Pantun (Nasihat)-Tingkatan 1



PANTUN
MAKSUD

Terima kasih daun keladi,
kalau boleh hendak lagi.

Ucapan terima kasih dan penghargaan atas pertolongan yang diterima. Jika boleh, aka nada lagi pertolongan yang akan duberikan.

Ikan siapkan ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong.

Kesan buruk bercakap banyak, iaitu seseorang itu berkemungkinan untuk  berbohong.

Pecah kaca pecah gelas,
Sudah dibaca harap balas.

Harapan agar seseorang itu akan membalas surat yang diterima selepas membaca surat tersebut.

Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Kesan buruk yang bakal diterima oleh orang yang malas bergerak atau membuat pekerjaan adalah mereka yang tidak akan merasai kesenangan hidup.

Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.

Menjelaskan kesan positif terhadap orang yang terang hati, iaitu mereka akan mudah memahami setiap pekara yang diajarkan kepada mereka.

Kumbang jarak kumbang jagung,
berani buat berani tanggug.

Seseorang yang berani melakukan sesuatu hendaklah berani menanggung risikonya.

Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas.

Seseorang yang lambat menghabiskan sesuatu pekerjaan, orang itulah yang mesti mengemasnya.

Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang.

Orang yang hendak sesuatu mestilah datang sendiri untuk mendapatkannya.

Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama manipu mancuri.

Orang yang suka menipu dan mencuri akan mendapat nama yang tidak baik.

Saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam.

Seseorang yang membuat kesilapan akan berhenti dan sedar akan kesilapannya setelah didenda.



Tema
Nasihat kepada pelbagai golongan masyarakat untuk kebaikan.

Persoalan

1.
2.
3.
4.
5.

Kesan buruk banyak bercakap
Kesan sikap malas
Kesan buruk menipu dan mencuri
Kesan bersikap berani
Nasib orang yang sentiasa lambat

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
Contoh

1.    Pengulangan

·         Perkataan ikan
·         Perkataan banyak
·         Perkataan pecah
·         Perkataan berani

2.    Sinkof

Sudah kena jentik baru nak diam


Unsur Bunyi


1.    Asonansi (pengulangan huruf  vokal)

Tunggu durian Teluk Emas
  Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “u” diulang sebanyak 4 kali

2.    Aliterasi

 Pecah kaca pecah gelas
  Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “c” diulang sebanyak 3 kali

Nilai Murni

Keberanian
Berani bertanggungjawab terhadap segala risiko yang bakal dihadapi.

Bertanggungjawab
Jika lambat dalam melakukan kerja, orang terakhir mesti mengemasnya.

Kejujuran
Jujur dalam setiap perkara dan elakkan diri daripada sikap suka berbohong.

Kerajinan
Rajin dalam setiap perkara agar dapat mencapai apa yang diingini.


Pengajaran

1.    Kita perlu berterima kasih dan menghargai pertolongan yang diberikan.
2. Kita mesti bersikap berani dalam setiap perkara dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
3.    Kita perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu sehingga selesai.
4.    Kita hendaklah jujur dalam setiap perkara yang diperkatakan.

5.    Kita mesti bersikap rajin dalam setiap perkara demi kebaikan diri.





Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays