Hikayat Inderaputera-Tingkatan 2

SINOPSIS

Cerita ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya membunuh gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja Talela  Syah.

            Ayahanda Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana untuk menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk. Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang mualim bernama Bersapian.

            Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat.  Si tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat gambar merak daripada emas.  Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam dulang emas dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh berpantun serta berseloka. Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik dengan merak emas itu lalu turun daripada riba ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka merak itu menyambar Inderaputera lalu menerbangkannya.  Ayahanda dan bondanya sangat berduka cita.

            Inderaputera yang diterbangkan telah dijatuhkan oleh merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan.  Nenek Kebayan yang pulang daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan kisahnya kepada Nenek Kebayan.  Nenek Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki nenek kebayan bertambah murah. Suatu hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang begitu elok sekali. Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek Kebayan untuk menjadikan Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang. Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya Inderaputera membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana Menteri.

 TEMA


Cerita ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan yang dimiliki oleh seseorang. Dalam hal ini, keistimewaan itu dimiliki oleh Inderaputra.


 PERSOALAN



1.    Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Raja Bikrama Puspa tidak mahu berenggang dengan Inderaputera dan berasa dukacita setelah Inderaputera dilarikan merak emas.
2.    Persoalan keutamaan menurut arahan. Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram Puspa mengikut arahan membayar ufti kepada baginda.
3.    Persoalan kelebihan yang diperoleh apabila memelihara anak yatim. Bunga-bunga di kebun Nenek Kebayan kembang mekar dan hasil jualannya meningkat setelah Nenek Kebayan memelihara Inderaputera sebagai cucu angkat.


 WATAK DAN PERWATAKAN



Watak Utama

Inderaputera

Ø  Berwajah menarik.
Ø  Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Buspa
Ø  Bondanya bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi.
Ø  Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh oleh orang lain.
Ø  Pandai membaca al quran .
Ø  Seorang yang merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah Perdana Menteri makan.



Watak Sampingan

Nenek Kebayan

Ø  Penyayang contohnya nenek Kebayan.sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat.
Ø  Seorang yang perihatin terhadap kesusahan orang lain.

Perdana Menteri

Ø  Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain.
Ø  Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah siang sahaja.


 LATAR



Latar Masa

Ø  14 haribulan.
 Hari lnderaputera dilahirkan.

Ø  Tujuh tahun.
Tempoh Inderaputera dibesarkan sehinggalah dia dilarikan oleh burung merak emas.


Latar Tempat

Ø   Negeri Semanta Puri.
Negeri ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama Buspa.

Ø   Di dalam istana Raja Bikrama Buspa.
Di sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas.

Ø   Di dalam kebun Nenek Kebayan.
Di tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas yang telah menyambarnya.

Ø        Di rumah Perdana Menteri.
Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera makan.
Latar Masyarakat

Ø              Latar masyarakat yang perihatin terhadap orang lain.
Nenek Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat setelah dia dijatuhkan oleh burung merak emas.

Ø   Latar masyarakat yang mudah lupa akan kesukaran yang pernah berlaku.

Ø              Latar masyarakat yang sayangkan kanak-kanak.

Ø              Latar masyarakatnya juga memiliki kesaktian dan keistimewaan yang luar biasa.
Inderaputera yang memiliki kesaktian yang boleh mengalahkan gergasi bernama Mamdu yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Talelah Syah.


GAYA BAHASA



1.    Kata ganda
Tiap-tiap, laki-laki, kaya-kaya, hina-dina, gilang-gemilang

2.    Inversi
Tuan puteri pun beranaklah seorang lelaki terlalu sekali elok paras rupanya

3.    Simile
Terlalu sekali elok paras rupanya seperti matahari baharu terbit gilang-gemilang

4.    Bahasa istana
Baginda, santap, semayam

5.    Bahasa Arab
Al-Quran



 NILAI



           
1.    Nilai kebijaksanaan.
Kebijaksanaan ketara ditonjolkan pada watak Inderaputera yang berjaya menewaskan gergasi bernama Mamdu dengan menggunakan kebijaksanaan.


2.    Nilai kasih sayang.
Hal ini ditunjukkan oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu sayangkan anakandanya Inderaputera.


3.    Nilai pemurah.
Maharaja Bikrama Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada setiap ahli nujum yang datang menilik nasib anaknya.


4.    Nilai berbudi bahasa.
Inderaputera sungguh berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang menjumpainya dan membelanya.


5.    Nilai kejujuran
Inderaputera berlaku jujur  dengan menerangkan asal usulnya dan bagaimana dia boleh berada dalam kebun Nenek Kebayan.




 PENGAJARAN




1.      Kita hendaklah selalu berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman yang tidak dijangka-jangka. Jika tidak berwaspada ada kemungkinan perkara buruk akan berlaku. Sikap Maharaja Bikrama Buspa yang lalai terhadap burung merak  emas telah mengakibatkan anakandanya dilarikan oleh burung berkenaan.

2.      Kita hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Sebagai contoh, Maharaja Bikrama Buspa mencarikan seorang guru agama untuk anakandanya belajar mengaji selama tujuh tahun.

3.      Kita mestilah menghargai jasa orang kepada kita.  Maharaja Bikrama Buspa menghargai jasa para nujum dengan mengurniakan persalinan setelah menilik nasib Inderaputera.


4.      Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang. Sikap ini ditunjukkan oleh Inderaputera yang merendahkan diri ketika berhadapan Perdana Menteri. Dia tidak makan selagi Perdana Menteri tidak selesai makan.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays