Sains Bab3-Tingkatan 2

KEPELBAGAIAN BIOLOGI
Kepelbagai organisma di Bumi ini adalah juga dikenali sebagaikepelbagaian biologi (biodiversity or biological diversity).
Kepelbagai organisma tersebut boleh diklasifikasikan menggunakan kaedah-kaedah pengelasan (classification method) yang sesuai.
Pengkelasan (classification) organisma hidup
Satu sistem klasifikasi diperlukan bagi mengkelaskan hidupan (living things) secara teratur kerana bilangan mereka yang besar serta pelbagai jenis.
Walaupun mereka memiliki ciri-ciri umum yang biasa (common general characteristics), organisma daripada spesis yang sama masih mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh membezakan mereka daripada spesis yang lain.
Klasifikasi (classification) adalah penting untuk membolehkan kajian saintifik yang lebih mendalam dijalankan bagi peningkatan (improvement) sesuatu spesis itu.
Kumpulan haiwan boleh dikelaskan (classified) mengikut persamaan dalam ciri-ciri, sifat dan struktur.
Ciri-ciri yang biasa adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh dua atau lebih jenis spesis.
Ciri-ciri biasa pada haiwan adalah termasuk kaedah pembiakan, jenis makanan yang diambil, habitat dan ciri-ciri fizikal.
Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics):
Ciri-ciri haiwan | Contoh |
Hidup di dalam air | Ketam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang, obor-obor. |
Hidup di atas darat | Anjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa, harimau. |
Hidup di dalam air dan di atas darat | Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang. |
Membiak dengan bertelur | Ayam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas. |
Membiak dengan melahirkan anak | |
Herbivor | Arnab, lembu, kambing, zirafah, tupai, siput, belalang. |
Karnivor | Singa, harimau, ikan piranha, labah-labah, buaya, ular, katak. |
Omnivor | Ayam, itik, kucing, lipas, tikus, beruang. |
Badan berbulu rambut | Kucing, anjing, lembu, beruang, kelawar. |
Badan berbulu pelepah | Burung, ayam, itik. |
Badan bersisik | Ikan, tenggiling, cicak, ular. |
Haiwan boleh dibahagikan kepada 2 kategori:
- Vertebrata (vertebrates)
- Invertebrata (invertebrates)
Perbezaan (differences) antara haiwan vertebrata dan invertebrata adalah seperti berikut:
Aspek | Vertebrata | Invertebrata |
Tulang belakang | Mempunyai tulang belakang. | Tidak mempunyai tulang belakang. |
Sokongan badan | Sokongan utama adalah rangka dalaman (endoskeleton) yang terdiri daripada tulang. | Sokongan utama adalah exoskeleton (seperti kulit keras) dan tekanan cecair/bendalir. |
Comments
Post a Comment