Raja Muda-Tingkatan 2
Raja Muda
Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati hilang dari rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh mengakibatkan dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan penuh adat istiadat.
 Tema :
Cerita ini mengetengahkan tema tentang suka-duka pengalaman hidup Raja Muda atau Sultan Muda. Baginda mengharungi pelbagai peristiwa seperti ditinggalkan isteri, bernikah lain dan meraikan kelahiran puterinya.
1.    Persoalan Kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
Tema :
Watak dan Perwatakan : 
Watak Utama
Raja Muda (Sultan Muda Gempita Sakti)  
- Berkahwin      dua.
- Suami      kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
- Ayahanda      kepada Puteri Renik Jintan. 
- Baginda      seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut kelahiran puterinya      dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat untuk bersiram di      Tasik Mendam Berahi. 
- Baginda      juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah mengadakan kenduri      dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya. 
- Baginda      seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai contoh baginda telah      mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.
Watak Sampingan
Tuan Puteri Bidadari Segerba 
- Berasal      dari kayangan.
-  Anak      kepada Maharaja Indera Dewa. 
- Merupakan      isteri kepada Raja Muda.Seorang yang berbudi bahasa. Sebagai contoh, dia      pergi menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri dan      bersalam-salaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang.  
- Beliau      juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa suaminya berkahwin      lain sewaktu beliau berada di kayangan.
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri 
- Anakanda      kepada Sultan Sedar  Alam dan Permaisuri Kaca Bertuang. 
- Baginda      dinikahkan dengan Sultan Muda.  
- Isteri      kedua Sultan Muda.
- Seorang      yang berfikiran tebuka apabila sanggup mencemar duli untuk turun bermain      bersama-sama dalam permainan ‘Doh Besar’. 
- Seorang      yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima kandungan dari      dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perutnya.
Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan 
-  Anak      perempuan kepada pasangan Sultan Muda  dan Tuan Puteri Kuntum Ratna      Suri.  Sewaktu berada dalam kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba      berusia enam purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam kandungan      perut ibunya, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. 
- Tuan      Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga dan istana.  
-  Namanya      itu diberikan oleh nendanya.
Gaya Bahasa : 
1.    Kata ganda
Bersuka-sukaan, bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium
2.    Personifikasi
Serai beranak di atas dapur.
3.    Bahasa istana
Bersemayam, bersantap
4.    Inversi
Tidak sedap rasa hati
Sudah kakanda berperi
5.    Simile
Betapa padannya puteri itu bersanding dengan Sultan Muda laksana Sargandi dengan Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas
6.    Bahasa klasik
Gahara, leta
7.    Bahasa Arab
Mengkamatkan, kiblat
Latar :            
Latar  Masa
Ø  Pada waktu malam
Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam Berahi.
Ø  Pada hari Selasa waktu tengah hari.
Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan dilahirkan.
Ø  Pada waktu pagi.
Pada waktu ini, berlaku kekecohan di rumah Nenek Kebayan kerana Raja Muda menghilangkan diri.
Latar Tempat
Ø  Di negeri Tanjung Bunga Kembang Sekaki.
Di sinilah dilangsungkan majlis penikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
Ø  Di kayangan.
Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari Segerba.
Ø  Di rumah Nenek Kebayan. 
Raja Muda tinggal di sini sebelum menghilangkan diri untuk pergi bernikah.
Ø  Tasik Mendam Berahi.
Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru lahir.
Ø  Padang Biram Kemala.
Di tengah-tengah padang ini dibina sebuah khemah tempat beradu Raja Muda.  Padang ini juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain ‘Doh Besan’, anak-anak pembesar bermain ‘Lang-lang Aji Buntut”.
Latar Masyarakat
Ø  Latar masyarakat zaman feudal
Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah raja. Buktinya, Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan untuk mendirikan astaka dan khemah di Padang Biram Kemala.
Ø  Latar masyarakat yang mementingkan adat dan upacara.
Raja Muda menjalankan upacara ‘memijak tanah’ untuk puterinya.
Ø  Latar masyarakat yang berbudi bahasa
Ø  Latar masyarakat yang amanah kepada tugas
Perdana Menteri menjalankan tugasnya membina pancalogam 12 tingkat dan khemah tempat bersiram dan tempat permainan Puteri Renik Jintan.
Ø  Latar masyarakat yang ahlinya sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain
Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup menerima kandungan Tuan Puteri Bidadari Segerba
Ø  Latar masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam
Raja Muda yang mengadakan majlis kesyukuran demi menyambut kelahiran puteri baginda.
 Nilai :
1.    Nilai kasih sayang
Raja Muda yang begitu kasihkan puterinya hingga sanggup membina pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat permainan puterinya itu.
2.    Nilai redha kepada takdir
Tuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua Raja Muda kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari
3.    Nilai saling menghormati
Kedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun.
Pengajaran : 
1.    Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang.
2.    Kita mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau dalam kesusahan.
3.    Kita perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau menyakiti hati orang lain.
4.    Kita hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
5.    Seorang suami perlu memaklumkan kepada isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.
 
.jpg) 
Comments
Post a Comment