Sejarah Bab1,2,3-Tingkatan1





















































(1)   Pengertian Sejarah
1.     Perkataan Arab – syajaratun – pohon atau pokok, salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.
2.     Ibn Khaldun – masyarakat 
dan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat
3.     Herodotus –  cerita tindakan manusia dan sebab mereka melakukannya.
4.     Muhd. Yusof Ibrahim –  rekod peristiwa yg berlaku.
5.     Penyelidikan perkara yg telah berlaku

(2)   Ciri-ciri Sejarah
a)    Fakta yang tepat dan benar.
1.     Fakta Sejarah dibuktikan melalui
i.    peristiwa
ii.    tempat
iii.   tokoh
iv.   tarikh
2.     Fakta tidak boleh direka/ditokok tambah.
3.     Fakta sejarah – bukti kesahihannyab)    Penting dan bermakna.
1.     Peristiwa penting kepada negara  -  kemerdekaan
2.     Peristiwa penting kepada pelajar  – tarikh lahir pelajar.
c)     Sebab dan akibat.
1.     Mencari kebenaran sesuatu peristiwa
2.     Bagi mengetahui sebab dan akibat  peristiwa – apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana 
3.     Sejarawan membuktikan kesahihan fakta
4.    Sebab & akibat sesuatu peristiwa timbulkan perasaan ingin tahu

(3)   Sumber Sejarah
Ciri Sumber Pertama/Sumber Primer.
  1. fosil, artifak dan keterangan lisan.
  2. Belum diolah dan dicetak
  3. Masih asli dan belum ditafsir.
  4. Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum dicetak & batu bersurat.
Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.
  1. Bahan yg  dikaji melalui bacaan bahan bertulis.
  2. Ditulis oleh sejarawan.
  3. Diolah dan dicetak.
  4. Disebarkan kepada umum.
  5. Buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.
(4)   Kaedah Pengkajian Sejarah
a)    Kaedah lisan.
  1. Maklumat diperoleh secara terus
  2. melalui ucapan, penceritaan, perbualan
  3. Maklumat sejarah drp ucapan tokoh.
  4. Maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos, legenda, dongeng dan puisi.
  5. Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta
  6. Kelemahan –  wujudnya unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng.
  7. Kesan kemajuan sains dan teknologi
kaedah pandang dengar digunakan.  Contoh:
televisyen,  pita rakaman &  internet

b)    Kaedah bertulis.
1.     Maklumat drp sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, kulit kayu, gading dan sebagainya.
c)     Kaedah arkeologi.
1.     Maklumat berdasarkan kajian saintifik.
2.     Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas, maritim dan gali cari.
3.     Maklumat ditemui melalui proses gali cari.
4.     Melalui proses gali cari, ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiocarbon.

(5)   Pentafsiran Sejarah
1.     Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna,
2.     Sejarawan berusaha mencari jawapan
3.     Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
4.     Tafsiran mungkin berbeza antara  sejarawan.
i.  ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau memperkenalkan sistem cukai.
ii.  Sejarawan lain – pembunuhan kerana Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja
5.     Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.
i.      Sejarawan barat – penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau bilau
ii.  Sejarawan  lain – penjajahan  kerana British ingin membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
iii. Sejarawan Barat – anggap Tok Janggut, Dato Bahaman sebagai pemberontak.
iv.   Sejarawan tempatan – anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.
6.    Sejarawan mestilah jujur dan bertanggungjawab ketika membuat penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah

(6)   Tujuan mempelajari Sejarah
1.     Banyak ilmu pengetahuan.2.     Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
3.     Memahami sejarah tamadun awal bangsa
4.     Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
5.    Membentuk keperibadian bangsa
6.     Ketahui pemimpin dan tokoh negara
7.     hargai jasa dan pemimpin negara masa lalu dan kini
8.     Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan
9.     Merangka wawasan masa depan dengan yakin untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan negara.

(7)  Faedah mempelajari sejarah.
1.     Panduan  untuk memperbaiki kesilapan
2.     Menjadi perangsang  memajukan negara
3.     Mengingati  zaman keagungan kita
4.     Memupuk semangat patriotisme
5.    Rakyat berbangga menjadi rakyat Malaysia

(8) Rumusan
  1. Sejarah – panduan dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa hadapan.
  2. Melalui sejarah, generasi kita dipupuk dengan semangat patriotisme
  3. Sejarah membantu kita menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Bab 2 : Zaman Prasejarah Di Malaysia
(1)  Pengenalan tentang zaman prasejarah
1.     Zaman Prasejarah dibahagikan
i.  Zaman Paleolitik
ii. Zaman Mesolitik
iii. Zaman Neolitik
iv. Zaman Logam.
2.     Tempoh masa setiap zaman beza antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.
3.     Perbezaan zaman bergantung kepada kemajuan tempat tersebut.
4.     Zaman Prasejarah di Malaysia
i. Zaman Paleolitik,
ii. Zaman  Neolitik
iii. Zaman Logam.
5.     Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik
6.     Penyelidikan terdahulu – selepas Zaman Paleolitik, kita mengalami Mesolitik bercirikan alat batu Hoabinh di Vietnam.
7.   Alat batu bercirikan alat batu Hoabinh di Bukit Jawa, Lenggong  ialah alat batu Zaman Paleolitik.
8.     Zaman Logam terbahagi :
i. zaman Gangsa
ii. zaman Besi
(2)   Zaman Paleolitik

a)    Ciri-ciri penempatan.
1.     Hidup berpindah-randah (nomad).
2.     Tempat tinggal ialah
i.  di kawasan terbuka (luar gua),
ii.  dalam gua
iii.  sekitar tasik.
b)    Kegiatan dan peralatan.1.     Buru binatang liar.
2.     Pungut hasil hutan
3.     Hidup sara diri.
4.     Guna alat batu yang kasar untuk  memotong daging dan menetak pokok.
5.     Alat batu penetak – utk meraut & memotong.
c)     Kepercayaan.
1.     Animisme – percaya benda seperti batu mempunyai semangat
2.     upacara perkuburan.
3.    Mayat  dikebumikan bersama barang-barang
4.     Manusia Perak dikebumikan kaki berlipat.d)    Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia.
1.     Di Perak – Bukit Jawa, Kota Tampan dan Bukit Bunuh di Lenggong,.
2.     Di Sarawak – Gua Niah
3.     Di Sabah – Tingkayu
e)     Penemuan zaman Paleolitik di Malaysia.
1.     Di Kota Tampan – disahkan melalui pentarikhan saintifik dan menandakan Malaysia antara negara terawal mengalami Zaman Prasejarah Dunia.
2.     Gua Niah – kegiatan penggalian dilakukan.
3.     Gua Gunung Runtuh – ditemui manusia Perak



(3)   Zaman Neolitik
a)    Ciri-ciri penempatan.
1.     Menetap di dalam gua /hampir dgn sungai.
2.     Wujud sistem bermasyarakat – mempunyai ketua dan  pembahagian kerja.b)    Kegiatan dan peralatan.
1.     Cipta alat tembikar seperti periuk
2.    Bercucuk tanam.
3.     Tangkap ikan.
4.    Ternak binatang.
5.     Berburu
6.     Pungut hasil hutan.
7.     Berdagang secara tukar barang.
8.     Guna alat batu tetapi lebih kemas buatannya
9.     Cipta barang kemas spt  kalung,  anting-anting
c)    Kepercayaan.
1.     Mengamalkan kepercayaan animisme
d)    Petempatan  zaman Neolitik di Malaysia.1.     Di Kelantan – Gua Cha
2.     Di Sabah – Bukit Tengkorak
e)     Penemuan zaman Neolitik di Malaysia.
1.     Gua Cha, Kelantan – ditemui pengebumian manusia
2.     Bukit Tengkorak, Sabah –
3.     Gua Harimau, Perak – ditemui artifak tembikar.



(4)   Zaman Logam
a)    Ciri-ciri penempatan.
1.     tinggal menetap
2.    ada masih tinggal di dalam gua
3.    ada  tinggal berhampiran sungai.
b)    Kegiatan dan peralatan.
1.     alat logam daripada gangsa dan besi.
2.     bercucuk tanam.
3.     Tangkap ikan.
4.     ternak binatang.
5.     Berburu.
6.     Perdagangan tukar barang.
c)     Kepercayaan.
1.     Kepercayaan dan pegangan hidup tertentu.
2.     Pengebumian menggunakan kepingan batu.
d)    Petempatan  zaman Logam di Malaysia.
1.     Di Pahang – Sungai Tembeling
2.     Di Perak – Gua Harimau dan Changkat Menteri
e)     Penemuan zaman Logam di Malaysia.
1.     Sg Tembeling, Pahang – dijumpai kapak dan mata lembing
2.     Lembah Bernam, Selangor – ditemui sabit.
3.     Klang, Selangor – ditemui pisau.
4.     Gua Harimau,Perak–kapak gangsa & acuannya
5.     Raub, Pahang – dijumpai tulang mawas.
(5)  Rumusan
1. Penemuan di Bukit Jawa buktikan zaman pra sejarah di Malaysia bermula  200000 – 300000 tahun dahulu.
2.  Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak.
3. Harus contohi kegigihan dan semangat berusaha
4. Harus jadi warganegara yang gigih dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada orang luar.


Bab 3 : Kerajaan Awal Di Asia Tenggara

(1)   Kerajaan agraria
1.     Berasaskan pertanian.
2.     Terletak di  tanah subur,  lembangan sungai dan kawasan  pedalaman.
3.     Berburu,
4.     Kutip hasil hutan
5.     Tangkap ikan.
6.     Menanam  ubi taro, padi huma dan  padi sawah
7.    Ternak binatang.
8.     Bina empangan,
9.    Bina terusan dan saliran
10.  Pemerintah – bina dan uruskan sistem pengairan

b)    Kerajaan Angkor
1.     Pusat kerajaan  di hilir Sungai Mekong.
2.     Pertanian  di sekitar tasik Tonle Sap.
3.     Bina baray (kolam air besar) utk kegiatan pertanian.
4.     Raja dianggap Devaraja
i. wakil dewa untuk memimpin manusia
ii. berkuasa mutlak.
5.     Raja dibantu oleh kerabatnya
6.     Kegemilangan  semasa  Suryavarman II.
7.     Agama  utama -  Hindu-Buddha.
8.     Bukti kewujudan Hindu-Buddha ialah Angkor Wat.
c)     Kerajaan Funan
  1.  
    1. Krajaan terawal di Asia Tenggara.
    2. Pusat kerajaan  terletak di Vyadhapura
    3. Empangan, saliran, takungan air mengairi pertanian
    4. Bekalan air dr Sg Mekong dan persisiran pantai.
    5. Raja pertama – Kaundinya (bergelar Kurung Bnam)
    6. Jeneral agung ialah Fan Shih-Man.
    7. Pelabuhan utama -  Oc-Eo
    8. Jalan perhubungan utama –  Sungai Mekong.
(2)   Kerajaan Maritim 
1.     Terletak di persisiran pantai.
2.     Pusat pentadbiran  di kawasan muara sungai.
3.     Kegiatan berkaitan laut – perdagangan, perikanan.
4.     Laut menjadi laluan perdagangan utama.
5.     Pelabuhan di kuala sungai sebagai pusat perdagangan.
6.     Pelabuhan lengkap dgn bekalan air, tempat tinggal,
7.     Menjadi orang tengah
8.     Barangan  dikumpulkan -. hasil hutan,  rempah ratus,
9.     Bina kapal,
10.  Kuasai ilmu pelayaran. Belayar ke Afrika Timur.b)    Kerajaan Champa
1.    Diasaskan oleh Chu-Lien.
2.     Raja Champa dipengaruhi agama Hindu.
3.     Terdapat pegawai pemungut cukai.
4.     Pelabuhan utama ialah Inderapura.
5.     Ditadbir oleh 14 dinasti.
6.     Kurun ke-13, dipengaruhi oleh China. Pengaruh China lenyap pada kurun ke-15.
7.     Tahun 400M, kerajaan diterajui oleh Bhadravarnom.8.     Nama Champa  wujud pada tahun 655 Masihi.

c)     Kerajaan Chih Tu
1.     Menurut I-Ching, Chih-Tu bermaksud Tanah Merah.
2.     Diasaskan oleh Raja Gautama
3.     Diketuai oleh seorang raja berkuasa mutlak.
4.     Raja dibantu  3 orang menteri
5.     Sistem pemerintahan ikut corak Srivijaya
6.    Menerima pengaruh Hindu.

d)    Kerajaan Srivijaya
1.     Pusat pemerintahan di Palembang,
2.     Raja berkuasa mutlak.
3.     Menurut catatan Arab, raja dianggap Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.
4.     Menteri – perantaraan antara raja dan rakyat.
5.     Catatan batu bersurat di Telaga Batu
i.  pentadbiran diraja,
ii. pentadbiran  ketenteraan
iii. pentadbiran daerah.
6.     Kuasai Selat Melaka, Selat Sunda & Laut Jawa
7.     Pelabuhan penting – Palembang.
8.    Pelabuhan pusat pertukaran barangan
9.     Damar, cendana, .kapur barus, kemenyan, lada hitam.

e)     Kerajaan Kedah Tua
1.     Kerajaan awal di Sem. Tanah Melayu
2.    Dikenali sebagai Kataha.
3.     Menurut I-Ching, Kedah Tua disebut  Cheh-Cha.
4.     Pelabuhan peringkat awal di Sg Mas  –  berpindah ke Lembah Bujang.
5.     Dipengaruhi Buddha – kemudiannya agama Hindu.
6.     Bukti pengaruh Hindu-Buddha – peninggalan candi di Lembah Bujang (candi di Bukit Batu Pahat).
7.     Gunung Jerai – panduan kepada pedagang yang ingin ke pelabuhan Sungai Mas dan Lembah Bujang.
8.     Pelabuhan di Kedah Tua – pusat tukar barang dan persinggahan pedagang  sebelum belayar ke timur.
9.     Menjadi pusat barangan dagang tempatan spt  beras,
10.  Menjadi pengeluar padi
11.  Bukti kegemilangan sebagai pelabuhan entreport :
i. penemuan wang perak pmhan Sultan al-Mutawakil
ii.  manik dari India
iii. barangan kaca dari Timur Tengah.


f)     Kerajaan Majapahit1.     Diasaskan oleh Raden Wijaya
2.    Menerima pengaruh Hindu-Buddha.
2.     Pentadbiran berasaskan Undang  Manu.
3.     Raja dibantu   Perdana Menteri dan 4 orang menteri.
4.     amalkan konsep Devaraja.
5.     Kegemilangan ketika pemerintahan Hayam Wuruk
6.    Dibantu  Perdana Menterinya (Patih Gajah Mada).
7.     Dikunjungi pedagang luar
8.     Pelabuhan utama-Kataha (Kedah Tua) &  Temasik.

(3) Rumusan
1. Pentadbiran teratur bolehkan kemudahan di pelabuhan.
2.   Kecekapan pemimpin mentadbir kerajan
3.   Pemerintahan tersusun wujudkan suasana aman
4.   Sokongan  rakyat membantu kemajuan
5.  Berbangga dgn kebolehan mengendalikan pelabuhan dan perdagangan bertaraf dunia
6.  Keamanan, bermasyarakat, kesetiaan, bersatu padu, dan harmoni – penting dlm pemerintahan










Comments

Popular posts from this blog

Syair Berbuat Jasa-Tingkatan 3

Sains Bab 4-Tingkatan 3

Simple Essays