Sains Bab 9-Tingkatan 2













Titik keseimbangan (point of equilibrium) sesuatu objek adalah titik di mana keseluruhan berat objek bertindak untuk mengimbangi kedudukan objek tersebut.

Pusat graviti (centre of gravity) objek adalah titik keseimbangan sesuatu objek. Ini adalah kerana pada titik ini;
  • Objek akan disokong dalam keadaan keseimbangan.
  • Berat keseluruhan objek seolah-olah untuk bertumpu di titik ini.

Kedudukan pusat graviti bergantung kepada bentuk sesuatu objek (shape of the object).

Pusat graviti objek bagi berbentuk sekata atau simetri (symmetrical):
  • Terletak di tengah-tengah atau di titik simetri objek tersebut.
  • Boleh ditentukan dengan melukis garis pepenjuru atau garisan simetri.
  • Titik persilangan pepenjuru ialah pusat graviti objek tersebut.



Pusat graviti bagi objek yang berbentuk tidak sekata (irregular-shaped):
  • Boleh ditentukan dengan menggunakan bandul.
  • Pusat graviti bagi objek tidak sekata adalah pada titik persilangan, titik pergantungan objek tersebut (titik persilangan beberapa garisan menegak yang terbentuk apabila tali pemberat/ladung bandul digantung bebas).


Pusat graviti bagi objek sekata juga boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah yang sama seperti yang digunakan pada objek yang tidak sekata.

Pusat graviti bagi objek tidak sekata mungkin terletak di dalam atau di luar objek tersebut. Sebagai contoh, objek yang berbentuk L.

Sesuatu objek yang stabil harus mempunyai pusat gravity yang rendah(low centre of gravity) dan tapak yang luas (large base area).

Kedudukan pusat graviti sesuatu objek boleh direndahkan dengan:
  1. Merendahkan objek tersebut.
  2. Menjadikan objek tersebut berat dibahagian bawahnya.

Contoh aplikasi kestabilan (application of stability) dalam kehidupan harian adalah:

  • Kereta lumba adalah berat, mempunyai pusat graviti yangrendah, dan tapak yang sangat luas.
  • Ahli sukan angkat berat mengangkangkan kakinya untuk meluaskan keluasan tapaknya (wide base).
  • Kerusi, meja, katil, almari ialah alat-alat yang mempunyai pusat graviti yang rendah dan tapak yang luas.
  • Penumpang dalam perahu tidak digalakkan/dibenarkan berdiri supaya pusat graviti dapat direndahkan.
  • Kapal atau perahu kosong sengaja dipenuhi dengan benda-benda yang berat sebelum belayar.
  • Penumpang dalam bas dua tingkat dinasihatkan supaya memenuhi ruang di tingkat bawah bas terlebih dahulu dan dilarang berdiri di tingkat atas bas.
  • Kenderaan berat dibina daripada bahan-bahan yang berat. Pusat graviti dapat direndahkan dengan memasang enjin yang berat di bahagian bawah kenderaan.
  • Haiwan yang berbadan besar seperti badak sumbu dan gajah mempunyai kaki yang besar dan pendek untuk merendahkanpusat graviti.
  • Haiwan yang merangkak mempunyai pusat graviti yang rendahdan tapak yang luas.
  • Orang tua menggunakan tongkat untuk menambah keluasan tapak.
  • Pendaki membongkokkan badan semasa mendaki bukit untukmerendahkan pusat graviti.
  • Basikal atau motorsikal dengan roda tambahan adalah lebih stabil kerana mempunyai keluasan tapak yang lebih besar.






    Comments

    Popular posts from this blog

    Sains Bab 4-Tingkatan 3

    Simple Essays

    Gaya Bahasa