Capa Rengat-Tingkatan 2


Sinopsis
"Aku" buat kali pertama menjejakkan kaki ke hampung yang dimomokkan oleh ibu sebagai penderitaan dan kesepian. Namun, anggapan "aku" berubah apabila mengikut Pak Cik Kinto meninjau bukit di belakang rumah pusaka mereka. Pada hari Pak Cik Kinto ke bandar menguruskan pemindahan harta pusaka ibu kepadanya, "aku" mengelilingi kampung, lalu bertemu dengan Su yang mengajaknya bermain di tepi paya dengan beberapa kanak-kanak kampung. "Aku" cepat menyesuaikan diri. "Aku" berasa senang kerana pengalaman dilayan begitu mesra, tidak seperti kawan-kawan di kota yang sombong dan terkongkong. "Aku" tidak jadi marah walaupun berkali-kali rumah katak yang dibinanya dipecahkan oleh Su yang begitu lucu dan mesra. Su kemudiannya menghadiahi "aku" sejambak bunga bernama capa rengat atau melur hutan yang dipetik di hujung paya. Sedang "aku" sibuk membina rumah katak, kali ini dengan acuan kaki Su, tiba-tiba adik tiri Su datang memanggilnya pulang. Malamnya "aku" tidur keletihan di samping capa rengat itu. Keesokan paginya, "aku" dan ibu bersiap-siap pulang ke kota. Mereka menaiki teksi. Perasaan "aku" menjadi hiba, sayu dan sepi yang begitu tajam. "Aku terus diam dan bungkam apabila ibu memberitahu mereka tidak lagi akan balik kampung justeru tanah dan rumah pusaka mereka telah diserahkan kepada Pak Cik Kinto. "Aku" benar-benar kehilangan pengalaman yang begitu indah dan juga Su...

PERSOALAN 

1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia melangkaui budaya.
Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan. 

2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti persahabatan.
Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku menyebabkan aku amat  suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung walaupun pada   asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung. 

3. Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su. 

4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.
Contoh: Su seronok mandi sungai dan bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya. 

BINAAN PLOT 

Permulaan
Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara “Aku”. Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani “Aku” dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung. 

Perkembangan
Pada sebelah petang, “Aku” merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. “Aku” bertemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. “Aku” pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air. 

Klimaks
Keesokan paginya, “Aku” dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. “Aku” berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana kampung. 

Peleraian
“Aku” pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung. 

WATAK DAN PERWATAKAN

“Aku”
· Seorang anak remaja
· Menghargai alam sekitar
· Proaktif dan cergas
· Mempunyai pandangan bernas
· Berfikiran positif 

Ibu
· Pertengahan usia
· Tegas dengan pendirian
· Sikap terburu-buru membuat keputusan
· Prihatin terhadap orang lain
· Berperilaku mesra 

Su
· Budak perempuan awal remaja
· Bersikap periang
· Aktif dan cergas
· Bijak mengolah keadaan
· Taat kepada ibu 

Pakcik Kinto
· Bapa saudara “Aku”
· Mahir selok-belok di kampung
· Mempunyai kemahiran menembak
· Ikhlas melayani tetamu
· Melaksanakan urusan dengan cekap 

LATAR

MASA
· Pagi – “Aku” dan ibu bertolak pulang ke bandar setelah seharian berada di kampung. 

· Petang – “Aku” dibawa oleh Pak Cik Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ. 

· Malam – “Aku” tidur dengan nyenyak kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan budak-budak kampung. 

Tempat
· Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto – tempat Pak Cik Kinto membawa “Aku” bersiar-siar untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ. 

· Paya – tempat kanak-kanak kampung berenang dan bermain di tepinya. 

· Rumah Pak Cik Kinto – tempat “Aku” dan ibu bermalam ketika pulang ke kampung. 

Masyarakat
1. Masyarakat bandar
Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan dibesarkan di bandar begitu kekok   waktu mula-mula sampai di kampung. 

2. Masyarakat kampung
Contoh: Pak Cik Kinto yang sering ke hutan untuk berburu.

3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin supaya melindungi rambutnya   kerana untuk menutupi aurat.

4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar
Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan menyukainya serta  menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.

5. Masyarakat yang suka berburu
Contoh: Pak Cik Kinto sering berburu di hutan. 

GAYA BAHASA 

1. Kata Ganda
Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah, bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik

2. Anafora
Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian?

3. Inversi (Keterbalikan ayat)
Contoh: Demi memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu,   segala rasa kesepian itu hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian itu hilang apabila   memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.

4. Personifikasi
Contoh: Melahirkan sinar cemburu.

5. Simile
Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.

6. Simpulan bahasa
Contoh: Seperti belangkas 

NILAI 

1. Nilai keberanian
Su berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam. 

2. Nilai hemah tinggi
Su dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka   walaupun baru pertama kali berjumpa. 

3. Nilai kerajinan
Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku berburu bagi mendapatkan rezeki. 

4. Nilai kerjasama
Su dan aku bekerjasama membina rumah katak semasa bermain. 

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar.
Pak Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di   hutan.

2. Kita hendaklah menghargai persahabatan.
Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan sanggup menjaga bunga Capa   Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.

3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang antara keluarga.
Contoh: Aku menyayangi Pak Cik Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja  mengenalinya.

4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara yang sukar.

Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina rumak katak dan jalan ke   rumah katak.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays