Sejarah Bab7,8,9,-Tingkatan 1











Bab 7 : Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
(1)          Usaha-usaha menegakkan semula Melaka

1.            Melaka dikuasai oleh Portugis  — Sultan Mahmud Shah, pembesar serta pengikutnya termasuk Orang Laut ke Pagoh.
2.            Bina kubu pertahanan di Bentayan, Muar.3.            Baginda bersemayam sementara di Pahang.
4.            Baginda ke Pulau Bentan.
5.            Di Bentan – kumpul tentera dengan bantuan penduduk jajahan takluk.
6.            Maharaja Lingga, raja Inderagiri, raja Siak dan Sultan Aru (Deli)  menghadap Sultan Mahmud Shah di Bentan.
7.            Wakil kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah Kampar, Klang, Rembau dan Sg Ujong menyatakan taat setia kpd baginda.
8.            Tahun 1521, Portugis menyerang Bentan.
9.            Serang-menyerang  Melaka dan Bentan.
10.          Sultan Mahmud Shah berundur di Kampar (jajahan takluk Melaka)
11.          Mangkat di Kampar

(2)          Pengasasan kerajaan Johor
a)            Penerusan warisan Melaka
1.            Putera Sultan Mahmud Shah (Raja Ali)  jadi sultan gelaran Sul Alauddin Riayat Shah II.
2.            Dikenali Raja Ujong Tanah & Bentan,
3.            Ujong Tanah dikenali sebagai Johor
4.            Sultan Alauddin Riayat Shah II asaskan kerajaan di Tanah Besar Johor
5.            Bendahara dan Seri Nara Diraja ditugaskan bangunkan pentadbiran kerajaan Johor di Pekan Tua.
6.            Kota pertahanan dikenali Kota Kara dibina bagi menjaga keselamatan ibu negeri Johor
7.            Jajahan takluk Melaka dijadikan jajahan takluk Johor untuk memperkukuhkan lagi kuasa baginda sultan.
8.            Sultan Johor  mengawal hal ehwal Pahang.
9.            Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan oleh sultan Johor.
10.          Johor  menguasai Aru.

11.          Laksamana Tun Abdul Jamil perkukuhkan kuasa Johor ke atas jajahan takluknya.
12.          Beliau menempatkan wakilnya di :
i.              Bengkalis
ii.             Kampar
iii.            Jambi
iv.           Siak
v.            Rokan.
13.          Jajahan takluk Johor hantar askar menyertai angkatan tentera Johor apabila diperlukan.
14.          Negeri yang dikawal oleh Johor  membekalkan barangan eksport ke Johor .
15.          Klang bekalkan bijih timah, kayu gaharu dan gading gajah.
16.          Kerajaan Johor sering diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh dan Jambi.
17.          Sebagai langkah mempertahankan diri, Johor sentiasa ubah pusat pentadbirannya.

(b)  Usaha Johor menguasai Melaka
1.            Pemerintah Johor, pembesar dan rakyat tidak berputus asa menawan semula Melaka.
2.            Usaha terbesar dijalankan pada tahun 1551.
3.            Angkatan perang Johor bergabung dengan angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa) untuk menyerang Melaka.
4.            Serangan gagal sebab :
i.  kekebalan kota Melaka
ii. persenjataan Portugis yang lebih baik
5.            Serangan angkatan Johor berterusan
6.            Pembesar Johor yang usaha menawan semula Melaka :
i. Tun Sri Lanang
ii. Laksamana Tun Abdul Jamil
7.            Gabungan Johor dengan Belanda berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641.
8.            Laksamana Tun Abdul Jamil mengepung Melaka dari darat.
9.            Belanda menyerang Melaka dari Laut.
10.          Setelah Portugis dikalahkan, Belanda menduduki Melaka.

c)            Kebangkitan Acheh
1.            Selepas Melaka dijajah Portugis, pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki  beralih ke Acheh.
2.            kerana dasar perdagangan Portugis yang ingin menghapuskan monopoli perdagangan di kalangan pedagang asing.
3.            Portugis kenakan peraturan dan sekatan perdagangan yang ketat.
4.            Kenakan cukai yang tinggi ke atas pedagang asing.
5.            Ketika Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh jadi kuasa  kuat kerana  menguasai perdagangan Selat Melaka.
6.            Beliau berazam kuasai  Tanah Melayu.
7.            Acheh serang Perak, Pahang dan Kedah.
8.            Setelah menawan Pahang, Acheh  berperanan menentukan bakal sultan Johor.
9.            Acheh menawan Pedir dan Pasai.
10.          Penaklukan tersebut  membolehkan Acheh  menguasai perdagangan lada hitam yang  diperlukan oleh pedagang asing.

d)    Persaingan antara Johor dengan Acheh dan Portugis

1.            Johor, Acheh, Portugis bersaing  menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka.
2.            Perang selama 100 tahun – dikenali sebagai Perang Tiga Segi.
3.            Johor & Acheh – usir Portugis dari Melaka.
4.            Johor menyerang Melaka – ingin merampas semula Melaka daripada Portugis.
5.            Acheh menyerang Melaka kerana Portugis menghalang perdagangan Acheh.
6.            Acheh menyerang Johor kerana Johor mengancam perdagangan Acheh
7.            Portugis menyerang Johor kerana menganggap Johor berpakat dengan Acheh untuk menyerang Melaka.

(3)          Faktor kegemilangan kerajaan Johor
a)            Jajahan takluk Johor dan kecekapan pentadbiran
1.            Jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang hingga Singapura.
2.            Johor  menguasai :
i.              Klang
ii.             Batu Pahat
iii.            Muar
iv.           Pahang
v.            Bentan
vi.           Lingga
vii.          Bangkalis
viii.         Kampar
ix.           Siak
3.            Faktor kegemilangan Johor :
i.              Kecekapan sultan
ii.             Kecekapan pembesar
iii.            Kemajuan dalam kegiatan perdagangan
iv.           Perkembangan bidang persuratan

b)            Johor sebagai Pusat Perdagangan
1.            Johor dapat kumpulkan hasil dagangan kerana mempunyai jajahan takluk yang luas.
2.            Johor – pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu.
3.            Kapal dagang Johor  berdagang hingga ke Maluku dan Makasar.
4.            Ramai pedagang asing datang ke Johor spt pedagang China dari Canton dan Amoy.
5.            Kapal dagang barat turut ke pelabuhan Johor seperti kapal dagang Belanda dan Inggeris.
6.            Ketika Sultan Mahmud Shah II pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau.
7.            Barangan tempatan yang diperdagangkan termasuklah damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu gahuru dan beras
8.            Johor sebagai pembekal kain corak baru
9.            Barangan luar negeri yang didagangkan seperti benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China.
10.          Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.
11.          Perdagangan dijalankan melalui :
i.              cara tukar barang
ii.             mata wang.
12.          Mata wang emas dikenali sebagai mas
13.          Mata wang perak dikenali sebagai kupang
14.          Mata wang timah dikenali sebagai katun.
15.          Mata wang diperkenalkan ketika Sultan Alauddin Riayat Shah II.
16.          Mata wang asing digunakan di pelabuhan Johor seperti :
i.              Dolar Sepanyol
ii.             Dolar Mexico
iii.            duit Belanda.
17.          Johor cekap mentadbir pelabuhannya dan mengamalkan cukai yang berpatutan.
18.          Setiap bahara lada hitam – dikenakan cukai sebanyak enam keping emas.
19.          Setiap bahara timah – cukainya sepuluh keping emas.
20.          Keselamatan pedagang asing, sistem naungan  diamalkan.
21.          Setiap pedagang asing akan dilindungi oleh :
i.              Bendahara
ii.             Raja Indera Bongsu
iii.            Temenggung
iv.           Laksamana.
22.          Keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh Orang Laut.
23.          Orang Laut menjadi :
i.              pengawal pelabuhan
ii.             pengawas perairan Johor
iii.            Penunda
iv.           penunjuk arah kepada pedagang.
24.          Keistimewaan pelabuhan Johor
i.              terlindung daripada tiupan angin monsun.
ii.             jadi pintu masuk di  selatan Selat Melaka
iii.            kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.
iv.           menjadi pusat membina kapal persisiran pantai seperti banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap.

c)            Perkembangan persuratan Melayu.
1.            Johor dikenali pusat persuratan Melayu
2.            Tun Sri Lanang susun buku sejarah Melayu
3.            Hikayat Hang Tuah mengisahkan kepahlawanan orang Melayu melalui watak Hang Tuah dan empat orang rakannya.
4.            Hikayat Hang Tuah mengisahkan tentang keagungan Kesultanan Melayu Melaka
5.            Riau menghasilkan banyak karya sejarah, bahasa dan buku agama Islam.
6.            Pengarang terkenal :
i.              Raja Haji Ahmad
ii.             Raja Ali Haji.
7.            Naskah asal yang dihasilkan oleh penulis adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan.
8.            Kemudian dicetak -guna kaedah cap batu.
9.            Johor terkenal pusat pengajian ilmu agama Islam ketika Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor.
10.          Tradisi ini diteruskan hingga ke Riau.
11.          Di antara karya yang dihasilkan :
i.              Tuhfat al Nafis
ii.             Salsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Raja-rajanya,
iii.            Hikayat Johor serta Pahang,
iv.           Peringatan Sejarah Negeri Johor,
v.            Aturan Setia Bugis dan Melayu,
vi.           Syair Sultan Mahmud Lingga,
vii.          Kitab Pengetahuan Bahasa
viii.         Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi.

(4)          Kemerosotan kerajaan Johor

a)            Perang Johor-Jambi
1.            Jambi di pantai timur Sumatera adalah jajahan Johor.
2.            Abad 17, Jambi muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.
3.            Jambi menyaingi Johor dalam perdagangan.
4.            Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.
5.            Jambi meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor.
6.            Jambi menyerang Johor lama dan Batu Sawar.
7.            Perang  menjejaskan perdagangan Johor.
8.            Sultan Alauddin Riayat Shah III  berundur dan bersemayam di Pahang.
9.            Keadaan Johor yang tidak selamat  menyebabkan jajahan takluk Johor membebaskan diri daripada pengaruh Johor.
10.          Laksamana Tun Abdul Jamil  mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis.
11.          Kejayaan menyebabkan beliau dianugerahi gelaran Paduka Raja.
12.          Beliau sangat berkuasa sehingga melantik anak-anaknya untuk memegang jawatan kanan dalam kerajaan seperti Temenggung, Sri Bija Diraja dan Sri Amar Diraja.

b)            Perebutan kuasa.
1.            Laksamana Tun Abdul Jamil – pembesar berpengaruh di Johor.
2.            Laksamana Tun Abdul Jamil ambil alih tugas Bendahara sebagai  pelantik dan pemangku raja.
3.            Laksamana Tun Abdul Jamil lantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.
4.            Beliau tidak disenangi oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid (pembesar Johor paling kanan).
5.            Laksamana Tun Abdul Jamil melantik cucunya Sultan Mahmud Shah II yang berusia 10 tahun menjadi sultan Johor.
6.            Anak beliau iaitu bekas permaisuri Sultan Ibrahim dilantik menjadi pemangku raja
7.            Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak puas hati.
8.            Persengketaan antara kedua-dua pembesar  menjejaskan kestabilan politik Johor.
9.            Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia, Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapatkan semula kuasanya
10.          Selepas Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil menggantikan tempatnya sebagai bendahara

c)            Perebutan takhta
1.            Sultan Mahmud Shah II  sultan yang zalim
2.            Baginda dibunuh oleh pembesarnya.
3.            Peristiwa pembunuhan dikenali ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.
4.            Baginda tidak meninggalkan zuriat,
5.            Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.
6.            Perlantikan memulakan kesultanan Johor keturunan bendahara.
7.            Raja Kechil dari Siak tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud Shah II.
8.            Raja Kechil menyerang Johor dengan bantuan tentera Minangkabau.
9.            Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan menyokongnya sebagai bukti taat setia kepada kesultanan Johor keturunan sultan Melaka.
10.          Raja Kechil mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

d)            Penglibatan Bugis di Johor
1.            Apabila Makasar dikuasai Belanda, ramai orang Bugis diusir
2.            lima orang anak raja Bugis bersaudara
i.  Daeng Perani,
ii. Daeng Menambun
iii Daeng Merewah,
iv. Daeng Chelak
v.  Daeng Kemasi
3.            Mereka menjadi tentera upahan yang berani.
4.            Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) berpakat dgn anak raja Bugis bersaudara utk mengusir Raja Kechil.
5.            Raja Kechil berjaya dikalahkan
6.            Raja Sulaiman jadi sultan Johor yang baru.
7.            Daeng Merewah bergelar Kelana Jaya Putera dilantik jadi Yamtuan Muda Riau.
8.            Daeng Menampok  dikurniakan gelaran Raja Tua.
9              Pakatan Melayu Johor dan Bugis tidak bertahan lama kerana Bugis terus inginkan hak melantik sultan Johor mengikut pilihan mereka.
10.          Orang Melayu merasakan kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin lemah.
11           Bugis kukuhkan kuasanya dgn menggalakkan perkahwinan antara anak Bugis dengan anak raja dan anak pembesar Melayu.
12           Anak-anak mereka guna gelaran raja seperti Raja Haji, Raja Ali dan Raja Jaafar.
13.          Pembesar Melayu bertindak meminta bantuan Belanda untuk mengusir Bugis daripada Riau pada tahun 1784
14.          Memberi peluang kepada pembesar Melayu utnuk kembali menguasai pemerintahan.
15.          Tahun 1802, persaingan Melayu dan Bugis berlaku kembali apabila orang Bugis kembali ke Riau.
16.          Riau  dikuasai oleh Bugis.
17.          Temenggung Johor bertapak di Pulau Bulang dan menguasai Singapura dan Tanah Besar Johor.
18.          Bendahara Johor bertapak di Pahang.
19.          Sultan Johor  bersemayam di Lingga.
20.          Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar Melayu.
21.          Orang Laut yang taat kepada kesultanan Melayu menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.
22.          Membawa kepada perpecahan dalam kerajaan Johor.

e)            Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)
1.            Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)  bertapak di Betawi, Jawa.
2.            VOC memulakan hubungan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar
3.            VOC bimbang dengan penguasaan  Bugis di Johor mengancam kedudukannya di Melaka.
4.            Belanda dan Bugis berperang beberapa kali di Teluk Ketapang dan Riau.
5.            Belanda mengalahkan Bugis
6.            Belanda melantik David Ruhde menjadi gabenor Belanda di Riau.
7.            VOC bertindak  mengusir orang Bugis.
8.            Persengketaan  Belanda dan Bugis  memberi kesan buruk kepada kerajaan Johor.
9.            Belanda yang berada di Betawi dan Melaka mencari peluang menguasai Johor.
10.          Apabila Belanda berjaya menguasai Riau, Belanda menghapuskan jawatan sultan dan Yamtuan Muda.

(5)          Rumusan
1.            Johor menjadi lemah dan berpecah
2.            Perebutan kuasa antara pembesar menimbulkan kacau-bilau
3.            Campurtangan kuasa luar dalam pemerintahan Johor menimbulkan pelbagai masalah sehingga kejatuhan kerajaan Johor.

Bab 8 : Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
(1)          Kerajaan Melayu yang tua
- kerajaan yang wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Kedah, Pahang  dan Perak
a)            Kedah
1.            Asal usul nama Kedah :
i.              Orang Cina panggil Kedah – Cheh-Cha.
ii.             Pedagang India – Kedah sebagai Kataha, Kalagam atau Kadaram
iii.            Pedagang Arab – Kedah sebagai Kalah atau Kalah Bar.
iv.           Orang Siam – daratan Kedah sebagai Sai.
2.            Menurut Hikayat Merong Mahawangsa,
i.              Kedah wujud pada abad ke-7.
ii.             Raja Kedah pertama – Merong Mahawangsa memeluk Islam
iii.            guna nama Sultan Muzaffar Shah.
3.            Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
i.              Maharaja Derba Raja memeluk Islam
ii.             Guna nama Sultan Muzaffar Shah.
4.            Sultan Muzaffar Shah bahagi Kedah kepada tiga pusat pentadbiran :
i.  Kota Palas
ii. Langkawi
iii. Kota Ulu.
5.            Kota Setar jadi pusat pentadbiran yang baru
6.            Perlis pada asalnya ialah wilayah Kedah.
i.              mewujudkan pemerintahan sendiri
ii.             Raja Perlis 1-  Sultan Husain Jamalulail.
7              Kedudukan Kedah strategik menarik minat pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China dan Barat.
8.            Kedah hadapi cabaran kuasa luar.
9.            Kedah  bersahabat dengan Siam.
10.          Kedah hantar bunga emas ke Siam
11.          Apabila Kedah diserang Acheh, sultan Kedah berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam.
12.          Apabila kerajaan Siam di Ayuthia ditawan Burma, Kedah menjalin persahabatan dgn Burma.
13.          Pada kurun ke-18, politik Kedah tidak stabil.
14.          Kedah diancam oleh Siam
15.          Berlaku perebutan takhta
16.          Kedah minta bantuan Inggeris bagi menghadapi ancaman Siam.
17.          Hubungan baik Inggeris dan Kedah menyebabkan Siam menyerang Kedah.
18.          Sultan Kedah, pembesar dan pengikutnya berundur ke Pulau Pinang.
19.          Kedah menyerang balas Siam di Kedah dan memerdekakan Kedah.
20.          Hubungan Kedah dan Siam mula berbaik.
21.          Kedah terkenal sebuah pelabuhan entreport.
22.          Kedah amalkan Undang-undang Laut Melaka
23.          Pengenalan sistem sukat dan mata wang memudahkan perdagangan.
25.          Permuafakatan dengan negara jiran meningkatkan kemajuan dan kemakmuran Negara.
b)            Perak
1.            Asal-usul nama :
i.              Nama Perak dikaitkan dgn logam perak.
ii.             Sejarah Perak tulisan A. Halim Nasir -  nama Perak sempena nama Sg Perak di Chegar Galah yg terdapat ikan berwarna putih spt perak.
2.            Menurut sejarah Melayu dan Salasilah Perak :
i.              Kesultanan Perak diasaskan
ii.             Tun Saban hadap Sultan Mahmud Shah -  memohon putera baginda dirajakan di Perak.
iii.            Raja Muzaffar putera Sultan Mahmud Shah dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri iaitu Cura Si Manjakini.
iv.           Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak pertama – Sultan Muzaffar Shah.
v.            Pusat pemerintahan di Tanah Abang.
3.            Perak terkenal dgn perdagangan bijih timah sejak zaman kerajaan  Beruas dan Manjung.
4.            Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar ingin menguasai Perak
5.            Acheh menawan Perak dan jadikannya negeri naungan.
6              Belanda kepung Perak dan memaksa sultan Perak menandatangani perjanjian dengan VOC.
7.            Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda dalam perjanjian ini.
8.            Perjanjian antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan Thomas Acheppers.
9.            Ketika Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara Megat Terawis  tentukan sempadan Siam dan Perak.
10.          Penentuan sempadan memudahkan pembesar Perak memungut cukai.
11           Cukai daripada lombong bijih timah di Klian Intan (diusahakan oleh orang Reman dari Siam) menjadikan negeri Perak kaya.
12.          Siam menyerang Perak beberapa kali.
13.          Perak tewas.
14.          Perak hantar bunga emas setiap tahun kpd Siam.
15.          Perak membenarkan orang Siam membeli bijih timah dengan tidak membayar cukai.
16.          Tindakan Siam tidak terhasil apabila British melibatkan diri melalui Perjanjian Low di Perak.
17.          Harus berbangga dengan kekayaan hasil bumi negeri Perak.
18.          Bersyukur kerana dikurniakan negara yang mempunyai semulajadi yang digunakan untuk kesejahteraan rakyat.
c)            Pahang
1.            Asal usul nama :
i.              Menurut rekod China, orang Cina mengenali Pahang sebagai Phang atau Pahangh.
ii.             Penulis China iaitu Chao Ju-Kua mencatatkan Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan bernaung di bawah Palembang.
iii.            Orang Arab mengenali Pahang sebagai Fahan.
iv.           Menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang diambil sempena nama pokok Mahang yang tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung Kembahang.
v.            Menurut buku sejarah Melayu, Pahang dikenali sebagai Pura.
2.            Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Mansor Shah, baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan Muhammad Shah menjadi sultan Pahang.
3.            Bermulanya sultan Pahang berketurunan kesultanan Melaka.
4.            Tahun 1641 hingga 1673, Pahang diperintah oleh Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini menandakan berakhirnya keturunan sultan Melaka memerintah Pahang.
5.            Berlakunya perpecahan kerajaan Johor, – Pahang diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.
6.            Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahri.
7.            Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan Pahang – gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah.
8.            Menurut catatan Portugis dan China, Pahang menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.
(2)          Kerajaan Melayu yang baru
-  kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri  Sembilan.
a)            Kelantan
1.  Asal usul nama
i.              Sejarawan China – Shen-Yau dari Dinasti Tang mencatatkan nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan.
ii.             Menurut Gerini, nama Kelantan berasal dari gabungan perkataan ‘kolam’ bermaksud tanah dan perkataan ‘autam’ bermaksud sempadan. Gabungan perkataan itu menjadi Kolantam yang akhirnya menjadi Kelantan.
2.            Kelantan pada asalnya diperintah oleh beberapa orang raja di daerah berasingan.
3.            Apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan, masyarakat Kelantan bersatu.
4.            Raja Long Yunus pindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu.
5.            Kelantan hadapi pertikaian dgn sultan Terengganu
6.            Terengganu  menyerang Kelantan.
7.            Terengganu dapat bantuan daripada tentera Patani.
8.            Selepas kemangkatan Long Yunus, – digantikan puteranya Long Muhammad.
9.            Long Muhammad menyerang balas dari Ulu Kelantan
10.          Berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu.
11.          Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad I.
12.          Bagi mengelakkan serangan luar , Sultan Muhammad I menjalin hubungan dengan Siam.
13           Kelantan hantar bunga emas kepada Siam setiap tiga tahun sekali dan Siam membalasnya dengan memberi hadiah yang berharga.
14.          Kesannya Terengganu tidak lagi bermusuh dengan Kelantan.
15.          Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan ant Timur dan Barat.
16.          Kuala Sg Kelantan menjadi tempat persinggahan pedagang sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan China.
17.          Kelantan mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan wang pitis.
18           Negeri Kelantan dikenali ‘Negeri Cik Siti Wan Kembang’.
19.          Perpecahan semasa sendiri akan memudahkan campur tangan kuasa luar.
20.          Perpaduan benteng utama mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa luar.
b)            Terengganu.
1.            Asal-usul nama :
i. Menurut Sultan Umar – nama Terengganu berasal dari perkataan taring anu, anu merujuk kepada sebutan sebagai harimau.
ii. Menurut catatan Cina, Wang Ta Yuan nama Terengganu disebut sebagai Tong Ya Nong dan Teng Ya Nung.
2.            Kerajaan Terengganu muncul apabila Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga Bendahara Pahang dilantik menjadi raja Terengganu
3.            Baginda bergelar Sultan Zainal Abidin I.
4.            Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman (sultan Johor) kerana hubungan persaudaraan dengan sultan Johor.
5.            Zaman kegemilangan Terengganu – semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah I (sultan Terengganu ke-2).
6.            Terengganu menjadi pelabuhan pedalaman terpenting di kepulauan Melayu.
7.            Sultan Mansur Shah I melibatkan diri dalam perdagangan.
8.            Baginda turut melantik wakil-wakilnya menjaga urusan perdagangan.
9.            Barang dagangan ialah lada hitam, emas dan bijih timah.
10.          Terengganu jalin hubungan dengan Siam
11.          Hubungan berterusan apabila Siam meminta bantuan Terengganu menyerang Raja Ligor.
12.          Ia dipersetujui oleh Sultan Mansor Shah I.
13.          Sultan Mansor Shah I hantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan.
14.          Siam anggap Terengganu mengakui ketuanan Siam.
15.          Sultan Omar – raja yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam
16.          Terengganu – negeri terawal yang menerima agama Islam.
17.          Abad ke-13, tembaga purba bertulisan ayat al-Quran ditemui di Terengganu.
18.          Prasasti Terengganu bertarikh 702 Hijrah atau 1303 masihi menyebut tentang sepuluh darma atau undang-undang khususnya hukum jenayah Islam ditemui.
19.          Pengurusan cemerlang berkait rapat dengan ketegasan dalam menegakkan kedaulatan negara.
c)            Selangor
1.            Asal usul nama – sempena nama Sungai Selangor.
2.            Pada awalnya, pemerintahan berasaskan kampung-kampung kecil yang berajakan kerajaan Melayu Melaka.
3.            Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, daerah wujud di Selangor seperti Jeram, Klang, Langat dan Selangor (Kuala Selangor).
4.            Daerah daerah ini terletak di bawah jajahan kerajaan Melaka.
5.            Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka, Tun Perak dilantik sebagai penghulu Klang.
6.            Kurun ke-17, orang Bugis mendiami kawasan di Klang dan Kuala Selangor.
7.            Klang pada masa itu di bawah kuasa Orang Besar Klang yang bergelar To’ Engku Klang (berasal daripada keturunan sultan Johor yang berketurunan Bendahara.)
8.            Orang Besar Klang  hadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai Selangor.
9.            Kurun ke-18, kedudukan Bugis kukuh apabila Raja Lumu ditabalkan oleh Sultan Mahmud (sultan Perak) menjadi sultan Selangor bergelar Sultan Salehuddin Shah.
10.          Masa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah  (pengganti Sultan Salehuddin Shah), Selangor menjadi pengeluar bijih timah.
11.          Belanda ingin menakluki Selangor
12.          Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala Selangor
13.          Sultan Ibrahim Shah berundur ke Hulu Langat, Bernam dan Pahang.
14.          Dengan bantuan Pahang, Sultan Ibrahim  mendapatkan semula Kuala Selangor.
15.          Belanda mengepung Kuala  Selangor.
16.          Sultan Ibrahim meminta bantuan Perak
17.          Perak menandatangani perjanjian kerjasama antara  Selangor dan Perak.
18           Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah, Sultan Muhammad Shah menjadi sultan.
19.          Iktibar dari sejarah negeri Selangor – setiap usaha yang dilakukan secara gigih pasti mencapai kejayaan.
20.          Permuafakatan dan perundingan perlu diamalkan bagi mencapai matlamat.
d)            Negeri Sembilan
1.    Asal-usul nama :
i.              Negeri Sembilan terdiri daripada 9 buah daerah atau luak
2.            Daerah tersebut ialah :
i.              Sungai Ujong
ii.             Rembau
iii.            Jelebu
iv.           Johol
v.            Ulu Muar
vi.           Inas
vii.          Gunung Pasir
viii.         Terachi
ix.           Jempul.
3.            Kemajuan Melaka menarik minat orang Minangkabau ke  Tanah Melayu.
4.            Mereka menetap di Naning, Sungai Ujong dan Rembau.
5.            Mereka menunjukkan taat setia mereka kepada sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi.
6.            Sebelum kedatangan orang Minangkabau, telah wujud empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu :
i.   Sungai Ujong,
ii.  Klang,
iii.  Jelebu
iv.   Johol.
7.            Keempat-empat daerah adalah dibawah penguasaan kerajaan Melaka.
8.            Selepas kejatuhan Melaka, Bugis mendirikan kesultanan Bugis di Selangor.
9.            Peristiwa ini menyebabkan suasana tidak aman berlaku di Negeri Sembilan.
10.          Keadaan mendorong penghulu-penghulu di Negeri Sembilan memohon kepada sultan Johor seorang putera raja untuk mentadbir negeri mereka.
11.          Johor memberi kuasa kepada penghulu-penghulu tersebut mendapatkan anak raja dari Pagar Ruyong iaitu Raja Melewar.
12.          Raja Melewar ke Siak dan Johor untuk meminta izin memerintah Negeri Sembilan.
13.          Raja Melewar ditabalkan sebagai Yamtuan.
14.          Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar
15.          Negeri Sembilan adalah pengeluar bijih timah, beras dan hasil hutan.
16.          Keamanan sesebuah negeri dapat dicapai apabila keputusan dibuat secara muafakat.

(3) Rumusan
1.            Pembentukan kerajaan Melayu memberi iktibar bahawa proses pembinaan sesebuah negara bukanlah proses yang mudah.
2.            Pengorbanan, perjuangan, semangat jati diri dan kegigihan penting untuk negara.

Bab 9 : Warisan Kesultanan Melayu
(1)          Sistem pemerintahan negeri Melayu
a)            Pentadbiran peringkat negeri
1.            Sultan  lambang kedaulatan negeri.
2.            Sultan miliki kesempurnaan,kebolehan, keistimewaan
3.            Kedaulatan melalui kemampuannya melaksanakan undang-undang dengan adil.
4.            Kedaulatan jamin keamanan, kesetiaan dan sokongan
5.            Unsur kukuhkan kedaulatan sultan – kecemerlangan, keunggulan peribadi dan kepahlawanan sultan
6.            Sultan dibantu kerabat diraja & pembesar
7.            Kedaulatan diperkukuh dgn alat kebesaran.
8.            Cap mohor diraja  – alat kebesaran – mengesahkan arahan dan lambang surat rasmi kerajaan.
9.            Alat kebesaran lain – tengkolok atau destar
10.           Alat kebesaran tidak boleh digunakan oleh rakyat
11.           Warna kuning pada hiasan
12.           Payung putih dikhaskan kepada raja13.           Payung kuning digunakan oleh anak raja.
14.          Nobat – alat muzik diraja dalam upacara : 
i.              pertabalan raja,
ii.             kemangkatan raja dan kerabatnya
iii.            keberangkatan raja ke balairung seri.
15.          Alat muzik nobat terdiri daripada semambu, gong,  nafiri, serunai, dua gendang besar (nakara) dan dua gendang kecil (tabal).
16.          Bahasa dalam/ bahasa istana seperti santap
17.          Rakyat dilarang mengguna bahasa dalam
18.          Perintah sultan mestilah dilaksanakan.
19.           Rakyat yang engkar dianggap derhaka.
20.           Rakyat menderhaka akan ditimpa tulah.
b)            Pentadbiran peringkat jajahan & daerah
1.            Jajahan dan daerah ditadbir oleh pembesar
2.            Pembesar dilantik terus oleh sultan.
3.            Perlantikan melalui pemberian surat tauliah.
4.            Pembesar taat pada sultan.
5.            Tugas utama pembesar jajahan dan daerah :
i.              jaga keamanan negeri
ii.             pertahankan kedaulatan negeri.
iii.            serahkan hasil dan cukai kepada kerajaan.
iv.           sediakan tenaga kerja.
c)            Pentadbiran peringkat kampung
1.            Tugas ketua kampung(penggawa/penghulu) :
i.              pungut cukai
ii.             bekalkan tenaga tentera
iii.            kekalkan taat setia masyarakat kampung.
iv.           perantara pembesar dan rakyat jelata.
2.            Pemimpin kampung  lain -  golongan agama
3              Tugas golongan agama :
i.              penasihat sultan, kadi, mufti
ii.             berdakwah,
iii.            kendalikan pengajian agama
iv.           hasilkan karya agama.
v.            menjadi imam, khatib, bilal & juru nikah.
4.            Golongan magis :
i.              seperti bomoh dan pawing
ii.             mahir di bidang perubatan.
iii.            berkebolehan menyembuhkan penyakit
iv.           mengetahui khasiat akar kayu dan herba.
v.            menjadi pemimpin masyarakat kampung.
(2)  Sistem pemerintahan Negeri Sembilan
a)   Adat Perpatih dan Adat Temenggung
1.            Berasal dari Sumatera.
2.            Datuk Perpatih Nan Sebatang  mengasaskan Adat Perpatih di Pagar Ruyong, Sumatera.
3.            Adat perpatih dilaksanakan apabila orang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di Naning & Negeri Sembilan.
4.            Datuk Ketemenggungan – asaskan Adat Temenggung. di Palembang, Sumatera.
5.            Adat Ketemenggungan dibawa ke Tanah Melayu setelah keturunan raja Palembang datang ke Melaka.
6.            Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Malaysia kecuali Naning dan Negeri Sembilan.
7.            Orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum undang adat ialah ketua adat.
b)            Sistem pemerintahan  Negeri Sembilan
1.            Pemerintah tertinggi ialah Yamtuan Besar
2.            Peranan sama dengan peranan raja Melayu
3.            Undang ialah ketua segala luhak atau luak.
4.            Empat luak diperintah oleh Undang  iaitu Sungai Ujong,  Jelebu,  Johol dan  Rembau
5.            Luak lain diperintah oleh Penghulu.
6.            Tugas Undang – memilih Yamtuan Besar.
7.            Lembaga ialah ketua suku atau waris.
8.            Peranan Lembaga :
i.              pilih Undang
ii.             jaga keselamatan dan keamanan
iii.            selesaikan pertelingkahan antara suku
iv.           kendalikan pembahagian harta pusaka
v.            perantara anggota sukunya dengan Undang.
9.            Buapak ialah ketua Perut
10.          Setiap anggota Perut merupakan Anak Buah.
11.          Buapak-tmpt rujukan adat dan hukum.
12.          Hidup bersuku-suku
13.          Setiap suku tersebut dianggap satu keluarga.
14.          Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih :
i.              Anak Buah memilih Buapak
ii.             Buapak  memilih Lembaga.
iii.            Lembaga  memilih Undang.
iv.           Undang  memilih Yamtuan Besar.
15.          Sistem pemilihan ikut amalan demokrasi.
16.          Mempunyai alat kebesaran diraja
(3)          Undang-undang adat
1.            Peraturan berdasarkan amalan kebiasaan
2.            Dihafal secara turun-temurun
(a)   Adat Temenggung
1.            Pemerintahan bercorak autokratik.
2.            Kuasa tertinggi ditangan sultan atau raja.
3.            Peranan sultan :
i.              ketua pentadbir
ii.             ketua agama
iii.            simbol kedaulatan
iv.           perpaduan rakyat.
4.            Sistem kekeluargaan – sebelah ibu dan ayah.
5.            Lelaki menjadi ketua keluarga.
6.            Nasab keturunan – sebelah bapa.
7.            Perkahwinan – hukum syarak (boleh kahwin sepupu).
8.            Pembahagian harta pusaka – anak lelaki
9.            Hukuman bertujuan memberi pengajaran
10.          Sultan melaksanakan hukuman. Pembesar atau penghulu melakukannya sekiranya mendapat mandat.
b)            Adat Perpatih
1.            Menekankan demokrasi dan permuafakatan.
2.            Setiap suku mempunyai wakil
3.            Keputusan dibuat bersama.
4.            Yamtuan Besar  berunding dengan Undang
5.            Keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini melahirkan suku.
6.            Nasab keturunan  – sebelah ibu.
7.            Perkahwinan sesama suku dilarang kerana dianggap bersaudara.
8.            Perwarisan harta – sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan suku.
9.            Hukuman bertujuan untuk pemulihan
10.          Undang-undang menyedarkan pesalah supaya tidak mengulang kembali kesilapan.
(4)          Undang-undang bertulis
1.            Himpunan peraturan, larangan dan adat istiadat dalam bentuk bertulis.
(a)          Hukum Kanun Melaka
1.            Dokumen undang-undang
2.            Mengandungi 44 fasal.
3.            Menggariskan hak dan keistimewaan raja
4.            Menggariskan peranan  raja dan pembesar.
5.            Mengandungi unsur Islam – berkaitan jenayah, muamalah, keluarga
(b) Undang-undang Laut Melaka
1.            Peraturan pelayaran & perdagangan.
2.            Antara kandungannya :
i.              tugas pengawal kapal.
ii.             Langkah keselamatan dalam kapal.
iii.            Tugas anak-anak kapal.
iv.           Penyewaan kapal dagang.
3.            Kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman.
(c)           Undang-undang Pahang
1.            Digubal masa Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin
2.            Kandungan :
i.              adat lembaga negeri,keistimewaan raja& pembesar
ii.             Undang-undang jenayah, penderhaka, penzina
iii.            undang-undang awam.
d)            Undang-undang 99 Perak
1.            Berasal daripada Parsi.
2.            Digunakan di Perak
3.            Terkandung 99 kesalahan dan hukuman.
4.            Kandungannya ialah :
i.              syarat memegang jawatan kerajaan seperti sultan, penghulu, khatib dan kadi.
ii.             Peraturan adat menghadap & lantik raja.
iii.            Hukuman jenayah, undang dan pertanian.
iv.           Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian dan zina.
e)            Undang-undang Kedah
1.            Terbahagi :
i.              undang-undang pelabuhan seperti cukai,
ii.             peraturan keselamatan pelabuhan
iii.            peraturan timbangan dan ukuran.
(5)          Kegiatan ekonomi di negeri Melayu
a)            Pertanian
1.            Tanaman spt padi, sayur-sayuran
2.            Pertanian berhampiran sungai – tanahnya subur dan mudah dapat sumber air.
3.            Kawasan delta Sungai Kedah dan Kelantan – kawasan utama tanaman padi sawah.
4.            Peralatan pertanian – tajak,  cangkul, bajak,  tenggala, penggelek, penyisir, pencakar, sabit, ketam padi dan kuku kambing
5.            Kerbau – membajak kawasan tanaman padi.
6.            Petani membina empangan. Contohnya Terusan Wan Mat Saman di Kedah.
b)            Perikanan
1.            Mahir membuat peralatan perikanan seperti serkap,  tangguk, bubu, tanggul
2.            Hasil tangkapan diperdagangkan
3.            Lebihan hasil dibuat ikan kering, belacan, budu dan keropok.
c)            Kraf tangan
1.            Memanfaatkan sumber semula jadi seperti daun mengkuang, daun pandan, dan nipah.
2.            Sumber semula jadi dijadikan tikar, bakul
3.            Menenun songket dan hasilkan seni tekat.
4.            Membuat senjata seperti keris.
5.            hasilkan perhiasan daripada emas dan perak
d)            Perlombongan
1.            Kaya dgn bijih timah & emas.
2.            Melombong kerja tradisi orang Melayu.
3.            Bijih timah terdapat di :
i.              Lembah Kinta
ii.             Larut
iii.            Dinding dan Beruas di Perak
iv.           Sungai Linggi  & Sungai Ujong
v.            Sungai Bernam, Sungai Selangor dan Sungai Klang di Selangor.
4.            Emas  di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
5.            Guna kaedah mendulang atau melampan dan lombong Siam.
6.            Logam bijih timah dijadikan bahan dagangan, mata wang dan perkakas rumah.
7.            Emas dan perak – buat barang perhiasan.
e)            Sistem percukaian
1.            Cukai – bayaran hasil pertanian, perlombongan, perdagangan dan hasil hutan.
2.            Cukai menjadi pendapatan pemerintah
3.            Sungai – tempat  memungut cukai.
4.            Cukai labuh batu  – cukai yang dipungut di tempat tertentu di sepanjang sungai.
5.            Jika cukai dipungut di kuala sungai – dikenali cukai bebas kuala.
6.            Cukai dikenakan ke atas barang dagangan yang dibawa masuk melalui pelabuhan.
7.            Cukai kepala – cukai kepada rakyat untuk membuat bunga emas (ufti). Diamalkan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
8.            Cukai tanaman  – cukai dikenakan jika mengeluarkan hasil yang banyak.
9.            Cukai – lambang kekuasaan  pembesar
f)             Sistem serah dan kerah
1.            Diamalkan olah masyarakat Melayu.
2              Sistem serah – pemberian hasil tanaman  kpd pemerintah.
3              Balasan kpd pembesar yang sediakan tanah
4.            Kadar dan nilai serahan bergantung kepada hasil tanaman yang diperoleh
5.            Kerah – kerja yang dibuat tanpa diberi upah, misalnya membina istana, kubu
g)            Perdagangan
1.            Perdagangan -  jual beli dan tukar barang.
2.            Sultan dan pembesar menjadi pemodal.
3.            Sultan memonopoli kegiatan perdagangan.
4.            Perdagangan – secara berjaja di pasar atau di luar kawasan pasar.
5.            Pusat perdagangan – di pelabuhan seperti  Melaka, Kedah, Klang dan Johor Lama.
6.            Kegiatan mengumpul hasil hutan untuk tujuan perdagangan dikenali  meramu.
h)            Tukar barang dan penggunaan mata wang
1.            Sistem perdagangan tukar barang (barter) .
2.            Kulit siput geweng & siput gerus – mata wang.
3.            Kemudian guna mata wang logam daripada bijih timah dan emas.
4.            Mata wang logam iaitu kaleng (calains) drp timah digunakan di Melaka.
5.            Di Terengganu, wang emas dan kupang (segi lapan), wang syiling keping atau pitis serta jokoh digunakan.
6.            Johor – mata wang emas mas dan kupang.
7.            Kelantan – wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis.
8.            Di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak – mata wang jongkong tampang atau timah
9.            Di Selangor – jongkong timah (tampang sebuaya)
10.          Di Kedah- matawang berbentuk ayam jantan.
i)             Timbangan, sukatan dan ukuran
1.            Timbangan – ukur berat sesuatu barangan.
2.            Alat dacing dan pikul
3.            Barangan ditimbang – emas,  perak,  bijih timah,
4.            Sukatan mengukur isipadu sesuatu benda.
5.            Alat yang digunakan – kaul,  cupak, gantang
6.            Barang yg disukat – beras, bijih timah,  rempah,
7.            Di Kedah, unit relung mengukur keluasan tanah
8.            Ukuran anggota badan – sejengkal, sehasta.
10.          Masyarakat Melayu mengukur jarak antara kampung dengan kampung lain berdasarkan tempoh masa berjalan atau berkayuh sampan melalui sungai seperti sepelaung, setanak nasi
j)             Pengangkutan
1.            Jenis pengangkutan air – jalur, kolek,  perahu,
2.            Denai penarikan :
i.              perahu ditarik untuk sampai ke sungai
ii.             hubungkan  Pahang dengan Melaka.
iii.            masa perjalanan menjadi singkat.
3.            Gajah, kerbau,  lembu – mengangkut barangan.
4.            Sungai menjadi jalan pengangkutan utama
(5)          Sosiobudaya
1.            Dibahagikan beberapa lapisan sosial dan hierarki kedudukan.
2.            Kedudukan individu berubah melalui 2 cara.
i.              taraf sedia – pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya.
ii.             taraf pencapaian – berubah ke lapisan lebih tinggi kerana kebolehan istimewa atau khidmat baktinya kpd pemerintah.
a)            Struktur masyarakat gol pemerintah
1.            Kumpulan pemerintah terdiri daripada :
i.              raja atau sultan
ii.             keluarga dan kaum kerabatnya
iii.            pembesar
iv.           Ulama
v.            pendeta.
2.            Sistem penggantian raja berbeza antara satu negeri dengan negeri Melayu yang lain
3.            Perak menggunakan sistem giliran.
4.            Raja dibantu oleh kaum kerabatnya.
5.            Kerabat diraja jadi pembesar didaerah/raja di jajahan.
6.            Golongan pembesar (pentadbir) :
i.              bantu sultan.
ii.             Arah rakyat melakukan kerja awam
iii.            Jawatan pembesar disandang secara monarki dan dilantik sendiri oleh raja atau sultan.
iv.           Cthnya: jwt Laksamana oleh keluarga Hang Tuah.
7.            Kumpulan ulama :
i.              ulama tempatan dan luar negeri.
ii.             bantu  mendidik rakyat berakhlak mulia.
iii.            menjadi penasihat raja
iv.           sebagai guru agama, kadi atau imam.
8.            Golongan pendeta :
i.              pakar dalam ilmu pengetahuan.
ii.             mahir bidang salasilah raja, kesusasteraan, kebudayaan, dan adat istiadat Melayu.
iii.            menjadi pakar rujuk sultan & masyarakat.
b)            Struktur masyarakat golongan diperintah
1.            Golongan diperintah terdiri daripada :
i.              golongan merdeheka
ii.             hamba
2.            Golongan merdeheka – rakyat biasa yang bermastautin tetap dan orang asing.
3.            Rakyat biasa menjadi pedagang, petani, tukang ukir, pembuat senjata, penghibur raja, pelakon sandiwara,  pawang, bomoh.
3.            Rakyat asing menjadi askar upahan,  pedagang dan pelombong.
4.            Golongan hamba – paling bawah sekali.
5.            Hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
6.            Hamba buat kerja pertanian, perlombongan dan pertahanan.
c) Gaya hidup golongan bangsawan
1.            Gaya hidup raja – diamalkan di istana
2.            Gaya hidup pembesar -  di luar istana.
3.            Golongan bangsawan terdiri daripada raja, kaum kerabat dan pembesar
4.            Golongan bangsawan amalkan adat-istiadat, bahasa dan cara berpakaian yang tersendiri.
5.            Dalam upacara pertabalan sultan Melaka :
i.              Bendahara duduk berhampiran singgahsana.
ii.             Laksamana dan Sri Bija Diraja bawa pedagang kerajaan.
6.            Alat-alat kebesaran dibawa bersama – keris panjang,  cogan, tepak, ketur,  tempat bara dan kitab al-Quran
7.            Dalam upacara kemangkatan raja :
i.              jenazah baginda akan disempurnakan mengikut hukum agama Islam
ii.             Bendera kuning akan diturunkan dan diganti dengan bendera putih.
iii.            Tembakan meriam akan dilepaskan bagi menghebahkan kepada rakyat.
iv.           upacara perlantikan raja yang baru
8.            Dalam upacara menjunjung duli :
i.              dilakukan oleh pembesar sebagai tanda taat setia.
ii.             dilakukan di balairung seri ketika menghadap dan menyembah raja.
iii.            Semasa menghadap raja, menggunakan istilah patik dan tuanku.
iv.           dilarang menggunakan bahasa dalam
v.            mestilah bertanjak, berpancung dan kerisnya hendaklah diselitkan di hadapan.
vi.           Orang yang menghadap dilarang memakai kain nipis yang dipanggil kasa.
9.            Upacara menyambut tetamu atau utusan :
i.              sambutan dibuat berdasarkan kedudukan negara utusan sama ada setaraf atau tidak
ii.             Jika taraf negara lebih rendah , maka alat kebesaran dan peralatan sambutan kurang berbanding dengan negara setaraf.
10.          Dari segi pakaian diraja, pakaian diraja – dibuat guna emas dan dihiasi  permata.
11.          Alat perhiasan  – pending, dokoh, benkung dan keris.
12.          Gaya hidup bangsawan melambangkan status lebih tinggi serta membezakannya dengan rakyat biasa.
d)            Gaya hidup golongan rakyat
1.            Diamalkan di luar istana.
2.            Nilai murni seperti gotong-royong.
3.            Di utara Sem. Malaysia, amalan gotong royong dinamakan berderau atau berseraya.
4.            Amalan menghormati jiran :
i.              Jiran dianggap keluarga terdekat.
ii.             Menghormati jiran
5.            Menghormati orang lebih tua :
i.              dipanggil pangkat seperti pak long, pak ngah dan pak lang.
ii.             mencium tangan orang yang lebih tua.
iii.            membongkokkan badan dan berjalan dengan tertib di hadapan atau belakang orang yang lebih tua.
6.            Amalan budaya ziarah-menziarahi. :
i.              Tetamu memberi salam dan dijawab oleh tuan rumah.
ii.             Tuan rumah mempersilakan tetamu masuk, lalu dihamparkan tikar
iii.            Tepak sirih disorongkan dan makan minum dihidangkan.
iv.           Sebelum makan, mereka membasuh tangan dan membaca doa, tangan kanan digunakan untuk menyuap makanan.
v.            Ketika makan, mereka kurang berbual atau ketawa kerana dianggap tidak sopan.
7.            Amalan mementingkan perpaduan, tolong-menolong
e)            Kegiatan masa lapang
1.            Bangsawan dan rakyat- aktiviti seperti bermain sepak raga,  catur, senjata, bersilat, menunggang kuda.
2.            Di istana raja, golongan penghibur seperti :
i.              tukang cerita
ii.             penyair
iii.            Penyanyi
iv.           ahli muzik
3.            Muzik dan tarian yang dipersembahkan – tarian Asyik dan tarian Mak Yong.
4.            Rakyat mengisi masa lapang dengan bermain layang-layang, bermain gasing,  bersilat, bercerita, berpantun
5.            Aktiviti masa lapang memupuk persefahaman dan menajamkan fikiran.
f)             Karya persuratan
1.            Karya persuratan -  melalui tulisan jawi.
2.            Karya persuratan ialah bidang agama seperti fikah, usuluddin,
3.            Karya lain seperti karya kesusasteraan, ketatanegaraan, sejarah,
4.            Contoh karya – Misa Melayu, Sejarah Melayu,  Syair Sultan Ahmad Tajiddin,  Nazam Kamzul la,  Tuhfat al-Nafis dan  Kitab al-Darr al Manzum.
5.            Karya persuratan-tambah ilmu pengetahuan.
g)            Sastera lisan
1.            Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita sambil bermain alat muzik seperti gendang
2.            Sastera lisan  memberi hiburan dan memberi nasihat.
3.            Antara sastera lisan :
i.              cerita penglipur lara seperti Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Anggun Cik Tunggal
ii.             cerita jenaka – Lebai Malang, Pak Kaduk, dan Si Luncai.
iii.            cerita binatang – Sang Kancil dan Harimau, Pelanduk dan Buaya, serta Kura-kura dan Arnab.
iv.           cerita dongeng -  Puteri Sa’dong, Tasik Dayang Bunting, dan Cik Siti Wan Kembang.
h)            Kesenian rakyat
1.            Antara kesenian rakyat – kesenian muzik, seni tari,  seni suara,  seni ukir,  seni bina,seni mempertahankan diri.
2.            Kegiatan seni mempamerkan bakat dan nilai mutu seni yang tinggi.
3.            Kegiatan seni berkumpulan membentuk masyarakat bersatu padu.
4.            Seni muzik  – Hadrah, gamelan, rebana ubi, seruling, kompang, nafiri dan  gong.
5.            Seni tari – joget, inang, zapin, kuda kepang, asyik.
6.            Seni suara atau lagu – endoi atau dendang Siti Fatimah, ulit anak, nazam, marhaban,  nasyid
7.            Seni bina :
i.              Rumah orang Melayu berbumbung panjang, bertebar layer dan tidak berpaku.
ii.             Rotan atau akar untuk mengikat persendian, bahagian dalaman rumah dihiasi ukiran bermotif alam semula jadi.
iii.            Reka bentuk dipengaruhi unsur luar.(Di Negeri Sembilan-  pengaruh rumah Minangkabau.  Di Kelantan, Terengganu dan Pahang – pengaruh seni bina Siam dan Majapahit.)
iv.           Orang Melayu Johor mendapat pengaruh reka bentuk Belanda.
8.            Seni ukir orang Melayu :
i.              bijak mengukir tembaga,
ii.             memahat dan mengukir pintu
iii.            membuat mimbar masjid.
iv.           Ukiran – corak ukiran timbul, terbenam dan tembus.
v.            Tema ukiran berbentuk daun, bunga dan ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat.
9.            Seni tekat :
i.              popular dikalangan Melayu.
ii.             guna kain baldu untuk dijadikan kain dasar dan disulami dengan benang emas yang berbentuk bunga serta pohon.
iii.            Contoh:kipas,bantal & balutan tepak sirih
iv.           terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
10.          Tenunan :
i.              tiga jenis iaitu  tenunan biasa, benang ikat celup dan songket.
ii.             Corak tenunann berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga dan bentuk geometri.
11.          Seni mempertahankan diri dan bermain senjata :
i.              rakyat  mendisiplinkan dirinya
ii.             ketahanan diri menghadapi musuh.
i)             Adat resam
1.            Adat perkahwinan. :
i.              Merisik – mengetahui gadis sudah berpunya atau tidak, cincin tanda  diberi sebagai tanda setuju.
ii.             Meminang – di mana pihak lelaki menghantar rombongan peminangan dgn bawa cincin
iii.            Tarikh akad nikah & majlis perkahwinan
iv.           Majlis akad nikah – diadakan di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh juru nikah.
v.            Majlis perkahwinan – pengantin bersanding di atas pelamin.
2.            Adat  menyambut bayi. :
i.              Selepas seminggu bayi dilahirkan
ii.             Kenduri dan upacara cukur jambul iaitu mencukur rambut bayi dilakukan sebagai tanda bersyukur kepada Allah Taala.
iii.            Diadakan  bacaan berzanji dan marhaban.
iv.           Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat.
3.  Adat Berkhatan :
i.              Bagi kanak-kanak lelaki yang telah baligh (cukup umur)
ii.             dilakukan beramai-ramai
iii.            kanak-kanak lelaki akan dimandikan dan diarak mengelilingi kampung.
iv.           Upacara berkhatan oleh Tuk Mudim.
j)             Pendidikan
1.            Pendidikan tidak formal :
i.              kanak-kanak mempelajari pantang-larang, adat-istiadat dan adab sopan dr ibu bapa/ orang dewasa
ii.             dipelajari secara tidak langsung.
iii.            Melalui cerita lisan, peribahasa, pantun dan teka-teki.
iv.           Berkesan kepada kanak-kanak.
v.            kemahiran pertukangan
vi.           ilmu perubatan tradisional.
vii.          Kemahiran melalui pemerhatian kanak-kanak sendiri.
viii.         seni mempertahankan diri.
ix.           Kemahiran  diwarisi
2.            Pendidikan formal :
i.              berkembang selepas kedatangan Islam
ii.             Pelajari kitab muqaddam dan al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid, rukun Islam
iii.            Diadakan di istana, masjid, pondok, madrasah, surau dan rumah guru agama.
iv.           Ada melanjutkan pelajaran agama  ke Makkah.
3.  Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.
(6) Rumusan
1.  Berbangga dengan warisan Kesultanan Melayu Melaka
2.  Harus menghormati dan mematuhi undang-undang.
3.  Harus mengamalkan budaya kekitaan
4.  Meneruskan dan mempertahankan identiti bangsa.








Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays