalimi kaum yang lain.
(vii)           Segala masalah yang berlaku hendaklah dirujuk kepada Rasulullah SAW.
(viii)         Mana-mana pihak di Madinah tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan pihak luar terutama musyrikin Mekah.


3.                  Kesan Piagam Madinah;

(i)                 Terbentuknya sebuah negara Islam yang pertama.
(ii)               Rasulullah SAW diiktiraf sebagai ketua negara.
(iii)             Hak kebebasan beragama, keselamatan dan kehormatan individu terjamin.
(iv)             Perpaduan kaum dapat diwujudkan.
(v)               Dakwah Islam dapat berkembang dengan baik.
(vi)             Negara Madinah menjadi semakin maju, kuat dan teguh.

4.                  Hikmat pembentukan Piagam Madinah;

(i)                 Wujudnya sebuah institusi keadilan untuk masyarakat mendapatkan hak masing-masing.
(ii)               Sebagai satu landasan pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di kalangan masyarakat majmuk.
(iii)             Menjadi bukti bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap, bukan ibadat semata-mata.
(iv)             Dakwah Islam dapat dijalankan dengan baik dan terancang.
(v)               Madinah menjadi sebuah negara yang aman dan tenteram di bawah pimpinan Rasulullah SAW.

Tajuk 18.2 –  Perjanjian Hudaibiah

1.                  Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian damai yang membawa kepada gencatan
            senjata antara Rasulullah SAW dengan musyrikin Quraisy.
2.                  Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah di suatu tempat yang bernama Hudaibiah.
3.                  Persiapan Rasulullah SAW mengerjakan umrah;

(i)                 Memakai pakaian ihram di Zul Hulaifah.
(ii)               Membawa binatang ternakan.
(iii)             Melantik pengawal keselamatan.
(iv)             Bertalbiah sepanjang jalan.
(v)               Melalui jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai.

4.                  Sebab berlaku perjanjian Hudaibiah;

(i)                 Hasrat Rasulullah SAW untuk mengerjakan umrah dihalang.
(ii)               Ketaatan dan kepatuhan sahabat pada kepimpinan Rasulullah SAW.
(iii)             Kebijaksanaan Rasulullah SAW mengatur strategi.

5.                  Isi Perjanjian Hudaibiah;

(i)                 Gencatan senjata selama 10 tahun.
(ii)               Umat Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut tapi     
             boleh mengerjakannya pada tahun berikutnya.
(iii)             Kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana pihak yang     
                              berperang.
(iv)             Kedua-dua pihak bebas membuat perjanjian dengan mana-mana pihak.
(v)               Orang Quraisy yang datang ke Madinah tanpa izin walinya hendaklah  
            dihantar pulang tapi orang Islam yang masuk ke Mekah tidak perlu     
            dihantar pulang.

6.                  Hikmat Perjanjian Hudaibiah;

(i)                 Terhindar daripada berlaku pertumpahan darah.
(ii)               Faktor kepada pembukaan Mekah.
(iii)             Orang Islam dan Quraisy bebas berinteraksi antara satu dengan yang lain.
(iv)             Orang Islam bebas menyebarkan dakwah.
(v)               Ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Tajuk 19 –  Pembukaan Kota Mekah

1.                  Pembukaan Mekah berlaku pada 10 Ramadan tahun ke 8 Hijrah.
2.                  Faktor pembukaan Mekah;

(i)                 Kafir Quraisy Mekah melanggar Perjanjiah Hudaibiah.
(ii)               Kaum Quraisy memberi pertolongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
(iii)             Bani Khuza’ah meminta bantuan dan pertolongan daripada Rasulullah SAW.

3.                  Rasulullah SAW menyediakan 10 000 tentera Islam menuju ke Mekah dengan alat kelengkapan perang.
4.                  Antara strategi yang digunakan oleh Rasulullah SAW;

(i)                 Rasulullah SAW menyediakan 10 000 tentera.
(ii)               Baginda berjalan menuju ke Mekah dan berhenti di Marru Zahran.
(iii)             Pada waktu malam, Rasulullah SAW memerintahkan tentera memasang obor di khemah masing-masing.
(iv)             Tentera Muslimin memasuki kota Mekah dari semua arah.


.                  Faktor-faktor yang membantu kejayaan pembukaan Mekah;

(i)                 Strategi Rasulullah SAW yang berkesan.
(ii)               Semangat jihad yang tinggi di kalangan umat Islam.
(iii)             Ramai pembesar Quraisy telah memeluk Islam.
(iv)             Sikap penduduk Mekah yang mula berminat dengan Islam.

6.                  Kesan pembukaan Mekah;

(i)                 Dakwah dapat dijalankan secara terang-terangan.
(ii)               Tanah Haram Mekah menjadi kawasan larangan orang bukan Islam.
(iii)             Umat Islam dapat menunaikan ibadat tanpa gangguan orang kafir.
(iv)             Ramai orang kafir memeluk Islam.
(v)               Masyarakat Mekah saling berkerjasama dan hidup aman damai.
(vi)             Agama Islam berkembang dengan pesat.



7.                  Tindakan Rasulullah SAW selepas pembukaan Mekah;

(i)                 Memusnahkan dan meruntuhkan berhala di sekeliling Kaabah.
(ii)               Rasulullah SAW dan orang Islam melakukan solat sunat di maqam Nabi Ibrahim AS.
(iii)             Mengarahkan Bilal melaungkan azan.
(iv)             Mengampunkan mereka yang pernah memusuhi Islam.

Comments

  1. Baik la blog..memudahkan saya buat kerja rumah kalau tertinggal buku rujukan kat sekolah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays