SEJARAH TINGKATAN DUA
BAB 3 – NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA (NNMU) DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH
3.1 NNMU Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu
(Teks m/s: 55-57
- akhir      abad ke-19 muncul Zaman Imperialis Baru
- kuasa-kuasa      Barat seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing untuk      mendapatkan bahan mentah dan tanah jajahan
- negara-negara      di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu danSiammenjadi rebutan
- British      berasa bimbang dan tercabar
- kebimbangan      ini mendorong British meluaskan pengaruh ke NNMU
Peluasan Kuasa Yang Membimbangkan British
- i.   Perancis
– ingin meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya
– merancang membina terusan di Segenting Kra yang akan mengancam kedudukan dan perdagangan di Singapura
ii. Jerman
– berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripadaSiam
iii.Amerika Syarikat
– ingin bertapak di Terengganu
iv.Rusia
– berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang
Cara British Menghalang Pengaruh Eropah di Tanah Melayu
i. British Menandatangani Perjanjian Sulit 6 April Dengan Siam
- tujuan      menghalangSiammenyerah dan membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak      diSiam
- syarat-syarat      perjanjian;
- Siamtidak      akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana      kuasa lain tanpa izin British
- British      mengakui hakSiamke atas negeri-negeri tersebut
- British      akan membantuSiamjika diserang musuh
- kesan      perjanjian;
- gagal      menghalang sultan setiap negeri dari menjalinkan hubungan dengan      kuasa-kuasa lain
- contoh:      – tahun 1897 Sultan Kelantan memberi konsesi  tanah seluas 776 996      hektar kepadaDuff Development Company  untuk      melombong emas
- Sultan      Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan      di Pulau Redang
ii. Menandatangani Perisytiharan Rritish-Siam 1902
- tujuan      untuk menghalang perluasan kuasa Barat lain
- syarat-syarat      perjanjian;
- British      mengiktiraf NNMU dibawah naunganSiam
- rakyat      British dilantik oleh kerajaanSiamsebagai penasihat sultan iaitu Kelantan      (W.A. Graham), Kedah ( Meadowe Frost) dan Perlis (H.E. Duke)
- Kelantan      dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing
- kesan-kesan      perjanjian;
- British      berjaya mengukuhkan pengaruh di NNMU
iii. Menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 (British-Siam)
- tujuan      untuk British terus menghalang kuasa Barat lain
- syarat-syarat      perjanjian;
- Siammenyerahkan      Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British
- Siamtidak      akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British
- British      menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepadaSiam
- kesan-kesan      perjanjian;
- NNMU      diserahkan kepada British
- Raja-Raja      Melayu tidak dibawa berunding dan terpaksa akur dengan keputusan      perjanjian
Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara
(Teks m/s: 58-62)
(i) Penasihat British di Kedah
- Sultan      Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909
- Baginda      enggan menerima penasihat British
- tahun      1910 British tetap melantik penasihat British iaitu George Maxwell
- George      Maxwell mengukuhkan kuasa dengan melaksanakan pentadbiran Barat di Kedah
- tindakan      George Maxwell itu menimbulkan konflik dengan anggota majlis Mesyuarat      Negeri pimpinan Tunku Mahmud
- berlaku      percanggahan pentadbiran di Kedah antara Tunku Mahmud dengan George      Maxwell
- Tunku      Mahmud berjaya mengekalkan identiti Kedah melalui tindakan mahkamah
- Tunku      Mahmud menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack      dikediamannya
Usaha-Usaha Tunku Mahmud Mengekalkan Identiti Kedah
- menggunakan      Bahasa Melayu dalamsuratrasmi dan perundangan
- suratrasmi      tidak perlu ditapis
- penggunaan      kalendar Hijrah
- cuti      umum pada hari Jumaat
- melantik      orang Melayu dalam pentadbiran Kedah
Usaha-Usaha George Maxwell Menerapkan Pengaruh barat Dalam Pentadbiran Kedah
- menggunakan      bahasa Inggeris dalamsuratrasmi dan perundangan
- suratrasmi      ditapis oleh Penasihat British
- menggunakan      kalendar Masehi
- cuti      umum pada hari Ahad
- pelantikan      pegawai British dalam pentabiran Kedah
(ii) Penasihat British di Perlis
- Raja      Syed Alwi membantah tindakanSiammenyerahkan Perlis kepada British
- Baginda      enggan menerima Penasihat British
- British      tidak peduli (degil)
- Kapten      Meadowe Frost dilantik sebagai Penaihat British
- cara      untuk mengukuhkan kuasa di Perlis;
- Menggubal      undang-undang
ii. Memperkenalkan jabatan-jabatan baru seperti Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi
iii.Menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi menguasai pentadbiran Perlis
(iii) Penasihat British di Kelantan
- tahun      1910 Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dengan British
- tujuan      untuk menempatkan Penasihat British di Kelantan
- J.S.      Mason dilantik sebagai Penasihat British
- perubahan-perubahan      yang berlaku ialah;
– tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai-pegawai British
– British menguasai jabatan-jabatan baru seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan Polis dan Pejabat Tanah
– pentadbiran Kelantan dikuasai sepenuhnya oleh British
(iv) Penasihat British di Terengganu
- Sultan      Zainal Abidin II tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok
- Baginda      menolak pelantikan Penasihat British
- Sultan      Zainal Abidin II menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk      membuat bantahan
- tahun      1910 British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British
- bidang      kuasa terhad dalam menguruskan hal ehwal luar Terengganu sahaja
- tahun      1911 Sultan Zainal Abidin II menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh      Kerajaan Terengganu
- tujuan      adalah untuk memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu
- tahun      1918 Sultan Muhammad II memerintah Terengganu
- tahun      1919 British mendesak supaya menandatangani perjanjian di Singapura
- British      melantik J.L. Humphreys sebagai Penasihat British
- Sultan      Muhammad II turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British
- British      menguasai kesemua jabatan penting kerajaan Terengganu seperti Jabatan      Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja raya dan Jabatan Tanah dan Galian
Sebahagian Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
( Ittiqan – ilmuluk bi – ta’dil ilsuluk)
- sultan      tidak boleh menyerahkan Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
- mustahak      ke atas raja bermesyuarat
- hak      Raja dan Menteri Besar dalam memilih Jemaah Menteri
3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British
(Teks m/s: 63-70)
- Johor      adalah negeri Melayu terakhir menerima Penasihat British
- Johor      mengamalkan dasar persahabatan dengan British
- Johor      berjaya mengekalkan kedaulatan hingga tahun 1914
- Sebab-sebab;
a. Kebijaksanaan pemerintah
b. Pengenalan sistem birokrasi moden
c. Kestabilan dan kemakmuran ekonomi
- antara      pemimpin-pemimpin Johor yang berwibwa ialah;
- Temenggung      Daeng Ibrahim (1825-1826)
ii. Sultan Abu Bakar (1862-1895)
Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)
- tahun      1825 Temenggung Abdul Rahman mangkat dan digantikan puteranya Daeng      Ibrahim sebagai Temenggung Johor
- berkhidmat      di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali
- tahun      1855 satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Temenggung      Daeng  Ibrahim dengan Sultan Ali
- Temenggung      Daeng Ibrahim diberi kuasa menjadi pemerintah Johor kecuali di wilayah      Kesang (di bawah Sultan Ali)
- antara      kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim ialah;
– menjalankan pentadbiran dengan cekap
– mengasaskan pusat pentadbiran baru di Tanjung Puteri
– memajukan ekonomi Johor dengan cara menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura untuk mengusahakan lading lada hitam melalui Sistem Kangcu
Syarat-Syarat Persetiaan  Antara Temenggung daeng Ibrahim Dengan Sultan Ali (Mac 1855)
- Sultan      Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh      diwariskan kepada keturunan baginda
- Kawasan      pemerintahan Sultan Ali di wilayah Kesang
Sistem Kangcu
- diperkenalkan      oleh Temenggung Daeng Ibrahim tahun 1833
- kangcu      asalnya daripada perkataan Cina iaitu Tuan Sungai
- Sistem      Kangcu melibatkan;
a. Orang Cina diberi Surat Kebenaran iaitu Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai
b. Kawasan lading dikenalisebagai ‘Kangkar’ atau Kaki Sungai
c. Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan memungut cukai
d. Tanaman adalah seperti lada hitam dan gambir
e. Hasil tanaman dikenakan cukai (sumber pendapatan kerajaan Johor)
Sultan Abu Bakar : Bapa Pemodenan Johor (1862-1895)
- tahun      1862 naik takhta Johor selepas kemangkatan ayahandanya
- diberi      gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor
- sering      keEnglanduntuk mempelajari cara pentadbiran terbaik bagi membangunkan      Johor
- tahun      1868, Ratu GreatBritainmengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan      Abu Bakar
- tahun      1885, satu Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan      British
- persetujuan      dicapai tentang;
- Johor      diiktiraf negeri bebas dan berdaulat
ii. Maharaja Abu Bakar diiktiraf Sultan Johor (setelah Sultan Ali dari keturunan Bendahara mangkat tahun 1877)
iii.Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura
iv.Sultan Abu Bakar boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi
a. Sultan Abu Bakar berjaya menyekat kuasa British terhadap Johor
b. Sultan Abu Bakar menerima seorang Konsul British bukannya Penasihat British
Usaha-Usaha Pemodenan oleh Sultan Abu Bakar
(a)           Memodenkan pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan jabatan Kerja Raya
(b)           Menjaga kebajikan rakyat dengan membina sekolah, hospital dan jalan raya
(c)           Menjaga keamanan negeri dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera
(d)           Memantapkan ekonomi Johor dengan cara meneruskan Sistem Kangcu dan menjadi pengeksport lada hitam dan gambir terbesar dunia
(e)           Mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun 1895 yang merupakan perlembagaan bertulis pertama dan menjadi asas kepada pembentukan institusi Raja Berperlembagaan
Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
(a)           Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing
(b)           Ditubuhkan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri
(c)           Anggota Majlis Mesyuarat Menteri dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran
(d)           Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang
Kesan-Kesan Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar
(a)           Digelar ‘Bapa Pemodenan Johor’ kerana membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan Johor
(b)           British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor
(c)           Johor aman dan makmur
(d)           Ketokohan Sultan Abu Bakar dihormati pemerintah British
Pemimpin Johor Yang Berwibawa
- pembangunan      dan pemodenan Johor akibat persepakatan antara sultan dan pembesar
- kepintaran      dalam pentadbiran menyebabkan British tidak mempunyai alas an untuk campur      tangan
- antara      pemimpin terkemuka Johor ialah;
- Dato’      Abdul Rahman bin Andak
ii. Dato’ Jaafar bin Muhammad
iii.Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
iv.Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
Dato’ Jaafar bin Muhammad
- Merupakan      Setiausaha kerajaan Johor pertama (1868)
- Menteri      Besar Johor pertama (1882-1919)
- Digelar      Datuk Bentara
- Beliau      mewajibkan semua pegawai British di Johor↓ memakai pakaian rasmi Johor
- Bendera      Union Jack iaitu bendera rasmi British dikibar lebih rendah daripada      bendera Johor demi maruah dan kedaulatan Johor
- Suratrasmi      dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan bahasa Melayu
Dato’ Abdul Rahman bin Andak
- Merupakan      Setiausaha Sulit Sultan Johor (1885)
- Setiausaha      Kerajaan Johor (1893-1909)
- Digelar      Dato’ Seri Amar Diraja
- Berperanan      dalam hal ehwal hubungan luar negeri
- Bertanggungjawab      mengawal hubungan Johor-British
- Tahun      1888 menjadi perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar      Pengetahuan Bahasa Johor (sebuah badan persuratan terulung tanah air)
Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
- Pernah      memegang perlbagai jawatan dalam kerajaan
- Antaranya;
a. Pesuruhjaya Polis – untuk keamanan dan kestabilan Johor
b. Ketua jabatan Ukur – tugasnya melukis peta pembangunan Johor yang menunjukkan semua jalan yang akan dimajukan dan melukis peta lengkap negeri Johor
c. Ketua Jabatan Tanah – merancang pembangunan di Muar, Endau, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat
- Digelar      sebagai Dato’ Bentara Luar
Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
- Ketua      Jabatan Pendidikan Johor yang pertama tahun 1883
- Mendidirkan      banyak sekolah dan mendesak pendidikan wajib kepada rakyat Johor
- Dianugerahi       Dato’ Bentara Dalam
- Digelar      Bapa Pendidikan Melayu Johor
- Tahun      1893 dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama
Johor Di ambang Penjajahan British
- sejak Perjanjian      Persahabatan 1885 British menyusun strategi untuk menguasai Johor
- British      bimbang Johor dikuasai kuasa Barat lain
- usaha      dan muslihat British untuk menguasai Johor, antaranya;
- British      menubuhkan Lembaga Penasihat Johor
ii. Sultan Johor dinasihati supaya meminjam sebanyak 200,000 dolar dari Negeri-Negeri Selat
– tujuan untuk membina landasan keretapi dari Johor ke Singapura
– ia muslihat British untuk mengawal kewangan Johor
- muslihat      British disedari oleh Dato’ Abdul Rahman Andak dengan menasihati sultan      supaya tidak menerima tawaran pinjaman British
- rancangan      British berjaya digagalkan
- British      menyedari kepintaran Dato’ Abdul Rahman Andak dan bukan mudah untuk campur      tangan di Johor
- British      berusaha menyingkirkan Dato’ Abdul Rahman Andak
- tahun      1907 John Anderson iaitu Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan supaya      Dato’ Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar keLondon
- British      menggunakan peluang ini untuk menguasai Johor
- Sultan      Ibrahim iaitu putera Sultan Abu Bakar terpaksa meminda Undang-Undang Tubuh      Kerajaan Johor bagi membolehkan British menjadi ahli Majlis Mesyuarat      Negeri
- tahun      1914 British melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British di Johor
Lembaga  Penasihat  Johor
- ditubuhkan      diLondonpada 1886
- Sultan      Johor berhubung secara langsung dengan Pejabat Tanah Jajahan di London
- Dianggotai      oleh orang British
- Fungsinya      adalah untuk menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati Sultan Johor      tentang hal-hal pentadbiran
Comments
Post a Comment