Sajak Rumput-Tingkatan 3


Sajak 
Maksud
Baru saja hendak mendongak
aku sudah dipijak
baru saja hendak berbedak
diserbu debu menutup muka
cuaca panas angin kering
ditambah lagi bau busuk asap lori
sesak nafas bagai menunggu mati
mujur embun pagi membersih diri.



Rumput tidak sempat tegak lurus kerana selalu dipijak oleh orang atau kenderaan yang lalu-lalang. Rumput juga tidak sempat menjadi cantik dipandang (bersih) kerana sering diliputi debu di tepi jalan. Keadaan cuaca yang panas serta angin kering, serta bau busuk yang dilepaskan oleh asap lori memburukkan keadaan. Rumput seakan terkulai layu tidak bermaya. Rumput hanya berharap akan belas ihsan embun pagi yang menanggalkan segala kotoran yang melekat padanya.
Baru saja tangan hendak menari
datang pemotong rumput
lalu dipotongnya jari doa
si pemotong rumput
cepat panjang
cepat dapat wang!

Apabila rumput panjang sedikit lalu melintuk liuk dipuput bayu (ke kiri ke kanan ditiup angin), maka pemotong rumput (pekerja kontrak pihak berkuasa tempatan atau persendirian) datang memotong rumput yang baru hendak kelihatan panjang. Bagi si pemotong rumput, jika rumput cepat panjang bererti dia akan cepat mendapat wang upah memotong rumput.
Nasib rumput di tepi jalan
tak sehijau rumput di padang.


Keadaan rumput di tepi jalan berbeza dengan rumput di kawasan padang yang menghijau. Rumput di tepi jalan tidak sempat tumbuh panjang menghijau  kerana aktiviti manusia yang lalu-lalang dan pengaruh persekitaran.

Tema
Rintihan nasib seorang yang hina dan dipandang rendah.
Golongan miskin selalunya dipandang rendah oleh orang lain.

Persoalan
1)   Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadap golongan yang kurang berkemampuan. 
     Golongan yang berkedudukan tinggi sering tidak menghormati golongan miskin.
2)   Penghargaan kepada orang lain. 
     Menghargai bakat seseorang itu walaupun miskin.
3)   Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. 
     Golongan bertaraf rendah selalu menjadi alat untuk kepentingan golongan atasan.
4)   Cabaran dalam kehidupan. 
     Walaupun berada dalam kesusahan dan keperitan, kelangsungan hidup perlu diteruskan.

Bentuk
1.    Sajak ini berbentuk bebas.
2.    Mengandungi tiga rangkap.
3.    Baris-baris ayat dan rima akhir
·         Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.
·         Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.
·         Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh
1)   Sinkope.
tak.
2)   Personifikasi.
tangan hendak menari
3)   Repitisi
Baru saja.
4)   Anafora
cepat.
5)   Asonansi – pengulangan vokal ‘u’
diserbu debu menutup muka.
6)   Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’
ditambah lagi bau busuk asap lori.
7)   Simile
bagai menunggu mati.

Nilai Murni
Nilai murni
Contoh
1)   Ketabahan
Tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.
2)   Kegigihan
Tidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana.

Pengajaran
1)   Kita janganlah menghina orang susah atau miskin.
Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak sepatutnya menghina orang susah.
2)   Kita perlulah mempunyai sifat hormat-menghormati terutamanya kepada golongan miskin.
3)   Kita janganlah memandang rendah akan bakat seseorang.

4)   Kita janganlah menutup peluang orang lain terutamanya peluang golongan susah atau miskin.

Comments

Popular posts from this blog

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Simple Essays