Syair Nasihat Ayahda Siti Zawiyah-Tingkatan 1


SYAIR
MAKSUD

Ada kepada suatu hari,
Sakit saudagar laki isteri,
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.


Saudagar dan isterinya sakit selama tujuh hari dan tidak bergerak sama ada ke kanan mahupun ke kiri

Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya.

Saudagar merasakan bahawa ajalnya akan tiba. Saudagar memanggil anaknya lalu mencium kepala anaknya itu sambil menangis.

Katanya wahai cahaya mataku,
Tinggallah tuan buah hatiku,
Hampirlah mati gerangan aku,
Baiklah tuan tingkah dan laku.

Saudagar berkata kepada anak yang disayanginya bahawa ajalnya hamper tiba. Saudagar mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya dan berharap anaknya akan menjaga tingkah laku.

Serta harta aku tinggalkan,
Tuan seorang yang menyukakan,
Sampai habis semua diterimakan,
Faedahnya akan diberikan.

Saudagar memberitahu anaknya bahawa dia meninggalkan harta yang banyak untuknya. Harta itu akan memberi faedah kepada anak itu.

Jikalau tidak anakku berakal,
Harta pusaka di manakan kekal,
Habis harta badan tinggal,
Laksana perahu bersauh tunggal.

Menurut saudagar, jika anaknya tidak menggunakan akal, harta itu tidak akan kekal lama dan akan cepat habis. Hanya badan yang tinggal seperti perahu yang tinggal sauhnya.

Kerana harta tiada berguna,
Jikalau tidak akan sempurna,
Sekalian itu habislah fana,
Hanyalah tinggal badan merana.

Pemilik harta akan merana dan ditimpa kesusahan jika harta tidak diuruskan dengan baik. Hal ini kerana semua harta hanyalah fana di dunia ini.

Budi dan bahasa janganlah lupa,
Muliakan olehmu ibu dan bapa,
Mana yang datang padamu berjumpa,
Janganlah lambat tuan menyapa

Saudagar turut berpesan kepada anaknya tentang kepentingan budi bahasa, di samping memuliakan ibu bapa. Anaknya juga perlu segera manyapa orang lain yang ditemuinya sebagai tanda hormat mereka.

Kerana adat orang berbeza,
Tiada memandang harta dan benda,
Tegur dan sapa itu yang ada,
Itulah penambah di dalamnya ada.

Sesetengah orang berbeza adatnya. Ada orang yang mengutamakan budi bahasa berbanding harta benda. Oleh itu, berbudi bahasa dan beramah mesra sangat penting diamalkan dalam kehidupan.


Tema 

Nasihat seorang bapa kepada anaknya dengan mengatakan harta benda amat penting untuk meneruskan hidup. Dengan itu, saudagar meninggalkan banyak harta untuk anak-anaknya dengan harapan harta tersebut bermanfaat kepada mereka.

Persoalan

1.
2.
3.
4.


Kepentingan harta benda
Kebaikan hati seorang ayah terhadap anaknya
Kepentingan berbudi bahasa
Menghormati tetamu


Gaya Bahasa

Gaya Bahasa
Contoh

1.    Simile

Laksana perahu bersauh tunggal

2.    Simpulan bahasa

Tinggallah tuan buah hatiku

3.    Bahasa pinjaman
(Bahasa Arab)

Sekalian itu habislah fana


Unsur Bunyi


1.    Asonansi ( pengulangan huruf vokal)

Saudagar tahu akan dirinya
Ø  dalam baris sajak di atas, vokal “a” diulang sebanyak 7 kali

2.    Aliterasi

 Jikalau tidak anakku berakal
Ø  dalam baris sajak di atas, konsonan “k” diulang sebanyak 5 kali


Nilai Murni

Berbudi bahasa
Bukti: budi dan bahasa janganlah lupa

Hormat-menghormati
Bukti: muliakan olehmu ibu dan bapa

Kasih sayang
Bukti : dicium kepala dengan tangisnya

Rasional
Berfikir secara rasional untuk menggunakan harta yang ditingalkan sebaik mungkin.


Pengajaran

1.    Kita perlu berbudi bahasa kerana budi bahasa melambangkan keperibadian seseorang.
2.    Anak-anak haruslah menghormati ibu dan bapa dengan mendengar nasihat mereka.
3.    Kerasionalan amat penting sebelum kita membuat keputusan atau melakukan tindakan.

4.    Ibu dan bapa perlu menasihati anak-anak agar mereka menjadi insan yang berguna.


Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays