Sains Bab 4-Tingkatan 2
SALING BERGANTUNG ANTARA ORGANISMA HIDUP
Spesies, populasi, komuniti, habitat dan ekosistem
Ekologi (ecology) ialah kajian berkenaan hubungan antara benda-benda hidup (living things) serta hubungan antara benda-benda hidup dan persekitaran (environment).
Spesies (species) adalah kumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama, serta boleh membiak di kalangan mereka bagi menghasilkan keturunan.
Populasi / kependudukan (population) adalah kumpulan organisma daripada spesies yang sama yang hidup di dalam habitat yang sama. Salah satu contoh populasi adalah populasi belalang di sebuah padang.
Komuniti / masyarakat (community) terdiri daripada beberapa jenis populasi bebas daripada organisma, yang hidup dan tinggal bersama-sama dalam satu habitat. Sebagai contoh, komuniti sesebuah kolam (pond) adalah terdiri daripada semua mikroorganisma, tumbuhan air dan haiwan yang hidup di dalam kolam tersebut.
Habitat adalah tempat tinggal semulajadi sesuatu organisma.
Organisma mendapatkan makanan serta perlindungan dari segala apa yang ada dan terdapat di dalam habitat mereka.
Semua organisma yang hidup di dalam sesuatu habitat berinteraksi(interact) bagi mengekalkan keseimbangan (maintain balance) di dalam habitat tersebut.
Ekosistem (ecosystem) terdiri daripada satu organisma yang berinteraksi dengan satu sama lain juga dengan benda yang bukan hidup yang berada di sekitar mereka.
Keseimbangan persekitaran
Persekitaran organisma adalah termasuk semua faktor-faktor yang hidup dan bukan hidup yang mempengaruhi kehidupannya.
Organisma hidup adalah saling bergantung. Contoh saling bergantung antara hidupan adalah seperti berikut:
- Bekalan      gas.
- Manusia dan haiwan mendapatkan gas oksigen untuk pernafasan daripada tumbuh-tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis.
- Tumbuhan hijau mendapatkan gas karbon dioksida untuk fotosintesis daripada manusia dan haiwan apabila mereka bernafas.
- Sumber      makanan.
- Tumbuhan adalah sumber makanan yang utama bagi haiwan dan manusia. 
- Haiwan juga adalah sumber makanan kepada manusia dan haiwan-haiwan lain.
- Perlindungan.
- Haiwan seperti monyet dan burung adalah saling bergantung untuk mendapat perlindungan (pokok).
- Tumbuhan seperti pakis dan lumut juga bergantung pada tumbuhan lain atau pokok untuk menjadi tuan rumah.
Contoh saling bergantung antara benda hidup dan benda bukan hidup, adalah:
- Tumbuhan      memerlukan cahaya matahari (sunlight) dan karbon      dioksida untuk menjalankan fotosintesis (photosynthesis).
- Bumi (tanah), air dan mineral terlarut      adalah diperlukan untuk tumbesaran tanaman.
- Manusia      dan haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas.
Satu ekosistem dikatakan seimbang jika ianya terdapat benda-benda hidup dan benda bukan hidup, yang sentiasa berkekalan.
Benda hidup dan benda bukan hidup berinteraksi antara satu sama lain bagi mengekalkan ekosistem yang seimbang.
Suatu ekosistem yang seimbang (balanced ecosystem) adalah juga bermakna suatu persekitaran yang seimbang (balanced environment).
Pelbagai organisma hidup bersama dan saling bergantung antara satu sama lain untuk kemandirian (survival) hidup. Mereka berinteraksi (interact) antara satu sama lain dan dengan persekitaran untuk mewujudkan satu ekosistem yang seimbang.
Ekosistem yang seimbang (balanced ecosystem) merupakan ekosistem yang tidak banyak berubah dalam satu jangka masa. Saiz setiap populasi dikekalkan melalui sokongan daripada keperluan asas seperti oksigen, makanan, tempat tinggal dan pasangan.
Ekosistem yang seimbang membantu mengitarkan gas, air dan mineral. Ekosistem juga mengawal iklim.
Apabila populasi bertambah, organisma daripada spesis yang sama akan bersaing untuk keperluan asas. Organisma yang lebih lemah tidak dapat hidup lalu menyebabkan populasi berkurang.
Jika dirujuk kepada ekosistem sebuah tasik, didapati:
- Tumbuhan      akuatik memperoleh makanan daripada cahaya matahari semasa      fotosintesis (photosynthesis).
- Tumbuhan      memperoleh karbon dioksida daripada pernafasan haiwan      akuatik.
- Haiwan      memperoleh oksigen daripada tumbuhan yang membebaskan      oksigen semasa fotosintesis.
- Tumbuhan      akuatik juga memperoleh mineral daripada tanah di dasar      tasik.
- Haiwan      tidak dapat membuat makanan, tetapi bergantung kepada organisma lain      sebagai makanannya. Haiwan memakan tumbuhan atau haiwan lain yang terdapat      pada persekitarannya.
- Sesetengah      haiwan dalam tasik berpaut pada tumbuhan akuatik untuk tempat      tinggal dan perlindungan. Haiwan tersebut berpaut      pada bahagian tumbuhan seperti daun. Haiwan tersebut menyamarkan diri      untuk menyesuaikan diri kepada wara bahagian tumbuhan tersebut.
- Tumbuhan      akuatik bergantung kepada benda bukan hidup dan organisma lain untuk pembiakan.      Tumbuhan tersebut bergantung pada air, angin, serangga dan burung untuk      pendebungaan dan pencaran.
- Keadaan      iklim dan kandungan air yang sesuai membantu sesetengah haiwan untuk      mencari pasangan untuk membiak. Ketiadaan haiwan pemangsa dalam tasik      meningkatkan peluang haiwan akuatik untuk hidup. Tumbuhan membekalkan      peluang kepada haiwan untuk menempatkan anak dan telurnya.
Mikroorganisma seperti bakteria dalam tanah membantu menguraikan organisma yang mati dan membebaskan mineral ke dalam tanah. Mineral tersebut membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Mikroorganisma tersebut merupakan pengurai.
Pengurai memainkan peranan penting dalam ekosistem dengan menguraikan organisma yang mati untuk mengembalikan gas dan mineral kepada persekitaran. Pengurai membantu membersihkan persekitaran.
Pergantungan antara organisma hidup dengan pesekitaran menghasilkan ekosistem yang seimbang. Kuantiti makanan, tempat tinggal, pasangan dan ruang membolehkan populasi berada dalam keadaan yang stabil. Oleh itu, bilangan pengurai mestilah mencukupi untuk membolehkan gas dan mineral kembali kepada persekitaran.

 
.jpg) 
Comments
Post a Comment