Sejarah Bab5,6 -Tingkatan2
BAB 5 – KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT ‘SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH’ (SBUB)
- Sabah      di bawah pengaruh KesultananBruneidan Kesultanan Sulu
- Sabahmenjadi      tumpuan pedagang Barat kerana kedudukannya strategik dan kaya dengan hasil      bumi
5.1 SBUB Bertapak Di Sabah
( Teks m/s: 102-104)
- Sabahmenarik      perhatian pelabur-pelabur Barat kerana potensi ekonomi
- antaranya      kuasaAmerika Syarikat,Britain, Belanda dan Sepanyol
- syarikat-syarikat      asing mula bertapak diSabah
Amerika Syarikat
- tahun      1865 SultanBruneiberi konsesi tanah diSabahkepada wakil Amerika Syarikat      iaitu W. L. Moses
- tempoh      sewaan selama 10 tahun
- Moses      menjual konsesi kepada The American Trading Company diketuai      oleh J.W. Torrey dan T. B. Harris
- Torrey      gagal menanam kopi dan tebu di Kimanis
- Torrey      menjual haknya kepada Von Overbeck
Britain
- Von      Overbeck menghadapi masalah kewangan
- Tahun      1877 Overbeck meminjam wang daripada syarikat Alfred Dent dan Edward Dent
- Gabenor      Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu Overbeck memperbaharui      tempoh pajakan daripada SultanBruneidengan syarat syarikat yang ditubuhkan      diletakkan di bawah kekuasaan British
- Tahun      1877 SultanBruneiiaitu Sultan Abdul Mu’mein perbaharui pajakan dengan      Overbeck dan Dent melalui perjanjian
- SultanBruneiserahkan      tanah antara Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku
- 1878      Overbeck dan Dent menandatangani perjanjian dengan Sultan Jamalul Alam      (Kesultanan Sulu)
- Sultan      Sulu serahkan kawasan dari Sungai Pandasan hingga ke Sungai Sibuku
- Tahun      1880 Overbeck menjual semua haknya kepada Alfred dan Edward Dent
- Dent      tubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
- Saham      syarikat dijual kepada rakyat British bagi menambah modal perniagaan
- Persatuan      berusaha mendapatkan Piagam Diraja daripada kerajaan British untuk      mengukuhkan kedudukan dan memajukan perniagaan
- November      1881 kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara      Borneo Utara British Berhad
- Tahun      1882 syarikat itu dinamakan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
Kesan Pemberian Piagam Diraja British Kepada SBUB
- SBUB      berkuasa mentadbirSabah
- Presiden      pertama ialah Sir Rutherford Alcock
- Pengarah      urusannya ialah Alfred Dent
- Brtish      dapat memperluaskan pengaruh dan menghalang kuasa Barat lain bertapak      diSabah
- Tahun      1888 SBUB menandatangani Perjanjian Perlindungan Borneo Utara yang      menjadikanSabahnegeri naungan British
- British      bertanggungjawab dalam hal ehwal luarSabah
Syarat-Syarat Pemberian Piagam Kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad
- SBUB      tidak boleh menyerahkan wilayahSabahkepada sesiapa tanpa persetujuan      kerajaan British
- SBUB      mesti melantik pentadbir daripada pegawai yang diakui kerajaan British
- SBUB      perlu memelihara agama, adat resam dan undang-undang penduduk tempatan
- SBUB      hendaklah mentadbirSabahdengan adil dan saksama
- SBUB      mesti menerima nasihat daripada kerajaan British
5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa Di Sabah
(Teks m/s: 105-108)
- pemerintahan      SBUB diketuai oleh gabenor W.H.Treacher
- gabenor      dilantik oleh pengarah syarikat dengan persetujuan kerajaan British
- gabenor      dibantu majlis Penasihat yang ditubuhkan tahun 1883
- ahli      majlis ialah Setiausaha Kerajaan, Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan
- pusat      pentadbirannya diSandakan
- SBUB      menubuhkan jabatan kerajaan untuk melicinkan pentadbiran
Cara SBUB Mengukuhkan Kuasa dan Melicinkan Pentadbiran Sabah
(i) Menubuhkan Jabatan Kerajaan Dalam Pentadbiran
–   antaranya Jabatan Pos, Jabatan Buruh, Jabatan Polis, Jabatan Kewangan dan Jabatan Tanah dan Ukur
–   mempunyai Pegawai Daerah, Ketua Anak Negeri (digelar Orang kaya-Kaya – O.K.K. ) dan Ketua Kampung
(ii)           Membahagikan Sabah Kepada Beberapa Residensi / Daerah / Kampung
a) Peringkat Residensi
- pada      peringkat awalSabahdibahagi kepada dua residensi iaitu Residensi Pantai      Barat dan Residensi Pantai Timur
- tahun      1935 terdapat empat residensi iaitu Residensi Pantai Barat, Residensi      Sandakan, Residensi Tawau dan Residensi Pedalaman
- setiap      residensi diketuai seorang Residen
b) Peringkat Daerah
- Setiap      residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah yang diketuai oleh Pegawai      Daerah (berbangsa Eropah)
- Terdapat      sepuluh daerah iaitu daerah Alcock, Daerah Dewhurst, Daerah Keppel, Daerah      Martin, Daerah Myburgh, Daerah Dent, Daerah Clarke, Daerah Cunliffe,      Daerah Mayne dan Daerah Elphinstone
- Tahun      1915 jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenalkan dan disandang      oleh penduduk tempatan
- Ketua      Anak Negeri (Orang Kaya-Kaya – O.K.K.) tugasnya membantu Pegawai daerah      dalam pentadbiran
- Diberisuratkuasa      yang membolehkan mereka menguruskan hal-hal berkaitan masyarakat tempatan
c) Peringkat Kampung
- SBUB      melantik Ketua Kampung yang digelar Orang Tua
- SBUB      mengekalkan penglibatan peribumi dalam pentadbiran kerana mereka memahami      adat dan budaya masyarakat tempatan
- SBUB      tidak mempu menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah      kewangan
(iii)          Melaksanakan Undang-Undang Barat dan Tempatan
- tujuan      untuk menjaga keamanan negeri
- tahun      1900 diwujudkan Mahkamah Majistret dan Mahkamah Anak Negeri di Jesselton
a) Mahkamah Majistret
–   dihakimi Pegawai Daerah
–   mengendalikan kes-kes berat seperti kes bunuh, culik dan rompakan
b) Mahkamah Anak Negeri
–   hakim dilantik dari kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan adat
–   mengendalikan kes-kes peribumi berkaitan undang-undang Islam dan adat
Organisasi Pentadbiran SBUB
- Lembaga      Pengarah di London
- Gabenor di      Sabah yang dinasihati oleh Majlis Penasihat
- Setiausaha      Kerajaan yang bertanggungjawab kepada;
– Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh, Polis, Kewangan, Jabatan Tanah dan Ukur)
– Residen yang merupakan ketua pentadbir di peringkat residensi
– Pegawai Daerah merupakan ketua pentadbir di peringkat daerah
– tugasnya sebagai majistret, pemungut cukai, bendahari daerah dan pegawai buruh
- Ketua      Anak Negeri pula tugasnya menjaga keamanan, menguruskan      pembahagian tanah, mengutip cukai dan memajukan pertanian
- Ketua      Kampung pula tugasnya menguruskan hal ehwal kampung, menjaga      keamanan, membantu memajukan perdagangan, melaporkan kepada Pegawai Daerah      tentang kes-kes kecurian, wabak penyakit dan menjaga keselamatan kampung
5.3 SBUB Mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah (Teks m/s: 109-114)
- matlamat      SBUB menguasai Sabah adalah untuk membolot kekayaan ekonomiSabah
- SBUB      mengeksploitasi kekayaanSabahseperti hasil-hasil tradisional, hasil      pertanian dagangan, pembalakan dan perlombongan
(i) Hasil-Hasil Tradisional Sabah
- SBUB      memaksa penduduk tempatan menambah hasil keluaran tradisional
- Hasil      jualan penduduk dikenakan cukai seperti cukai tanah, cukai kepala, lesen      perahu dan senjata
- Tujuan      cukai untuk mengatasi masalah kewangan SBUB
- Antara      hasil-hasil utama;
a) Sarang burung
- eksport      tradisional SBUB yang menguntungkan
- 1926      nilai eksport sebanyak 125 000 dolar
- kawasan      utama ialah di Gua Gomantong, Gua Kuamut dan gua Magdalene
b) Pokok lanut
- dikenali      sebagai abaka, manila hemp atau musa textiles
- hidup      meliar di kawasan pamah dan lembah
- gentian      pokok lanut dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal
- di      eksport ke Eropah
c) Rotan
- di      eksport dalam bentuk perabot, tikar dan tongkat
d) Pokok sagu / rumbia
- merupakan      tanaman tradisionalSabah
- hidup      subur di kawasan berpaya di muara sungai
- harga      sagu sangat mahal di pasaran dunia
- SBUB      menggalakkan rakyatSabahmengusahakannya secara komersial
- Sagu      mentah dieksport ke Singapura dan Eropah
- 1888      nilai eksport saguSabahsebanyak 93 433 dolar
e) Hasil laut
- seperti      mutiara, trepang dan sirip ikan yu
- diusahakan      oleh masyarakat Bajau
- dieksport      keChina
(ii)Hasil Pertanian Dagangan
- SBUB      mengusahakan tanaman baru seperti getah dan tembakau
- Sabahmempunyai      tanah luas dan subur
a) Tembakau
- tanaman      dagangan yang penting
- tembakauSabahdiiktiraf      terbaik di dunia
- daun      tembakau digunakan untuk menghasilkan cerut
- mendapat      pasaran tinggi di Belanda dan Amerika Syarikat
- SBUB      mengecualikan cukai eksport kepada peladang tembakau bertujuan      menggalakkan tanaman tembakau
- Tahun      1890 terdapat  61 buah ladang tembakau diSabah
- 1902      hasil eksport tembakauSabahbernilai lebih 2 juta dolar
- Kawasan      utama penanaman ialah di Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad Datu, Tawau      danSandakan
b) Getah
- ladang-ladang      getah dibuka di Beauford, Jesselton dan Tenom
- berkembang      akibat pembinaan landasan kereta api
- SBUB      memberi 4% dividen kepada pengusaha getah bertujuan menggalakkan      penanamannya
- SBUB      juga memberi pengecualian cukai eksport selama 50 tahun kepada pengusaha      getah
- Buruh      ladang getah dibawa masuk dariChinadan Jawa
- Getah      menjadi hasil eksport utama SBUB
(iii)Pembalakan
- SBUB      menguasai hasil balakSabah
- Kaya      dengan sumber balak seperti seraya, ramin, kapur, belian dan meranti
- Kawasan      pembalakan utama diSandakan, Lahad Datu dan Tawau
- Tahun      1898 kilang memproses kayu balak kepunyaan SBUB dibina
- Buruh      dibawa masuk dari Filipina danIndonesia
- Hasil      kayu balak dieksport keChina,Singapura,BritaindanAustraliamelalui      pelabuhanSandakan
(iv)Perlombongan
- SBUB      giatkan perlombonganSabahseperti emas, arang batu dan mangan
a) Emas
- tahun      1886 diusahakan oleh Orang Cina di Sungai Segama
b) Arang batu
- dilombong      di Silimpopon danLabuan
- Silimpopon      mempunyai longgokan arang batu terbesar Asia Tenggara
- diusahakan      oleh Syarikat Cowie Harbour Coal
c) Mangan
- diusahakan      di Teluk Marudu oleh Syarikat British Borneo Exploration
- dieksport      keBritain
5.4 Perubahan Sosial SBUB Di Sabah (Teks m/s: 115-120)
- SBUB      membangunkan kemudahan asas seperti landasan kereta api jalan raya,      sekolah, hospital dan telegraf
- tujuannya      untuk kepentingan dan keuntungan SBUB
(i) Landasan kereta api
- 1896      landasan kereta api pertama dari Weston ke Beauford sepanjang 32 km
- 1904      dibina landasan dari Jesselton yang dikenali sebagai North Borneo Railway
- 1905      landasan disambung dari Beauford ke Jesselton dan dari Tenom ke Malalap
- tujuannya      untuk memudahkan SBUB mengangkut hasil keluaran di bahagian pedalaman ke      pelabuhan
(ii)Jalan raya
- SBUB      menumpukan pembinaan jalan raya di bandar-bandar besar seperti      Jesselton,Sandakan, Lahad Datu, Kudat dan Tawau
- tujuannya      untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan bandar dan pelabuhan
- 1930-an      perhentian motokar dan bas dibina di Kota Kinabalu
(iii)Pengangkutan air
- 1890      Syarikat Perkapalan Straits Steamship memulakan perkhidmatan
- tujuannya      untuk mengangkut penumpang dan barangan
(iv)Pendidikan
- SBUB      kurang memberi perhatian
- SBUB      hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah kerana kekurangan wang
- SBUB      anggap bidang pendidikan tidak menguntungkan
- Kebanyakan      sekolah dibina oleh mubaligh Kristian bagi tujuan menyebarkan agama      Kristian
- antara      sekolah yang wujud ialah Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu dan Sekolah Cina
a) Sekolah Inggeris
- 1883      sekolah Inggeris pertama iaitu Institut Byron dibina diSandakanoleh      mubaligh Roman Katolik
- tahun      1887 Sekolah St. Mary ditubuhkan diSandakan
- 1909      Jabatan Pelajaran ditubuhkan untuk menguruskan sekolah-sekolah diSabah
- tahun      1939 terdapat 49 buah sekolah mubaligh dengan pelajar seramai 3700 orang
b) Sekolah Latihan
- dibina      di Jesselton pada 1 Julai 1915
- merupakan      sekolah latihan bagi anak-anak Ketua Anak Negeri
- dibina      bertujuan untuk melatih anak-anak menjadi pegawai pentadbiran peringkat      rendah
- bahasa      pengantarnya ialah Bahasa Melayu
- dari      segi kurikulum pelajar diajar tentang membaca, menulis dan mengira
- jawatan      yang dikhaskan bagi lulusan sekolah ini ialah renjer, kerani dan Ketua      Anak Negeri
c) Sekolah Melayu dan Bumiputera
- tahun      1921 sekolah Melayu pertama dibina di Kota Belud
- 1930      terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang pelajar
- 1924      ditubuhkan Sekolah Bumiputera Keningau di Keningau
d) Sekolah Cina
- dibina      sendiri oleh masyarakat Cina
- 1940      terdapat 11 000 pelajar berdaftar di sekolah Melayu, sekolah mubaligh dan      sekolah Cina
(v)Pembinaan Hospital dan Pusat Kesihatan
- SBUB      bina hospital di bandar-bandar besar seperti Jesselton,Sandakan, Beauford      dan kudat
- 1924      Hospital Besar Tawau di bina
- 1940      terdapat 9 buah hospital dan 40 buah klinik diSabah
- di      kawasan luar bandar disediakan pusat-pusat kesihatan
- kelemahan      – bilangan doktor tidak mencukupi
- perkhidmatan      perubatan tidak dapat dinikmati oleh seluruh rakyatSabah
(vi)Kemunculan Bandar-Bandar Baru
- akibat      daripada kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial
- bandar-bandar      berkembang pesat sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan
- antaranyaSandakan,      Kudat, Jesselton, Tawau dan Lahad Datu
a) Sandakan
- diasaskan      William Pryer tahun 1879
- menamakannya      sebagai Elopura bermaksud bandar yang cantik
- berkembang      maju sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan antarabangsa dan pusat      pembalakan
b) Tawau
- sebuah      pelabuhan yang terkenal di Pantai TimurSabah
- eksport      utamanya getah, abaka, mutiara dan kayu balak
c) Kudat
- tahun      1881 SBUB menjadikannya sebagai pusat pentadbiran yang pertama
- pedagang      menetap dan membina kedai di Kudat
- gagal      menarik ramai penduduk dan pedagang kerana keadaan geografinya tidak      sesuai untuk pertanian
- tahun      1884 SBUB memindahkan pusat pentadbirannya keSandakan
d) Jesselton
- diasaskan      tahun 1900 oleh Charles Jessel
- nama      asalnya Jessel Town sempena nama pengasasnya
- kemudiannya      disingkatkan kepada Jesselton
- juga      dikenali dengan nama Api-Api, Singga Mata atau Diasuka
- Jesselton      maju kerana pembinaan landasan kereta api, perkembangan tanaman getah dan      sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan penting
- 1967      nama Jesselton ditukar kepada Kota Kinabalu
Perubahan Sosial dan Kemajuan Lain
- pejabat      pos
- 1883      SBUB mengeluarkan setem pertama Sabah
- tahun      1883 juga akhbar pertama di Sabah diterbitkan iaitu The North      Borneo Herald
- 1890-an      kontinjen polis tempatan ditubuhkan
- 1900      SBUB telah menubuhkan ‘Skuad Terbang’ untuk menjamin      keselamatan dan dianggotai pegawai polis tempatan
- 1903      loji air di Kota Kinabalu dibina untuk membekalkan air bersih
- tahun      1905 menara jam Jesselton dibina dan kekal hingga sekarang diSabah
—————————————————–
BAB 6 – BRITISH MENGEKSPLOITASI EKONOMI (TANAH MELAYU, SARAWAK DANSABAH)
6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan (Teks m/s: 126-128)
–   peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas
–   diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik
–   British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan pertanian dagangan
–   penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat
a) Lada hitam dan gambir
–   untuk tujuan eksport
–   diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan danSarawak
–   kurun ke-19 lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu
–   di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-orang Cina dari Singapura
–   tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga awal kurun ke-20
–   gambir biasanya digunakan sebagai bahan pewarna dan mencelup sutera
b) Buah pala dan cengkih
–   banyak ditanam di PulauPinang
–   tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih tinggi
–   dieksport ke Eropah danChina
–   cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat
–   1850-an tanaman ini merosot kerana harganya tidak stabil
c) Tebu
–   ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak
–   permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia
–   1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di negeri-Negeri Selat
–   tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu
–   gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun
d) Ubi kayu
–   meruapakan tanaman eksport penting Tanah Melayu
–   banyakditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
e) Nanas
–   industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan Johor
–   sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia
6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi
(teks m/s: 128-129)
–   kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional kurang penting kerana harganya tidak stabil di pasaran dunia
–   British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh
a) Kopi
–   diusahakan secara besar-besaran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
–   harga kopi meningkat di pasaran dunia
b) Kelapa sawit
–   berasal dari Afrika
–   diperkenalkan di Kuala Selangor
–   1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport
–   ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor
–   Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit
c) Tembakau
–   ladang dibuka di PulauPinangdan Pahang
d) Teh
–   diusahakan diCameronHighlands, Pahang
–   teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan dikenali sebagai ‘Teh Ceylon’
6.3 Perkembangan Perusahaan Getah (Teks m/s: 130-133)
–   akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran dunia
–   getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi
–   kurun ke-20 getah menjadi eksport penting Tanah Melayu
(i) Sejarah Asal-Usul Getah
–   berasal dariBrazil
–   getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis
–   tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dariBrazildibawa keEnglandoleh Henry Wickham
–   kemudian disemai diKew Garden,England
–   sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara naungan british terutamanyaSri Lanka
–   1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden
–   dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak
–   Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di Tanah Melayu
(ii)Perkembangan Getah
–   awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia
–   permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat
–   ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor
–   1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia
–   Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia
–   Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby,Guthrie, Harrisons and Crosfield dan United Plantation
–   Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara kebun kecil
Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getah
a) Permintaan Getah Meningkat
–   diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah
–   diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik
b) Kejatuhan Harga Kopi
–   harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan diBrazildan serangan serangga perosak
–   peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah
c) Tenaga Buruh Mencukupi
–   buruh dariIndiadibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah
d) Usaha H.N.Ridley
–   memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ‘ibedem’ atau  sistem tulang ikan herring
–   kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran susu getah
e) Pelaburan Modal
–   banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby dan Guthrie
f)  Cukai Rendah
–   British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah
–   Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang baru dibuka
Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah
–   tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia
–   harga getah jatuh dan memberi kesan kepada perusahaan getah
Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah
–   diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa
a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922
–   tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
–   disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu danSri Lanka
–   Belanda danIndonesiaenggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran getah
–   tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal mencapai matlamat
b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934
–   tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga
–   disertai oleh Tanah Melayu, Sabah,Sarawak,Sri Lanka,India,Myanmar,Indonesia, IndoChina danThailand
–   setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan
–   berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia II
Pengeluaran Getah Tiruan
–   Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas Perang Dunia II
–   menjadi pesaing kepada getah asli
–   dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang Dunia II
–   getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandingi getah tiruan
6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan
(Teks m/s: 134-138)
–   British memajukan kegiatan perlombongan
–   Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit
a) Emas
–   1890-an dilombong secara komersial di raub, Pahang
–   Raub merupakan kawasan lombong emas terbesar Tanah Melayu
–   diusahakan oleh syarikat dariAustralia
b) Arang batu
–   dilombong di Batu Arang, Selangor
–   digunakan sebagai bahan api
c) Bauksit
–   sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium
–   dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor, Teluk Emas di Melaka
d) Bijih besi
–   dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang
–   lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor
e) Ilmanit
–   galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah
–   dihasilkan di batang Padanf, Perak
Perkembangan Perlombongan Bijih Timah
–   bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu
–   British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih timah
–   Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong timah
–   Perkembangannya dapat dilihat dalam dua peringkat iaitu peringkat sebelum dan selepas campur tangan British
a) Peringkat Sebelum Campur Tangan British di Tanah Melayu
–   kegiatan melombong adalah bercorak tradisional
–   diusahakan oleh orang Melayu
–   menggunakan cara mendulang dan melampan
–   tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang
–   orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu
b) Peringkat Selepas Campur Tangan British di Tanah Melayu
–   perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina
–   banyak lombong baru dibuka di Ampang,Kuala Lumpurdan di Lembah Kinta, Perak
–   orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung
–    akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah
Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah
–   akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%
–   perkembangannya adalah kerana faktor seperti Revolusi Perindustrian dan kaedah melombong yang lebih moden
a) Revolusi Perindustrian di Eropah
–   permintaan bijih timah semakin meningkat
–   bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan
b) Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden
–   diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20
–   menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah
–   tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak
–   pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu
–   1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%
Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi
–   1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia
–   1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa sebagai langkah memulihkan semula harga bijih timah
–   negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia
–   semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah
–   hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan
–   tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah
–   kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah
6.5 Pengeluaran Hasil Hutan
(Teks m/s: 139-141)
–   Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus, getah perca dan getah jelutung
–   diusahakan secara tradisional melalui kegiatan meramu
–   semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial
–   british menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk dieksport keChina, Amerika Syarikat dan Eropah
–   tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan
–   tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih sistematik
a) Damar
–   diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan
–   damar digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu
–   dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan
b) Getah perca
–   diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam hutan
–   digunakan untuk membuat peralatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut
–   untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak bagi mengeluarkan susunya
–   kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong
c) Getah jelutung
–   kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu
–   tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan tabung buluh
–   ia biasanya dieksport
d) Rotan
–   dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyak dieksport keChina
–   kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat, tangkai payung dan perabot
e) Pembalakan
–   banyak dieksport keChinadanBritain
–   antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing
–   digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan perahu
–   1928 British memperkenalkan lesen kilang papan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu
Kegiatan Dwiekonomi
–   diperkenalkan oleh British terhadap penduduk di Tanah Melayu
–   ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional
a) Ekonomi Dagangan
–   British lebih mengutamakan ekonomi dagangan seperti kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan
–   dimajukan terutama di kawasan pantai barat Tanah Melayu
–   dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden dan disokong kemudahan asas yang baik seperti sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur
–   lebih berorientasikan eksport
–   dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah
–   tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah
–   melibatkan tenaga buruh yang ramai
–   melibatkan pelaburan modal yang besar
–   teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah
b) Ekonomi Tradisional
–   kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh british
–   diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar
–   bercorak sara diri
–   tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan
–   menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untuk membajak sawah padi
–   melibatkan modal kecil
Kesan Kegiatan Dwiekonomi
–   berlaku perkembangan tidak seimbang
–   mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar
6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan
(Teks m/s: 142-158)
–   kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa pelbagai perubahan
–   perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh luar, kemajuan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandar-bandar baru
i)  Penggunaan Buruh Luar
–   British menggalakkan kemasukan imigran Cina danIndia
–   tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah
–   British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu
a) Orang Cina
–   dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor dan negeri Sembilan
–   berasal dari China Selatan
–   kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak
–   ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja di sektor pertanian dan menjadi pekerja mahir di bandar
Sistem Kontrak
–   orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui majikan
–   tambang perjalanan dibayar oleh majikan
–   majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal
–   mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang selesai
–   selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain
b) Orang India
–   dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah
–   berasal dari selatanIndia
–   dibawa masuk melalui Sistem Kangani
–   ada juga orangIndiabekerja membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan pelabuhan
Sistem Kangani
–   kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang getah
–   kangani ini dihantar oleh pemilik ladang keIndiauntuk mencari tenaga buruh
–   kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba di ladang majikan
–   kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk
–   buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani
–   buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang selesai
Kesan Kemasukan Buruh
–   mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi seperti
– orang Cina – tinggal di kawasan lombong dan di bandar
- bekerja      sebagai pelombong dan peniaga
– orangIndia– tinggal dan bekerja di ladang getah
– orang Melayu – tinggal di kawasan luar bandar (desa)
– menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan nelayan
– masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada arus perkembangan ekonomi
–   dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum
–   mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
–   British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas
–   tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport
–   pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya
–   perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon
a) Perkembangan Landasan Kereta api
–   perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-19
–   terdapat tiga fasa perkembangan;
Fasa Pertama (1885-1896)
–   dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah
–   landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan
–   tujuan memudahkan bijih timah dieksport
–   antara landasan kereta api yang dibina ialah dari
– Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang
-Kuala Lumpurke Port Swettenham (Pelabuhan Klang)
– Seremban ke Port Dickson
-Ipohdan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan)
–   tahun 1886 landasan kereta api dariKuala Lumpurke Klang telah dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat
Fasa Kedua (1897-1909)
–   tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu;
– untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
– untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah dan getah yang semakin berkembang pesat
– untuk memudahkan pentadbiran British
–   tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
–   ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu – KTM tahun 1948
–   hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad – KTMB
Fasa Ketiga (1910-1931)
–   landasan kereta api dibina selepas British berjaya memperluaskan pengaruhnya di negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
–   tujuannya adalah untuk;
– menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu yang tiada landasan kereta api)
– sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu
– memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British
Perkembangan Jalan raya
–   peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan lombong bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api
–   jalan raya telah dibina menghubungkanKuala LumpurdenganIpohdan Seremban
–   awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya meningkat akibat meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas
–   jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor
–   banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan untuk menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandar-bandar kecil
–   tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu
–   tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi dan memudahkan pentadbiran British
Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara
–   kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang
Kapal Wap
–   tahun 1890 Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura
–   tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu
–   kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, jentera dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah
–   contoh: kapal wap The SS Perak memberikan perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang
Kapal Terbang
–   tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service iaitu hak milik Wearne bersaudara
–   syarikat ini beribu pejabat di Singapura
–   memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura,Kuala Lumpurdan Pulau Pinang
–   kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah dari jenis kipas dua iaituD.H.Rapides
Kemajuan Sistem Perhubungan
–   antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf, telefon dan radio
–   tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat dibuat dengan pantas
–   mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan
–   tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak
–   kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui Telegraf
–   tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di PulauPinang
Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain
a) Perkhidmatan Kesihatan
–   masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru
–   persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan penyakit seperti taun, beri-beri dan malaria mudah merebak
–   penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan ekonomi British kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina danIndia
–   British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan
–   tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan di jalan Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping dan Pulau Pinang
–   pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan  di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk memudahkan penduduk di luar bandar
–   1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan bandar
–   1901 Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan diKuala Lumpur
–   tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan langkah mencegah penyakit berbahaya seperti malaria dan beri-beri
b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi
–   pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu terusan
–   terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang diberi nama Terusan Wan Mat Saman
–   ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama)
–   terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah
–   ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul
–   untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan digali dengan lurus
–   berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan sistem pengairan di Tanah Melayu
–    tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi
–   banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk
–   kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjung Karang, Selangor
c) Bekalan Tenaga Elektrik
–   tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi
–   awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang danKuala Lumpur
–   1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik
–   empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited
–   tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta
Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru
–   pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah
–   petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan
–   perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya bandar-bandar baru di Tanah Melayu seperti Taiping,Ipoh,Kuala Lumpurdan Seremban
a) Ipoh
–   terletak di Lembah Kinta
–   dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu
–   nama bandarIpohberasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya digunakan sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untuk berburu
–   tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot
–  Ipohberkembang menjadi bandar yang sibuk
–   tahun 1935Ipohdijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping
b) Taiping
–   terletak di daerah Larut
–   nama asalnya Kelian Pauh
–   tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah
–   selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut
–   nama ‘Taiping’ bermaksud ‘kedamaian yang abadi’
–   berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak
c) Kuala Lumpur
–   pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah
–   ia kemudian dikenali sebagaiKuala Lumpurkerana kawasan itu berlumpur
–   tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di sekitarKuala Lumpur
–  Kuala Lumpurterus berkembang daripada sebuah perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat perdagangan yang maju
–   Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab membangunkanKuala Lumpur
–   1880Kuala Lumpurdijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang
–   British menjadikanKuala Lumpursebagai pusat bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pentadbiran dan perniagaan
–   1896Kuala Lumpurdijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
–   1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
–   kini bangunan ini menempatkan Mahkamah PersekutuanMalaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
–   pada hari iniKuala Lumpuradalah ibu negaraMalaysiayang pesat membangun
Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum
–   sistem pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan
–   British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil berkembang mengikut cara masing-masing
–   sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan bandar
a) Sekolah Vernakular Melayu
–   didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan
–   anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan
–   pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah enam
–   sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar, Pekan, Pahang
–   sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain
–   British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak Melayu
–   pendidikan sekadar menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka
–   sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak Melayu menyambung pelajaran
–   lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan menjawat jawatan rendah di jabatan ketajaan
–   lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruan yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
–   antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah;
– 1900 Maktab Perguruan Melaka
– 1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak – MPSI
(dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti – UPSI)
– 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
b) Sekolah Vernakular Cina
–   diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan bandar
–   peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien, Kantonis dan Hakka
–   pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam tahun
–   ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah
–   menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negaraChina
–   guru-guru juga dibawa dariChina
–   tahun 1920 British mula memberi perhatian kepada sekolah Cina
–   1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan
–   Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu
–   menurut enakmen ini;
(i) semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan
(ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan british
c) Sekolah Vernakular Tamil
–   diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakatIndia
–   kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah
–   sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dariIndia
–   ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di sekolah tersebut
–   memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya hingga ke darjah empat
–   tahun 1912 British memperkenalkan Undan-Undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
–   keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah
–   terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar seperti Sekolah thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur
–   masyarakatIndiayang kaya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris yang lebih sempurna
d) Sekolah Vernakular Inggeris
–   mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free School (1816) dan Malacca Free School(1826)
–   sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan tertumpu di kawasan bandar
–   pada peringkat awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh kristian
–   menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum
–   sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan diEngland
–   lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, guaman dan pentadbiran
–   lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan
–   1894 sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria Institution ditubuhkan oleh mubaligh Kristian diKuala Lumpur
–   1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
–   tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu
–   anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih untuk berkhidmat dengan kerajaan Inggeris
–   kesannya – lahir kumpulan pemimpin Melayu yang berpendidikan Inggeris
–   British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yang tinggi kepada orang Melayu
–   1930-an bilangan anak-anak Melayu masih kurang berbanding kaum-kaum lain iaitu Melayu (15%), Cina (50%), dan India(27%)
—————————————————–
 
.jpg) 
Comments
Post a Comment