Sajak Jangan-Tingkatan 1
SAJAK | MAKSUD |
Jangan bawa pergi anakku ! Aku masih mencintai anakku ! Permata hati belahan jiwa pembalut luka dan penghibur lara satu-satunya pujaan hatiku. | Penyajak tidak mahu anaknya dibawa pergi kerana dia amat menyayangi anaknya yang merupakan permata hatinya. Anak itu bukan sahaja menjadi pengubat luka dan penghibur hatinya yang duka malahan turut menjadi satu-satunya pujaan hatinya. |
Jangan kaubawa lari anakku ! Kerana tidak boleh berpisah antara aku dengannya hidupku dan selalu menjadi mata hatiku pilu terasa, rapat dada bila cinta anakku kau pisah suka sakit diri, perih terasa akan lupa apa saja dibuatnya cinta ayah pada anak mungkin lebih dari cinta ibunya. | Penyajak berharap agar anaknya tidak dilarikan kerana dia tidak boleh berpisah dengan anaknya. Anaknya itu merupakan mata hatinya dan jika mereka terpisah, dia akan berasa sedih dan pilu. Walaupun cinta seorang ayah terhadap anaknya mungkin lebih daripada cinta seorang ibu terhadap anaknya, penyajak berharap agar hubungannya dengan anaknya tidak dipisahkan. |
Jangan bawa pergi anakku ! Akan kucari di mana pun dia kini. | Penyajak berharap agar anaknya tidak dibawa pergi. Dia akan mencari anaknya walau di mana sahaja anaknya dibawa pergi. |
Tema
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya sehingga tidak mahu berpisah dengan anaknya.
Persoalan
1. 2. 3. | Kesan perpisahan Hubungan anak dengan ibu Kepentingan seorang anak |
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa | Contoh |
1. Metafora | hidupku dan selalu menjadi mata hatiku |
2. Sinkof (penggunaan singkatan kata) | · Jangan bawa pergi anakku · Jangan kaubawa lari anakku |
Unsur Bunyi
1. Asonansi ( pengulangan huruf vokal) | Mungkin lebih dari cinta ibunya Ø dalam baris sajak di atas, vokal “i” diulang sebanyak 5 kali |
2. Aliterasi | Akan kucari di mana pun dia kini Ø dalam baris sajak di atas, konsonan “n” diulang sebanyak 4 kali |
Nilai Murni
Kasih sayang
Bukti: kerana tidak boleh berpisah antara aku dengannya
Pengorbanan
Bukti: akan kucari di mana pun dia kini
Pengajaran
1. Kita tidak boleh memisahkan kasih sayang antara seorang ibu dengan anaknya kerana seorang ibu itu pasti akan bersedih sekiranya kehilangan anak yang disayangi. Tindakan memisahkan seorang anak daripada ibunya juga merupakan tindakan yang tidak berperikemanusian.
2. Ibu bapa sangat menyayangi anak-anak dan mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak.
3. Setiap ahli keluarga perlu saling menyayangi untuk membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni.
Comments
Post a Comment