Sains Bab1-Tingkatan 2
SAINS(TINGKATAN2)BAB1
ORGAN-ORGAN DERIA
Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata.
Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.
Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.
Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.
Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.
Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan.
Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.
| Organ deria | Jenis deria | Ransangan dikesan | 
| Kulit | Sentuhan | Sentuh, tekanan, sakit, sejuk & panas | 
| Hidung | Bau | Bahan-bahan kimia | 
| Lidah | Rasa | Kimia | 
| Telinga | Pendengaran & keseimbangan | Bunyi | 
| Mata | Penglihatan | Cahaya | 
DERIA SENTUHAN
Deria sentuhan (sense of touch) adalah deria yang sensitif terhadap rangsangan sentuhan (touch stimulus) yang dikenakan oleh objek yang tertentu.
Organ yang terlibat dalam pengesanan rangsangan sentuhan ini adalahkulit (skin).
Struktur dan fungsi kulit manusia
Struktur kulit manusia:
Kulit terbahagi kepada dua lapisan iaitu, dermis (lapisan dalaman) dan epidermis (lapisan luar).
Dermis:
- Terdiri      daripada lapisan tebal tisu penghubung (connective tissue).
- Kaya      dengan kapilari darah (blood capillaries) untuk mengangkut (to transport)      nutrien, oksigen ke dermis dan membawa keluar karbon dioksida.
- Struktur      lain yang dijumpai dalam dermis adalah otot gentian (muscle fibres),      kelenjar peluh (sweat glands) dan tisu adipos (lemak).
- Dermis      juga mengandungi 'hujung saraf' (nerve endings) untuk mengesan kesakitan,      sejuk, panas, sentuhan dan tekanan.
- Hujung      saraf juga dikenali sebagai reseptor deria (sensory receptors) kerana      ianyanya boleh mengesan pelbagai deria di seluruh bahagian kulit.
Jenis-jenis reseptor.
Epidermis:
- Lapisan      paling luar kulit. Epidermis dibarisi oleh lapisan sel-sel mati yang keras      pada permukaan.
- Sel-sel      mati itu mengandungi keratin.
- Lapisan      epidermis yang paling rendah dipanggil lapisan Malpighian. Sel-sel dalam      lapisan tersebut sentiasa membahagi untuk menghasilkan sel-sel baru.
Tahap kepekaan kulit
Kulit kita mempunyai tahap kepekaan yang berbeza (different degrees of sensitivity) di setiap bahagian yang berlainan pada badan.
Ini adalah kerana reseptor (penerima) tidak sama rata pada setiap bahagian kulit. Sebagai contoh, lidah dan hujung jari adalah lebih sensitif berbanding tumit kaki, siku atau tapak tangan.
Tahap kepekaan (sensitivity) kulit bergantung kepada dua faktor
- Ketebalan      epidermis
Bahagian kulit yang nipis lebih sensitif terhadap rangsangan.
- Bilangan      reseptor
Bahagian kulit yang banyak bilangan reseptor lebih sensitif terhadap sentuhan.
Kepekaan kulit pada bahagian-bahagian yang berlainan pada tubuh manusia
- Leher,      pipi dan hujung jari. Bahagian ini mempunyai epidermis yang nipis      serta reseptor yang banyak, yang sensitif terhadap rangsangan      sentuhan.
- Tapak      tangan (palm). Bahagian ini mempunyai banyak reseptor yang sensitif      kepada rangsangan  sejuk dan panas.
- Tapak      kaki dan siku (soles and elbows) adalah kurang sensitif terhadap      sentuhan kerana ia mempunyai epidermis yang tebal serta bilangan reseptor      yang sedikit.
Kegunaan kepekaan kulit dalam kehidupan seharian:
- Tempat      suntikan pada badan.
 Pesakit biasanya diberi suntikan pada lengan atau punggung (pinggul). Ini adalah kerana bahagian kulit ini mempunyai epidermis yang tebal. Jadi, pesakit akan kurang merasa kesakitan apabila disuntik.
- Membaca      'Braille'.
 Orang buta menggunakan hujung jari mereka untuk mengenal pasti huruf dan membaca Braille. Ini adalah kerana bahagian hujung jari mempunyai epidermis yang nipis serta banyak reseptor, yang sensitif terhadap rangsangan mana-mana sentuhan.
DERIA BAU
Deria bau (sense of smell) adalah deria yang boleh mengesan rangsangan (stimuli) yang dihasilkan oleh bahan kimia yang tajam (pungent chemicals).
Organ yang terlibat dalam deria bau adalah hidung (nose).
Struktur hidung manusia:
- Hidung      manusia mempunyai rongga yang dipenuhi dengan tisu epitelium (epithelium      tissue).
- Pada      permukaan tisu epitelium terdapat sel-sel deria (sensory cells) yang      dikenali sebagai sel-sel penghidu (olfactory cells).
- Permukaan      rongga hidung adalah lembap kerana terdapat mukus (mucus) yang dirembeskan      oleh sel-sel kelenjar.
- Rongga      hidung mempunyai sepasang pembukaan luaran (lubang hidung) yang mempunyai      bulu untuk menapis habuk dari udara yang disedut melalui hidung.
Struktur dan fungsi hidung manusia.
Proses mengesan bau oleh hidung:
- Bau      dalam bentuk molekul kimia yang disedut ke dalam rongga hidung (rongga      nasal) akan larut dalam mukus dan merangsang sel-sel deria.
- Sel-sel      deria yang dirangsang akan menghasilkan impuls. Impuls (impulse) adalah      isyarat maklumat yang bergerak pantas di sepanjang saraf.
- Impuls      yang dirangsang akan dihantar ke otak. Otak akan mentafsir impuls tersebut      sebagai bau.
- Sel-sel      deria boleh mengesan bau seperti bau bunga (floral scent), bau busuk (foul      odour), bau dibakar (burnt smell) dan aroma makanan (food aroma) yang      diangkut melalui udara kedalam hidung.
Kepekaan (sensitivity) hidung kepada rangsangan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut:
- Kekuatan      bau.
Bau yang lebih kuat akan lebih mudah dikesan oleh hidung berbanding dengan bau yang lebih lemah. Jika sel-sel deria dirangsang oleh bau yang kuat, bau-bau yang lain (yang lebih lemah baunya) tidak akan dikesan pada masa yang sama.
- Kehadiran      mukus dalam hidung.
Mukus yang banyak akan mengurangkan kepekaan hidung kerana kurang bahan-bahan kimia yang merangsang sel-sel deria. Sebaliknya, ketiadaan mukus menyebabkan rongga hidung kering dan menyebabkan bau tidak dapat dikesan dengan betul.
Semasa selsema, sel-sel deria dilitupi dengan mukus yang banyak. Ianya menghalang sel-sel deria daripada dirangsang oleh bahan kimia. Oleh itu, orang yang menghidap selsema mempunyai kecekapan hidung yang kurang.
DERIA RASA
Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).
Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.
Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.
Kawasan rasa lidah manusia.
- Lidah      membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam      (sour) dan pahit (bitter).
- Permukaan      lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini      menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).
- Setiap      tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu      bahan.
- Setiap      tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.
- Lidah      manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing      sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.
- Sebagai      contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan      masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit,       manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa      masam.
Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:
- Rasa      makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk      cecair (liquid form).
- Apabila      makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk      melarutkan makanan.
- Makanan      yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk      mencetuskan impuls.
- Impuls      tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan      sebagai rasa.
- Rasa      lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis      rasa (tastes).
Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
- Rongga      hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau      adalah saling berkaitan.
- Apabila      seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana      hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).
- Mukus      akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan.      Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan      berkurangan.
DERIA PENDENGARAN
Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar.
Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan (equilibrium) apabila badan bergerak.
Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.
Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.
Struktur telinga manusia:
Struktur dan fungsi telinga manusia.
- Telinga      terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan      telinga dalam.
- Telinga      luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi      dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:
| Bahagian | Struktur / Ciri-ciri | Fungsi | 
| Telinga luar: Cuping telinga (Pinna) | Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang rawan. | Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam   telinga. | 
| Salur telinga (Ear canal) | Tiub sempit yang menghala ke arah gegendang telinga. | Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga. | 
| Gegendang telinga (Eardrum) | Membran nipis yang memisahkan bahagian telinga luar   daripada telinga tengah. | Bergetar dan menghantar gelombang bunyi ke osikel. | 
| Telinga tengah: Osikel (Ossicles) | Terdiri daripada tiga tulang kecil: Tukul (Hammer): Menyentuh gegendang telinga. Andas (Anvil): Menyambungkan tulang tukul kepada   tulang rakap. Rakap (Stirrup): Melekat pada tingkap bujur. | Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali   sebelum menghantar ke tingkap bujur. | 
| Tiub Eustachia (Eustachian tube) | Tiub sempit yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke   tekak. | Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua belah gegendang   telinga. | 
| Tingkap bujur (Oval window) | Membran nipis yang berbentuk bujur antara telinga tengah   dan telinga dalam. | Menghantar getaran bunyi dari bahagian telinga tengah ke   telinga dalam. | 
| Telinga dalam: Koklea (Cochlea) | Tiub bergelung yang penuh dengan cecair. Dinding dalamnya   mempunyai hujung saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang bunyi. | Mengubah getaran bunyi kepada impuls. | 
| Salur separuh bulat (Semicircular canals) | Tiga saluran yang terletak pada sudut kanan di antara satu   sama lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair dan hujung   saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal badan. | Mengimbangi kedudukan badan. | 
| Saraf auditori (Auditory nerves) | Sekumpulan saraf yang menyambungkan sel-sel deria ke otak. | Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk ditafsirkan   sebagai bunyi. | 
Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.
Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.
Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).
- Salur      separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair      yang dipanggil 'endolymph'.
- Pergerakan      kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
- Pergerakan      endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
- Impuls      tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah      pergerakan kepala.
Mekanisme pendengaran telinga
- Bunyi      dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves).
- Cuping      telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur      telinga.
- Salur      telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.
- Telinga      bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
- Getaran      gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified)      sebanyak 22 kali oleh osikel.
- Getaran      yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap      bujur.
- Getaran      tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan      merangsang sel-sel saraf di dalam koklea.
- Sel-sel      saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
- Impuls      dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan      sebagai
DERIA PENGLIHATAN
Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).
Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.
Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).
Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.
Kedudukan mata dalam soket tengkorak.
Struktur mata manusia.
Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah) dan retina (lapisan paling dalam).
Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.
Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).
Pandangan hadapan mata.
Fungsi setiap bahagian mata.
| Bahagian | Struktur/Ciri-ciri | Fungsi | 
| Sklera (sclera) | Lapisan putih yang kuat. | 
 | 
| Kornea (cornea) | Membran lut cahaya (translucent) sklera, pada bahagian   depan mata. | 
 | 
| Koroid (choroid) | Lapisan gelap yang mempunyai banyak kapilari darah | 
 | 
| Konjunktiva (conjunctiva) | Lapisan epitelium pada depan mata. | Melindungi kornea. | 
| Iris | Lapisan berbentuk cakera (disc-shaped) pada depan mata. | 
 | 
| Anak mata (pupil) | Bukaan kecil pada depan mata. | Membenarkan cahaya memasuki mata. | 
| Kanta mata (lens) | Kanta cembung yang lut sinar dan elastik. | Membias dan menfokus cahaya pada retina. | 
| Otot silia (ciliary muscle) | Otot yang membentang dari koroid. | Mengubah ketebalan kanta apabila jarak fokus kanta   berubah. | 
| Ligamen gantung (supportive ligament) | Satu struktur yang terbentuk daripada gentian kolagen. | Menyokong dan memegang kanta pada tempatnya. | 
| Gelemaca (vitreous humour) | Bahan seperti jeli yang mengisi ruang di dalam biji mata. | 
 | 
| Gelemair (aqueous humour) | Cecair tidak berwarna yang mengisi ruang di bahagian   hadapan kanta mata. | Membias dan menfokus cahaya yang memasuki mata. | 
| Retina (a)   Bintik kuning (yellow spot) (b)   Bintik buta (blind spot) | Lapisan sel yang peka kepada cahaya. Titik bertentangan dengan pupil dan kaya dengan reseptor peka cahaya. Titik melalui saraf optik, yang keluar dari retina, dan tidak mempunyai sel yang peka kepada cahaya. | 
 | 
| Saraf optik (optic nerve) | Sekumpulan saraf yang menghubungkan retina ke otak. | Menghantar impuls dari retina ke otak untuk ditafsirkan. | 
Pembentukan imej pada retina.
Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta cembung yang lutsinar (transparent convex lens).
Cahaya yang datang daripada objek akan melalui kanta seterusnya dibengkokkan (bent) dan difokuskan kepada retina.
Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia (ciliary muscles).
Otot silia (relaxation and contraction of ciliary muscles) bertindak untukmengawal ketebalan kanta mata (thickness of the eye lens).
Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk melihat objek dekat dan jauh. 
Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang berbeza dikenali sebagai akomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan oleh otot silia yang mengubah ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah jarak fokusnya. 
Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek dari jarak 25cm hingga infiniti. Jarak 25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi penglihatan jelas.
| Akomodasi -> | Melihat objek yang dekat | Melihat objek yang jauh | 
| Otot silia(ciliary muscle) | Mengecut (contract) | Dalam keadaan rehat/mengendur (relax) | 
| Keadaan ligamen gantung(supportive ligament) | Dalam keadaan rehat/mengendur (relax) | Mengecut (contract) | 
| Ketebalan kanta mata | Menebal (become thick) | Menipis (become thin) | 
| Illustrasi | 
MEKANISME PENGLIHATAN
Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah.
Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki mata.
Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta mata (lens) dan gelemaca (vitreous humour).
Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya mencetuskan impuls saraf.
Sesuatu objek membalikkan (reflects) cahaya dalam semua arah.
Hanya cahaya dalam kawasan pandangan tertentu sahaja akan memasuki mata.
Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta mata (lens) dan gelemaca (vitreous humour).
Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya mencetuskan impuls saraf.
Pembentukan imej pada retina.
Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk ditafsirkan. Imej ditafsirkan sebagai tegak.
Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh kanta cembung (convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.


 
.jpg) 
Comments
Post a Comment