Sajak Akhir Persekolahan-Tingakatan 1


SAJAK
MAKSUD

Ada suara hati
yang tersisip
di celah buku-buku
ada mata batin
yang mengintip
pesan para guru
ada air jernih
yang tumpah
dalam dakapan perpisahan
ada tangan nakal
yang mengukir;
merdeka, kita ke takah dewasa!


Pada hari akhir persekolahan, dapat dilihat segelintir murid yang masih membaca buku kerana mereka mementingkan ilmu. Ada juga segelintir murid yang teringat akan pesanan guru manakala segelintir murid lagi berasa sedih kerana mereka akan berpisah dengan rakan-rakan serta guru-guru tidak lama lagi. Selain itu, ada juga muris yang berasa gembira akan peralihan zaman yang bakal dilalui oleh mereka, iaitu kebebasan, di samping mereka akan menempuh alam dewasa.


Tema
Situasi pada hari terakhir persekolahan yang menggambarkan pelbagai ragam murid yang dapat dilihat semasa murid-murid berada di sekolah.

Persoalan

1.
2.
3.
4.


Kepentingan ilmu
Pesanan guru
Kesedihan akibat perpisahan
Alam kedewasaan



Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh

1.    Pengulangan


·         Pengulangan perkataan ada pada baris 1, 4, 7 dan 10.
·         Pengulangan perkataan yang pada baris 2, 5, 8 dan 11.

2.    Metafora


·         ada mata batin
·         merdeka, kita ke takah dewasa!


3.    Personifikasi


ada mata batin
yang mengintip



Unsur Bunyi

1.    Asonansi ( pengulangan huruf vokal)

Ada suara hati
Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 5 kali


2.    Aliterasi

merdeka, kita ke takah dewasa!
Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “k” diulang sebanyak 4 kali



Dalam kehidupan ini,
Yang terindah,
Melalui zaman persekolahan.

Nilai Murni

Keperihatinan
Bukti: pesanan guru

Kerajinan dan mencintai ilmu
Bukti: ada suara hati yang tersisip di celah buku-buku

Pengajaran

1.    Kita hendaklah menghargai setiap nasihat dan pesanan yang diberikan oleh para guru sebelum meninggalkan alam persekolahan demi masa depan yang cemerlang.
2.    Setiap murid sekolah perlu rajin membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
3.    Kita perlu gigih dalam menimba ilmu demi mencapai kejayaan dalam kehidupan.
4.    Setiap pengalaman dan kenangan manis sepanjang alam persekolahan perlu dijadikan panduan untuk meniti kehidupan yang lebih mencabar pada masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays