Tatabahasa



A. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA:

1. Jenis kata ganti nama:a. Ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, kami, kita, beta
b. Ganti nama diri kedua : awak, engkau, kau, mu, kalian, kamu, saudara/i, tuan/puan,
cik, encik
c. Ganti nama diri ketiga : dia, mereka, baginda, Tuhan, orang itu, pelajar itu, ia

2. Jenis kesalahan kata ganti nama:

i. ‘ia’ tidak boleh digunakan untuk binatang atau benda. (‘ia’ - untuk manusia sahaja)

Salah:- Ayam itu berkokok. Ia berkokok dengan kuat.
- Kereta itu rosak. Ia rosak semalam.
Betul:-Ayam itu berkokok. Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Ayam itu berkokok dengan kuat.
-Kereta itu rosak semalam

ii. ‘ia’ tidak boleh disambung dengan ‘nya’.

Salah:-Ia dimarahi guru kerana ianya jahat.
Betul:-Ia dimarahi guru kerana ia jahat.

iii. Kata ganti nama tidak boleh digandakan. (kecuali ‘tuan/ puan, saudara/i, encik’)

Salah:-Mereka-mereka semua sedang tidur.
-Kamu-kamu semua perlu sedar.
Betul:-Mereka semua sedang tidur.
-Kamu semua perlu sedar.

iv. Singkatan ‘mu’ dan ‘ku’ mesti dicantumkan dengan objek.

Salah:-Saya akan pergi ke rumah mu.-Sudah ku baca buku itu.
Betul:-Saya akan pergi ke rumahmu.
-Sudah kubaca buku itu.

v. Gelaran kata nama khas mesti dengan huruf besar.

Salah:
-Nama guru saya encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah si Tompok.
Betul:-Nama guru saya Encik Manaf.
-Kucing jantan itu ialah Si Tompok.

vi. ‘Tuhan’ mesti dieja dengan huruf besar.’ Nya’ untuk Tuhan mesti ada tanda sengkang dan berhuruf besar.
Salah:
-Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada kita.
Betul:-Semoga Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.

vii. Jawatan yang bilangannya sedikit atau 'khas' mesti dengan huruf besar.

Salah:
-Perdana menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan menteri pertanian.
Betul:-Perdana Menteri akan ke Singapura.
-Beliau datang dengan Menteri Pertanian.

viii. ‘ia’ dan ‘dia’ tidak boleh untuk orang dihormati atau yang lebih tua. (gunakan ‘beliau’)

Salah:-Pegawai itu tidak hadir kerana ia sakit.
-Perdana Menteri demam kerana dia terkena hujan.
betul:-Pegawai itu tidak hadir kerana beliau sakit.
-Perdana Menteri demam kerana beliau terkena hujan.

ix. ‘beliau’ tidak boleh untuk orang jahat atau kanak-kanak.

Salah:-Beliau ditangkap kerana merompak.
-Beliau masih bayi lagi, cikgu.
Betul:-Dia/ ia ditangkap kerana merompak.
-Dia/ ia masih bayi lagi, cikgu.


KATA KERJA 

1. MAKSUD:Semua jenis perbuatan atau aktiviti yang dijalankan.

2. BAGAIMANA MENENTUKAN KATA KERJA:
i. tidak berimbuhan : tidur, makan, baca, kira
ii. imbuhan ‘meN……’ : menari, mendapat, menggaru, menyapu
iii. imbuhan ‘meN…..kan’ : menjalankan, meratakan, menggalakkan,
iv. imbuhan ‘meN…..i’ :menjuarai, merasai, menggagahi, menyertai
v. imbuhan ‘memper….kan’ : mempertahankan, memperjuangkan
vi. imbuhan ‘memper…..i’ : mempercayai, memperhayati, memperingati
vii. imbuhan ‘memper…..’ : memperbesar, mempercantik, memperluas
viii. imbuhan ‘di…’ : dibaca, diletak, dimakan
ix. imbuhan ‘di…kan’ : dijalankan, dibacakan, ditamatkan
x. imbuhan ‘diper….kan’ : diperkhabarkan, dipermainkan
xi. imbuhan ‘diper…i’ : dipercayai, diperhayati
xii. imbuhan ‘diper…’ : diperbesar, diperluas, diperpanjang
xiii. imbuhan ‘ber….kan : bertemankan, berdasarkan, berpandukan
xv. imbuhan ‘ber….’ : berjalan, berkata, bermain
ixv. imbuhan ‘ter….’ : terbawa, termakan, terangkat

3. JENIS KATA KERJA:

A.KATA KERJA TRANSITIF (KTT)

a. KTT ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan ‘objek’ di hadapannya sebagai pelengkap.
Contoh : Ayah saya menjalankan tugas. (‘tugas’ ialah pelengkap)

b. Apakah imbuhan kata kerja tak transifit?
-perkataan yang berimbuhan ‘meN….kan’ : menjalankan, menceritakan
-perkataan yang berimbuhan ‘meN….i’ : menjalani, mengubati
-perkataan yang berimbuhan ‘memper….kan’ : memperjuangkan, memperkayakan
-perkataan yang berimbuhan ‘memper….i’ : memperingati, memperbaiki
-perkataan yang berimbuhan ‘ber….kan’ : bertemankan, bersuamikan
-imbuhan ‘meN…’ yang diikuti kata nama : menyanyi lagu, menyapu sampah

c. Kesalahan penggunaan kata kerja transitif. 

i. Kata kerja transitif tidak boleh hadir di hujung ayat. (mesti ada objek pelengkap)
Salah:
-Bapa saya sedang menjalankan.
-Dia tidur dengan berbantalkan.
Betul:
-Bapa saya sedang menjalankan tugas.
-Dia tidur dengan berbantalkan lengan.

ii. Selepas kata kerja transitif, jangan letak ‘kata sendi’ atau ‘kata hubung’. (contohnya – akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, dan lain-lain)
Salah:-Dia menceritakan tentang pengalamannya di luar negara.
-Ibu sedang merindui akan anaknya.
-Dia bersuamikan dengan seorang doktor.
Betul:
-Dia menceritakan pengalamannya di luar negara.
-Ibu sedang merindui anaknya.
-Dia bersuamikan seorang doktor.

iii. Kata kerja transitif mesti diikuti dengan ‘objek’ dan bukan perkataan lain.Salah:
-Dia menghadapi banyak masalah.
-Kakak menarik dengan kuat tangan adik.
-Kami menendang dengan deras bola itu.
Betul:
-Dia banyak menghadapi masalah.
-Kakak menarik tangan adik dengan kuat.
-Kami menendang bola itu dengan deras.


B. KATA KERJA TAK TRANSITIF. (KKTT)

a. KKTT ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.

b. Contoh :
i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas ‘berjalan’)
ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas ‘berlari’)

c. Apakah imbuhan bagi kata kerja tak transitif?
-perkataan yang berimbuhan ‘ber…..’ : berjalan, bercerita, bekerja
-perkataan yang berimbuhan ‘ter….’ : terangkat, terbawa, tercapai
-perkataan yang berimbuhan ‘di…’ : diangkat, ditembak, diambil
-perkataan yang berimbuhan ‘di ….kan/i : dijalankan, dihadiahi, dihadiahi
-perkataan yang berimbuhan ‘diper…kan/i : diperdayakan, dipersalahi
-imbuhan ‘meN….’ yang diikuti ‘tempat’ : menyanyi di pentas (tempat)

d. Kesalahan penggunaan kata kerja tak transitif. (KKTT)

i. Selepas kata kerja tak transitif, mesti letak ‘kata sendi’ atau ‘kata hubung’ jika ayat hendak dipanjangkan. (contohnya – akan, tentang, mengenai, dengan, di, ke, oleh dan lain-lain)
Salah:
-Dia bertemu rakannya di bandar.
-Dia bercerita pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat kotak itu.
-Buku itu dibaca kakaknya.
Betul:
-Dia bertemu dengan rakannya di bandar.
-Dia bercerita tentang pengalamannya di luar negara.
-Perompak itu berlari di tepi jalan raya.
-Saya tidak terangkat akan kotak itu.
-Buku itu dibaca oleh kakaknya.


KATA ADJEKTIF

1. MAKSUD :
Kata sdjektif ialah perkataan yang menunjukkan atau menerangkan ‘sifat’ bagi sesuatu perkara.

2. JENIS KATA ADJEKTIF:
i. Kata adjektif untuk manusia : berani, gemuk, garang, cantik
ii. Kata adjektif untuk binatang : liar, comel, garang
iii. Kata adjektif untuk benda : mahal, besar, laju, tebal
iv. Kata adjektif untuk perkara : penting, adil, tinggi
v. Kata adjektif untuk masa : siang, pagi, malam, subuh
vi. Kata adjektif untuk warna : hitam, terang, malap, suram

3. KAITANNYA DENGAN KATA PENGUAT:

a. ‘Kata penguat’ digunakan untuk mengukuhkan sesuatu sifat bagi sesuatu perkara.
b. Contoh : sangat cantik, begitu berani, kejam betul, mahal sekali.
c. Jenis kata penguat:
i. Penguat hadapan : kata penguat yang hanya boleh digunakan di hadapan kata
adjektif.
Contoh : terlalu, paling, begitu
ii. Penguat belakang : kata penguat yang hanya boleh diletakkan di belakang kata
adjektif.
Contoh : sekali, benar, betul
iii. Penguat bebas : kata penguat yang boleh diletakkan di hadapan atau di
belakang kata adjektif.
Contoh : sangat, amat, sungguh

4. APAKAH KATA EDJEKTIF EMOSI (PERASAAN)?
a. Kata adjektif emosi ialah sifat dalaman yang melibatkan ‘perasaan’.
b. Contoh : marah, sayang, kasih, cinta, rindu, bimbang, risau, cemas

5. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF:

i. Satu kata adjektif hanya boleh ada satu kata penguat sahaja. (gunakan salah satu sahaja)Salah:
-Sungai yang paling panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang.
-Hadiah yang terlalu bernilai sungguh bagi saya ialah kereta.

Betul:
-Sungai yang paling panjang di sini ialah Sungai Pahang.
-Sungai yang panjang sekali di sini ialah Sungai Pahang
-Hadiah yang terlalu bernilai bagi saya ialah kereta.
-Hadiah yang bernilai sungguh bagi saya ialah kereta.

ii. (kekecualian) Kata penguat bebas sahaja boleh digunakan dua untuk satu kata adjektif. (iaitu ‘sangat, amat dan sungguh’ di hadapan; serta ‘sekali’ di belakang)
Betul:
-Makanan itu sungguh murah sekali harganya.
-Kereta itu amat mahal sekali harganya.
-Guru itu sangat rajin sekali membantu kami

iii. Kata adjektif berimbuhan ‘ter….’ tidak boleh diletakkan kata penguat. (kecuali untuk perkataan ‘terkenal’)
Salah:
-Rumah yang terbesar sekali ialah rumah Abu Bakar.
-Kejayaan itu adalah sangat terbesar kepada saya.
Betul:
-Rumah yang terbesar ialah rumah Abu Bakar.
-Rumah yang besar sekali ialah rumah Abu Bakar.
-Kejayaan itu adalah terbesar kepada saya.
-Kejayaan itu adalah sangat besar kepada saya.

iv. Kata adjektif emosi yang tidak berimbuhan, mesti diikuti dengan ‘kata hubung’ atau ‘kata sendi’ jika hendak dipanjangkan. (‘akan, kepada, dengan’ dan lain-lain)
Salah:
-Ali sangat rindu ibunya di desa.
-Kami terlalu marah sikap pemalunya itu.
Betul:
-Ali sangat rindu akan ibunya di desa.
-Kami terlalu marah dengan sikap pemalunya itu.

v. Kata adjektif emosi tidak boleh berakhiran dengan ‘kan’.
Salah:
-Dia amat marahkan anaknya yang nakal itu.
-Siti begitu sayangkan kakak sulungnya.
Betul:
-Dia amat marah akan anaknya yang nakal itu.
-Siti begitu sayang akan kakak sulungnya.
.
vi. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata penguat tidak boleh digunakan.
Salah:
-Rumah di situ besar-besar sekali.
-Pokok kelapa itu sangat tinggi-tinggi.
Betul:
-Rumah di situ besar-besar.
-Rumah di situ besar sekali.
-Pokok kelapa itu tinggi-tinggi.
-Pokok kelapa itu sangat tinggi.

vii. Jika kata adjektif sudah digandakan, kata nama yang bersangkutan dengan kata adjektif itu tidak boleh digandakan juga. (pilih salah satu sahaja digandakan)Salah:
-Anak-anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya.
-Ikan-ikan yang dijual itu murah-murah harganya.
Betul:
-Anak Encik Rajoo pandai-pandai semuanya.
-Anak-anak Encik Rajoo pandai semuanya.
-Ikan yang dijual itu murah-murah harganya.
-Ikan-ikan yang dijual itu murah harganya.

viii. Kata adjektif yang berimbuhan ‘ter…’ tidak boleh dijadikan ‘pradikat tunggal’ atau ‘pradikat yang pertama’. (tambahkan ‘lah yang’ atau gunakan kata penguat)
Salah:
-Pelajar itu terpandai.
-Pelajar itu terpandai di tingkatan tiga.
Betul:
-Pelajar itulah yang terpandai.
-Pelajar itu paling pandai.
-Pelajar itulah yang terpandai di tingkatan tiga.
-Pelajar itu paling pandai di tingkatan tiga.

1. MAKSUD:Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.
2. CONTOH SENDI NAMA:


Kata sendi Fungsi atau kegunaanDi [tempat / arah]
Ke [tempat / arah / masa]
Dari [tempat / arah / masa]
Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli]
Pada [tempat / masa / benda / perkara]
Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian]
Demi [tujuan]
Untuk [tujuan / kepada / bahagian]
Bagi [tujuan]

BAHASA ISTANA3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA:


i. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.
(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)Salah:
-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)
-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa dihati saya. (benda)
Betul:
-Dia tinggal di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.
-Anda sentiasa di hati saya.
ii. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.
(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)Salah:
-Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)
-Kami berlari kepokok itu. (benda)
-Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah)
-Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa)
Betul:
-Dia pergi ke bandar itu semalam.
-Kami berlari ke pokok itu.
-Dia merantau ke timur Semenanjung.
-Ahmad belajar dari pagi ke malam hari.

iii. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)Salah:
-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.
-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.
Betul:
-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.
-Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.

iv. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.Salah:
-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)
-Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)
Betul:
-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.
-Dia telah sampai di sana pada petang tadi.

v. ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)Salah:
-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)
Betul:
-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka. (tempat)
-Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)

vi. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.Salah:
-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)
Betul:
-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

vii. ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.Salah:
-Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda)
-Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)
Betul:
-Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda)
-Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

viii. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk manusia.
Salah:
-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.
Betul:
-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.

ix. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.Salah:
-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat pada USD50setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan. (pembahagian)
Betul:
-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya. (binatang)
-Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan. (pembahagian)

x. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)Salah:
-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.
Betul:
-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.
-Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.

xi. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.Salah:
-Dari masa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke hari dia membesar.
-daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.
Betul:
-Dari semasa ke semasa dia sedar juga.
-Dari sehari ke sehari dia membesar.
-dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.
-dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.
-dari hari ke hari dia membesar.

xi. ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.Salah:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dan saya.
-Di antara makan dan minum, dia lebih suka minum.
Betul:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor.
-Bandingkanlah di antara anda dengan saya.
-Di antara makan dengan minum, dia lebih suka minum.

BAHASA ISTANA
Almarhum -Allahyarham
Ampun -maaf
Anjung- ruang istana
Anugerah- hadiah
Ayap- makan, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Ayapan hidangan,- digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Balai- tempat menghadap atau bicara
Beradu- tidur
Berair- basuh tangan sebelum menjamah makanan
Beranggar- tempat duduk sementara
Berangkat- pergi
Berasa -sakit (digunakan khas kepada putera-puteri yang kecil)
Berasa ulu- sakit kepala
Bercemar duli- merendahkan diri
Berdaulat- mempunyai kuasa pemerintah
Beristirahat- berehat
Berputera -bersalin atau beranak
Bersiram- mandi
Bertakhta- bersemayam di atas
Bertelut -merendahkan diri dengan melutut
Bertitah -bercakap atau berkata
Beta -saya, dipakai oleh Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda masing-masing dalm tulisan atau pertuturan kepada rakyat
Bingkisan- surat
Cerap -ketahui, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Dato'- panggilan kehormatan dipakai kepada Orang Besar de-Lapan, dan orang-orang yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran itu
Dengan- tuah menerima sesuatu titah dengan niat akan menunaikannya
Dian- lilin
Didik -anak, kaedah Orang Besar-Besar dan orang kebanyakan membahasakan anak-anak buah yang muda kepada Raja
Diputerakan -dilahirkan
Disemadi- dikebumi
Duli Tuanku- debu, habuk di bawah tapak kaki Raja, sesuatu perkara yang hendak disampaikan kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda
Engku- panggilan kepada Raja-Raja daripada Negeri Perak
Gada-gada- panji panji kecil yang diikatkan banyak-banyak pada tali dan digantung bersenggayut pada hari keramaian istiadat diraja
Gahara -sama setaraf atau keturunan Raja yang sebenar
Gering -sakit
Geta- bangku dewan atau bangku tempat duduk Raja
Gundik- isteri-isteri kedua Raja-Raja
Hamba- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
Hemat- pendapat
Hidangan- sajian
Hilang -meninggal dunia (digunakan khas untuk Raja-Raja kecil)
Ibni- bin
Istana -rumah kediaman
Istiadat- upacara
Jaga- bangun (dari tidur)
Jata -lambang
Jemala- batu kepala
Jenazah- mayat
Junjung kasih- terima kasih, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Junjung titah -menurut perintah Raja
Kami- saya, dipakai dalam pertuturan dan tulisan Paduka Seri Sultan kepada Raja-Raja, Orang Besar-Besar dan rakyat
Kaus -kerusi
Ke bawah- kepada
Kecerapan- keterangan
Kesyukuran- terima kasih
Kita -semua para hadirin, dipakai oleh Raja-Raja dan Orang Besar-Besar dalam pertuturan atau tulisan kepada orang-orang yang rendah mertabatnya daripada mereka
Ku -ya, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Kurang cerap- kurang periksa atau tidak tahu
Kurnia- beri atau hadiah
Majlis persantapan- majlis jamuan
Makam- kubur
Maktub -tulis
Mangkat- meninggal dunia
Mangku -memegang jawatan yang kosong sementara
Masuk Jawi- berkhatan atau bersunat
Memanda -perbahasaan dalam pertuturan dipakai oleh Raja-Raja merujuk kepada Orang Besar Negeri
Memohon ampuni limpah perkenan- meminta izin
Memurnikan- menyempurnakan
Mengampuni- bersetuju atau meluluskan
Menghadap- berjumpa atau berkunjung
Menginap- bermalam
Menyembahkan kesyukuran- mengucapkan terima kasih (khususnya kepada Raja Pemerintah)
Merafak- menyampai
Mika- engkau, dipakai dalam pertuturan antara yang berpendidikan tinggi mahupun berpangkat tinggi sahaja
Mohon-/Pohon minta
Mohon patik- meminta menolak sesuatu titah perintah atau persembahan
Murka- marah
Pacal- kaedah membahasakan diri di hadapan Raja
Pacal pondok -kaedah membahasakan isteri di hadapan Raja
Paduka- kalimah ini digunakan kepada Raja membahasakan yang sama sedarah dengannya
Pahar- talam emas atau perak khas untuk kegunaan Raja
Panca Persada -rumah panggung yang dibuat tempat permandian diraja
Panji -bendera
Patik- saya, perbahasaan dipakai dalam pertuturan atau tulisan oleh Orang Besar-Besar dan orang kebanyakan kepada Raja-Raja
Patik mohon- meminta izin meninggalkan majlis
Payung -anak Raja
Penanggahan- kawasan dapur istana
Perbaraan- perasapan
Perkenan- bersetuju
Persada- pentas tinggi
Persalinan- pakaian
Persembahan -penyampaian atau barang yang dihadiah
Puri- bilik tidur
Putera- anak laki-laki
Puteri- anak perempuan
Rimbit -mengandung atau hamil
Santap -makan
Santap -air minum
Seberhana -sepasang
Semayam- duduk
Sembah -mengangkat kedua-dua tangan ke dahi dengan merapatkan kesemua jari itu ke dahi sebagai tanda hormat
Senda -saya, dipakai dalam percakapan sahaja oleh Raja-Raja yang sama setaraf atau Raja-Raja pangkat muda kepada pangkat tua
Seperanak nasi- setengah jam
Sepiak pinang- sebentar lagi
Sila- jemput
Sungai besar- buang air besar
Sungai kecil- buang air kecil
Tapakan -tempat duduk tinggi di pertengahan balairong seri yang dikhaskan untuk Orang Besar-Besar dan orang kenamaan
Teman- pengiring orang yang berpangkat dan bermakna saya yang dipakai dalam pertuturan di antara Raja-Raja berpangkat tua kepada yang berpangkat muda
Tengku -perbahasaan dipakai kepada Orang Besar Ampat pada zaman dahulu
Tetampan- kain kuning tanda pangkat pelayan Raja dan diletakkan di atas bahu
Toh- dibahasakan sebagai 'Toh' dan bukan 'Tok' kepada Orang Besar Perak and Toh-Toh Muda
Toh Puan- perbahasaan panggilan kepada isteri pertama Orang Besar Negeri
Tuanku- tuan aku, bahasa panggilan di dalm pertuturan atau tulisan dipakai oleh Raja-Raja, Orang Besar-Besar, orang kebanyakan sekalian kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir serta isteri gahara baginda
Tunggul- sejenis bendera istiadat
Ubun-ubun/ batu kepala
Ubur-ubur/ payung diraja
Ulu -kepala
Uzur- sakit, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Wali kain- tanda pangkat pelayan istana yang ditaruh di bahu
Warkah -surat, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja
Watikah- surat rasmi (daripada Raja-Raja yang memerintah)

KATA HUBUNG
1. MAKSUD:
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:

a. Kata hubung gabungan:
Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka
b. Kata hubung pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila
c. Kata hubungan berpasangan:
Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG:

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’)Salah:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.
Betul:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan.
Salah:
-Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.
Betul:
-Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.

c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.Salah:
-Awak datang dari Melaka atau Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau dadah.
Betul:
-Awak datang dari Melaka atau dari Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.

d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.
(pilih salah satu sahaja)
Salah:
-Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan.
Betul:
-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.
-Dia belajar dari pagi ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.
-Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.

e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’ serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut ialah …….)
Salah:
-Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.
Betul:
-Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.

f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan gunakan ‘dan’ )Salah:
-Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.
Betul:
-Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.

g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.
Salah:
-Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
Betul:
-Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.
Salah:
-Dia kaya dan dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang.
Betul:
-Dia kaya tetapi dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.Salah:
-Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.
Betul:
-Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.

j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengan ayat.
Salah:
-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.
Betul:
-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.
KATA BILANGAN
1. MAKSUD :
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah.

2. JENIS KATA BILANGAN :
a. Kata bilangan tentu : Menunjukkan jumlah yang tepat.
Contoh : satu, dua, seratus, sejuta, tiga puluh tiga dan sebagainya.

b. Kata bilangan tak tentu : Menunjukkan bilangan yang tidak pasti jumlahnya.
Contoh : semua, banyak, ramai, pelbagai, berbagai-bagai, sekumpulan, sekawan dan lain-lain.
c. Kata bilangan pisahan : Kata bilangan yang menunjukkan sifat dipisahkan
Contoh : berdua-dua, ketiga-tiga, masing-masing, tiap-tiap
d. Kata bilangan tingkat : Menunjukkan maksud tempat
Contoh : pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.
e. Kata bilangan pecahan : Jumlah yang dinyatakan dalam pecahan.
Contoh : suku, separuh, tiga suku, dua per tiga dan sebagainya.

3. KONSEP KATA BILANGAN :
a. Kata bilangan jamak : Menunjukkan maksud jumlah lebih daripada satu.
Contoh : semua, beberapa, kebanyakan, pelbagai, berhari-hari dan sebagainya.
b. Kata bilangan tunggal : Menunjukkan maksud bilangan tunggal atau satu.
Contoh : satu, se

4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN :
a. Ada kata bilangan yang tidak boleh digandakan. (salah jika digandakan)
Salah:
-pelbagai-pelbagai hadiah diberi.
-para-para pelajar yang hadir.
Betul:
-pelbagai hadiah diberi.
-berbagai-bagai hadiah diberi.
-para pelajar yang hadir

b. Ada kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan/ ditunggalkan.Salah:
-Dia ke sekolah pada tiap pagi.
-Berbagai cabaran telah ditempuh.
Betul:
-Dia ke sekolah pada tiap-tiap pagi.
-Dia ke sekolah pada setiap pagi.
-Berbagai-bagai cabaran telah ditempuh.
-Pelbagai cabaran telah ditempuh.

c. Kata bilangan berimbuhan ‘ber….’ Mesti digandakan.Salah:
-Lori itu membawa berguni beras ke kilang.
-Sudah bertahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan air sejuk.
Betul:
-Lori itu membawa berguni-guni beras ke kilang.
-Sudah bertahun-tahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan-cawan air sejuk.

d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya tidak boleh digandakan.
Salah:
-Banyak buku-buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung-burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan-ikan berjaya dipancing.
Betul:
-Banyak buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan berjaya dipancing.

e. Jika kata bilangan berakhiran dengan ‘…….an’, kata nama juga tidak boleh digandakan.
Salah:
-Barisan pelakon-pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang-bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta-peserta mengambil bahagian pada malam ini.
Betul:
-Barisan pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta mengambil bahagian pada malam ini.

f. ‘Kata bilangan jamak’, tidak boleh disertai dengan ‘penjodoh bilangan’.
(kecuali : 'beberapa' dan kata bilangan tentu seperti 'tiga, empat, lima' dan sebagainya)

Salah:
-Semua ekor ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan orang pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.
Betul:
-Semua ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.
Betul: - Beberapa ekor ikanenam buah rumah dan sebagainya.
g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata nama tidak boleh digandakan.Salah:
-Banyak ikan yang besar-besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang-garang dan sukar untuk ditemui.
Betul:
-Banyak ikan yang besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang dan sukar untuk ditemui.

h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang memang berganda. 
Salah:
-Di kawasan sungai itu banyak kura.
-Ramai mata bertugas di tempat ini.
Betul:
-Di kawasan sungai itu banyak kura-kura.
-Ramai mata-mata bertugas di tempat ini.

i. Kata bilangan berimbuhan ‘ke….’ yang menunjukkan jumlah mestilah digandakan.
Salah:
-Polis berjaya membarkas kelima perompak itu.
-Kedua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.
Betul:
-Polis berjaya membarkas kelima-lima perompak itu.
-Kedua-dua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.

j. ‘Kata bilangan tentu’ (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh rapat dengan ‘kata bilangan pecahan’ ('suku, separuh, setengah). (letak objek antara kata bilangan ini)
Salah:
-Kami mengambil masa dua setengah hari untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga suku jam untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu suku sudu garam ke dalam masakan itu.
Betul:
-Kami mengambil masa dua hari setengah untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga jam suku untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu sudu suku garam ke dalam masakan itu.

KATA MAJMUK
1. MAKSUD:
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok mengikut jenis di bawah.

2. JENIS KATA MAJMUK:
a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas:
Contohnya:
gambar rajah biru laut air hujan jalan raya
nasi minyak terima kasih luar biasa merah muda alat tulis
bandar raya tengah hari jam tangan meja tulis
bom tangan kapal terbang kuning langsat

b. Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran:Contohnya:
Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik
Penolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Censelor Profesor Madya
Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara

c. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah:
Contohnya:
model linera garis pusat lelefon dail terus lesung sendi
kanta tangan mata pelajaran pita suara darah panas
kertas kerja batu kapur

d. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa:
Contohnya:
kaki ayam buah hati makan angin pilih kasih
anak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk
berat tangan

e. Bentuk kata majmuk yang telah mantap:
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan/ dirapatkan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
apahal apabila antarabangsa apakata
apalagi bagaimana barangkali beritahu
bumiputera darihal daripada dukacita
jawatankuasa kakitangan kepada pilihanraya
kerjasama manakala manalagi olahraga
padahal pesuruhjaya sediakala setiausaha
sukacita sukarela suruhanjaya tandatangan
tanggungjawab warganegara matahari

fPenggandaan kata majmuk:
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata
jirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar
gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusat
model-model linear Naib-Naib Censelor Ketua-Ketua Menteri

g. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasadan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.Contohnya:
anak emas-anak emas ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan ibu bapa – ibu bapa
pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha

h. Pengimbuhan kata majmuk :
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:

i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja (1 imbuhan), ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk → bercampur aduk
litar selari → berlitar selari
ambil alih → mengambil alih
temu bual → ditemu bual
daya serap → daya serapan
senarai hitam -- disenarai hitam
baik pulih -- membaik pulih

ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan (2 imbuhan), ejaannya menjadi bercantum.Contohnya:
campur aduk → mencampuradukkan
daya serap → kedayaserapan
garis pusat → mengarispusatkan
satu padu → menyatupadukan
tunjuk ajar → menunjukajarkan
senarai hitam -- disenaraihitamkan
baik pilih -- membaikpulihkan


KATA TANYA ( ? )

1. MAKSUD:
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.

2. JENIS KATA TANYA:

Jenis dan Fungsi kata tanya
Apa - Untuk binatang, benda, perkara, tidak pasti (lembaga / hantu dll)

Siapa - Untuk manusia
Mana - Untuk tempat, kedudukan
Bila - Untuk masa, zaman, waktu
Berapa - Untuk jumlah, harga
Mengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding ‘kenapa’)
Kenapa - Untuk sebab
Bagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah Macamana - Untuk cara, keadaan, langkah, punca

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA:

a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan ‘kata tanya’ tetapi mestilah ada tanda tanya ( ? ).Betul:-Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?-Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak?
b. Penegas ‘kah’ tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya.
(letak di hadapan atau tengah)
Salah:-Semalam awak tidak hadir, mengapakah?
-Awak akan melancong ke sana, bilakah?
Betul:-Semalam awak tidak hadir, mengapa?-Mengapakah awak tidak hadir semalam?
-Awak akan melancong ke sana, bila?-Bilakah awak akan melancong ke sana?

c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat anya.
(tukar dengan menyebut ‘fungsinya’)

Salah:-Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu bagaimana anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.
Betul:-Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu punca anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

d. ‘apa’ tidak boleh digunakan untuk manusia. ‘siapa’ tidak boleh digunakan untuk binatang.
Salah:-Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?
Betul:-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan syarat telah digandakan.Salah:-Awak boleh bertanya apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila masa pun.
-Mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.
Betul:-Awak boleh bertanya apa-apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila-bila masa pun.
-Mana-mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

f. ‘Mengapakah’ dan ‘bagaimanakah’ lebih tepat penggunaannya daripada ‘kenapakah’ dan ‘macamanakah’.Betul:-Mengapakah awak tidak hadir?
(ini lebih tepat)
-Bagaimanakah awak sampai ke sini?
(ini lebih tepat)
-Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)
-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)

g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak.
Salah:-Mengapa awak tidur di lantai?
-Bila awak tiba di sini?
Betul:-Mengapakah awak tidur di lantai?
-Bilakah awak tiba di sini?

KATA PEMERI
1. JENIS KATA PEMERI:
i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.

ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.

2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:
-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.
Betul:
-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.


ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah:
-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul:
-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.


iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah:
-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul:
-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.


KATA NAFI

1. MAKSUD:Kata naïf ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.

2. JENIS KATA NAFI:
Tidak 
: Untuk kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja
Bukan : Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan hubung

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI:a. ‘tidak’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja.
Salah:
i-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar. (adjektif)
ii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki bukan tidur. (kerja)
Betul:
i-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar. (adjektif)
ii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki tidak tidur. (kerja)

b. ‘bukan’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan kata/ frasa sendi & hubung.
Salah:
i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton. (nama)
ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu tidak Hayati. (nama)
iii-Peniaga berbangsa Melayu itu tidak dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv-Dia melawat ke negara barat itu tidak dengan saya. (hubung)
Betul:
i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton. (nama)
ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu bukan Hayati. (nama)
iii-Peniaga berbangsa Melayu itu bukan dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv-Dia melawat ke negara barat itu bukan dengan saya. (hubung)

c. Jika sesuatu ayat itu ada perkataan ‘tetapi’, hanya ‘bukan’ yang boleh digunakan tanpa mengira jenis kata di depannya. (jangan gunakan ‘tidak’)

Salah:
i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar tetapiberbadan kurus.
iii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat tetapi sederhana sahaja.
Betul:
i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar tetapiberbadan kurus.
iii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat tetapi sederhana sahaja.

d. Kata pemeri ‘adalah’ sahaja yang boleh digunakan bersama-sama dengan kata nafi. (jangan gunakan ‘ialah’) / Lebih tepat jika 'adalah tidak' atau 'adalah bukan' digantikan dengan 'tidak' atau 'bukan' sahaja.

Salah:
i-Merokok ialah tidak menyalahi undang-undang di negara kita.
ii-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
iii-Orang kaya itu ialah bukan keturunan raja Melayu Melaka.
iv-Peniaga berbadan gempal itu ialah bukan dari Johor Bahru.
Betul:
i-Merokok adalah tidak menyalahi undang-undang di negara kita. (lebih tepat: tidak menyalahi)
ii-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali. (lebih tepat: tidak benar)
iii-Orang kaya itu adalah bukan keturunan raja Melayu Melaka. (lebih tepat:bukan keturunan)
iv-Peniaga berbadan gempal itu adalah bukan dari Johor Bahru. (lebih tepat:bukan dari)
(Pelajar disaran supaya menggunakan 'tidak' atau 'bukan' tanpa menyertakan 'adalah')


KATA NAFI

1. MAKSUD:Kata naïf ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.

2. JENIS KATA NAFI:
Tidak 
: Untuk kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja
Bukan : Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan hubung

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI:a. ‘tidak’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja.
Salah:
i-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar. (adjektif)
ii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki bukan tidur. (kerja)
Betul:
i-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar. (adjektif)
ii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki tidak tidur. (kerja)

b. ‘bukan’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan kata/ frasa sendi & hubung.
Salah:
i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton. (nama)
ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu tidak Hayati. (nama)
iii-Peniaga berbangsa Melayu itu tidak dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv-Dia melawat ke negara barat itu tidak dengan saya. (hubung)
Betul:
i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton. (nama)
ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu bukan Hayati. (nama)
iii-Peniaga berbangsa Melayu itu bukan dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv-Dia melawat ke negara barat itu bukan dengan saya. (hubung)

c. Jika sesuatu ayat itu ada perkataan ‘tetapi’, hanya ‘bukan’ yang boleh digunakan tanpa mengira jenis kata di depannya. (jangan gunakan ‘tidak’)

Salah:
i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar tetapiberbadan kurus.
iii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat tetapi sederhana sahaja.
Betul:
i-Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar tetapiberbadan kurus.
iii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat tetapi sederhana sahaja.

d. Kata pemeri ‘adalah’ sahaja yang boleh digunakan bersama-sama dengan kata nafi. (jangan gunakan ‘ialah’) / Lebih tepat jika 'adalah tidak' atau 'adalah bukan' digantikan dengan 'tidak' atau 'bukan' sahaja.

Salah:
i-Merokok ialah tidak menyalahi undang-undang di negara kita.
ii-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
iii-Orang kaya itu ialah bukan keturunan raja Melayu Melaka.
iv-Peniaga berbadan gempal itu ialah bukan dari Johor Bahru.
Betul:
i-Merokok adalah tidak menyalahi undang-undang di negara kita. (lebih tepat: tidak menyalahi)
ii-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali. (lebih tepat: tidak benar)
iii-Orang kaya itu adalah bukan keturunan raja Melayu Melaka. (lebih tepat:bukan keturunan)
iv-Peniaga berbadan gempal itu adalah bukan dari Johor Bahru. (lebih tepat:bukan dari)
(Pelajar disaran supaya menggunakan 'tidak' atau 'bukan' tanpa menyertakan 'adalah')

FRASA DM DAN HUKUM DM:

1. MAKSUD:a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris.
b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu.
c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”.

2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')
Contoh:
-Rumah saya
-Kereta baru
-Bebola ikan
-Lampu kereta
-Buku teks
-Kereta Proton
-Idea baru


Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
-Saya rumah (my house)
-Baru kereta (new car)
-Ikan bebola (fish ball)
-Kereta lampu (car lamp)
-Teks buku (text books)
-Proton kereta (proton cars)
-Baru idea (new idea)


3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:

i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”.

Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)
- dia menaiki mini bas.
-makan di Aisyah Restoran.
-makan Maggie mee.
-naik Mara Ekspress
-bercicahkan cili sos.
-membeli goreng pisang.
-di Ah Kong kedai basikal.
-berbincang lain hal.

Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
-dia menaiki bas mini.-makan di Restoran Aisyah.-makan mi Maggie.-naik Ekspress Mara.-bercicahkan sos cili.-membeli pisang goreng.-di kedai basikal Ah Kong.-berbincang hal lain.
ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”.

Contoh:
Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan)
-hal lain-lain-perkara lain-lain-peristiwa lain-lain-buku lain-lain-buku bacaan lain-lain
Contoh:
Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)
-lain-lain hal
-lain-lain perkara
-lain-lain peristiwa
-lain-lain buku
-lain-lain buku bacaan
Contoh:
Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan)
-hal-hal lain
-perkara-perkara lain
-peristiwa-peristiwa lain
-buku-buku lain
-buku-buku bacaan lain.

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:
i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas.
ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut.


iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

KATA BILANGAN
1. MAKSUD :Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah.

2. JENIS KATA BILANGAN :
i. Kata bilangan tentu : Kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tepat
Contoh: satu, dua, seratus, sejuta, tiga puluh tiga dan sebagainya.

ii. Kata bilangan tak tentu : Menunjukkan bilangan yang tidak pasti
Contoh: semua, banyak, ramai, pelbagai, berbagai-bagai, sekumpulan, sekawan dan lain-lain.

iii. Kata bilangan pisahan: Kata bilangan yang menunjukkan sifat dipisahkan
Contoh: berdua-dua, ketiga-tiga, masing-masing, tiap-tiap

iv. Kata bilangan tingkat : Menunjukkan maksud tempat
Contoh: pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.

v. Kata bilangan pecahan :
Contoh: suku, separuh, tiga suku, dua per tiga dan sebagainya.

3. KONSEP KATA BILANGAN :
i. Kata bilangan jamak: Menunjukkan maksud lebih daripada satu
Contoh: semua, beberapa, kebanyakan, pelbagai, berhari-hari dan sebagainya.

ii. Kata bilangan tunggal : Menunjukkan maksud bilangan tunggal atau satu
Contoh: satu, se

4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN :
a. Ada kata bilangan yang tidak boleh digandakan. (salah jika digandakan)Salah:
-pelbagai-pelbagai hadiah diberi.
-para-para pelajar yang hadir,
Betul:
-pelbagai hadiah diberi.
-berbagai-bagai hadiah diberi.
-para pelajar yang hadir

b. Ada kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan/ ditunggalkan.Salah:
-Dia ke sekolah pada tiap pagi.
-Berbagai cabaran telah ditempuh.
Betul:
-Dia ke sekolah pada tiap-tiap pagi.
-Dia ke sekolah pada setiap pagi.
-Berbagai-bagai cabaran telah ditempuh.
-Pelbagai cabaran telah ditempuh.

c. Kata bilangan berimbuhan ‘ber….’ Mesti digandakan.Salah:
-Lori itu membawa berguni beras ke kilang.
-Sudah bertahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan air sejuk.
Betul:
-Lori itu membawa berguni-guni beras ke kilang.
-Sudah bertahun-tahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan-cawan air sejuk.

d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya tidak boleh digandakan.Salah:
-Banyak buku-buku yang disediakan di perpustakaan
-Sekawan burung-burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan-ikan berjaya dipancing.
Betul:
-Banyak buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan berjaya dipancing.

e. Jika kata bilangan berakhiran dengan ‘…….an’, kata nama juga tidak boleh digandakan.
Salah:
-Barisan pelakon-pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang-bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta-peserta mengambil bahagian pada malam ini.
Betul:
-Barisan pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta mengambil bahagian pada malam ini.

f. ‘Kata bilangan jamak’, tidak boleh disertai dengan ‘penjodoh bilangan’.
(kecuali : beberapa dan kata bilangan tentu seperti tiga, empat, lima dan sebagainya)
Salah:
-Semua ekor ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan orang pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.
Betul:
-Semua ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.

g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata nama tidak boleh digandakan.Salah:
-Banyak ikan yang besar-besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang-garang dan sukar untuk ditemui.
Betul:
-Banyak ikan yang besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang dan sukar untuk ditemui.

h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang memang berganda.Salah:
-Di kawasan sungai itu banyak kura.
-Ramai mata bertugas di tempat ini.
Betul:
-Di kawasan sungai itu banyak kura-kura.
-Ramai mata-mata bertugas di tempat ini.

i. Kata bilangan berimbuhan ‘ke….’ yang menunjukkan jumlah mestilah digandakan.Salah:
-Polis berjaya membarkas kelima perompak itu.
-Kedua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.
Betul:
-Polis berjaya membarkas kelima-lima perompak itu.
-Kedua-dua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.

j. ‘Kata bilangan tentu’ (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh rapat dengan ‘kata bilangan pecahan’. (letak objek di antara kata bilangan ini)Salah:
-Kami mengambil masa dua setengah hari untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga suku jam untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu suku sudu garam ke dalam masakan itu.
Betul:
-Kami mengambil masa dua hari setengah untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga jam suku untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu sudu suku garam ke dalam masakan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays