Pantun (Jimat-cermat)-Tingkatan 1
| PANTUN | MAKSUD |
| Pergi ke belukar memasang pikat, Pualngnya lewat di hujung petang, Jikalau sentiasa berjimat cermat, Rezeki secupak terasa segantang. | Sekiranya kita mengamalkan sikap berjimat cermat, rezeki yang diperoleh akan bertambah dari semasa ke semasa. |
| Indah nian pemandangan dunia, Dari timur hingga selatan, Sikap berjimat amalan mulia, Orang boros sahabat syaitan. | Berjimat cermat adalah amalan mulia. Orang yang boros pula dianggap sebagai kawan syaitan. |
| Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan, Jika berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa hadapan. | Berjimat cermat hendaklah dalam setiap perkara kerana amalan ini akan menjamin masa depan. |
| Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga dibuat sayuran, Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan. | Berbelanja besar adalah sikap yang tidak berfaedah. Sikap ini hanya akan menambahkan beban kewangan. |
| Singgah berehat di Kota Lama, Kuih dijamah air dihirup, Berjimat cermat suruhan agama, Jika diamal sejahteralah hidup. | Berjimat cermat adalah amalan yang dituntut oleh agama. Hidup akan lebih sejahtera jika kita sentiasa berjimat cermat. |
| Inderagiri pasirnya lumat, Tempat berkelah putera raja, Baik sedikit tetapi berjimat, Daripada banyak membazir sahaja. | Lebih baik berjimat dengan cara membeli sesuatu dengan kadar yang sedikit daripada membeli sesuatu dengan kadar yang banyak tetapi hanya membazir. |
| Turun ke lading memetik kacang, Hendak dibuat masak lemak, Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti terelak. | Semua urusan yang dilakukan dengan cara yang terancang akan mampu mengelakkan pembaziran. |
Tema
Kepentingan amalan berjimat cermat. Amalan ini memberi pelbagai faedah.
Persoalan
| 1. 2. 3. | Amalan berjimat cermat menambahkan rezeki Keburukan sikap boros Kepentingan merancang perbelanjaan |
Gaya Bahasa
| Gaya Bahasa | Contoh |
| 1. Inversi | · Masak meranum buah ara · Segala urusan jika terancang |
Unsur Bunyi
| 1. Asonansi ( pengulangan huruf vokal) | Rezeki secupak terasa segantang Ø dalam baris sajak di atas, vokal “e” diulang sebanyak 5 kali |
| 2. Aliterasi | Baik sedikit tetapi berjimat Ø dalam baris sajak di atas, konsonan “t” diulang sebanyak 4 kali |

Comments
Post a Comment