Harga Sebuah Lukisan-Tingkatan 3



Sinopsis

 Kamal Hijaz  akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari  pertandingan,  Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah.  Maryati mengkhianati  Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya,  Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

Tema

 Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.  Pada hari pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas makanan.

Persoalan

 i.Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Contoh : Kamal Hijaz  membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan model  dalam pertandingan melukis.

ii.     Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.

Contoh :  Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra.

iii.           baik hati dalam kalangan murid sekolah. Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan  mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

iv.            Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup. Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat  kertas lukisannya yang disabotaj,  Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.

v.             Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.
Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati  Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.
vi.            Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang. Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati  yang mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Plot

i.              Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

ii.             Perkembangan

Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi.  Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.

 iii.            Puncak

Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya  telah disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan  Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

iv.         Peleraian

Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Teknik Plot

i.              Pemerian

Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh kawan-kawannya  kerana kebolehannya  melukis.

ii.             Monolog Dalaman

Contoh: Penulis menggambarkan  Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah.

iii.            Dialog

Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan melukis.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Kamal Hijaz

i.               Pelajar  Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

ii.              Berbakat dan berminat dalam lukisan dan  sentiasa mendapat markah A dalam  Mata Pelajaran   Lukisan.

iii.             Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan    menyertai pertandingan melukis.

iv.            Berjiwa mulia  kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi 
membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
v.             Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan  meneruskan     lukisannya   yang kedua sehingga berjaya.

vi.            Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.

Watak Sampingan

Maryati

i.        Rakan  kepada Kamal Hijaz.

ii.       Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela bertemu dengan   Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.

iii.       Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan  Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis.

iv.       Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf  kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Latar

Latar Masa

i.           Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.Contoh:Pengetua  menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan pertandingan yang diadakan.

ii.          Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan. Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah  Kebangsaan Sirusa.

iii.         Dua minggu. Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan  pertandingan diumumkan.

iv.         Tiga hari Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran dua pahlawan sedang bertikam.

Latar Tempat

i.              Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis dijalankan.Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis itu.

ii.             Taman mini  sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan dimulakan.

Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran taman  mini sekolah.

iii.            Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas     makanan.Contoh :“Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,”

Latar Masyarakat
i.              Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab mendidik anak-anak tempatan. Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis peringkat daerah.

ii.             Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di sekolah.

Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

iii.            Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran pahlawan sedang bertikam.

iv.            Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.Contoh :Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan bermula.

Nilai

i.              Nilai persahabatan. Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.

ii.             Nilai ketabahan. Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan  kertas lukisannya. Dia tetap taba h dan gigih meneruskan lukisan keduanya.

 iii.            Nilai kesabaran. Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis.

iv.            Nilai kegigihan. Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam.

Pengajaran

i.         Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dilukiskan   dalam pertandingan melukis.

iii.             Kita hendaklah  berbudi bahasa. Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak  Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

iii.            Kita hendaklah bersemangat tinggi. Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang dikhianati,  Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan      meneruskan   lukisannya  dengan yakin dan berjaya.

iv.            Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri. Contoh :  Maryati berasa bersalah   dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia meminta   maaf.

v.             Kita hendaklah berhati mulia. Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah     mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Gaya Bahasa

i.i.          Peribahasa Contoh : Membulatkan hatinya

iii.             Hiperbola Contoh : Menusuk rongga hidung

iii.            Pengaruh bahasa asing. Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour

iv.            Simile Contoh : macam nenek kebayan


v.             Kata ganda Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays