Sejarah Bab1,2 -Tingkatan2
SEJARAH TINGKATAN DUA
BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH
Pengaruh British di Kedah
(Teks m/s: 4-6)
- sebelum      tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
- Kedah      pula terletak di bawah naunganSiam
- terkenal      sebagai sebuah kuasa maritim
- Syarikat      Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah      terutamanya di PulauPinang
Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah
a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
- kedudukan      Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
- banyak      terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat      membaiki kapal
- pedagang      singgah sebelum belayar keCanton,China
- tempat      berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun
b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
- banyak      barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar      sepertiChina
- teh      dariChinadiperlukan oleh SHTI
- Chinaperlukan      emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu
c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera
- SHTI      perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
- SHTI      bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
- Pulau      Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankanIndiadari serangan      Perancis
Ancaman-Ancaman di Kedah
- Kuala      Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
- pemimpin      mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
- Kuala      Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
- para      pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan      kedaulatan Kedah dariBugis,SiamdanBurma
i)  Ancaman Bugis Dari Selangor
- akhir      abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta      antara pembesar-pembesar
- keadaan      ini mengancam kedaulatan Kedah
- tahun      1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah
- kerabat      diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
- kerabat      diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan      Muhammad Jiwa
- tentera      Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar
- Sultan      Kedah terpaksa berundur ke Kangar
- Sultan      Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain      Sullivan and de Souza
- tahun      1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding
- perjanjian      telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah
- firma      dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
- Sultan      Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang      Bugis di Selangor
(ii) Ancaman Siam
- Kedah      menghentikan penghantaran bunga emas kepadaSiamsemasaSiamberperang      denganBurma(1753-1781)
- selepas      perang tamatSiammenjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar      bunga emas, wang dan tenaga manusia
- Kedah      berasa terancam
- Sultan      Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
- Sultan      Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup      melindungi Kedah dari ancamanSiam
- Francis      Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan      pangkalan tentera
- SHTI      bersetuju untuk membantu Kedah
Francis Light di Pulau Pinang
 (Teks m/s: 7-9)
- SHTI      bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu
- SHTI      bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka
- SHTI      anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau      Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
- Francis      Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah      pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
- Sultan      Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat      Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu
- Pada      11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union      Jack diadakan
- nama      Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh      Francis Light
- ibu      negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetowniaitu sempena nama Raja England–      King George III
- tahun      1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
- tahun      1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
- bermulanya      penjajahan British di Tanah Melayu
Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
- SHTI      bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
- SHTI      tidak boleh melindungi musuh Kedah
- SHTI      berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada      sultan sebagai pampasan
Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi
- tahun      1786Siammenakluk Patani dan mengancam Kedah
- Sultan      Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)
- SHTI      enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian
- SHTI      juga mahu menjaga kepentingan perdagangan denganSiam
- Sultan      Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan PulauPinangkerana tidak      menenpati janji
- Francis      Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan      Abdullah
- Sultan      Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
- Tahun      1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk      menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
- Sultan      Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
- Francis      Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di      Seberang Perai
- Sultan      Abdullah tewas
- Sultan      Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan      Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
- kesan-kesan:
– SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
– sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah
– George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama
SHTI Mengambil Seberang Perai
(Teks m/s: 10-12)
- 2      sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;
i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung makanan di PulauPinang
- SHTI      mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan tentera      bagi menghadapi ancamanSiam
- terpaksa      menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan      gabenorLeithpada Jun 1800
- kesan      – SHTI menduduki PulauPinangdan menukar nama kepada Province Wellesley
Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
- Sultan      Kedah menyerahkan Seberang Perai
- SHTI      membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi PulauPinangdan Seberang Perai
- SHTI      tidak membantu Kedah apabilaSiammenyerang Kedah pada November 1821
- rakyat      Kedah terpaksa berjuang sendiri
- Kedah      tewas dan ditaklukiSiam
- Jun      1826 RajaSiam  Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney      di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826
Syarat Perjanjian Burney 1826
- British      mengiktiraf  ketuananSiamterhadap Kedah
- Sultan      Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah,      Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor danBurma
- British      tidak membantu sultan Kedah menyerangSiamdan jajahan takluknya
- British      akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke      Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepadaSiam
- Siammengiktiraf      pendudukan British di PulauPinangdan Seberang Perai
Perluasan Kuasa British di Singapura
(Teks m/s: 13-18)
Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:
i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
- Pulau      Pinang gagal mencapai kemajuan
- kedudukan      Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing      sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
- kebanyakan      kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga
ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik
- perdagangan      SHTI denganChinasemakin penting
- barang      daganganChinaseperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat      pasaran lumayan di Eropah
- SHTI      memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan untuk      menguasai laluan perdagangan antaraIndiadanChina
- SHTI      menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
- selepas      Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi      kepada Belanda
- Belanda      mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang      British di Betawi
- Stamfordraffles      ditugaskan mencari pelabuhan baru
- Rafflescubamembuka      pelabuhan diPalembang, Acheh dan Riau tetapi gagal
- hasrat      British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil
iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik
- merupakan      sebahagian wilayah Johor
- kedudukannya      strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal      laluan perdagangan di  Selat Melaka dan Selat Sunda
- Singapura      sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk menyaingi      Belanda di Betawi
- Raffles      mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura
- Raffles      yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu
- Raffles      menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman berada di      bawah pengaruh Belanda
Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:
- Raffles      mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
- Pada      30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah Singapura      dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British      membina loji di Singapura
- Temenggung      Abdul Rahman  menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British
Syarat Perjanjian 30 Januari 1819
- SHTI      boleh mendirikan loji di Singapura
- SHTI      bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan luar      negeri
- SHTI      akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul      Rahman
- SHTI      tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan kuasa Barat      lain
- perjanjian      antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah kerana tidak      dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
- Raffles      merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda
- Raffles      menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang      berlaku tahun 1812
- Raffles      memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai      Sultan Johor
- Raffles      berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein ke      Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru
- pada      6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara      Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819
- SHTI      mula bertapak secara rasmi di Singapura
- pertabalan      Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan      Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan      Abdul Rahman di Lingga
- British      melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-1823) dan      John  Crawford (1823-1826)
Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:
- tahun      1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi
- pada      7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan      Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan      pulau-pulau disekitarnya
- pada      2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura John      Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
- kesannya      – Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI
Syarat Perjanjian 7 Jun 1823
- Sultan      Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman      sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
- Sultan      Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima atau mengutip      cukai dari tongkang  Cina
- SHTI      berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali      kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
- undang-undang      British dikuatkuasakan
Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819
- Sultan      Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat      selama-lamanya
- Sultan      Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan      pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
- Sultan      Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah      milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura
- SHTI      mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran dari      Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
- alasan      SHTI ialah untuk memajukan Singapura
- SHTI      mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
- tahun      1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke Johor Bharu
Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan Melayu
(Teks m/s: 19-20)
- Belanda      tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura
- alasan      Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda dan      Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
- kesan      pertikaian ialah;
a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang
b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British
c) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
- Belanda      mengiktiraf petempatan British di Singapura
- Belanda      berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
- British      menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka      kepada British
- British      berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura
Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
- Kepulauan      Melayu terbahagi dua;
a) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara
b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan
- British      dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa  gangguan kuasa-kuasa      Barat lain
- Melaka      menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan perdagangan      di Selat Melaka
- Kerajaan       Johor berpecah dua iaitu;
a) Johor dan Singapura menjadi hak British
b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda
Penubuhan Negeri-Negeri Selat – NNS (Teks m/s: 21-13
- tahun      1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
- Pulau      Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
- Singapura      dan Melaka ditadbir oleh Residen
- tahun      1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS
- tujuan      adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan
- ibu      negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
- tahun      1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari PulauPinangke Singapura
- alasannya      kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan
Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat
- pentadbiran      NNS diketuai oleh Gabenor
- Gabenor      menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
- Gabenor      NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di PulauPinang,      Singapura dan Melaka
- semua      dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India
- kesan-kesannya;
a) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir  seperti Tanah JajahanIndia
b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran keLondon
c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London
d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri
Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS DariIndiaKe London (1867)
- SHTI      di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
- NNS      membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura
- Kedatangan      imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka menubuhkan      kongsi gelap dan melakukan kekacauan
- Pengenalan      Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti dengan mata      wang rupeeIndia– ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah
- Penduduk      tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan
Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London
- Tahun      1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan
……………………………………………
SEJARAH TINGKATAN 2
BAB 2
KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH
2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu – NNM
(Teks m/s: 29-32)
Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNM
i. Kekayaan bumi NNM
- hasil      bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
- kawasan      utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang dan Sungai      Lembing (Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan Petaling (Selangor)      dan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
- kawasan      utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang
ii. Revolusi Perindustrian
- British      memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan
- NNM      perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah berterusan
- NNM      sebagai pasaran hasil keluaran kilang
iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap
- Terusan      Suez dibuka tahun 1869
- terusan      ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean
- ia      memendekkan perjalanan dariEngland(Eropah) keIndia, Asia Tenggara danChina
- penciptaan      kapal wap mempercepatkan perjalanan dan dapat membawa muatan lebih banyak
iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain
- abad      ke-19 berlaku persaingan kuasa
- British      di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara
- British      tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM diancam oleh kuasa Barat lain      seperti Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan      Sepanyol di Filipina
v. Perubahan Dasar British di London
- tahun      1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan British di London
- Parti      Liberal kalah
- pertukaran      kerajaan menyebabkan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan      di NNM
vi. Desakan Pedagang di NNM
- keadaan      huru-hara berlaku di NNM
- antara      sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara pembesar dan pergaduhan kongsi      gelap Cina
- keadaan      ini memberi kesan kepada pedagang-pedagang di NNS kerana mereka mengalami      kerugian
- akibatnya      pedagang mendesak British campur tangan dan melindungi kepentingan      pelaburan mereka di NNM
- tahun      1873 seramai 243 pedagang NNS menulis surat kepada Lord Kimberly      iaitu  Setiausaha Tanah Jajahan British mendesak British campur      tangan
Hubungan Antara NNS Dengan NNM
- NNS      sebagai pelabuhan entrepot
- NNS      mengendalikan perdagangan bagi NNM
- Pedagang-pedagang      NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong,      Lukut dan Klang
2.2 Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British (Teks m/s: 33)
- kurun      ke-19 keadaan di NNM pantai barat huru-hara dan tidak stabil
- antaranya      Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
i. Keadaan di Perak
- politik      tidak stabil
- sebab-sebab;
a) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San
- buruh      Cina dibawa masuk secara beramai-ramai pada tahun 1848 oleh Long Jaafar ke      daerah Larut (Kelian Pauh dan Kelian Bharu)
- tujuan      untuk memajukan lombong bijih timah di Larut
- berlaku      pergaduhan di Larut yang mencetuskan Perang Larut
- keadaan      menjejaskan perusahaan bijih timah
- Ngah      Ibrahim iaitu Menteri Larut melantik Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhjaya      Polis NNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut
b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja
- berlaku      akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya
- mengikut      sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu Raja Di      Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal menjadi sultan
- tahun      1871 Sultan Ali mangkat dan pembesar-pembesar Perak melantik Raja Ismail      (Raja Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang baru
- pelantikan      itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda ketika itu) dan Raja Yusuf      (Raja Di Hilir ketika itu)
- Raja      Abdullah sepatutnya mewarisi takhta
- pada      upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja Abdullah tidak hadir walaupun      dijemput
- Raja      Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak
- tentangan      kuat Raja Abdullag disokong penuh pembesar-pembesar di hilir Perak seperti      Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
- kuasa      Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja
- Raja      Abdullah terus berkuasa di hilir Perak
- keadaan      ini menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak
- Raja      Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan
- permintaan      Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew Clarke (Gabenor NNS) yang      membuka peluang British untuk menguasai Perak
Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:
- Andrew      Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin kongsi gelap Cina      berunding di Pulau Pangkor
- antara      pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor
- Sultan      Ismail tidak hadir kerana lewat menerimasuratjemputan
- antara      pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah Kapitan Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai      San)
- hasil      rundingan membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 30 Januari      1874
- perjanjian      ditandatangani atas kapal british iaitu H.M.S. Pluto
Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:
- Raja      Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak
- Raja      Ismail diakui sebagai Raja Muda
- sultan      menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam semua perkara      kecuali hal-hal agama Islam dan adapt istiadat Melayu
- Residen      berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
- Residen,      Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil      mahsul Perak
- Ngah      Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen
- Menteri      Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di      Perak
Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:
- tanda      bermulanya kuasa British secara langsung dalam pentadbiran dan ekonomi      Perak
ii. Keadaan di Selangor
- tahun      1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabal menjadi      sultan Selangor
- daerah      Klang dikuasai Raja Sulaiman
- apabila      Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula oleh Raja Abdullah
- timbul      rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman)
- Raja      Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang
- buruh-buruh      Cina dibawa masuk bekerja di lombong-lombong
- lombong-lombong      bijih timah dibuka diKuala Lumpurdan Ampang
- tahun      1860 daerah Klang berkembang maju sebagai pusat bijih timah
- Klang      dijadikan ibu negeri Selangor sebelum dipindahkan keKuala Lumpurpada tahun      1880
- kekayaan      Klang menjadi rebutan dan perbalahan antaranya oleh Raja Mahadi
- perbalahan      antara mereka mencetuskan perang saudara – Perang Klang
- perang      audara merebak ke daerah-daerah lain di Selangor
- keadaan      bertambah buruk apabila pelombong-pelombong Cina terlibat sama
- tahun      1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di Klang
- kegiatan      perdagangan Selangor terjejas
Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan Perang Klang:
- Sultan      Abdul Samad (1857-1898) melantik Tengku Kudin untuk menamatkan Perang      Klang
- Tengku      Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin) ialah putera diraja Kedah, menantu      Sultan Abdul Samad dan wakil sultan untuk mentadbir dan memajukan Selangor      (1868)
- Tengku      Kudin tidak diterima pembesar-pembesar Selangor termasuk Raja Mahadi      kerana beliau bukan anak negeri Selangor
- Tengku      Kudin meminta bantuan British
- British      mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British tetapi gagal
- British      terus berusaha mencari alasan untuk menempatkan residennya di Selangor
- tahun      1873 sebuah kapal dagang British dirompak di Langat
- 1874      rumah api British di Tanjung Rachado (sekarang Tanjung Tuan, Negeri      Sembilan) telah diserang
- kapal      perang British iaitu H.M.S. Rinaldo membedil Kuala Selangor
- British      membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang
- British      mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di bawah naungannya
- tahun      1874 J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang pertama
- Penolong      Residennya ialah Frank Swettenham
iii. Keadaan di Sungai Ujong
- Sungai      Ujong kaya dengan bijih timah
- tahun      1872, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah Sungai Ujong
- seorang      lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong ialah Dato’ Bandar Kulop      Tunggal
- kedua-duanya      saling bersengketa
- sebab-sebab      mereka bersengketa ialah;
- Kedua-duanya      berebutkan Sungai Linggi yang merupakan jalan perhubungan utama ke      pelabuhan Melaka
ii. Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai ini sangat lumayan
- Dato’      Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin kerana Dato’ Bandar disokong      kuat penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah Sungai Ujong
- Dato’      Kelana meminta bantuan British
- tahun      1874 Dato’ Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British
- syarat-syarat      perjanjian ialah;
- Dato’      Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong
ii. British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi
iii.Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai Ujong ialah P.J.Murray
Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang tindakan British mengutip cukai di Linggi
British memberi bantuan tentera kepada Dato’ Kelana untuk menewaskan Dato’ Bandar
- Dato’      Bandar dibuang negeri ke Singapura
- British      menguasai daerah-daerah lain seperti Rembau, Jelebu dan Sri Menenati
- British      menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di setiap daerah,      antaranya tahun 1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889 di Sri Menanti
- tahun      1895 semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan yang dipanggil      Negeri Sembilan
- Tunku      Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri Menanti) ditabal sebagai Yang      Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama
- Tahun      1895 Residen British ditempatkan di Negeri Sembilan iaitu Martin Lister
- Negeri      Sembilan secara sah menjadi negeri naungan British
iv. Keadaan di Pahang
- Pahang      tidak sekaya seperti Negeri-Negeri Melayu yang lain
- British      mahu menguasai Pahang bagi menghalang kuasa Eropah lain bertapak di      Negeri-Negeri Melayu
- kurun      ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa Perancis, Rusia dan Jerman      mencari tanah jajahan
- Sultan      Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan Pahang dari dijajah British seperti      yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
- Sultan      Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker dari Johor untuk membangunkan      Pahang bagi menyekat pengaruh British
- Sultan      Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur Eropah untuk memajukan Pahang
- syarikat-syarikat      Eropah mengusahakan lombong emas dan bijih timah di Pahang
- contoh;
- Pahang      Corporation Ltd (Sungai Lembing)
ii. Malay Peninsular (Pahang)
iii.Prospecting Co. (Selising)
iv.Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British kerana menjejaskan kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu
Perluasan Kuasa British di Pahang
- tahun      1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld Gabenor Negeri-Negeri Selat      memujuk Sultan Ahmad menerima Residen british tetapi gagal
- tahun      1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar di Johor untuk memujuk      Sultan Ahmad menerima pengaruh British
- Hugh      Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang
- British      masih tidak puas hati kerana wakil British berkuasa terhad
- tahun      1888 seoreang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go Hui ditemui mati      berhampiran istana Sultan Ahmad
- British      menggunakan peluang ini mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British      atas alasan Sultan Ahmad tidak mampu mewujudkan keamanan di Pahang
- akhirnya      Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P.Rodger sebagai Residen British
- penerimaan      ini sebagai tanda berakhirnya kedaulatan Pahang
- British      mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran Pahang
Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar (Teks m/s: 44)
- campur      tangan British di Negeri-Negeri Melayu membawa kepada pengenalan Sistem      Residen
- antaranya;
- Perak      (J.W.W. Birch)
ii. Selangor ( J.G. Davidson)
iii.Negeri Sembilan (Martin Lister)
iv.Pahang (J.P. Rodger)
- ia      menandakan negeri-negeri ini diletakkan sebagai negeri naungan British
- keadaan      ini menggugat kuasa sultan dan pembesar
Sebab-Sebab Sistem Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar
- Residen      menjalankan semua urusan pentadbiran negeri
- Residen      memaksa sultan menerima nasihat dalam semua perkara pentadbiran (kecuali      hal-hal agama Islam dan adat istiadat Melayu)
- nasihat      Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan
- Residen      mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai (oleh pegawai British iaitu      Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil)
- Residen      menghapuskan amalan perhambaan yang melampaui bidang kuasa mereka (perhambaan      – amalan adapt turun-temurun pembesar Melayu)
2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Teks m/s: 45-46
Faktor-Faktor Pembentukan NNMB (1896):
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen
- Residen      tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
- Residen      menjadi terlalu berkuasa
- Pentadbiran      setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
- Gabenor      Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
(ii)Krisis Kewangan Pahang
- perbelanjaan      negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat      kebangkitan rakyat menentang British
- jika      pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor      masalah dapat diringankan
(iii)   Perkongsian Perkhidmatan Pakar
- menjimatkan      bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(iv)   Sistem Perhubungan
- sistem      perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri      Melayu dapat dimajukan
(v)    Faktor Keselamatan
- mengukuhkan      kekuatan dan pertahanan ketenteraan
Langkah-Langkah Ke Arah Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu:
- Perjanjian      Persekutuan ditandatangani pada 12 Jun 1895
- NNMB      atau Persekutuan 1896 terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan      dan Pahang telah disatukan pada 1 Julai 1896
- pusat      pentadbiran Persekutuan terletak diKuala Lumpur
- pentadbiran      kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Pusat dan      Kerajaan Negeri
- diketuai      oleh Residen Jeneral pertama Frank Swettenham (1896-1900)
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:
- Raja-Raja      Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan      yang akan dikenali sebagai NNMB
- Raja-Raja      bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral
- Raja-Raja      bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali      yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu
- Raja-Raja      Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat      kerajaan British
- Residen      Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga      menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB
Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB)
Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor NNS di Singapura)
↓
Residen Jeneral
(berpusat diKuala Lumpur-tinggal di Carcosa tahun 1898)
↓
Residen
       Perak  Selangor  N9 Pahang
2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan
(Teks m/s: 47-48)
Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896
- Residen      Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport
- kerajaan      pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British      seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan      Perkhidmatan Awam
- penglibatan      orang-orang Melayu adalah terhad
- sultan      dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal      berkaitan agama Islam dan adat Melayu)
- kuasa      sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral
Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan
- sultan-sultan      NNMB tidak puas hati
- tahun      1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan Raja-Raja Melayu      bagi mengatasi masalah
- ahli-ahli      Durbar ialah;
- Pesuruhjaya      Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii.Residen Jeneral
iv.4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
- Durbar      pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
- Durbar      kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur
Persidangan DURBAR II (1903) di Kuala Lumpur
- Sultan      Perak iaitu Sultan Idris (1887-1916) mendesak British tentang;
- Pemusatan      kuasa di tangan Residen Jeneral
ii. Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
iii.Mendesak bilangan pegawai Melayu dalam  perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan lebih tinggi
iv.Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi
- kesan-kesan      desakan;
- British      menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
iii.British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             iv.Tahun 1903-1909 Pesuruhjaya Tinggi NNMB ialah Frank Swettenham
 
.jpg) 
Comments
Post a Comment