Hikayat Patani-Tingkatan 3

Hikayat Patani 



Prosa tradisional ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Maligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana. Baginda mempunyai seorang putera bernama Phaya Tu Antara. Phaya Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan gelaran Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam perburuan, anjing itu menyalak dengan kuat dan mengejar seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut dapat menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan mereka rakyat Kota Maligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang.

Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada sesiapapun yang dapat mengubati baginda, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji. Selepas dua tahun baginda mendapat sakit kembali dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikut-pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.
Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan sebuah peluru besar oleh nakhoda kapal dari negara China sedangkan negeri baginda tidak mempunyai meriam. Hal ini telah mengaibkan baginda, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak seorang pedagang Patani menyuruh anak muridnya, Abdul Mukmin menjual tembaga yang mereka kumpul kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa membawa tembaga. Hal ini dikhabarkan kepada baginda sultan. Baginda murka lalu mengarahkan Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan ke sungai. Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa upacara pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.



Tema prosa tradisional ini ialah peristiwa pembukaan Negeri Patani.
Phaya Tu Naqpa berasa kagum akan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi pelanduk tersebut berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, baginda berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Setelah itu raja juga bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.










i. Kerjasama dalam membina sebuah kerajaan.
Contoh: Semua pengikut Phaya Tu Naqpa bekerjasamana dalam usaha membina sebuah kerajaan baru bernama Patani Dar al-Salam.

ii. Keberanian dalam menegakkan kebenaran.
Contoh: Syeikh Said berani menuntut janjinya dengan Phaya Tu Naqpa agar memeluk Islam kerana dia berjaya mengubati penyakit raja. Sekiranya baginda masih mungkir janji dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

iii. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.
Contoh: Syeikh Said mampu mengubati penyakit dengan kelebihan yang ada pada dirinya.

iv. Menunaikan janji yang telah dibuat.
Contoh: Phaya Tu Naqpa menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam setelah sembuh daripada penyakitnya sebanyak tiga kali.

v. Peristiwa pengislaman seorang pemerintah.
Contoh: Phaya Tu Naqpa telah memeluk agama Islam dengan bimbingan Syeikh Said.


Watak Utama
Phaya Tu Naqpa
i. Nama asalnya Phaya Tu Antara.

ii. Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa.

iii. Nama Islamnya ialah Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.


iv. Seorang raja yang tidak berpegang pada janji.
Contoh: Phaya Tu Antara tidak memegang janjinya untuk memeluk agama Islam setelah diubati oleh Syeikh Said pada kali pertama.

v. Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.
Contoh: Phaya Tu Naqpa memeluk agama Islam setelah diserang penyakit buat kali ketiga.

vi. Mempunyai tiga cahaya mata.
Contoh: Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

Watak Sampingan
Syeikh Said
i. Berkebolehan mengubati penyakit.
Contoh: Syeikh Said berkebolehan mengubati penyakit raja hingga sembuh.

ii. Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.
Contoh: Syeikh Said bertegas tidak mahu mengubati raja sekiranya baginda tetap tidak mahu memeluk agama Islam setelah diubati kali ketiga.

iii. Berani kerana benar.
Contoh: Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

iv. Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.
Contoh: Syeikh Said mengajarkan Phaya Tu Naqpa mengucap dua kalimah syahadah.




Kerub Picai Paina
i. Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )
ii. Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuanku Mahacai
i. Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa
ii. Anak kedua daripada tiga adik beradik
iii. Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

Mahacai Pailang
i. Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa
ii. Menggunakan gelaran Sultan Manzur Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuk Besar
i. Seorang yang bertanggungjawab.
Contoh:Tuk Besar bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.

Latar Tempat
i. Jambatan Kedi
Contoh: tempat Encik Tani turun ke laut

ii. Pintu Gajah
Contoh: Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh.

iii. Kampung orang Pasai
Contoh: tempat tinggal Syeikh Said.


iv. Balairung istana
Contoh: Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat menjalankan proses pengislaman.

v. Sungai
Contoh: Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.

Latar Masa
i. Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa
Contoh: Phaya Tu Naqpa menjadi raja di negeri Patani Dar al-Salam.

ii. Malam
Contoh: Abdul Mukmin menghantar tembaga ke kapal pedagang Melaka pada waktu malam untuk mengelakkan kegiatannya dikesan oleh pemerintah.

iii. Bulan Ramadan.
Contoh: Abdul Samad membuat tiga pucuk meriam.

Latar Masyarakat
i. Masyarakat feudal.
Contoh: Negeri yang diketuai oleh raja iaitu Raja Phaya Tu Naqpa.

ii. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.
Contoh: Rakyat memeluk agama Islam setelah pemerintah memeluk agama Islam kerana mereka taat pada pemerintah.

iii. Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.
Contoh: Phaya Tu Naqpa, dan rakyatnya memeluk agama Islam setelah baginda sembuh daripada penyakit buat kali ketiga.



iv. Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.
Contoh: Phaya Tu Naqpa tidak menunaikan janji untuk memeluk Islam setelah dua kali penyakitnya disembuhkan oleh Syeikh Said.


i. Bahasa istana
Contoh: sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.

ii. Bahasa Arab
Conto : karar

iii. Kata ganda
Conto : gilang-gemilang, bersungguh-sungguh, dan siapa-siapa.

iv. Simile
Contoh: besarnya seperti kambing

v. Hiperbola
Contoh: Warna tubuhnya gilang-gemilang


i. Nilai bekerjasama.
Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu.

ii. Nilai keberanian.
Contoh: Syeikh Said sangat berani menuntut raja menunaikan janjinya.

iii. Nilai berpendirian tegas.
Contoh: Syeikh Said sangat tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

iv. Nilai menepati janji.
Contoh: Phaya Tu Naqpa akhirnya menepati janji setelah tiga kali ditimpa
musibah.
v. Nilai keinsafan.
Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf akan kesilapan dirinya tidak menepati janji. Akhirnya baginda insaf dan bersedia untuk memeluk agama Islam.



i. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.
Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu.

ii. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.
Contoh: Syeikh Said sangat berani kerana menuntut raja menunaikan janji yang telah dibuat.

iii. Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
Contoh: Syeikh Said sangat tegas dengan keputusannya.

iv. Kita hendaklah menepati janji.
Contoh: Phaya Tu Naqpa telah menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam .

v. Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.
Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf setelah dua kali memungkiri janji dan akhirnya baginda insaf dan memeluk Islam.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays