Sejarah Bab7,8-Tingkatan2
BAB 7 – PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA
– British campur tangan di Tanah Melayu, Sarawak danSabahtelah menggugat sistem politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan
– perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar hilang kuasa
– British memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan dan menindas rakyat
– keadaan ini mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menentang British
– ramai pejuang tanah air muncul seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato’ Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Antanom, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
– mereka memimpin rakyat berjuang dengan gigih demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air
7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah
(Teks m/s: 164-165)
(i) Latar belakang
– tahun 1821 seramai 7000 orang tenteraSiammengepung Kuala Kedah
– askarSiammemusnahkan rumah, merampas barang, menenggelamkan perahu dan menangkap tawanan untuk dibawa balik keSiamsebagai hamba
(ii)Faktor Penentangan
– penjajahanSiamyang kejam menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan bersatu dengan Sultan untuk mengembalikan kedaulatan Kedah
– tentangan hebat rakyat Kedah ini dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin
– dibantu pula oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad
– perjuangan ini disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir
– perjuangan orang Melayu Kedah menentangSiamtelah dikhianati oleh British
– British telah bersubahat denganSiamuntuk melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah
– contoh: British telah menghantar kapal perang untuk membantuSiammengepung Kedah
(iii)Peristiwa Penentangan
– 1823 Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana British membantu Siam
– 1831 Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka
– British menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah
– tindakan British itu menyebabkan Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar
– Tunku Kudin telah terkorban
– tahun 1836 Sultan Ahmad Tajuddin menrancang menyerangSiam melalui Bruas di Perak
– British berjaya mengesan gerakan ini dan Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap
– 1838 kebangkitan menentang Siam di Kedah telah dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad
– tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla
– Siamberjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British
(iv)Kesan Penentangan
– semangat juang rakyat Kedah menyebabkanSiamberdamai dengan Kedah
– sultan Kedah menghantar puteranya, Tunku Daei keBangkokuntuk berunding
– tahun 1842Siammengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin
– wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah
7.2 Dol Said Pahlawan Naning
(Teks m/s: 166-168)
(i) Latar belakang
– daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka
– Penghulu naning ialah Dato’ Naning Abdul Said yang dikenalisebagai Dol Said
– pusat pentadbiran terletak di Taboh
– Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan bijih timah
– 1831 Dol Said telah bangkit menentang British
(ii)Faktor Penentangan
a) Mempertahankan Kemerdekaan Naning
– 1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
– dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British
– British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka
– British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka
– dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning
b) Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British
– British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said
– peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah
– tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di naning
– Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British
c) Menentang Bayaran Cukai
– melalui Undang-Undang 1830 British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian
– arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan
(iii)Peristiwa Penentangan
– 15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka
– British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya
– British berjaya ditewaskan
– Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar
– turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Sha’aban
– British sedar Naning sukar dikalahkan
– British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning
– Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning
– British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning
– pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning
– pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar
– Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British
(iv)Kesan Penentangan
– British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka
– Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
– British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling
– walaupun orang Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa Melayu
7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban
(i) Latar belakang
– Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak
– dilahirkan tahun 1800
– nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’
– Rentap juga digelar ‘Raja Darat’
– merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas
(ii)Faktor Penentangan
– Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun
– James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban
– tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap
(iii)Peristiwa Penentangan
– 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
– pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
– kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
– 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
– pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
– perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
– tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
– Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
– Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
– tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagicubamenyerang Bukit Sadok tetapi gagal
– kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
– tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
– pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
– James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
– James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
– Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timbang’ untuk menentang pasukan Brooke
– Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia
(iii)Kesan Penentangan
– kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa
– semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap
7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak
(Teks m/s: 172-173
(i) Latar belakang
– pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang
– berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang
– dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein dariBrunei
– berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang
(ii)Faktor Penentangan
– James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada SultanBrunei
– kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke
– pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor
– Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya
(iii)Peristiwa Penentangan
– tahun 1855 Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke
– James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei
– Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke
– Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar James Brooke dariSarawak
– tahun 1859 pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit
– peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak
– tahun 1860 Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke
– Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di Betawi
– pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong
– kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya terbunuh
– Sharif Masahor berundur ke Mukah
– tahun 1861 James Brooke memaksa SultanBruneimenyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor
– Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura
(iv)Kesan Penentangan
– walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke tidak pernah berakhir
– pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar
– tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit
7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak
(Teks m/s: 174-176)
(i) Latar belakang
– Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak
– pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor
– pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak
(ii)Faktor Penentangan
a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
– 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai
– Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
– Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor
b) Mencabar Ketuanan Melayu
– kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak
– pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British
– kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen
– Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu
c) Memperkenalkan Cukai Baru
– Birch bertindak sesuka hati
– Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak
– Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin
d) Mencabuli Adat Resam
– Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu
– Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya
(iii)Peristiwa Penentangan
– Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang
– mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch
– Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya
– mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak
– pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkansuratpengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British
– Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch
– Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak
– Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak
– pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban
– pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun
– pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua
– pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dariIndiadanHong Kong
(iv)Kesan Penentangan
– tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak
– Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi
– Raja Ismail dibuang negeri ke Johor
– British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah
– Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu
7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti
(Teks m/s: 177-178)
(i) Latar belakang
– nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin
– dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875
– wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol
(ii)Faktor Penentangan
– Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British
– tindakan Dato’ Kelana mengeruhkan hubungan antara mereka berdua
– Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
– hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah runcing apabila Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya
– dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti
– Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera dan juru ukur untuk membuat siasatan
– Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
– berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran
– kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol
– Disember 1875 pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ
– British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri-Negeri Selat
– Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor
(iii)Kesan Penentangan
– Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British
– Mei 1876 Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu William Jervois
– Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti
– tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato’ Siamang Gagap
– rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan
7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang (Teks m/s: 179-181)
(i) Latar belakang
– nama sebenarnya Abdul Rahman bin Imam Noh
– dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
– diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor
– dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera Segara
– Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang
(ii)Faktor Penentangan
a) Hilang Hak Mengutip Cukai
– Dato’ Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh
– Dato’ Bahaman dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya iaitu di Temerloh
b) Pembinaan Balai Polis
– pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’ Bahaman
– konflik antara kedua-duanya menjadi lebihserius
– Dato’ bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya
c) Perlucutan Gelaran
– Hugh Clifford menganggap Dato’ Bahaman sebagai penderhaka kerana enggan mematuhi arahan British
– British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan
– tindakan British memalukan Dato’ Bahaman dan beliau bersumpah menghalau keluar British dari Pahang
(iii) Peristiwa Penentangan
– 16 Disember 1891 British menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
– tindakan British itu menyebabkan Dato’ Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk Terua
– peristiwa ini mencetuskan perang
– 26 Disember 1891 Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam pertempuran di Kelubi
– Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan Singapura
– Januari 1892 British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang
– pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh J.P.Rodger ditubuhkan
– British membekalkan 200 pucuk senapang dan 10 000 butir peluru
– Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong
– Mac 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk Terua
– pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu
– di terengganu ulama’ Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British
– 14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
– British bertindak balas menghantar KolonelWalkeruntuk menawansemula Jeram Ampai
– Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan
– pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang
(iv)Kesan Penentangan
– Dato’ Bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang British
– kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh pahlawan Pahang
– kebangkitan ini berlangsung selama 4 tahun iaitu dari 1891 – 1894
– British terpaksa menanggung hutang yang banyak
– Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut
7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB (Teks m/s: 182-183)
(i) Latar belakang
– nama sebenar Datu Mohammad Salleh bin Datu Batu
– dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungau Sugut
– berketurunan Bajau dan Suluk
– mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang
– kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah penentangan diSabah
(ii)Faktor Penentangan
a) Perjuangan Jihad
– kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina
b) Peraturan Yang Membebankan
– SBUB memperkenalkan peraturan baru diSabahseperti amalan buruh paksa, cukai beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat
c) Percubaan Berunding Gagal
– Ogos 1895 Mat Salleh dan pembesar tempatan keSandakanuntuk menemui Gabenor Beaufort, C.V.Creagh
– tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan
– Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah menunggu selama 10 hari beliau meninggalkanSandakan
d) Perkampungan Di Bakar
– Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB
– SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh
– SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh
(iii)Peristiwa Penentangan
– Julai 1897 Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya
– November 1897 Mat Salleh menyerang Ambong
– William Cowie, Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh lalu menawarkan perdamaian dan pengampunan kepadanya
– April 1898 rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal
– Antara syarat perjanjian adalah;
– Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan
– penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali semula
– Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan
– Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB
– SBUB tidak menepati janji sebaliknya tahun 1899 SBUB mengambil alih pentadbiran di Tambunan
– Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan membina kubu di Kampung Teboh, Tambunan
– SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran
– Januari 1900 SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh
– Mat Salleh terkorban
(iv)Kesan Penentangan
– perjuangan diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Sator dan Kamunta
– Julai 1902 British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di Sabah sepenuhnya
7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar
(Teks m/s: 184)
(i) Latar belakang
– nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
– ketua kaum Murut di Rundum
– dilahirkan tahun 1875
– ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya
(ii)Faktor Penentangan
a) Melarang Membuka Tanah Baru
– SBUB melarang mereka membuka tanah baru
– merasakan hak mereka diceroboh
– akibatnya mereka kekurangan beras
b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
– SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;
– cukai kepala satu dolar setiap orang
– cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
– cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
– cukai tangkapan ikan besar
c) Menjadi Buruh Paksa
– orang Murut dijadikan buruh paksa
– tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum
d) Menzalimi Keluarga
– suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
– mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
– jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa
e) Menceroboh Kawasan Hutan
– SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
– Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek morang mereka
(iii)Peristiwa Penentangan
– Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
– Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
– Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
– kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang
– Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
– April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
– pertempuran berlaku selama 6 minggu
– Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
– penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’
(iv)Kesan Penentangan
– SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
– 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
– pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
– SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
– orang Murut berpindah ke pedalamanKalimantansebagai tanda protes terhadap SBUB
7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad
(Teks m/s: 187-189)
(i) Latar belakang
– nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– mahir dalam ilmu persilatan
– menetap di Kampung Nering, Kelantan
– bekerja sebagai petani dan peniaga
(ii)Faktor Penentangan
a) Peraturan Tanah
– Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah
b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan
– petani dikehendaki membayar cukai seperti;
– cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
– pokok pinang satu sen sepokok
– sirih 5 sen sejunjung
– kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
– peraturan ini membenakan rakyat
c) Perasaan anti-British
– sentimen anti-British meningkat apabilaBritainmenyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914
– kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah Barat
– Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh
d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan
– penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar
– Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal
– mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
– penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British
(iii)Peristiwa Penentangan
28 April 1915
– Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai
– perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut
29 April 1915
– Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh
– mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British
– Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh
– Tok Janggut sebagai Perdana Menteri
9 Mei 1915
– British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya
23 Mei 1915
– British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri
– Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh
24 Mei 1915
– British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring
– Tok Janggut terkorban
– mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam
– kemudian dikebumikan di Pasir Pekan
(ii)Kesan Penentangan
– Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat
– semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British
7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani
(Teks m/s: 290-192)
(i) Latar belakang
– nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid
– dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong, Kemaman untuk mengajar agama
– beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas
– perjuangannya dikenalsebagai ‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu
(ii)Faktor Penentangan
a) Pas Kebenaran Yang Membebankan
– 1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru
– petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan kebenaran dengan bayaran 50 sen
– peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun palas
– membebankan hidup petani yang sedia ada miskin
b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas
– 1923 diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang penduduk memburu binatang liar
– sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas
c) Peraturan Tanah Baru
– 1924 peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 sen seorang
d) Pengaruh Pemimpin Agama
– pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-British di Terengganu
– Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan ‘tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan’
– Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam
(iii)Peristiwa Penetangan
Kebangkitan 1922
– petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran
– British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah
– Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
– British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri
– mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka
Kebangkitan 1925
– seramai 300 – 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam
– mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan
– tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina
– British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong
– Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah Kuala Berang menindas rakyat
Kebangkitan 1928
– British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas petani-petani yang enggan membayar cukai
– ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang
– mereka mengisytiharkan perang terhadap British
– mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera merah
– British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
– pertempuran berlaku di Padang Kacong
(iv)Kesan Penentangan
– seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap
– tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu
– Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut dan mencetuskan kebangkitan di Terengganu
—————————————————–
BAB 8 – KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
– semangat kebangsaan dibangkitkan golongan intelektual melalui akhbar, majalah dan penulisan kreatif
– perjuangan semakin berkesan melalui penubuhan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan bangsa
8.1 Maksud Semangat Kebangsaan (Teks m/s: 199)
– semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air
– semangat berjuang menebus maruah bangsa
– semangat inilah mendorong kita berjuang membebaskan negara daripada British untuk membentuk negara merdeka dan berdaulat
8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan
(Teks m/s: 199-202)
– awal kurun ke-20 berlaku gerakan kesedaran kebangsaan di Turki, Mesir,Jepun,China,Filipina,IndiadanIndonesia
– perkembangan ini memberi inspirasi kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British
a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah
– berlaku akhir kurun ke-19
– kebangkitan dosebabkan kuasa-kuasa Barat memecahbelahkan dan menguasai empayar Islam Turki Uthmaniyah
– pengaruh Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan Barat
– gerakan ini mempengaruhi dan menyatukan umat Islam di negara-negaraTimur Tengah,Indiadan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang kuasa asing
b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir
– gerakan ini turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu
– tahun 1882 Mesir dijajah oleh British dan telah mencetuskan Gerakan Islah
– Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ialah gerakan menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis juga menyeru umat Islam supaya bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam
– gerakan ini dipelopori Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
– pengaruh gerakan ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Mesir setelah kembali ke tanah air
c) Perang Rusia-Jepun
– tahun 1905 Jepun berjaya mengalahkan Rusia
– pertama kali dalam sejarah moden sebuah negaraAsiaberjaya mengalahkan kuasa Eropah
– kejayaan ini menyemarakkan semangat negara-negaraAsialain untuk menentang penjajahan Barat
d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan China
– tahun 1911 berlaku RevolusiChinayang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen
– berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republikChina
– keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British
e) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina
– Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol
– Menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat
f) Gerakan Kesedaran Kebangsaan India
– gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi
– tujuan untuk membebaskanIndiadaripada penjajahan British
g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia
– Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia untuk membebaskanIndonesiadaripada penjajahan Belanda
8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan
(Teks m/s: 203-204)
(i) Latar belakang Gerakan Islah di Tanah Melayu
– awal kurun ke-20 semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar berpendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir
– tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu di universiti ini
– mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
– sekembali ke Tanah Melayu mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan dikenali sebagai ‘Kaum Muda’
– tokoh penting seperti Sheikh Muhammad Thani bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Sheikh Ahmad al-Hadi
(ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah
– idea pembaharuan ‘Kaum Muda’ disebarkan melalui majalah ‘Al-Imam’ (pemimpin) yang diterbitkan di Singapura tahun 1906
– tujuan diterbitkan adalah untuk;
“… mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan …”
– majalah ini memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu
– orang Melayu mula sedar kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka
– antara seruan Al-Imam ialah;
– menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan Hadis
– tekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan
– menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari
– menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak
– menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan
– mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan
– tahun 1908 majalah Al-Imam dihentikan penerbitannya dan diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara
– Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menyebarkan idea dengan lebih berkesan seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas dan Madrasah Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak
(iii) Tentangan Gerakan Islah
– idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh ‘Kaum Tua’ melalui akhbar ‘Suara Benar’ dan ‘Lidah Benar’
– Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama’ dan pegawai agama yang tidak menerima idea Islah Kaum Muda
– mereka berpegang kuat kepada adat dan agama Islam
– pertelingkahan antara mereka hanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam
(iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu
a) Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin
– lahir di Sumatera tahun 1869
– berpendidikan di Makkah dan di Universiti al-Azhar, Mesir
– menerbitkan majalah Al-Imam
– pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak
b) Haji Abbas Muhammad Taha
– lahir di Singapura tahun 1885
– berpendidikan di Makkah
– pernah dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar, Singapura
– menerbitkan akhbar Neracha
c) Syed Sheikh al-Hadi
– lahir di Melaka tahun 1862
– mendapat pendidikan agama di Terengganu dan di Pulau Penyengat, Riau
– sering berkunjung ke Makkah dan Mesir
– mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh
– menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara
8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan
(Teks m/s: 205-206
– Gerakan Islah menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu
– tahun 1930-an golongan intelektual ini menyemarakkan kesedaran kebangsaan
(i) Golongan Intelektual Pendidikan Melayu
– golongan ini lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak
– terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat
– MPSI disifatkan sebagai ‘The Cradle of Malay Nationalism’
– Berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan
– Usaha ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British
– Antara tokoh nasionalis ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan
a) Harun Aminurrashid
– tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI
– merupakan guru yang bersemangat kebangsaan
– penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat kebangsaan
b) Abdul Hadi Hassan
– seorang pensyarah MPSI
– sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada para pelajarnya
(ii) Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris
– berjuang menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran
– menubuhkan persatuan dan bidang penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu
– antara tokoh-tokohnya ialah Raja Chulan, Mohammad Eunos Abdullah, Dato’ Onn Jaafar dan Ishak Haji Muhammad
a) Raja Chulan
– mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar
– tahun 1924 dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
– menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan menambah peluang orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
b) Mohammad Eunos Abdullah
– berpendidikan Inggeris di Raffles Institution, Singapura
– merupakan orang Melayu pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
– pernah bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu
– tahun 1926 menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura
c) Dato’ Onn Jaafar
– berpendidikan Inggeris diEnglanddan Kolej Melayu Kuala Kangsar
– pernah menjadi pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Warta Ahad
– tahun 1936 dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor
8.5 Perjuangan Naionalisme Melalui Mata Pena
(Teks m/s: 207-212)
– akhbar dan majalah merupakan media yang rapat dengan rakyat
– sesuai dijadikan saluran untuk melahirkan kesedaran kebangsaan
– melalui media idea tentang perjuangan kebangsaan dapat disalurkan untuk bacaan semua lapisan masyarakat
(i) Peranan Akhbar dan Majalah Melayu
– tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu
– akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu
– melalui serua-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun
– antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah;
– mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu
– menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian
– menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
– antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis (1931-1941) diKuala Lumpurdan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di Singapura
– akhbar-akhbar lain ialah;
– Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura
– Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan
– Majalah Guru (1924-1941) diKuala Lumpurdan Pulau Pinang
– Al-Ikhwan (1926-1931) di PulauPinang
– Saudara (1928-1941) di PulauPinang
– Fajar Sarawak (1930) diSarawak
a) Akhbar Warta Malaya
– diterbitkan di Singapura
– pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar
– menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu
– mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan
b) Akhbar Majlis
– diterbitkan diKuala Lumpur
– pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
– mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu
– dianggap akhbar yang berani
c) Akhbar Utusan Melayu
– diterbitkan di Singapura
– pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
– menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air
Tokoh Akhbar Melayu
a) Abdul Rahim Kajai
– seorang nasionalis yang berjuang melalui bidang kewartawanan
– digelar Bapa Kewartawanan Melayu
– menjadi Ketua Pengarang akhbar yang berpengaruh pada zamannya seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu
(ii)Kegiatan Persuratan di Kalangan Orang Cina dan India
a) Akhbar Orang Cina
– orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II
– antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News
– tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan
– melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu
– juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negaraChina
– terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya)
– antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan
– tahun 1884 akhbar BintangTimorditerbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang
– tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu
b) Akhbar Orang India
– diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa
– pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan diKuala Lumpur
– melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang India di Tanah Melayu
– juga peristiwa yang berlaku di negaraIndia
– terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan
– antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri
– tahun 1888 akhbar Sekola Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu
Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif
– semangat kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen
– karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis dan wartawan
(i) Penulisan Puisi
– sebelum Perang Dunia II banyak puisi bertemakan semangat kebangsaan dan disiar dalam akhbar dan majalah
– tujuan untuk menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara, menyeru rakyat merebut peluang ekonomi dan mempertahan maruah bangsa
– antaranya:
– puisi oleh Harun Aminurrashid seperti Tenaga Kaumku, Mempertahankan Hak Kita dan Perwira Melayu
– Abdul Samad Ahmad menulis puisi Serunai Pujangga, Kapal Tiada Nakhoda dan Hari Kejatuhan Kita
– Muhammad Yusuf Harun menulis puisi Dunia Yang Fana dan Di Lautan Seberang
– puisi lainnya seperti Bangkitlah oleh Omar Mustaffa, Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang, Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi dan Di Tengah Segara oleh Muhammad Yasin Maamor
(ii) Penulisan Novel dan Cerpen
– melaluinya kesedaran kebangsaan dapat disampaikan kepada masyarakat lebih berkesan
– karya-karya sastera ini bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cintakan tanah air
– tema ini menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu
– antara penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Shamsuddin Salleh
– cerpen yang terkenal seperti Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai, Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Muhammad, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta oleh Shamsuddin Salleh
– manakala novel pula seperti Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi, Iakah Salmah? Oleh Ahmad Rashid Talu, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminnurrashid, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad, Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek dan Melati Kota Bahru oleh Abdul Kadir Adabi
8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan
(Teks m/s: 213-219)
– pertubuhan berperanan penting dalam gerakan kesedaran kebangsaan
– pertubuhan di peringkat awal bersifat kenegerian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial
– menjadi pendorong kepada kemunculan penubuhan bersifat pertubuhan
(i) Kemunculan Pertubuhan Melayu
– golongan wartawan dan akhbar menimbulkan kesedaran politik orang Melayu dan mendorong menubuhkan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan mereka
– antaranya;
a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
– menjadi peransang kepada pemimpin di negeri-negeri Melayu
– diasaskan tahun 1926 oleh Mohammad Eunos Abdullah
– dianggotai golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga
– tujuan penubuhan adalah untuk;
– menggalakkan ahli berperanan lebih besar dalam politik dan pentadbiran
– perjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan
– menjadi wakil Melayu berurusan dengan British bagi hal berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu
– akhir tahun 1930-an banyak persatuan bersifat kenegerian ditubuhkan seperti Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Pahang (1938), Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938), Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan Persatuan Melayu Kelantan (1939)
– lain-lain persatuan seperti Persatuan Melayu Melaka (1937), Persatuan Melayu Serawak (1939) dan Persatuan Melayu Johor (1939)
– tujuan penubuhan untuk meningkatkan ekonomi dan sosial orang Melayu
– dianggotai cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan British
– perjuangan bersifat sederhana
– menunjukkan taat setia yang kuat kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan British
– mendesak British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan
b) Persatuan Melayu Selangor
– dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yassin
– memperjuangkan;
– mendesak lebih ramai pegawai Melayu dalam kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
– keanggotaan askar Melayu
– menubuhkan angkatan laut dan udara Tanah Melayu
c) Kongres Melayu Se-Tanah Melayu
– tahun 1939 kongres yang pertama diadakan diKuala Lumpur
– dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor
– tujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu
– berjaya menghimpunkan wakil daripada semua persatuan Melayu untuk berbincang memajukan bangsa Melayu
– tahun 1940 kongres kedua diadakan di Singapura
– berjaya menarik lebih banyak penyertaan persatuan Melayu termasuk dari Sarawak danBrunei
– menyarankan semua persatuan Melayu memajukan orang Melayu di negeri masing-masing
– kongres ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941
d) Persaudaraan Sahabat Pena
– nama penuhnya ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
– ditubuhkan tahun 1934
– dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis dan mengemukakan pendapat
– cogan kata mereka ialah ‘Hidup Bahasa Hidup Bangsa’
– menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak danSabahbertukar pendapat
– tujuan untuk meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan di kalangan mereka
– pada November 1934 mengadakan persidangan di peringkat kebangsaan yang pertama di Taiping, Perak
– berjaya menghimpunkan ahli dari seluruh Tanah Melayu
– semangat kenegerian dapat dipecahkan dan konsep kebangsaan Melayu mula terbentuk
– persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura,Ipohdan Seremban
e) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
– ditubuhkan tahun 1938 diKuala Lumpur
– merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu
– dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob
– pemimpin yang lain seperti Mustapha Hussain dan Ahmad Boestamam
– tujuan untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu dan mempertahankan hak
– berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British
– bercita-cita menyatukan Tanah Melayu denganIndonesiauntuk mewujudkan Melayu Raya
– kebanyakan anggotanya terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
– perjuangan KMM bercorak radikal kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama dan menyuarakan pertentangan secara terbuka terhadap British
– mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British
– akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan perasaan anti British dan memperjuangkan cita-cita KMM
– tahun 1941 Ibrahim Haji Yaacob dan 150 anggota KMM ditangkap oleh British dan dipenjarakan di Singapura
– mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun
– tahun 1942 KMM diharamkan oleh Jepun
(ii)Pertubuhan Orang Cina dan India
– sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal
a) Pertubuhan Orang Cina
– awal kurun ke-20 terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang
– menumpukan perhatian kepada negaraChina
– terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan terutama oleh orang-orang Cina yang lahir di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British
– tahun 1900 Persatuan Orang Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris
– antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah
– presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim
– antara pengasas utama persatuan ini ialah Lim Boon Keng
– tujuan penubuhannya untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat
– selain itu menggalakkan orang Cina Peranakan memperoleh pendidikan tinggi dan teknikal
– mereka juga menunjukkan taat setia kepada British
– antara tokoh golongan ini ialah Tan Cheng Lock
(i) Tan Cheng Lock
– lahir di Melaka
– berpendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka dan Raffles Institution di Singapura
– tahun 1923-1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
b) Pertubuhan Orang India
– terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal sebelum Perang Dunia II
– tubuhkan persatuan dengan tujuan melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu
– awal kurun ke-20 golongan cerdik pandaiIndiayang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuanIndiadi bandar-bandar utama seperti Taiping,Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan Pulau Pinang
– menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan yang menyatukan orang India di Tanah Melayu
– tahun 1039 Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan
– dipimpin oleh A.M.Soosay
– merupakan gabungan 12 buah persatuanIndiadan 4 dewan perniagaanIndia
– tujuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu
—————— TAMAT ———————-
Comments
Post a Comment